ALHUSSEYN |
- BOIKOT YUSUF TAIYOOB!
- Bicara seorang anak muda peserta Blackout 505
- Dakwat SPR sedap rasanya hingga boleh menjilat jari ....
Posted: 27 Jun 2013 09:00 AM PDT Dari: Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif) Beberapa tulisan cercaan dan cemuhan memperbodohkan usaha kempen boikot kurma dan produk Iran dibawa kepada perhatian saya. Menerima tujahan peluru peluru spt ini adalah sebahagian dari kempen 'Winning Hearts and Minds' untuk meyakinkan umat supaya menyambut seruan boikot ini. Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yg di pengerusikan oleh Syeikh dr Yusuf Qardhawi pd 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kpd rakyat Syria dan bantahan kpd Hizbus syaitan dan Iran yg kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan utk membunuh rakyat Syria. Kpd saudara di luar sana yg sinis dgn usaha ini dan melemparkan cercaan samada secara peribadi atau secara umum hanya akan memperkukohkan seruan ulama ummah untuk menyelamatkan rakyat Syria dari penyembelihan tentera fasad Basyar, Hizbusyatan dan golongan Rafidah Iran dan sekutunya. Dengan ini saya juga memberi maaf kepada beberapa orang yg mencerca saya khusus ttg usaha ini. saya juga memberi maaf in advance kpd sesiapa lagi yg mungkin memberi reaksi yg sama. Perkataan 'bodoh' yg dilemparkan hanyalah halwa telinga berbanding dgn anak anak kecil yg menahan kesakitan kerana ditetak dan dibakar hidup hidup oleh tentera Basyar Assad. Sebarkan SEGERA ke seluruh Malaysia!! BOIKOT YUSUF TAIYOOB! UPDATED YuTa jv trade dengan banyak negara. Tidak semua YuTa kena boikot, cuma boikot produk YuTa made in Iran sahaja. Kena peka pada kotak ya. |
Bicara seorang anak muda peserta Blackout 505 Posted: 27 Jun 2013 02:48 AM PDT Petang ini, bila aku buka email, ada email dari anak muda ini. Saya rasa ingin kongsikan curahan hati dan pengalaman anak muda ini bersama pembaca blog alHusseyn. Sedikit sebanyak, saya mempunyai pandangan yang sama dengan beliau mengenai sekumpulan anak muda yang agak lebih agressif dalam tindakan mereka. Memandangkan gelagat anak-anak muda tersebut, saya merasakan ledakan anti establishment ini semakin membara dan corak politik kita dimasa mendatang ini akan turut berubah dan akan menuntut tindak-tanduk yang lebih berani dan praktikal. Aku setuju dan mahu ikut seperti apa yang Khalid Samad pernah kata, "Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan, kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia apa yang dah kita menang.." Orang muda janganlah nak ajak Anwar Ibrahim suruh sama-sama baring atas jalan raya pula.... Orang tua macam aku ini rasanya tidak akan mampu untuk bersama menurut rentak mereka. Namun, aku akan terus memberi sokongan kepada perjuangan mereka.Harapan aku, semoga PAS dapat menghampiri golongan anak-anak muda ini supaya dapat dibimbing dan tarbiyahkan agar mereka terus berada diatas landasan perjuangan yang diredhai Allah. Saya merakamkan terima kasih saya kepada anakanda Ehsan, kerana menghantar email berikut :
|
Dakwat SPR sedap rasanya hingga boleh menjilat jari .... Posted: 26 Jun 2013 08:00 PM PDT Lim Guan Eng secara jenaka menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan". Bodoh sangatlah kalau ada sesiapa yang nak makan atau nak hirup dakwat SPR itu bila tahu dari Shahidan Kassim hari ini yang menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah bahan pewarna makanan. Tapi kalau mentakedarah, memang aku percaya. Puak-puak ini tidak pernah berasa puas atau kenyang mentakedarah kapal selam scorpene dan pelbagai lagi. Patutlah kos keseluruhan untuk dakwat yang tidak bermutu itu boleh mencecah sehingga RM7,100,000 jumlahnya! Baca beritanya di sini SPR takut sangat hal skendal pembelian dakwat tidak kekal ini terbongkar sehinggakan mereka enggan mendedahkan nama pembekal tersebut konon atas alasan keselamatan. Pelik sangat alasan yang diberikan. Kalau cara pembelian dibuat secara bersih dan tidak ada perlakuan korup, apa yang SPR takutkan? Apakah maksud keselamatan SPR itu semata-mata mahu menjaga 'telor tembelang' mereka dari dipecahkan dan berbau busuk? Kita berharap, cara pembelian dakwat ini disiasat dengan telus dan dedahkan malaun mana yang mentakedarah projek pembelian dakwat ini yang melibat perbelanjaan yang begitu besar sekali. Tahniah kepada Rafizi Ramli, yang walaupun sibuk dengan BLACKOUT 505 selama ini, tapi diam tak diam, beliau mampu melakukan siasatan dan mempunyai maklumat mengenai nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Baca di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan