Jumaat, 7 Jun 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jika Tak Benarkan Nurul Izzah Bercakap, Mahasiswa Akan Mengamuk..

Posted: 19 Feb 2013 08:44 PM PST

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan.

Menghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan.


Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan.

Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik.

Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel, Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara.

Sewaktu sesi soal-jawab, Nurul Izzah terpaksa naik ke pentas selepas seorang pelajar mahu beliau menjawab soalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ekoran pelbagai ideologi parti-parti komponennya.

"Jika saya tidak membenarkan beliau (di atas pentas), pelajar boleh mengamuk," kata Redzuan, yang juga dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial UM secara berseloroh sebelum menjemput Nurul Izzah naik. - mkini


Barua Umno Dalam Pentadbiran Kedah

Posted: 19 Feb 2013 07:24 PM PST

Operasi potong air sedang giat dijalankan oleh SADA... supaya rakyat marah kat kerajaan Negeri Kedah

Aku tak mau ulas berhubung tajuk di atas... semua sedia maklum bahawa CEO Sada ialah Datuk Adzmi Din bakal calon BN Sungai Tiang. Cuma nak ajak rakyat Kedah pikiaq akan kerja buat dia sebagai pegawai KCS... professional ke haprak?


Sila baca surat nii...



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Umno Kedah Berbulu Dengan Mukhriz Mahathir

Posted: 19 Feb 2013 06:39 PM PST

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.

Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.


"Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau," kata ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider.

"Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan," tambah beliau.
Selain Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri yang aktif berpolitik adalah Najib Altantuya dan sepupunya Hishammuddin Hussein.

Apabila ditanya sama ada Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memimpin Kedah jika BN kembali merampas negeri tersebut daripada PAS, Ahmad Zaini berkata corak politik dan pentadbiran pusat dan negeri adalah sesuatu yang berbeza.

"Tidak semestinya memegang jawatan di Pusat akan menjamin beliau dapat mengendalikan pemerintahan negeri, corak kedua-duanya berbeza sekali," katanya.

Mukhriz menafikan semalam pencalonannya sebagai menteri besar Kedah, mengatakan BN perlu memenangi negeri tersebut dalam PIlihan Raya 2013 sebelum membincangkan mengenai jawatan tersebut.

"Kita nak kena menang negeri itu dulu, kemudian baru cakap siapa yang dilantik ... saya khuatir cakap-cakap ini macam tidak matang dan berunsur spekulatif kerana tumpuan kami adalah untuk menangkan negeri itu," katanya sambil menambah BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali negeri jelapang padi itu.

Dalam pada itu, seorang lagi ADUN Guar Chempedak, Ku Abdul Rahman Ku Ismail tidak menyatakan secara terbuka membantah Mukhriz sebagai calon menteri besar namun berpendapat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan secara tradisinya pengerusi perhubungan Umno negeri dan pengerusi BN negeri kebiasaannya diangkat sebagai calon.

"Tapi, tidak tahulah jika Perdana Menteri Najib Altantuya mahu membuat kejutan, keputusan muktamad masih ditangannya," kata Ku Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Bashah Md Hanipah dipilih menggantikan bekas Menteri Besar, Mahdzir Khalid sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah selepas BN tumbang dalam Pilihan Raya 2008 dan Mukhriz dilantik sebagai timbalan.

ADUN Kuah, Nawawi Ahmad yang berada dalam jawatankuasa badan perhubungan Umno Kedah mengatakan beliau mengambil sikap untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi berkata ahli Umno setia kepada Ahmad Bashah.

"Susah untuk komen saya sama ada siapa yang berkelayakan untuk menjadi menteri besar. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dan kemampuan masing-masing, tapi apa penting ialah setia dengan kepimpinan sedia ada dan pastikan Kedah dapat ditawan semula," katanya.

Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu, dengan Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan kepada anaknya jika tercalon.

Malahan kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia pada Julai lalu terhadap 10,800 responden mendapati 69 peratus menyokong Mukhriz sebagai menteri besar berbanding 12 peratus yang menyokong Ahmad Bashah.
Sumber mengatakan kecenderungan kepada Mukhriz mungkin disebabkan statusnya sebagai anak Dr Mahathir dan lebih berpendidikan berbanding Ahmad Bashah.

Mereka juga memberitahu Mukhriz bakal bertanding di Ayer Hitam atau Seputeh bagi kerusi DUN, dan untuk mengelakkan beliau tergelincir terus daripada politik jika terdapat sabotaj, kerusi parlimen Jerlun juga bakal dipertahankan.
Pada Pilihan Raya 2008, BN memenangi 14 daripada 36 kerusi negeri manakala Pakatan Rakyat pula memenangi 22 kerusi dengan PAS menawan 16 daripada keseluruhan kerusi tersebut.

BN hanya memenangi empat daripada 15 kerusi parlimen di Kedah dalam pilihan raya bersejarah tersebut yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.
Kedah memiliki seramai 1,025,930 pengundi seluruh kawasan DUN dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pada November lepas. - TMI



Video Panas Barua Umno Buang Bendera Pas Ditangkap

Posted: 19 Feb 2013 05:21 PM PST



Macai Umno dipaksa kutip bendera PAS yg mereka cantas tiangnya setelah diserbu lebih 40 penyokong PAS yg tahu mengenai perbuatan itu....setajam parang cincang bendera Pas akhir macai kena berendam dalam Ban Kuda jua! kah kah kah....

Lokasi: Ban Kuda Bagan Serai.







Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Kantoi...dikepung oleh peyokong PR yang tidak puas hati.

Sementara itu penyokong Pas dan Pkr telah menyerang Ketua pemuda Umno Bahagian Bagan Serai sedang minum, dimaklumkan atas arahan dia menyuruh macai cincang tiang bendera pas yang bersilang dengan bndera dacing dan dibuang dlm parit taliayaq....hebat tak amno bagan serai?belum masuk gelanggang dah main kecoh.


Ketua Pemuda Pas Kesal Bloggers PR Serang Dr. Fadzilah Kamsah

Posted: 19 Feb 2013 04:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

"Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang," tulis beliau di Facebooknya.


Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

"Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure," ujarnya lagi.


PRU13 - Zambry Kadir Ditendang Keluar

Posted: 19 Feb 2013 03:34 PM PST

PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya 'hangat' diperkatakan oleh banyak pihak.


Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.

Beliau juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama 'Gerakan Anti Zambry' (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry.

Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan

"Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada 'orang-orang kanan' Dr Zambry yang masih muda.

"Dengan menjelangnya pula pilihanraya umum (PRU) ke 13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.

"Tanda-tanda ini juga kelihatan berikutan kekerapan 'turun padang' oleh Perdana Menteri, Najib Altantuya dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Perak," tambahnya.

Raja Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Zambry juga baru-baru ini juga mendorong 'kehangatan' pengganti beliau 'disebut-sebut' kembali.

"Siapakah yang bakal menggantikan Zambry? Adakah di kalangan menteri atau 'orang baru' yang bakal menggantikannya?

"Walaupun media pro Umno sekarang sedang 'hangat' memperomosikan Zambry, sudah ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk memastikan Zambry 'bakal' disingkirkan," kata Raja Ahmad Iskandar lagi.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/02/panas-pengguguran-zambry-sudah-muktamad.html


Terkini - PKR Ada Bukti SPR Menipu Daftar Pemilih

Posted: 19 Feb 2013 06:42 AM PST

PKR Dakwa Ada Bukti SPR Daftar Pemilih Baru Tanpa Pengetahuan Penama

PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan penama asal.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa.


Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen 3 (1) (a).

"Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.

"Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya," katanya dalam satu sidang media.

Menurut Fuziah aduan yang diterima dari pelbagai latar belakang antaranya pelajar di luar negara, pemilih cukup umur, orang dewasa yang tidak pernah mendaftar dan juga ahli Puteri Umno.

Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori di atas dengan segera memeriksa status pemilih mereka dilaman web SPR atau melalui wakil-wakil parti.

Tegasnya, SPR diminta memberi segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.

Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh Umno-BN, ujar beliau lagi.

"Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan, mereka disaran ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka.

"Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.

"Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut.

"Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini," ujarnya lagi.

http://www.selangorku.com/?p=23137


Tiada ulasan: