ALHUSSEYN |
Sebelum korang nak rogol dan bunuh orang .... Posted: 07 Jun 2013 09:00 AM PDT Sebelum korang nak rogol dan bunuh orang, baca cerita ini dulu.Kalau korang masih degil dan nak buat juga, silakanlah! Bagi mereka yang merogol dan membunuh demokrasi di negara ini patut menerima balasan macam ini! Huh! huh! baru padan muka! Seorang yang disyaki membunuh mangsa rogolnya telah ditanam hidup-hidup dalam kubur mangsa selepas diikat oleh penduduk kampung yang marah. Kira-kira 200 orang yang berkabung memberkas Santos Ramos di pengebumian wanita yang dia dtuduh merogol dan membunuhnya. Mereka kemudian mengheret dia ke tempat pengebumian Leandra Arias Janco, 35 tahun, di tengah Bolivia, dan menghumbankannya ke dalam kubur itu. Polis telah mengenal pasti Ramos 17 tahun sebagai punca dalam serangan masyarakat Quechua berhampiran perbandaran Colquechaca. Ketua pendakwa tempatan, Jose Luis Barrios, berkata penduduk menyekat jalan, menghalang polis daripada sampai untuk menghentikan tindak balas kejam mereka. Menurut laporan, Ramos telah diikat di pengebumian wanita tersebut dan sewaktu meletakan keranda wanita mangsa rogol itu, mereka telah melemparkan remaja itu ke dalam kubur terbuka, dan kubur itu ditimbuni dengan tanah. Colquechaca adalah sebuah bandar kira-kira 5,000 penduduk yang terletak 207 kilometer tenggara modal Bolivia, La Paz. Lynchings bukanlah perkara yang pelik di negara Amerika Selatan, dimana sistem keadilannya sering berlaku korup.Hanya beberapa hari sebelum kematian Ramos, dua pembunuh yang disyaki juga diuruskan oleh keadilan perusuh. Seorang suspek, dituduh merompak sebuah kereta, dan kemudian membunuh pemandunya, telah dilempar batu hingga mati manakala rakan sejenayah dikatakan telah dibakar hidup-hidup. Nota: Lynchings ni adalah balas dendam macam cerita cowboylah - hukum bunuh kepada penjenayah tanpa dibicarakan secara adil.Biasanya dgn menggantung.SUMBER |
Siapa bilang UG sudah berkubur? Posted: 06 Jun 2013 05:19 PM PDT Aku terima ulasan dari seorang pembaca seperti di atas. Biasalah, penyokong UG ini akan memberikan hujah dan alasan sedemikian. Maka sukalah aku memperjelas kekeliruan penyokong UG ini. Aku akan ulas satu persatu. Aku tidak suka jawab pakai peluru gajah bertabur merata-rata tidak kena pada sasarannya.Aku akan jawab menggunakan apa yang ada pada transkrip kenyataan Nasha itu.
Nasa tidak berputus asa.Komplot Ug tetap terus berjalan seperti yang dirancang.Kita dapat lihat, apabila Nasha ditayai dalam temubual itu : [Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?] Nasha menjawab: 5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa! 5:57 ~ Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan … (sila rujuk semula transkrip asal itu.)
Siapa bilang mahu pejatuhkan ulama? Tujuan utama pendedahan dibuat adalah untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama supaya ianya dianggotai oleh mereka yang benar-benar ulama yang amilin dengan ilmunya. Mendedahkan kepincangan ulama adalah bagi tujuan tersebut, bukan membuat fitnah membabi buta, tetapi ada fakta dan hujahnya. Bukankah itu bermakna, bahawa geng UG ini masih bersarang dalam Syura Ulama itu sendiri.Sehingga ke hari ini, tiada penafian dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadap kenyataan Nasha yang disiarkan oleh TV3 sekitar Februari 2013 lalu. Lantaran itu saya mengulas kenyataan Nasha dalam minit-minit ke 5:57 ` …. kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba 'KITA' gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan … Nasha menjawab begitu kepada soalan yang dikemukakan kepadanya, ".... usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?] Pada saya, ungkapan 'KITA' itu menunjukan, dia bukan keseorangan tetapi ramai! Memang ramai geng UG masih berada dalam PAS. Mengenai 'Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' itu engkau tidak mendapat fakta yang betul. Sila buat kajian dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Ada pun 'Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' seperti apa yang kamu katakan itu bukan merugikan PR. Yang dibincangkan adalah bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PR selama ini.
Apa masalahnya? Adakah perjanjian tersebut boleh memudaratkan Pakatan? Namun Najib tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut dan jauh sekali meniti diatas garis-garis yang dipersetujui. Sila baca entri di sini Jadi jelas bahawa agenda UG ini bukanlah perkara yang telah berkubur atau a closed chapter. Hantu pocongnya masih lagi berlegar-legar di alam maya ini .... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan