Anak Sungai Derhaka |
- Kerana menyokong CEO AirAsia X, adik Najib pula dikecam NGO dan Blogger pro UMNO..
- Lebih dari 7,000 hadiri Black 505 Perlis (Video Inside)
- DBKL Tipu!!.. Larian Olimpik McDonalds tidak melibatkan Padang Merbok!
- Upah tak sama banyak.. Cybertrooper UMNO mula bertelagah..
- Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!
- Najib dalam dilema.. sedozen Ahli Parlimen dari Malaysia Timur menemui Tengku Razaleigh..
Kerana menyokong CEO AirAsia X, adik Najib pula dikecam NGO dan Blogger pro UMNO.. Posted: 11 Jun 2013 06:30 AM PDT Gabungan NGO Islam hari ini menyelar adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak ekoran sokongannya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang baru-baru ini dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan Melayu berhaluan kanan ekoran kenyataannya di laman Twitter. Semalam, Nazir yang juga merupakan Eksekutif CIMB Bank Berhad memuji Azran dengan melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang. "Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa 'Seperti kacang lupakan kulit'. "Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka," kata Dzulkarnain Taib dalam satu kenyataan media mewakili gabungan pertubuhan tersebut. Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak tersebut tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan. "Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan. "Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri," katanya lagi ~ The Malaysian Insider Sementara itu seorang Blogger Pro UMNO juga turut membidas adik Najib itu, serta turut mendedahkan apa yang pernah beliau katakan dalam satu wawancara pada tahun 2010 mengenai Dasar Ekonomi Baru.. Antara apa yang ditulisnya.. Saya tidak terkejut dengan pujian terbaru DS Nazir Razak terhadap CEO AirAsia X yang dikritik hebat kerana "mengutuk Utusan Malaysia" secara melampau - pada saya yang pernah bertemu dan mewawancara DS Nazir Razak - sikap beliau tersebut adalah "normal" - kerana sejak tahun 2008 lagi, sewaktu saya bertandang ke pejabat beliau, beliau secara tersirat sememangnya telah menunjukkan sedikit sebanyak sikap "kurang senang"nya dengan beberapa agenda yang jelas membantu orang Melayu. Menurut blogger tersebut adik Najib pernah menyatakan bahawa "DEB seolah-olah dilihat dipernyataan-haramkan (Bastardisation)" .. sepenuhnya silalah baca di SINI Aku letak link ke blog dia sebab dia menulis tak serupa lain-lain blogger UMNO yang penuh dengan maki hamun dan carut marut... |
Lebih dari 7,000 hadiri Black 505 Perlis (Video Inside) Posted: 11 Jun 2013 02:57 AM PDT Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis. Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan. Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum. Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob. Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas. Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar ~ Harakahdaily Video ucapan Tian Chua, CheguBard dan Mat Sabu sila lihat di SINI |
DBKL Tipu!!.. Larian Olimpik McDonalds tidak melibatkan Padang Merbok! Posted: 11 Jun 2013 01:04 AM PDT Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menyatakan bahawa Padang Merbok akan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia, pada 23 Jun. Oleh itu DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut kerana kononnya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi. Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur: 1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald's Olympic Run) 2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah) 3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok. 4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka. Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013. Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok: 1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi "Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja" 2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga 3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen 4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013. Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato' Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 11 JUN 2013 |
Upah tak sama banyak.. Cybertrooper UMNO mula bertelagah.. Posted: 10 Jun 2013 11:00 PM PDT Dalam bersungguh-sungguh media tungangan UMNO/BN cuba untuk membina persepsi kononnya DAP menyediakan dana yang besar bagi membiayai 'Red Bean Army'.. Cybertrooper upahan mereka yang bertelagah sesama sendiri telah mendedahkan betapa besarnya dana yang diperuntukkan untuk membiayai Cybertrooper UMNO/BN.. Baca apa yang didedahkan oleh Admin UMNO Reform, Anuar Mohd Nor mengenai perkara ini.. Pengamal media sosial Pro UMNO mula membelasah sesama sendiri. Ini semakin jelas dengan laman-laman sosial mula membelasah antara sesama sendiri. Kita mula melihat kritikan – kutukan dan masing-masing mengukur siapa yang telah bekerja dan siapa yang sebenarnya hanya dapat gaji buta. Laman-laman Pro UMNO mula membicarakan jumlah perolehan dan pendapat yang tinggi – peruntukan yang besar diberi antara pengamal laman media. Mereka dapat bajet beberapa juta setahun dan dibayar selama 4 tahun – mereka dapat 10 ribu sebulan – kumpulan itu mendapat 30 ribu sebulan dan yang satu lagi 300,000 sebulan. Semua mendapat habuan dan mana-mana yang tidak akan merasakan ini satu ketidakadilan kerana mereka hanya melakukan dengan kadar murah dan ada yang percuma. Akhirnya yang terbongkar adalah peruntukkan besar diberi oleh UMNO – kepimpinan UMNO kepada pengamal laman web – tidak ada sesiapa yang membocorkan kecuali diri sendiri. Kepada laman yang sering menuduh saya membocorkan rahsia dalam UMNO – sendiri patut salahkan diri sendiri. Akhirnya apa yang mereka akan kata ialah – kenapa kecoh-kecoh mengenai RED BEAN ARMY yang dikatakan dibayar – sedang bloggers kita sendiri mendedahkan kita menerima bayaran – bukan sedikit tetapi secara kolektif mungkin lebih dahsyat lagi. Kita juga akhirnya menyalahkan sesama sendiri – atas kegagalan menjadi media alternatif utama dalam perang politik hari ini. Kita kata mereka tidak kerja dan mereka kata kita tidak kerja tetapi malangnya kita tidak sama-sama mengukur diri kita sendiri – kita tidak memikirkan cara dan strategik yang baik dan kita tidak belajar mengenai sejarah perkembangan laman web dalam negara kita ini. Dalam satu program yang saya sendiri sebagai penceramah – saya terkejut dengan fakta yang dikeluarkan oleh penceramah JASA – mengenai penubuhan www.malaysiakini.com dan laman web pembangkang – jauh tersasar dan tidak mengerti penubuhan dan konsep perjuangan mereka. Tidak ada mereka tanyakan kepada saya – bekas salah seorang yang mengendalikan media alternatif pada waktu itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri, menjadikan mereka lebih memandai dari pandai. Saya telah anggarkan bahawa perkelahian ini akan berlaku kerana dalam media sosial UMNO terdapat berbagai-bagai percanggahan dan dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman khususnya dalam mengenali konsep perang gerila media. Mereka tidak faham, tidak pernah merasai dan tidak tahu seluk belok dalam menjadikan media alternatif Pro UMNO/BN lebih berdaya maju. Apa hemat saya apa yang mereka lakukan adalah untuk memuaskan tuan-tuan pemberi peruntukan dengan konon-kononnya telah melakukan apa yang akan memberi kemenangan kepada mereka. Dalam kita memenangi kuantiti kehadiran pengamal media, kita gagal dalam kualiti dan gagal dalam mencapai objektif utama. Kita tidak begitu kreatif , tidak mahu mengetahui kerana mengetahui akan menjadikan kita terasa bodoh dan tidak bijak. Keadaan peperangan sesama sendiri ada baik juga berlaku sekarang dari ia memudaratkan terus UMNO/BN bila pesta demokrasi PRU 14 menjelang – namun kita perlu sedar – selagi kepimpinan masih tidak mahu mendengar – masih terikat kepada suara-suara memandai maka selagi itu mereka tidak akan mengetahui kenapa kita masih berada dalam takuk yang sama – sedangkan kita mempunyai sumber yang banyak untuk menyaingi media mereka. Mungkin kita perlu membuat pengiraan – dengan peruntukkan yang besar – jumlah yang banyak – berapa jauh kita ketinggalan dari media alternatif pembangkang. Jangan cara alasan – cari jawapan – segera dengar dan mula melakukan perubahan. ~ UMNO Reform |
Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun! Posted: 10 Jun 2013 08:55 PM PDT Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, Sungai Buloh petang semalam. Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan. Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang. "Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040. "Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran," katanya. Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang. Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341 ~ Wowberita Aku siarkan berita ini bukan disebabkan aku minat membaca Blog BeautifulNara milik mamat yang bernama Nazuwan itu.. Tetapi kerana mamat yang bernama Nazuwan itu adalah antara beberapa orang komentator yang sering menimbulkan provokasi dengan komen-komen yang tah apa-apa dalam blog Anak Sungai Derhaka ini.. Walaupun kebanyakkan komennya keluar dari tajuk dan ada sesetengahnya aku sendiripun tak faham apa maksudnya aku biarkan saja.. asalkan ianya tidak melanggar undang-undang sebab aku menentang UMNO bukannya menentang undang-undang Malaysia.. Nama samaran yang beliau gunakan dalam ruang komen Blog Anak Sungai Derhaka ini ialah Sos Tiram IV.. Berikut adalah beberapa komen yang beliau telah tinggalkan dalam Blog ini sebelum dan ketika kempen Pilihanraya Umum ke 13 berlangsung. Nampak jelaskan dia sokong UMNO dan Barisan Nasional... BMW yang dilarikan tu tak apa.. insuran ada, nanti insuran ganti semula.. nasib baik dia tak kena rodok dengan parang tu.. kalau tak kuranglah sorang lagi komentator Pro UMNO dalam blog ni.. Mungkin sedikit modal untuk membeli rumah baru dan buat ubahsuai itu datangnya dari upah yang diterimanya untuk melakukan provokasi dalam blog aku ni.. mungkinlah.. Mewahnya Blogger Pro BN ni... |
Najib dalam dilema.. sedozen Ahli Parlimen dari Malaysia Timur menemui Tengku Razaleigh.. Posted: 10 Jun 2013 07:50 PM PDT Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan dalam Pilihan Raya 2013. Difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. "Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. "Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. "Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. "Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. "Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. "Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya. ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan