Rabu, 12 Jun 2013

Blog-list Malaysia

BlogList Malaysia

Blog-list Malaysia


Ketua Pembangkang - Umno Mula Meroyan

Posted: 11 Jun 2013 10:42 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila "memulaukan" Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.


"Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau yang tidak hadir pada hari ini (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.

Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis berkenaan.

Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.

Dalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang memboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap bantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.

Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik Pas dan DAP yang memutuskan tidak akan memboikot upacara angkat sumpah itu.

PKR bagaimanapun masih berbincang mengenai perkara itu.

Sementara itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan membentuk Perlembagaan negara.

"Mereka perlu melihat perundangan yang menjurus kepada ketidakhadiran atau sikap mereka untuk mengambil pendekatan boikot majlis mengangkat sumpah bukan sahaja satu penghinaan institusi Parlimen tetapi juga satu perbuatan yang melanggar perlembagaan.

"...ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini tidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang efektif kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat yang diwakili tidak dapat dilunaskan dengan baik," tegasnya.


Najib Ditekan Supaya Tendang Semua Macai Disekelilingnya

Posted: 11 Jun 2013 08:38 PM PDT

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.


Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi "bilik perang" Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi "bilik perang" Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan.

-The Malaysian Insider


Petisyen Umno Hanya Kerana Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2013 05:46 PM PDT

 
Antara kata-kata kempen Ustaz Azhar Idrus di poster yang didakwa BN mempengaruhi daripada segi kerohanian dan agama.


Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

"Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.

Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.

Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.

Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang
dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya'kub.


Turun Harga Kereta - Rakyat Kena Tipu.. Ini Penjelasan Dari Volkswagen

Posted: 11 Jun 2013 08:22 AM PDT



Mahathir Dan Utusan 'Bapak Perkauman'

Posted: 11 Jun 2013 06:17 AM PDT

KOTA BHARU: DAP menyifatkan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia sering membangkitkan isu-isu berbau perkauman di negara ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, tindak tanduk mereka selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu sengaja mengentengah isu tersebut, biar pun secara jelas berselindung di sebalik pembohongan dan kepalsuan bagi menakutkan orang Melayu terhadap Cina.


"Dalam blog terbarunya, Dr Mahathir menuduh orang Cina di Malaysia pada PRU lalu mahu menggulingkan kuasa politik Melayu bagi menguasai politik Malaysia.

"Ini adalah satu tuduhan yang paling tidak bertanggungjawab, melulu dan tidak berasas dalam sepanjang kerjaya politiknya.

"Malah beliau juga melemparkan dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan melulu kononnya saya bertanding di Gelang Patah untuk mewujudkan konfrontasi kaum dan menghasut orang Cina untuk membenci orang Melayu," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Sebelum itu beliau menghadiri pengkebumian mendiang Tan Seng Ren iaitu ayah kepada Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw di Sungai Keladi dekat sini.

Kit Siang berkata, tidak ada satu inci pun kebenaran dalam setiap dakwaan keterlaluan dilemparkan bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, sepatutnya beliau dapat membawa apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan melulunya terhadapnya.

"Adakah beliau dapat membuktikan untuk menyokong dakwaannya bahawa saya telah menghasut orang Cina di Gelang Patah untuk membenci orang Melayu.

"Sedangkan pada hakikatnya dalam mana-mana ucapan saya di Gelang Patah serta di tempat lain semasa kempen PRU 13, saya menekankan penting rakyat Malaysia tanpa mengira agama bangsa bersatu bagi melahirkan negara yang demokratik, bersih, makmur dan berdaya saing," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang berkesempatan mengunjungi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di JKR10 sebelum Tuan Guru mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

Sumber


Speaker Pandikar Amin Mulia berat sebelah – Surendran

Posted: 11 Jun 2013 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 JUN: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Speaker Dewan Rakyat melanggari undang-undang apabila mengancam akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada sesi kali ini.

Katanya, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu bersifat berat sebelah dan mencerminkan betapa tidak demokratik dan diktatornya pemerintahan BN.

"Ancaman itu menyalahi undang-undang dan terang-terangan melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.


"Di bawah Perintah Tetap, Setiausaha Dewan Rakyat adalah terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi bersumpah," katanya pada kenyataan.

Menurut Surendran, sebagai Speaker, Pandikar Amin tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menolak dari menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, seperti yang tertulis dalam peraturan 5(2).

"Ia adalah mengejutkan dan tidak pernah berlaku bagi Speaker untuk membuat ancaman tersebut. Tidak sewajarnya dilakukan kepada Ahli Parlimen yang dipilih rakyat," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Pada sesi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen hari ini, Pandikar Amin membayangkan akan memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Pakatan dikatakan akan memboikot majlis angkat sumpah sidang pertama Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun sebagai tanda protes terhadap sistem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang didakwa dicemari penipuan.



MP Bakri mohon maaf kerana hadir taklimat

Posted: 11 Jun 2013 05:10 AM PDT

MP Bakri Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.


Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.

Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.

Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.

"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.

"Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya," katanya.

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.


Harun Taib Menjadi Jurucakap Najib dalam PAS

Posted: 11 Jun 2013 02:02 AM PDT

Adakah Harun Taib lupa dengan revolusi, kerajaan zalim Husni Mubarak berjaya dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan Islam yang lebih demokratik?


Adakah Harun Taib mahu memperlekeh usaha jutaan rakyat Mesir menjatuhkan rejim Husni Mubarak dengan kaedah revolusi?

Soalan lain adalah mengapa galak sangat Harun Taib membawa amanat dari UMNO ke dalam PAS?

Umum mengetahui betapa risau dan gusarnya pemimpin2 UMNO terhadap "Arab Spring", yang merujuk kepada jatuhnya beberapa diktator Arab melalui aksi demonstrasi jalanraya.

Misalnya, Najib dilaporkan berkata:


"Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara."


Harun Taib pula MENGIYAKAN apa yang dikata oleh Najib itu.

Kalau orang2 mcm Husam Musa dituduh oleh penyokong2 Harun Taib sebagai "Anwarinas" maka bolehlah saya gelarkan Harun Taib sebagai "Najibrinas".

Sebelum ini, Harun Taib yang sama meminta Najib menjemput PAS untuk bekerjasama dengan UMNO beberapa hari selepas PRU13. Sekarang ini Harun Taib itu jugalah yang memanjangkan masej Najib ke dalam PAS.

Tak hairanlah beliau adalah satu-satunya PJ yang di booo oleh penyokong sendiri dalam satu ceramah di Kemaman.

Agaknya, kemuncak tarbiyyah dalam PAS sekarang ini adalah untuk menjadi hamba kepada Najib Tun Razak

TULANG BESI


DBKL Penipu.. Macam Cilaka..!

Posted: 11 Jun 2013 01:19 AM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menyatakan bahawa Padang Merbok akan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia, pada 23 Jun.

Oleh itu DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut kerana kononnya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur:


1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald's Olympic Run)



2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)



3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.



4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.


Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional.

Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi "Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja"

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato' Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
11 JUN 2013


Tiada ulasan: