Rabu, 5 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Empat mati, Lapan lagi cedera dan 78 ditahan.. Polis kini bimbang konflik berdarah di Myanmar menular ke Malaysia..

Posted: 05 Jun 2013 07:39 AM PDT


Konflik berdarah antara penganut agama Islam dan Buddha di Myanmar nampaknya telah merebak ke Malaysia, negara yang menggunakan tenaga kerja yang ramai dari negara itu dan juga penempatan terbesar Islam Rohingya di luar negara.

Di Malaysia dianggarkan terdapat kira-kira 400,000 pekerja dari Myanmar yang mana kebanyakkan dari mereka adalah perkerja restoran dan juga sektor pembinaan, selain dari itu di Malaysia juga tempat berlindung 23,000 pelarian Islam Rohingya menurut statistik UNHCR tetapi angka tersebut dipercayai mencecah 50,000 orang.

Menurut laporan media, empat warga Myanmar telah terbunuh manakala lapan lagi cedera serta 78 orang telah ditahan selepas berlaku beberapa siri serangan yang dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di negara asal mereka iaitu Myanmar.

"Sentimen agama dinegara asal mereka telah memerangkap pekerja Myanmar di sini, yang menyebabkan kedua-dua kumpulan Muslim dan Buddha melancarkan serangan kejam antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai bilangan besar warga Myanmar," kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh Ishar Singh.

Berikut adalah laporan penuh mengenai insiden ini..

KUALA LUMPUR 3 Jun - Polis bimbang berikutan empat kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di ibu negara dalam tempoh lima hari lalu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara penduduk beragama Islam dan Buddha negara itu.


Menurut sumber, sehubungan itu, polis kini sedang menyiasat satu kumpulan dikenali sebagai '969' terdiri daripada warga Myanmar beragama Buddha yang mempunyai misi untuk menghapuskan penganut agama Islam Rohingya yang menetap di negara ini.

Difahamkan, sehingga kini polis telah membuat tangkapan melibatkan 78 orang berhubung kes itu.

"Beberapa kematian membabitkan warga Islam Myanmar di ibu negara sejak beberapa hari lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan penghapusan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar.

"Warga Myanmar di sini didakwa telah dihasut untuk bangkit menghapuskan penganut Islam dari Myanmar yang tinggal di negara ini menerusi beberapa cara seperti pengedaran cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman pembunuhan umat Islam Rohingya oleh tentera Myanmar," kata sumber itu di sini hari ini.


Menurut sumber, untuk mengenali kumpulan anti-Islam Myanmar tersebut, mereka kerap memakai kemeja-T yang bertulis 969 dan setiap aktiviti dan pergerakan mereka dikatakan berpusat di tokong sekitar Puchong dan Kepong.

Faktor utama kawasan Selayang sering menjadi lokasi serangan dan pembunuhan warga Myanmar, sumber itu berkata, ia adalah disebabkan kawasan tersebut merupakan penempatan paling ramai warga Islam Myanmar dan Rohingya.

Dalam kejadian terbaharu, dua lelaki warga Myanmar maut dibunuh di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini dan di Pasar Borong Kuala Lumpur, kira-kira 3 petang ini.

Dalam kejadian di Ampang, mangsa ditetak sekumpulan lelaki yang dipercayai rakyat negara itu di sebuah pusat cucian kereta di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini.

Mangsa berusia 20-an mati akibat ditetak di belakang badan serta leher oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai lebih daripada 10 orang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, ketika kejadian, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan sedang tidur di dalam pusat mencuci kereta tempatnya bekerja sebelum didatangi lebih 10 lelaki lalu menyerangnya.

"Mangsa telah cuba lari untuk menyelamatkan diri namun dia rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Dalam kejadian itu, dua rakan mangsa turut cedera di jari dan lengan," katanya di sini hari ini.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur pula, mangsa diserang sekumpulan lelaki warga Myanmar dengan senjata tajam dan kayu sehingga cedera parah di perut dan kepala.

Menurut saksi, mangsa yang rebah di tempat kejadian kemudian ditemui orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur seterusnya disahkan mati di hospital berkenaan.

Sementara itu, pada Khamis lalu, seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menaiki motosikal bersama seorang rakannya di pekarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.

Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemukan dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang .

Rentetan dari insiden ini Polis telah melancarkan siri operasi tangkapan besar-besaran dan membuat pemeriksaan secara menyeluruh terhadap warga Myanmar sejak Ahad lalu sebagai langkah membendung kes bunuh warga Myanmar berulang.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, setakat ini polis sudah menahan kira-kira 400 warga Myanmar di sekitar Pasar Borong Selayang untuk tujuan penyimpanan data dan maklumat. - UTUSAN


Hmmm.. itulah.. bawa masuk lagi pendatang asing ni ramai-ramai.. bila dah ramai sangat macam tu lah jadinya.. negara kita depa dah anggap negara depa, depa buat ikut suka depa saja...

Sekarang siapa yang susah?.. Polis jugak yang susah..tak pasal-pasal terlibat dalam konflik negara pendatang asing tu..

Hantar balik semua lebih baik.. tapi kalau hantar balik semua apa pulak nak jadi dengan UMNO pada PRU14 nanti?


Tiga Polis didakwa kerana membunuh Dhamendran, tertuduh keempat masih bebas (Video Inside)

Posted: 05 Jun 2013 03:22 AM PDT


Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh N Dhamanderan pada 21 Mei lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32; bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh "dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Dhamanderan Narayanasamy".

Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi mengesahkan mereka memahami tuduhan tersebut, walaupun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Nur A'minatul Mardiah Md Nor menetapkan 9 Julai untuk sebutan dan serahan dokumen, termasuk laporan ahli kimia dan laporan bedah siasat.

Menurut kertas tuduhan, ia dipercayai berlaku pada 21 Mei 2013 di antara jam 12.20 sehingga 2.50 petang di Pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontingen Kuala Lumpur.

Semua mereka dituduh di bawah Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya berdepan dengan hukuman mati.

Tertuduh pertama Jafri Jaafar diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad; tertuduh kedua Mohd Nahar diwakili Datuk Baljit Singh Sidhu dan tertuduh ketiga, Mohd Hazwadi diwakili Geethan Ram Vincent.

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya, G Sivamalar, dan M Manogaran pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Dhamendran.

Pagi tadi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran akan didakwa.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei ke atas mayat Dhamendran mendapati punca kematian adalah kecederaan akibat hentakan objek tumpul.

Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.

Beliau sepatutnya menjalani tahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei ~ Malaysiakini

Kes Dhamendran: Polis terlibat didakwa hari ini.. Jangan tutup pulak muka tertuduh..

Posted: 05 Jun 2013 12:06 AM PDT


Orang ramai meminta polis yang akan didakwa kerana membunuh tahanannya petang ini dibiarkan mukanya terbuka untuk mempastikan ketelusan.

Ini adalah pengajaran dari kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang sehingga hari ini masih kontroversi kerana kedua-dua polis yang didakwa tidak dikenali umum sehingga kini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan, anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang tahanan N Dhamendran akan didakwa di mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh.

"Pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini telah menyelesaikan siasatannya dan telah mengemukakan kertas siasatan yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2013.

"Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah petang hari ini, 5 Jun 2013," katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu, orang ramai mula tertanya-tanya, "Jangan2, tutup muka nanti," tulis seorang pembaca kepada berita tersebut selepas disiarkan laman Malaysiakini.


Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan terdapat 52 kesan kecederaan di hampir seluruh tubuh badan mendiang N.Dhamendran.

Mendiang berusia 31 tahun didakwa dipukul dan didera dengan teruk sehingga meninggal dunia ketika dalam tahanan polis bulan lalu.

Dr Siew Sheue Feng dalam laporan bedah siasatnya mempercayai kematian Dhamendran adalah berpunca daripada kesan pukulan ke atas badan dan kepalanya menggunakan objek tumpul dan keras seperti rotan atau kayu serta mendiang berkemungkinan digari ketika dicederakan.

Laporan itu turut mengesahkan mendiang tidak mengalami sebarang penyakit yang boleh membawa kepada kematiannya semasa berada dalam tahanan.

"Jelas bahawa mendiang dipukul menggunakan objek tumpul dalam keadaan tangannya digari kerana terdapat kesan kecederaan serius pada pergelangan tangan semasa bedah siasat dilakukan.

"Mendiang juga didapati tidak mampu mempertahankan diri dan dipercayai dipukul secara bertalu-talu dari atas (bahagian kepala) selain forensik turut menemui kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua belah telinganya," kata Naib Presiden PKR, N Surendran ketika membaca laporan bedah siasat itu di ibu pejabat PKR baru-baru ini ~ Harakahdaily

Red Bean Army cerita bohong rupanya...

Posted: 04 Jun 2013 10:03 PM PDT


Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star didakwa menyiarkan berita yang tidak berasas mengenai 3,000 tentera siber "Red Beans Army" kononnya dibiayai DAP, bukannya berdasarkan fakta dan kebenaran yang sepatutnya menjadi pegangan wartawan akhbar berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, bagaimana mereka yang kononnya bergelar wartawan boleh bersekongkol mencipta penipuan mengenai 3,000 tentera siber "Red Beans Army" dibiayai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka.

Katanya, pembohongan mengenai Red Beans Army yang kononnya dibiayai DAP hanya sebahagian daripada jalan cerita yang lebih besar sejak Januari lalu untuk memburuk-burukkan DAP dengan pembohongan dan penipuan serta paling menyedihkan apabila terdapat bekas ahli dan pemimpin DAP yang bersedia untuk bertindak begitu hina dengan berbohong dan menipu untuk meneruskan agenda UMNO/BN.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, siasatan awal mendapati satu konspirasi yang dibiayai UMNO telah dilancarkan tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen, 3 April lalu untuk memburuk-burukkan DAP, termasuk dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army".

"Mereka mendakwa DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu membiayai tentera siber "Red Beans Army" bertujuan membunuh karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.

"Penyebar utama pembohongan "Red Bean Army" adalah media cetak milik UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13, pada 5 Mei lalu.

"Pembohongan dan penipuan mereka tidak menjejaskan DAP kerana tiada siapa yang mempercayai mereka – jika tidak sudah tentu DAP gagal memenangi 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU ke-13 lalu," katanya.

Menurut Kit Siang bagi menjustifikasikan pelaburan UMNO/BN ke atas mereka, mereka yang ingkar terhadap DAP itu meneruskan kempen penipuan mereka terhadap pemimpin DAP.

Katanya, sehingga kini, kepimpinan DAP mengabaikan mereka kerana tidak releven dan sekiranya mereka terus dengan pembohongan dan penipuan terhadap pemimpin DAP, maka mereka hendaklah bersedia untuk didedahkan kedurjanaan mereka ~ Roketkini.com

Baca juga kisah Najib rekrut 10,000 lembu-lembu sebagai Cyber Trooper UMNO di SINI

Turki.. Ini Sebenarnya Yang Berlaku.. bacalah..

Posted: 04 Jun 2013 08:58 PM PDT


Laporan kebanyakkan media barat mengenai demonstrasi besar yang berlaku di Turki, menggambarkan seolah-olah Kerajaan Erdogan dari AKP yang ada sekarang telah gagal mentadbir Turki hingga mengakibatkan rakyatnya bangkit menentang kerajaan..

Sehingga kini, sejumlah 115 anggota keselamatan dan 58 orang awam dilaporkan cedera, menurut laporan dari media barat.

Insiden tersebut telah bermula pada 30 Mei, bilamana polis Turki cuba menyuraikan perhimpunan aman di Istanbul bagi membantah kemusnahan taman terkenal Gezi Park.


Dan tindakan pihak berkuasa yang telah menembak gas pemedih mata dan menggunakan water canon itu telah mencetuskan keganasan..

Saksikan video di bawah..



Berikut adalah kisah sebenar disebalik insiden itu..

Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan.

Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat.

Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermula di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg x nak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain- lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."

5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,kom uniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.."

6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.

7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.

8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan underground utk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk tanam balik pokok yg ditebang.

So, apa kes nak mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, pencinta alam mana yg merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman..polis dah berjaya control. You all kena tau kat turki bkn ada org turki je. Especially kat central anatolia dan marmara region. Org Armenia yg memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti yg memprotes. But still, only minoriti of totalpopulation. Tanya la org turks kat malaysia, semua agree dgn tindakan Erdogan."

9- Aku harap korang semua jelas punca kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : "dalam kejadiaan ini,penyokong CHP antara yg banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan."

10- Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg suko membakar dan momocahkan bangunan org lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bhw siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg bertindak ganas kpd para pendemostrans."

11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata"

12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa "the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010..Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed Almansyud Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan yang timbul telah dijawab.

Wallahuallam.

~ Ini kalilah

Tiada ulasan: