Ahad, 2 Jun 2013

Biaqpila

Biaqpila


HADIAH TERBARU KERAJAAN BN

Posted: 02 Jun 2013 06:55 AM PDT

DEY MACHA!!!
DEPA DAH MULA KUTIP DUIT
PASAI DUIT BANYAK HABIH
MASA KEMPEN PILIHANRAYA
KAH! KAH! KAH!

RED BEAN ARMY ANCAM ROGOL WANITA???

Posted: 02 Jun 2013 03:15 AM PDT

Utusan dakwa 'Red Bean Army' ancam rogol wanita

Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.
Dalam satu lagi tulisan, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'.
Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh.
Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.
DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.

DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu, kata Lim.

malaysiakini

LAWAK AHAD: PAKCIK GATAI

Posted: 01 Jun 2013 10:58 PM PDT

              
Seorang pakcik tersilap masuk tandas..termasuk kat dalam tandas wanita..
Wanita-wanita yang ada kat dalam tandas semuanya menjerit 'NI UNTUK PEREMPUAN JE PAKCIK'...
Pakcik tu selamba je turunkan seluarnya sambil berkata 'NI PUN UNTUK POMPUAN JUGAK'...

Tiada ulasan: