Anak Sungai Derhaka |
- Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan provok Polis supaya huru hara pulak..
- Annuar Musa dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda
- Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000
- Kenyataan Naib Canselor UiTM dibidas bekas pelajar UiTM..
- Polis masih tidak temui Inspektor Polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran
- Rosmah Mansor kini Professor Kehormat Universiti Kazakhstan.. Tahniah leee..
- Isu Pengkhianat PAS : Ini apa yang diucapkan oleh Dato Husam Musa sebenarnya.. (Video Inside)
Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan provok Polis supaya huru hara pulak.. Posted: 21 Jun 2013 08:25 AM PDT Ingat lagi gambar di atas?.. tentu korang masih ingat bagi yang tak ingat dan tak tahu gambar apa benda kat atas tu.. itu ialah Molotov Koktail.. Ianya telah ditemui oleh pihak Polis Selangor dalam satu beg bersama dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan ketika himpunan BERSIH hendak diadakan dulu.. Laporan mengenainya sila baca di SINI Bagi Himpunan Black 505 pula tiada sebarang Molotov Koktail ditemui tetapi Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu. Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok. Kenyataan itu bagaimanapun disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan jurucakap rasmi perhimpunan Black 505. Betul ke tuduhan tu?.. baca apa kata Rafizi kat bawah ni.. "Saya menafikan tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan Black 505. |
Annuar Musa dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda Posted: 21 Jun 2013 05:30 AM PDT Nak salahkan semuanya kepada Pegawai-pegawai dari FAM ini rasanya kurang sesuai dan tak patut sangatlah.. Kerana mereka mungkin belajar dari apa yang pemimpin-pemimpin UMNO dah amalkan selama ini.. contohnya macam Khir Toyo buat itulah.. Kuala Lumpur: Selepas membongkar isu perbelanjaan tajaan berjumlah RM30 juta, Tan Sri Annuar Musa semalam mendedahkan pula tembelang sebenar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghantar skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma. "Selepas pasukan dihantar berlatih nun jauh ke Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Sukan SEA hanya dianjurkan di Asia Tenggara tetapi pasukan berlatih di benua Eropah. "Dikhabarkan segala-galanya diatur seorang ejen yang membuat 'good business' (perniagaan yang menguntungkan) daripada program ini tetapi bagaimana cara ejen ini dipilih? Tender atau sebut harga? "Apakah Exco FAM terbabit dan kenal ejen yang mengaturkan semua ini? Semua pasukan lain berlatih dalam negara sendiri dengan belanja yang terhad. Pegawai dan isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan mahu melihat pasukan berlatih," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya. Seperti diketahui, FAM menghantar skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee menjalani persiapan lima bulan di Eropah mulai pertengahan Mac lalu dengan sasaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini. Annuar turut menimbulkan persoalan mengenai keputusan FAM menghantar Harimau Malaya berlatih di Australia kerana disifatkannya tidak berbaloi walaupun ia dikatakan menggunakan wang tajaan Telekom Malaysia (TM). |
Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000 Posted: 21 Jun 2013 02:35 AM PDT Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal. Raja Noor Jan Shah mendakwa gelaran yang diberikan kepada ketua Naning oleh Belanda pada 1800 sebagai tanda penghargaan kerana membekalkan tenaga kerja untuk memperbaiki pelabuhan Melaka ketika itu dan pemegang gelaran tersebut tidak mempunyai darah diraja. "Oleh itu keturunannya hanyalah seorang rakyat biasa dan tidak berhak mengurniakan gelaran diraja," kata Raja Noor Jan Shah. Menurutnya jika terdapat sebarang gelaran diraja dikurniakan oleh keturunan Sultan Melaka, beliau sepatutnya yang melakukannya. Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 berkata, beliau merupakan Raja Kesultanan Perak yang sah dan telah mengurniakan pelbagai gelaran kepada individu yang layak sejak 2005. "Istiadat pengurniaan saya diadakan untuk menghargai mereka yang memberi sumbangan kepada Melaka dan Perak," katanya. Raja Noor Jan yang mendakwa turut memiliki persalinan Kesulatanan Melaka termasuk dua keris berkata, beliau akan mengadakan satu lagi majlis perjumpaan pada 19 November di Melaka. Dakwanya, semua persalinan diraja disahkan sebagai harta pusaka oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Dalam perkembangan berasingan, dakwaan mengenai pengurniaan gelaran oleh Undang Luak Naning dijual dengan bayaran yang tinggi mula tersebar. Setiausaha sulit kepada Abdul Latif berkata, terdapat segelintir individu yang mendakwa sebagai penerima gelaran itu tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai penerima gelaran Datuk oleh Undang Luak Naning ke-19 tersebut. Sementara itu, Datuk Paduka Seri Syahbandar Omar Ali yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Lembaga Adat Naning berkata, Abdul Latif dipecat pada 2011. Syahbandar mendakwa Abdul Latif merupakan warga Singapura dan menyebabkan beliau dipecat oleh lembaga tersebut selepas mendapati beliau tidak mempunyai keturunan darah Raja Naning. "Dia dianggap sebagai Undang Luak Naning yang tidak sah kerana lembaga yang melantiknya pada 2004 mengetepikannya tujuh tahun lalu. Dia tiada hak untuk mengurniakan gelaran Datuk," katanya. Laporan dari mStar ini tidak mendedahkan berapa harga untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' itu tetapi ianya didedahkan oleh The Star.. |
Kenyataan Naib Canselor UiTM dibidas bekas pelajar UiTM.. Posted: 21 Jun 2013 12:23 AM PDT Cara beliau bercakap menggambarkan seolah-olah UiTM itu milik mak bapaknya bukan milik MARA kerana beliau mengatakan UiTM menyokong Barisan Nasional, sedangkan setahu aku ramai dalam UiTM itu sendiri menentang Barisan Nasional.. Semalam Utusan melaporkan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid berkata "Anda dan rakyat Malaysia kena tahu ini. Kewujudan UiTM yang kini memiliki hampir 200,000 pelajar ini telah menyelamatkan negara kita. Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin orang Melayu selama-lamanya menjadi hamba di tanah air sendiri. "Dengan keupayaan UiTM sehingga hari ini melahirkan hampir setengah juta profesional Melayu, maka institusi ini berperanan sebagai pengimbang ekonomi dan menjauhkan ketidaktenteraman dalam kalangan kaum-kaum. Kalau tanpa UiTM, kalau tanpa Kerajaan Barisan Nasional menampung perbelanjaan membina dan menggerakkan aliran pelajarnya, profesional Melayu tidak akan lahir, kemudian berkembang," katanya. "UiTM menyokong kerajaan BN dan UMNO sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak," Hari ini kenyataan Sahul Hamid itu dibidas oleh seorang bekas pelajar UiTM, yang kini merupakan ADUN Seberang Jaya dari PKR, Dr. Afif Bahardin yang juga katanya kenyataan itu adalah memalukan, dangkal serta menjatuhkan reputasi UiTM.. Seorang anggota Exo kerajaan Pulau Pinang menyelar Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab apabila mengakui secara terbuka bahawa universiti tersebut menyokong BN dan Umno. Sehubungan itu, Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya menggesa Sahol supaya bersikap profesional dan berhenti menggunakan UiTM demi memenuhi kepentingan politik Umno-BN. "Beliau sewajarnya menumpukan usaha dan komitmen dalam membangunkan kapasiti intelektual pelajar-pelajar UiTM serta menambahbaik mutu dan pencapaian UiTM supaya mampu bersaing secara lebih kompetitif di peringkat global," katanya. ~ Malaysiakini Sahol kata UiTM sokong BN.. tapi kenapa pulak lepasan UiTM ni tak sokong BN? Kah..kah.. kah.. mungkin yang menyokong BN maksud Sahul Hamid tu ialah dirinya sendiri serta batu dan kayu yang ada dalam kawasan UiTM tu kot.. |
Polis masih tidak temui Inspektor Polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran Posted: 20 Jun 2013 08:34 PM PDT Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya. Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. "Kita masih cuba mengesan di mana dia berada," katanya apabila ditemui semalam. Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis. Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat. Statistik polis mengatakan terdapat 122 kematian dalam tahanan sehingga 2010. Akan tetapi Naib Presiden PKR N. Surendran mendedahkan angka sebenar adalah lebih tinggi. Menurut ahli Parlimen Padang Serai itu, terdapat 211 kes kematian seperti itu sepanjang dua setengah tahun lalu. Kes kematian Dhamendran memperbaharui tuntutan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh polis. Tiga lagi pegawai bawah inspektor yang hilang itu telah didakwa pada 5 Jun. Mereka adalah Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32. Sumber dalaman polis memberitahu The Malaysian Insider, inspektor itu dan tiga lagi pegawai bawahnya diberikan cuti untuk mengeluarkan mereka daripada perhatian umum. "Pada ketika itu penyiasatan berhubung kematian Dhamendran baru bermula dan cuti diluluskan dengan niat baik," kata sumber. "Selepas siasatan lengkap dan telah pasti ianya merupakan kes pembunuhan, keempat-empat dihubungi dan diminta pulang dari bercuti. Tiga pegawai pulang tetapi inspektor itu tidak." Cuti inspektor itu berakhir pada 13 Jun akan tetapi beliau tidak melaporkan diri. Beliau tidak menjawab telefon bimbitnya apabila dihubungi. Kekasihnya memberitahu polis dia tidak tahu di mana inspektor itu berada. Pada mulanya, inspektor itu dan tiga pegawai bawahnya dipindahkan untuk melakukan tugasan pejabat, akan tetapi desakan umum menyebabkan Kementerian Dalam Negeri menggantung keempat-empat daripada bertugas. Sebaik sahaja kes Dhamendran, tiga lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Jepun. Mereka adalah N. Karuna Nithi, R. Ramesh Jamesh dan Nobuhiro Matsushita. – 21 Jun, 2013. ~ The Malaysian Insider |
Rosmah Mansor kini Professor Kehormat Universiti Kazakhstan.. Tahniah leee.. Posted: 20 Jun 2013 06:00 PM PDT Usaha Datin Seri Rosmah Mansor dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata Negara sekali lagi telah menerima pengiktirafan antarabangsa. Pada hari Khamis, beliau telah dilantik sebagai Profesor Kehormat di International Information Technology University (IITU) Almaty, Kazakhstan. Anugerah itu disampaikan kepada Rosmah, yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, oleh Presiden IITU Prof Dr Kenzhegali Sagadiyev. Dalam ucapannya, Sagadiyev memuji Rosmah kerana penglibatan berterusan beliau dalam memperkasakan wanita dan menyokong kanak-kanak yang berbakat. "Dia aktif mempromosikan projek Permata, gerakan di seluruh negara yang berusaha untuk pembangunan pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan. "Permata adalah satu contoh yang baik untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan remaja," katanya. Sagadiyev berkata disebabkan oleh sumbangan beliau dalam program tersebut Pprofesor terkemuka di IITU bersetuju bahawa Rosmah patut dianugerahkan dengan profesor itu. Tahniahlah Rosmah.. nanti bila Najib dah pencen.. bolehlah pergi mengajar di Kazakhstan tu.. diharap budak-budak kat sana nanti tak nangis macam budak dalam gambar di atas bila tengok Rosmah.. Tapi betulke Program Permata tu dah meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan remaja?.. yang aku nampak perhiasan dari Permata semakin banyak Rosmah pakai adalah.. Ini laporan asal.. Rosmah Mansor made honorary professor of Kazakhstan University |
Isu Pengkhianat PAS : Ini apa yang diucapkan oleh Dato Husam Musa sebenarnya.. (Video Inside) Posted: 20 Jun 2013 08:53 AM PDT Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sering dinasihatkan agar menyelidik dahulu sebelum mempercayai apa yang disiarkan oleh media-media yang ditunggangi oleh UMNO/BN. Malah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga dinasihati agar memboikot semua media tersebut baik media elektronik mahupun media cetak. Kerana sudah banyak kali, apa yang dilaporkan oleh media yang ditunggangi oleh UMNO/BN tentang Pemimpin Pakatan Rakyat adalah fitnah dan ianya telah terbukti di Mahkamah. Malangnya dalam menasihati penyokong agar jangan mudah terpedaya dengan apa yang dilapor oleh media yang ditunggang oleh UMNO/BN itu.. mereka yang bergelar Pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri begitu mudah diperbodohkan oleh media tunggangan UMNO/BN itu.. Tanpa merujuk kepada Husam Musa sendiri, tanpa mengetahui apa sebenarnya yang diucapkan oleh Husam Musa.. beberapa pemimpin PAS telah membidasnya tanpa usul periksa.. Mengulas ucapan Husam dalam perhimpunan perhimpunan Blackout 505 di padang Majlis Daerah Ketereh seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain. Dihubungi oleh Utusan pun masih mahu dilayannya.. hasilnya.. faham betul-betul apa yang tersirat dari yang tersurat ini.. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan. Jarum sudah berjaya dimasukkan.. dan sengketa akan bermula jika tiada pihak yang mahu membetulkannya.. Persoalannya disini adakah Pemimpin-pemimpin PAS di atas tidak mempunyai No. telefon Husam untuk dihubungi bagi mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang diucapkannya itu? Ini video ucapan Dato Husam Musa pada 12 Jun 2013 lalu.. saksikan adakah ianya sama dengan apa yang dilaporkan kebanyakkan media.. Buat yang tak dengar atau tak boleh mendengar atau buat-buat pekak ini transkripnya.. 0:12 ~ As salamu 'alaikum warahmatullahi, wabarakatuhu … (Ucapan alu-aluan…. ) 0:53 ~ Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kpd pihak polis yg telah memberikan kita permit untuk berhimpun pda malam ini. Maknanya perhimpunan kita, BLACKOUT 505 adalah perhimpunan aman. Kita bukan berhimpun hendak menggulingkan kerajaan.Tapi kalau kerajan lemah sabgat , dia terguling dengan sendiri , Alhamdulillah; tak ada masalah! 0:18 ~ Sebab apa kita berhimpun? Pada pendapat saya ada dua sebab utama. Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap perjalanan pilihanraya . Yang kecewa adalah rakyat jelata. Kenapa mereka kecewa? Mereka seratus peratus yakin Pakatan Rakyat harus atau telah memenangi Pilihanraya yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya. 2:02 ~ Kenapa kita kalah? Dari segi undi, undi kita lebih besar dari undi Barisan Nasional. Kenapa kita tidak boleh mentadbir Putrajaya? Kerana penipuan pilihanraya! Jadi yang kecewa adalah rakyat jelata. Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat, PAS, DAP , PKR tidak boleh membentuk kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik. 2:28 ~ Bila mereka kecewa, apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama. Kalau ada mana-mana pemimpin kita bawa bawa suara sumbang, nak berhimpun macam ini pun tak boleh, saya yakin dan percaya, orang ini bawa suara Umno dalam PAS, dalam PKR, dalam DAP! 2:53 ~ Malam ini saya nak cakap berterus terang. Berterus terang dgn semua pimpinan kita. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan, kepada rakyat Kelantan yang berhimpaun pada malam ini. Walaupun kita antara negeri yg terakhir berhimpun, kita tidak ketinggalan dalam kebangkitan arus anak muda dan kekecewaan masyarakat pelbagai kaum seluruh negara untuk menyatakan bersama-sama pendirian kita ~ Penipuan pilihanra telah berlaku dalam PRU yg ke- 13! 3:26 ~ Bayangkan kalau Kelantan tak buat, kita akan dianggap sebagai angkuh, membelakangkan saudara-saudara kita. 3:37 ~ Kalau dalam perang, saudara kita telah berlumuran darah, hasil penipuan ini dan kita hanya berdiam diri kerana kita telah menang menguasai kerajaan, kita pengkhianat kepada perjuangan ini! 3:52 ~ Alhamdulillah, kita berhimpun, Datuk MB hadhir, saya ucapkan tahniah, terima kasih kepada semua pimpinan PAS Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. 4:04 ~ Kitalah yang mencetuskan perubahan politik negara; jangan kerana kita baru menang kerusi parlimen , baru mentadbir negeri, kita telah lupa kepada asal usul perjuangan kita! 4:19 ~ Ada seorang baru menang, dia hanyun gateh (?) basikal siang malam…. Palimen akan bersidang, kita nak tengok ahli-ahli parlimen kita daripada PAS , dia kayuh basikal dalam parlimen macam mana? 4:35 ~ Kalau di luar parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam parlimen , kita nak kayuh macam mana? Anda semua akan disaksikan oleh rakyat yang telah memberikan undi kepada perjuangan ini ~ bukan undi individu! 4:51 ~ Undi kita semua adalah untuk perjuangan. Bukan untuk sesiapa atas nama individu dia! Kalau dia rasa kuat, dia boleh bertanding sendiri….. 5:01 ~ Tetapi rakyat beri kemenangan kerana perjuangan. Jangan menang sekali, dah nak lupa dengan sokongan rakyat jelata di seluruh negera. 5:11 ~ Anak-anak muda daripada Kuala Lumpur, mereka pulang ke Kelantan , hampir 95%. Yang tak pernah pulang pun pulang kerana semangat nak menguasai Putrajaya. Jangan nafikan semangat ini semata-mata kerana kita nak menyuarakan 'suara Umno' dalam perjuangan kita. 5:34 ~ Tujuan kedua kita berhimpun , sebagai seorang Islam, Man ra'a mingkum mungkaran, falyu ngairuhu biyadihi… sampai akhirnya. Kita boleh redha dgn kekalahan kita, tetapi kita tidak diizinkan redha dengan penipuan mana-mana pihak! 5:54 ~ Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan. Tetapi kalau penipuan demi penipuan; tiap-tiap kali pilihanraya, Umno menang hanya kerana penipuan, wajib kita bagi orang ummat Islam, tegak berdiri menentang penipuan tersebut! 6:13 ~ Yusuf al-Qardhawi, duduk di Doha, Qatar; rakyat Mesir, pemuda Mesir sama dgn pemuda Malaysia berhimpun di mana-mana . Majoritinya anak-anak muda , Hala hani syabab, wa qala hani syuyukh… (maaf saya tidak berapa pasti bahasa arab - al-Husseyn) kita beriman dengan sabda Nabi , anak-anak muda bersama dgn Islam, orang-orang tua dgn sebab-sebab sendiri, mereka sebahagiannya tidak bersama kita. 6:41 ~ Yusus Qardhawi duduk di Doha, perhimpunan di Tahrir Square , di Mesir , di Cairo, di Kaherah . Yusof Qardhawi tanpa jemputan terbang daripada Doha untuk memberikan amanat, semangat perjuangan kpd anak-anak muda di Tahrir Square. 7:02 ~ Kalau ada pemimpin kita tidak sanggup hadir dalam perhimpunan seperti ini, mereka harus belajar semangat dakwah yg telah ditunjukan oleh Yusof al-Qardhawi. Mereka hadir tanpa dijemput. 7:22 ~ Almarhum Fadhil Nor, pada tahun 80-an, nak menghimpunkan masyarakat Cina, pergi sewa dewan di Ipoh, guna CCC. Berhimpun daripada jam 6.00 petang sampai 10.00 malam, 4, 15 orang Cina datang….hari ini, saya hadir di perhimpunan Kuantan, hadir di depan pentas anak muda Cina mengaminkan doa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man , tanpa mengira itu adalah doa apa…. Dia tak tahu : Asal Umno mati, Umno mampus, dia aminkan! (catatan : sebenarnya pada tahun 2000 - saya ada gambarnya kat atas tu) 8:00 ~ Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan kita ini, kita telah mengkhianati dakwah yg telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin kita daripada PAS dahulu! 8:10 ~ Kalau dulu kita payah nak himpunkan orang Cina, sekarang orang Cina tunggu kita berpuluh ribu, pemimpin kita pula tiada, ini adalah pengkhianatan kpd dakwah kita! 8:24 ~ Baik …. Kita telah saksikan perhimpuanan di seluruh negara. Tetapi kita belum sampai kepada puncak kita. Kerajaan tidak akan terguling dgn perhimpunan ini. Tetapi yang pasti adalah Najib dan SPR panas! 8:45 ~ Hari ini Pengerusi SPR buat kenyataan petang tadi, dia tak akan letakan jawatan. Walaupun semua rakyat tahu penipuan paling besar sekali , yang diketahui oleh semua rakyat adalah 'dakwat'. 9:00 ~ Semua rakyat tahu bahawa ini adalah penipuan. Macam mana dia nak tutup penipuan? Dia kata kalau guna dakwat yang betul-betul tahan lama , kena sakit kanser! Dia ingat rakyat Malaysia bodoh macam dia! 9:16 ~ Dia kata tak kan letak jawatan ; tetapi kalau kita berhimpun dan berhimpun, kita akan mencapai matlamat kita. 9:25 ~ Kalau Pengerusi SPR tak nak letak jawatan, kita minta Najib letak jawatan! Kalau dua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik! Tidak mustahil, Najib meletakan jawatan. 9:39 ~ Pilihanraya ke-13, walaupun penuh dgn penipuan, antara yg paling kecewa adalah Najib; kerana dengan perbelanjaan yg begitu besar, dgn penipuan yg diatur begitu rapi, kebangkitan rakyat melalui peti undi , adalah lebih besar daripada yg dijangkakan. Kerana itu dia kecewa. 10:00 ~ Dan dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Najib sebagai minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat Malaysia. Oleh itu, kita nak berhimpun sekali lagi pada 22 haribulan untuk menuntut perubahan supaya PRU yang ke-14, yg ke-15, yg ke-16 , tidak ada lagi pengulangan penipuan. 10:26 ~ Kalau kita biarkan penipuan, hari ini tidak ditentang, mereka akan tipu kita berkali-kali lagi dan kita akan tewas berkali-kali lagi! 10:34 ~ Wajib bagi kita menentang mereka, setakad yang saya baca buku-buku , penentangan kita ini adalah satu jihad. Penentangan kita adalah satu gerakan fi-sabilillah. Penentangan kita adalah untuk 'al'amru bil makruf, wa nahi 'anil mungkar' 10:52 ~ Kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam! Jangan buat kenyataan. Berbagai-bagai kenyataan yg pelik-pelik. 11:03 ~ Dari segi organisasi PAS, keputusan menyertai BLACKOUT 505, diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat. Ini bukan keputusan Husam Musa. Ia bukan keputusan Mat Sabu. Ia adalah keputusan PAS Pusat untuk menyokong BLACKOUT 505! 11:26 ~ Jadi saudara, adik-adik semua jangan ragu. Jangan ragu! Dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita adalah perhimpunan aman menyampaikan mesej perjuangan kita menentang penipuan ini, kita terkorban, andai kata, satu darpada kita terkorban, insya' Allah , ini adalah syahid fi sabilillah, insya'Allah! Transkrip sepenuhnya sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan