Anak Sungai Derhaka |
- 17 peserta 'flashmob' termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun ditahan ..
- Tidak benar! Anwar nafi jumpa Najib.
- Najib akan bertemu Anwar di Jakarta?.. untuk apa agaknya?
17 peserta 'flashmob' termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun ditahan .. Posted: 15 Jun 2013 01:18 AM PDT Seramai 17 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi. Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini. Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan. Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut. Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap. Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis ~ Malaysiakini Sementara itu Edy Noor Reduan @edyesdotcom telah menulis dilaman Twitter miliknya " Saya bersama 14 yg lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turun ditahan. Hidup Rakyat! Moga temu kembali di #KL622
Dah menangpun Barisan Nasional masih takut lagi... Kalau bukan kerana menipu untuk menang kenapa takut? | ||
Tidak benar! Anwar nafi jumpa Najib. Posted: 15 Jun 2013 12:37 AM PDT Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia seperti yang dilaporkan media sebelum ini. "Tidak benar!," demikian jawab Anwar yang dipetik melalui media sosial Twitternya, sebentar tadi. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Najib dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13. Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun. Sementara itu, pagi tadi Anwar yang kini berada di Bali mengakui bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini. "Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas. Anwar yang dipetik di Twitternya berkata, "pertemuan dengan Presiden Indonesia, termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia." ~ Sinar Harian | ||
Najib akan bertemu Anwar di Jakarta?.. untuk apa agaknya? Posted: 14 Jun 2013 08:46 PM PDT Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun. Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala. "Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri. Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini. Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti. "Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu," kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu. Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman. Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut. Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip. Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah. Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu. Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998. Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan