Isnin, 3 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mas kahwin RM41,101?.. Kerja apa si Saiful ni? (Video Inside)

Posted: 03 Jun 2013 05:30 AM PDT


Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS.

Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi.

Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu.


Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung.

Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo.


Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani.

Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani ~ Harakahdaily

Tengok majlis resepsi dia ni... kalau tak ada kerja mampu ke nak buat majlis macam ni punya grand?

Jangan kurang ajar dengan PAS?.. hebatnya 'Batu Api' nie...

Posted: 03 Jun 2013 12:29 AM PDT


Apa yang ditulisnya mengambbarkan seolah-olah beliau adalah seorang ahli PAS yang amat taksub kepada pimpinan parti hingga tidak membenarkan pimpinan dan juga parti dikritik..

Tetapi hakikatnya beliau sedang cuba memporak-perandakan hubungan antara PAS dan juga PKR.. baca apa yang Ridhuan Tee tulis ni..

MUTAKHIR ini, PKR semakin kurang ajar dengan Pas. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkak berkata kerusi MB hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi.

PKR juga marah kepada Pas kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih kerana Pas turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperoleh sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana 'mengacau' kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi Dun tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengetepikan Pas.

Kadang kala, saya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat tidak sukakan Umno bersama Pas, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun Pas masih dipersalah oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangka dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya 'pencen', kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti.

Muhasabah untuk Pas, semua berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian Pas. Pas tidak mahu bersubahat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda Pas tegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulama, berbanding Pas. Jika adapun ulama PKR, mereka berada dalam dilema untuk jatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda Pas Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin Pas di khalayak ekoran 'kehilangan' dua kerusi tersebut.

Menurut Pas, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok-belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis.

Sosialis sekularis sukar memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka bekas ahli Umno yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap Umno. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada Pas. Pas mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi 'musuh atau lawannya'. Misalnya, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan Umno. Sudah tentu ada ahli Pas berbelah bahagi dalam isu ini. Umno juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulama seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka hukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, pelaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam Pas. Lagipun, Pas adalah parti jauh lebih senior daripada lain. Rata-rata kerusi dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik Pas dahulunya. Pas serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi.

PKR tidak ada apa-apa jika Pas tidak membantu dan menyokong mereka. Pas berdiri selama ini pun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. Pas yang mematangkan PKR. Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan Pas.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (Umno).

Kesimpulannya, Pas perjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih Pas jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis ~ Sinar Harian

Dulu dia kata.. "Sebab itu, dari dahulu saya katakan, berbincanglah dengan Umno, lebih banyak faedah. Umno begitu terbuka hari ini selepas PRU 12 2008. Umno sudah banyak berubah berbanding dahulu. Jika dahulu, kritik sahaja Umno, semua orang 'digamnya'.

"Hari ini orang Umno sendiri mengkritik Umno. Mereka masih diberi peluang. Pada saya, Umno sudah jauh berubah berbanding dahulu. Umno mula bercakap soal integriti, transformasi dan sebagainya.

"Benar, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun, usaha-usaha ke arah yang lebih baik sedang berjalan. Saya yakin, jika Pas ikhlas, Umno akan berubah lagi.

"Pokoknya, mulakan langkah pertama dengan Umno. Seingat saya, hari ini Umno masih berlapik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Islam, berbanding dengan ultra kiasu itu.

Tujuannya ialah memecah belahkan perpaduan antara PAS dan PKR seterusnya menyatukan antara UMNO dan PAS...

Lagi satu.. kebelakangan ini boleh dikatakan semua media tunggangan UMNO menghalakan serangan terhadap DAP dan PKR tetapi mengecualikan PAS dari serangan mereka..

Ini adalah satu cubaan untuk pecah dan perintah yang baik sekali...

Selain Nurul Izzah.. Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Ambiga dan Lim Kit Siang turut dihalang masuk ke Sabah..

Posted: 02 Jun 2013 09:21 PM PDT

Surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen mengesahkan selain daripada Nurul Izzah Anwar, ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Ambiga Sreenavasan dan Rafizi Ramli turut disenarai hitam dari masuk ke negeri Malaysia timur itu.

Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.

"Kabinet bersetuju Ketua Menteri menggunakan kuasa penuhnya di bawah Akta Imigresen, dan selaras dengan pengesahan daripada Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Sabah, agar tidak membenarkan individu-individu ini mendarat di Sabah," kata surat itu, sebelum menyenaraikan nama-nama lima daripada ahli politik dan pengerusi bersama Bersih 2.0.

Menurut Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, sumber boleh dipercayai dari Jabatan Imigresen telah membocorkan muka surat pertama dokumen tersebut kepadanya.

Sumber dari SINI

Dokumen itu telah dilihat oleh The Malaysian Insider. Dari halaman tunggal, tempoh senarai hitam atau sebab mengapa disenarai hitam tidak dinyatakan.

Apabila dihubungi, Lim menyifatkan larangan itu sebagai "tidak masuk akal", menunjukkan kerajaan telah membuat satu penghinaan terhadap demokrasi disebabkan bukan sahaja mengharamkan rakyat sendiri daripada memasuki sebuah negeri di negara ini, tetapi wakil rakyat yang dipilih secara sah.

"Sudah tentu ini bukan pertama kali… Saya mungkin pemimpin paling kerap disenarai hitam… Saya pernah disekat ke Sabah, ke Sarawak…. tetapi saya ingatkan kita sudah lepas zaman itu.

"Kelihatan kita masih tersekat di situ," katanya.

Khamis lalu, Nurul Izzah telah disekat untuk masuk ke Sabah sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai menggunakan kapasiti peribadinya.

Menjelaskan pada Sabtu, Musa dilaporkan berkata mereka yang memberikan ancaman dan merosakkan keharmonian Sabah tidak dialu-alukan untuk ke negeri itu.

Beliau menambah, negeri itu tidak pernah menghalang pemimpin pembangkang sebelum pilihan raya tetapi percaya Nurul Izzah mempunyai niat lain kali ini.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya.

"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," tambah beliau lagi.

Mengulas terhadap penghantaran pulang Nurul Izzah, Wong mengatakan dalam satu kenyataan di sini langkah tersebut hanya menjadikan anak kepada pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Anwar sebagai wira politik lebih besar.

"Tidak kira berapa banyak Ketua Menteri Datuk Musa Aman cuba untuk menjelaskan ia tidak bermotifkan politik, bahasa tubuh tindakan penghantaran pulang seorang pemimpin pembangkang secara tiba-tiba ketika dia baru tiba memberikan mesej segera semuanya adalah tentang politik.

"Rakyat tidak perlu menunggu tiga hari untuk Ketua Menteri menjelaskan tentang perkara ini," kata Wong.

Semalam, Nurul Izzah menuduh dakwaan Musa terhadapnya adalah "satu penipuan" apabila mendakwa beliau cuba membangkitkan rasa tidak percaya dikalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jelas dakwaan itu adalah satu penipuan, apa sahaja beliau cuba paparkan terhadap saya," kata Nurul Izzah kepada pemberita ketika majlis minum petang di Lucky Garden, Bangsar, di sini.

Pemimpin PKR telah membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei, mendakwa BN menang kerana penipuan undi besar-besaran dan lain-lain bentuk penipuan pilihan raya.


~ The Malaysian Insider

Mukhriz hentikan projek balak PAS Kedah..

Posted: 02 Jun 2013 08:25 PM PDT


Kerajaan Kedah mengesahkan aktiviti pembalakan di dua lokasi sekitar negeri ini masing-masing di Padang Terap dan Baling, sudah diarah dihentikan serta-merta buat sementara bagi tujuan siasatan dan penilaian semula.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata arahan itu berkuat kuasa 18 Mei lalu membabitkan dua projek pembalakan iaitu untuk tujuan agro-pelancongan di sekitar empangan Pedu di Padang Terap dan projek ladang rakyat di Gunung Inas, Baling.

Katanya, arahan itu dibuat susulan aduan orang ramai yang mendakwa menerima kesan daripada aktiviti pembalakan di kedua-dua lokasi terbabit yang dilaksanakan ketika pemerintahan kerajaan negeri di bawah PAS Kedah sebelum ini.

Henti sementara

Sebenarnya arahan sudah dikeluarkan, tetapi bukannya untuk hentikan terus penebangan. Kita buat arahan untuk hentikan sementara selepas terima rungutan daripada penduduk kampung mendakwa aktiviti pembalakan menjejaskan bekalan air.

Kita nak siasat mungkin Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak disediakan sebelum balak ditebang. Nak kembalikan semula balak yang dah ditebang itu mustahil, jadi tindakan terbaik kini ialah hentikan penebangan.

Kita ada hak untuk hentikannya jika aktiviti penebangan tidak dijalankan ikut prosedur. Kita cuma mahu pastikan semua pihak ikut ketetapan disediakan dan jika ada arahan walaupun kecil yang tidak dipatuhi, maka ia akan dihentikan, katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis memeterai memorandum persetujuan (MoA) di antara Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA) dan sebuah syarikat pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi, Pekan Artisan Sdn Bhd (Pekan Artisan) membabitkan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di sini.

Pada majlis itu, LADA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli manakala Pekan Artisan diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Saifful Azhar Sabaruddin.

Mengulas lanjut arahan itu, Mukhriz berkata ketika ini siasatan sedang dijalankan terhadap kedua-dua projek pembalakan itu bertujuan memelihara kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Caj air ke Pulau Pinang

Mengambil contoh Gunung Inas, katanya, kerajaan negeri sudah terlambat untuk menyelamatkan kawasan itu kerana pembalakan sudah sampai ke puncak gunung berkenaan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan membentangkan bajet yang lebih realistik berbanding kerajaan diterajui PAS Kedah sebelum ini dengan jangkaan pendapatan RM640 juta sepanjang 2013.

Katanya, kerajaan PAS Kedah sebelum ini menjangkakan pendapatan RM20 juta daripada RM640 juta yang dijangkakan daripada hasil bekalan air kepada Pulau Pinang.

Bagaimanapun, ketika pentadbiran PAS Kedah, tiada langsung perjanjian wujud antara Menteri Besar Kedah terdahulu iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perbincangan hanya membabitkan di peringkat EXCO.

Namun kita akan meneruskan cadangan serta kertas kerja untuk mengenakan caj bayaran bekalan air mentah ke Pulau Pinang kerana kita berpendapat Kedah layak menerima bayaran bagi kos pembekalan air bersih itu, katanya.

~ Berita Harian

Tak dapat nak laksana GST.. naikkan harga rokok..

Posted: 02 Jun 2013 05:30 PM PDT


Ogos 2012 Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (Philip Morris) telah menjangkakan cukai rokok akan meningkat sebanyak 1 sen sebatang pada tahun 2013 menerusi pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

Ketika itu cukai rokok yang dikenakan kerajaan adalah 22 sen sebatang, rentetan dari peningkatan cukai itu ianya akan menjadikan cukai yang dikenakan terhadap setiap batang rokok ialah 23 sen..

Pengarah Perhubungan Korporat Philip Morris, Richard James berkata, peningkatan cukai rokok itu dilakukan berikutan fokus kerajaan kini terarah untuk membendung penyeludupan bahan berkenaan.

Dan hari ini British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Alasannya.. "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ni sikit info dari Wikipedia untuk dikongsi bersama..

Tahukah anda rokok dihisap oleh lebih 1.1 bilion orang di dunia ini? Walaupun kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, namun di negara-negara membangun penggunaan tembakau terus meningkat pada kadar sekitar 3.4% setahun.

Daripada jumlah perokok dunia, 51% adalah lelaki dan 49% wanita dilaporkan menjadi perokok harian. Orang dewasa muda adalah kumpulan umur yang paling berkemungkinan untuk merokok, dengan penurunan ketara dalam kadar merokok dengan peningkatan usia.

Perokok terbesar di dunia adalah di Greece berdasarkan penggunaan rokok per kapita di mana purata seorang perokok di negara itu menghabiskan sebanyak 3017 rokok setahun.

Malaysia pula berada di ranking ke-71 dengan seorang perokok menghabiskan 646 batang rokok dalam setahun ~ Graf lihat di SINI

Lepas tu baca laporan dari Berita Harian yang disiarkan pada 21November 2011 ini..

Lebih lima juta perokok tegar di negara ini, termasuk mereka yang merokok sejak bangku sekolah membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari untuk membeli bahan itu bagi melepaskan ketagihan.

Perangkaan itu didedahkan Pakar Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Zulkfli Ahmad, menerusi syarahan umum sempena pelantikannya sebagai Profesor yang menjalankan kajian berhubung Pengawalan Tembakau di Malaysia: Antara Ekonomi, Politik, Agama dan Kesihatan sejak 1986.

"Pertambahan bilangan perokok remaja dan lelaki dewasa serta wanita di seluruh negara menunjukkan budaya merokok masih sukar dibuang meskipun pelbagai kempen dilancarkan Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jumlah perokok di negara ini juga berada pada tahap membimbangkan, malah kira-kira 10,000 kematian setahun dikesan akibat daripada tabiat merokok dicatatkan hasil kajian ini, malah ini menunjukkan sikap rakyat negara ini masih memandang remeh terhadap kesan ketagihan rokok dan kempen antimerokok dijalankan kementerian," katanya selepas membuat syarahan umum berhubung hasil kajiannya itu, di sini, semalam. 

OK.. 5,000,000 orang perokok tegar menghisap 646 rokok setahun, oleh itu jumlah rokok yang dihisap oleh 5,000,000 itu bersamaan dengan 3,230,000,000 batang rokok..

Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan bagi setiap batang rokok ialah 22 sen pada tahun 2012 menjadikan jumlah cukai dari rokok yang dikutip oleh Kerajaan ialah 71,060,000,000 Sen..

Dengan peningkatan lagi 1% cukai rokok ini akan menjadikan jumlah cukai ialah 23 sen bagi setiap batang 74,290,000,000 sen..

Perbezaan antara 1% itu.. 74,290,000,000 tolak 71,060,000,000 sama dengan 3,230,000,000 sen.. dalam Ringgit lebih kurang RM32,300,000

Weiii... banyak tu.. pandai jugak Najib ni cari duit ya.. cuma yang tak bagusnya ialah dia perah rakyat lagi.. kali ini yang menjadi mangsa ialah perokok..

Betul ke apa yang aku kira tu?.. kalau tak betul tolong betulkan...

Jangan ditipu oleh Najib pesan Wan Azizah buat semua ahli PKR..

Posted: 02 Jun 2013 10:00 AM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan anggota partinya agar meneruskan perjuangan mereka walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah berlalu, serta tidak termakan dengan "helah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wan Azizah menegaskan, tindakan Najib mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah jawatankuasa khas pilihan Parlimen (PSC) adalah cubaan mengalih perhatian sebenar dalam isu penipuan pilihan raya dan menjadikan beliau seolah-olah sedaya upaya memperbaiki imej pengendali pilihan raya tersebut sebagaimana tuntutan aktivis Bersih dan Pakatan Rakyat (PR).

"PRU13 belum selesai, kemenangan kita dirampas, kita kena teruskan lagi ... sebab ini kalau kita biarkan PRU13 berlalu begitu sahaja, rakyat akan lupa.

"Kita juga jangan terpedaya dengan helah Najib ... dulu semasa Bersih, kita lari bertempiaran, pedih mata, kemudian selepas berhimpun, masuk Parlimen dengan wakil rakyat, wujudkan jawatankuasa khas, tapi tak banyak perubahan pun," kata Wan Azizah dihadapan pemimpin akar umbi PKR ketika majlis minum petang di Taman Tasik Perdana di sini.

Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Najib semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa, isu persempadanan pilihan raya juga menyebabkan PR tewas apabila SPR terlibat untuk menewaskan pembangkang.

"Saya percaya rakyat dah beri kita mandat dalam pilihan raya lalu ... Namun persempadanan semula menjadi masalah, dia pusing-pusing nak kalahkan kita.

"Undi-undi ini SPR memang terlibat nak kalahkan calon PR," katanya lagi, dan mengingatkan kepada wakil rakyat PKR agar meneruskan khidmat mereka di kawasan yang telah dimenangi.

"Kita dah menang, di tempat kita menang, kita kena beri khidmat kepada rakyat," katanya.

Pengumuman Najib itu dilihat cubaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, namun pemimpin pembangkang juga turut menggesa agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar digantikan dengan muka baru bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Malahan, pembangkang turut menuntut agar PSC yang diwujudkan bagi mengawal selia SPR harus diketuai oleh PR bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.

Pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), Ong Kian Ming berkata ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.

Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

"Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN," katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula membandingkan situasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di kebanyakan negara-negara Komanwel, yang menjadi lumrah pemimpin pembangkang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Di negara yang mempunyai jawatankuasa berkenaan, PAC biasanya bertanggungjawab memantau perbelanjaan kerajaan bagi memastikan keteluasan akauntabiliti.

Pemimpin PAS itu berkata, kepentingan seperti itu boleh dilihat dalam cadangan pembaharuan sistem "first past the post" yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bagaimanapun menegaskan pembaharuan pilihan raya perlu dilaksanakan supaya SPR lebih adil, telus, dan bebas sebelum PR mengetuai PSC itu dapat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut beranggapan langkah diambil Najib adalah cara mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan penipuan pilihan rata yang dibangkitkan PR.

Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan Himpunan "Black 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.

Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: