ANAK SENGAT |
SIAPA SASARAN TGNA??? JANGAN CEPAT SANGAT TUDUH... Posted: 06 Jun 2013 02:54 AM PDT Sudah lama saya ingin mengangkat artikel sahabat ini dalam blog saya. Cuma kesempatan isu menjadikan saya menangguhkan hasrat itu. kadangkala ..jika ia tengah panas...orang tak dapat berfikir dengan waras... juga menanti jika ada penjelasan TGNA sendiri.... Ada benarnya malah jika dilihat waktu kenyataan Tok Guru Nik Aziz memang benar ianya ada kaitan. Ia berpunca dari kenyataan TGNA berkaitan Isu bersama umNO ; Ia bermula dengan kenyataan ini; KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar. "Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. "Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam. Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka. "Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. TGNA tak sebut pun pasal dalam PAS... cuma puak yang nak ambil kesempatan saja segera menuduh golongan Ulama. seperti sahabat saya ini..... mereka mendahului dengan menujum kenyataan TGNA takut tembelang sebenar bocor... apapun bacalah pandangan sahabat saya dari blog dia ni.... sebagai ingatan...kenyataan ini dikeluarkan TGNA selepas terdedah pertemuan DSAI dengan Najib melalui Jusuf Kalla... apapun alasan pertemuan itu hanay mereka yg tahu... bukan mudah nak percaya sekarang...kalau ulama yang menghabiskan masa dengan mengajar agama dan ibadat serta disanjung tokoh gerakan Islam dunia... apa jaminan untuk mesti percaya kenyataan selain ulama... Blog sahabat saya Gerakan Anti Najib Rosmah menulis... Saya ingin sangat nak mengetahui tentang kenyataan terbaru Tok Ayah tentang tiada hubungan politik antara PAS dengan Umno selagi beliau hidup. Adakah kenyataan untuk perjanjian Anwar dengan Najib yang mana PKR adalah rakan PAS dan DAP dalam PR. Dan yang pasti sudah ada suara-suara sumbang dengan mengatakan tak kan pokok bergoyang sendirinya atau ada yang menggoncang pokok itu sehinggakan Tok Ayah berkata begitu. Apa yang boleh saya simpulkan ialah ia seperti satu tuduhan daripada blogger jahat untuk mengaitkan Haji Hadi dan Geng Terengganu untuk menghidupkan kembali UG. Bagi saya ia lebih kepada pertemuan tanpa berjumpa antara Anwar dan Najib dengan Yusof Kalla sebagai orang tengah. Jika nak menuduh ada pemimpin PAS yang masih teringin tidur sebantal dengan Umno, mereka sudah lama dibuang dari PAS. Jika hendak buat tuduhan terhadap kepimpinan PAS Terengganu yang diketuai presiden PAS, maka simpan sahaja tuduhan itu kerana walau hebat mana pun blog kamu yang hitnya tinggi melangit baik datang sendiri ke Terengganu. Tanya ahli/pendokong PAS Terengganu pandangan mereka tentang menyatu kembali PAS dengan Umno Kalau tak dihumban, mungkin kamu akan lari lintang pukang menyelamatkan diri. Betapa ahli/pendokong PAS bencinya mereka terhadap Umno dan bagaimana kamu masih lagi menjaja Kerajaan Perpaduang demi menghentam Haji Hadi. Duduk Selangor, Penang atau Johor tetapi angin nak melaga-lagakan PAS Terengganu dengan Umno, datanglah dan banyak bertanya jangan duk harap berita-berita blogger jahat jer. Nak kaji pokok masuk hutanlah jangan duk kat bandar jer lepas tu dok tunjuk pandai merekalah pengkaji yang ulung. Memang saya tidak nafikan ada tangan-tangan gatal yang gilakan jawatan tetapi jauh api dari panggang jika Haji Hadi ingin bersama dengan Umno. Kenapa sya menyatakan begitu kerana saya mengenali siapa manusia yang bernama TGHH dan pegangan beliau terhadap Islam. Jika beliau nak jawatan dah lama beliau dapat jawatan, mungkin dah bergelar Tan Sri tetapi itu bukan agenda beliau, agenda beliau untuk melihat tertegaknya Islam di bumi bertuah ini. Dulu saya ada kala bila balik ke kampung, kami ada bercerita dilambu rumah kayu beliau di belum dibaik pulih. Saya lebih mesra memanggil beliau Ayah Chik. Ayah Chik ada bercerita tentang kepulangan beliau selepas melanjutkan pelajaran diluar negara dan ketika itu Wan Mokhtar adalah MB Terengganu. Selepas pulang beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Abim Terengganu di mana Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor adalah timbalan kepada Anwar Ibrahim ketika Anwar adalah pemimpin No.1 Abim Malaysia. saya tidak menafikan yang Anwar adalah idola saya. Selepas pulang dari belajar, Ayah Chik ada menceritakan bagaimana Wan Mokhtar telah memberi beliau satu jawatan (jika tidak silap saya di Yayasan Terengganu) di mana Ayah Chik diberi satu meja dan satu kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja. Pagi masuk petang balik, cukup bulan terima gaji dan itulah rutin harian beliau. Sebenarnya Wan Mokhtar ingin menyekat Ayah Chik daripada berpolitik kerana semua penduduk Marang tahu pengaruh yang dimiliki Haji Awang sehinggalah sampai satu masa Ayah Chik meletak jawatan dan bergiat aktif dalam PAS. Adakah Ayah Chik ingin menjadi Perdana Menteri seperti apa yang berlaku dalam PR sekarang nih, Ayah Chik lebih suka menjadi nelayan dari menjadi PM yang mana bagi orang alim ia adalah satu amanah yang kuat berat untuk dipikul. Oleh itu jika ada pemimpin PAS yang mempunyai cita-cita untuk jawatan presiden PAS, anda dipersilakan kerana PAS tidak memerlukan kuota seperti Umno. Saya rasa Ayah Chik lebih suka jika ada pemimpin yang layak untuk mengantikan beliau supaya beliau meneruskan usaha dakwahnya. Tentang UG pula, berapa lamakah pemimpin yang nak tidur sebantal dengan Umno menjadi ahli PAS kerana daripada pengamatan saya, semua yang tergila-gilakan Umno adalah pemimpin yang baru dibawa masuk ke dalam PAS. Tiada seorang pun veteran PAS yang betul-betul terlibat. Kepada blogger yang mereka diri mereka hebat sangat, cermin diri anda dulu sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh. Kebanyakan pengkritik PAS, bukannya ahli PAS kerana mereka sebenarnya adalah pencacai PKR yang mengaku serba-serbi tahu tentang PAS sehingga dalam kelambu. Tolonglah jangan perbodohkan diri anda yang sememangnya dah bodoh./GANR sumber |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan