Anak Sungai Derhaka |
- Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) akan sebabkan harga ubat naik 60 hingga 80%? Terimakasih lah BN..
- Tambang Bas balik raya naik.. Terima kasih lah BN..
- Isu Menara UMNO Pulau Pinang.. Tanya sama itu Anwar Ibrahim laa...
- Dulu kerana tak guna Perdana dilabel tak patriotik... Sekarang?
- TV3 Kantoi Lagi.. Lain yang Presiden Mesir ucap, lain yang diterjemahnya..
- Erra Fazira jelaskan sebab beliau tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus..
Posted: 18 Jun 2013 07:30 AM PDT Sempena menyambut Hari Raya, SPAD telah mengumumkan bahawa harga bagi tiket-tiket bas telah dibenarkan naik 10%.. baca di SINI, oleh itu bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional itu.. Jika apa yang dilaporkan ini menjadi realiti iaitu perjanjian Trans-Pacific Partnership menjadi realiti, maka ucapan terima kasih buat semua pemimpin UMNO/BN sahaja tidak memadai.. Kita perlu menemui mereka, memeluk dan mencium mereka sambil mengucapkan jutaan terima kasih.. kerana impak dari perjanjian yang ditandatangani itu akan menyebabkan harga ubat-ubatan naik antara 60 hingga ke 80%..
Jadi... bersamalah kita mengucapkan jutaan terima kasih buat Kerajaan Barisan Nasional yang dijangka menandatangani perjanjian ini, kerana berjaya menyusahkan lagi hidup rakyat... Dokumen yang dimaksudkan dalam laporan diatas sila lihat di SINI | ||
Tambang Bas balik raya naik.. Terima kasih lah BN.. Posted: 18 Jun 2013 05:00 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan. Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013. Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan. "SPAD memberi amaran kepada semua pengendali supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual tiket, kerana tindakan sedemikian salah di sisi Akta Persaingan 2010. "SPAD berharap agar semua pengendali mematuhi syarat-syarat pelesenan dan menjual tiket seperti biasa supaya pengguna boleh merancang perjalanan mereka lebih awal," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Sebelum ini, media melaporkan banyak pihak yang tidak bersetuju sekiranya tambang bas dinaikkan kepada 30 peratus. Rata-rata menyatakan ia membebankan rakyat terutamanya golongan pelajar dan menggesa perkara itu dikaji semula. Dalam pada itu, difahamkan pada tahun-tahun sebelum ini hanya bas tambahan dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus. Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan. "Kami sentiasa prihatin dan sedia maklum di atas peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh pengendali dan operator tetapi mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini untuk mendesak kenaikan harga tiket sehingga 30 peratus. "SPAD menjangkakan keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan dapat diumumkan sebelum hujung tahun ini," katanya. | ||
Isu Menara UMNO Pulau Pinang.. Tanya sama itu Anwar Ibrahim laa... Posted: 18 Jun 2013 02:11 AM PDT Nampaknya dalam menjawab apa yang dipersoalkan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik mengenai Menara UMNO di Pulau Pinang ini, Blogger dan juga pemimpin UMNO Pulau Pinang mempunyai jawapan yang sama.. Nama bangunan itu tiba-tiba popular berikutan runtuhnya penebat kilat yang didirikan di atas bangunan itu dan mengorbankan dua nyawa.. Ng Wei Aik mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang diterajui Gerakan sebelum ini berhubung kebenaran pembinaan Menara Umno dibina sebelum pelan pembangunannya dikemukakan dan diluluskan. Terus terang aku cakap, meskipun aku tak sokong UMNO.. bagi aku persoalan yang dibangkitkan itu iaitu bangunan dibina sebelum mendapat kelulusan meskipun kelihatan luar biasa, ianya adalah biasa... Malah hingga sekarang inipun ianya masih dipraktikkan oleh kebanyakkan pemaju kerana kerenah birokrasi yang ada dalam kebanyakkan jabatan Kerajaan melambatkan segalanya.. Teng Hock Nan tidak menjawab persoalan itu, tetapi menyatakan.. Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan. Bagaimanapun persoalan oleh Ng Wei Aik dijawab oleh Dr. MiM dan juga dua pemimpin UMNO.. Dr. MiM kata Anwar lah yang terlibat secara langsung di dalam proses bangunan UMNO negeri itu (baca di SINI ) Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin pula meminta ditanya kepada Anwar. "Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya. Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman juga mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar. Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. Jadi... kita pakat-pakat tanya Anwar Ibrahim laaa... kan senang tak payah fikir banyak-banyak.. semua kesalahan kita halakan kepada Anwar.. Jambatan yang runtuh dua minggu dulu pun kita patut tanya Anwar juga, sebab apa jambatan tu runtuh?
| ||
Dulu kerana tak guna Perdana dilabel tak patriotik... Sekarang? Posted: 17 Jun 2013 11:00 PM PDT Dulu bila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memutuskan untuk menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri, berbagai kritikan yang mereka terima. Meskipun Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan penggunaan kereta buatan asing itu mendapat jaminan dan khidmat yang lebih baik berbanding Proton Perdana. Selain itu beliau juga menegaskan kos bagi penyelengaraan bagi Proton Perdana yang telah berusia itu adalah tinggi dan adalah tidak praktikal mengekalkannya.. Tetapi beliau dibidas oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan juga macai-macainya kerana kononnya tidak patriotik kerana kerajaan pakatan pembangkang sanggup menggunakan kereta import berbanding kereta buatan tempatan. Dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak ketika itu sebagai 'mengkhianati' negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi. Tapi sekarang…. Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. Hah!! sekarang apa macai-macai UMNO nak kata? | ||
TV3 Kantoi Lagi.. Lain yang Presiden Mesir ucap, lain yang diterjemahnya.. Posted: 17 Jun 2013 08:09 PM PDT Nak dikata mereka kurang mahir berbahasa Inggeris.. mungkin tidak, sebabnya kelulusan yang diperlukan untuk menjadi pembaca berita adalah tinggi.. Tetapi yang peliknya dalam hal menterjemahkan apa yang Presiden Mesir, Mohamad Morsi ucapkan, hasilnya berbeza sama sekali dengan apa yang diucapkannya.. Ramai yang tidak menyedari perkara ini tetapi Irfan B. Masiri menyedari perkara ini dan meluahkan di FB beliau. Mungkin ada sesetengah orang tak kisah kalau terjemahan tak sama asalkan maksudnya sampai, tapi bagi saya memang tak boleh. "Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali berkuasa, dan tidak menolak untuk menguatkuasakan zon larangan udara di Syria menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria menjadi pelarian luar jangkaan." Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri. "Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria. Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di Damsyik." Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, tv3 sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, TV3 tak sebut. | ||
Erra Fazira jelaskan sebab beliau tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus.. Posted: 17 Jun 2013 05:00 PM PDT Dalam rancangan Primadona di Astro baru-baru ini Erra Fazira telah mengumumkan satu iklan mencari bakat baru penceramah "Pencetus Ummah" tetapi beliau hanya menyebut nama Ustaz Kazim tetapi tidak menyebut nama Ustaz Azhar Idrus. Sedangkan dalam iklannya jelas terpampang nama Ustaz Azhar Idrus.. "INGIN MENJADI PENCERAMAH YANG HEBAT SEPERTI USTAZ AZHAR IDRUS ATAU KAZIM ELIAS?" Oleh itu tindakan Erra itu dipertikaikan oleh ramai peminat Ustaz Azhar Idrus malah ada yang mendakwa tindakan Erra ini menunjukkan bagaimana ta'asud seseorang sehingga menjadi tergaman untuk menyebut nama atas dasar persepsi yang ada dalam mindanya. Dan ada yang mengatakan Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda.. Bagi menenangkan keadaan,Erra tampil memberikan penjelasan melalui akaun twitter beliau... Dia kata bukan salah dia.. tapi tanyalah kepada penulis skrip sebab dia baca saja... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan