Jumaat, 21 Jun 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TGHA : Benar adalah Amanah, Bohong adalah khianat

Posted: 21 Jun 2013 09:00 AM PDT

Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Pemimpin itu salah, beritahu salah! ~ Tuan Guru Hadi Awang (Jun 8, 2012) 

Al-Husseyn ~ Itulah yang selama ini aku dan beberapa lagi cuba lakukan, tetapi ada pula sebilangan yang lebih suka melabelkan kami sebagai tidak beradab dan tidak berakhlak jamaie dan macam-macam lagi.

Ada juga yang menulis : belasah pemimpin sendiri untuk tunjuk kepada rakan dia baik dan bijak kerana nasihat bapak... Itukah kerja atau kurang ajar? Demikian itu adalah tulisan dari seorang yang berstatus ustaz.

Apakah seorang anak tidak boleh menasihati seorang bapak? Kalau diterima pakai kata-kata itu maka ianya kembali kepada dirinya sendiri kerana aku dengan orang itu, aku berstatus bapa, dari segi umur!

Apakah hanya orang diatas saja yang boleh menegur orang yang dibawahnya? Tetapi orang yang di bawah tidak boleh menegur orang yang berada diatasnya?

Jelas bahawa kenyataan TGHA diatas itu telah menjawab persoalan ini. Beliau kata, Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Kalau pemimpin itu salah, beritahu salah! Kalau bahasa semudah itu pun tidak dapat difahami, tak tahulah apa nak dikatakan lagi!

Cuma orang-orang kaki ampu dan kaki gosok ini sahaja yang berasa jelek dan jengkel bila ada pucuk pimpinan dikritik.Kalau ada pemimpin yang berkelakuan tidak betul pun, cai-cai ini akan 'pulas sehingga jadi nampak betul!"

Tanpa berdasarkan hujah untuk melawan hujah, kaki ampu dan kaki gosok ini akan berselindung di sebalik kalimah 'ulama' sebagaimana lazimnya cai-cai Umno yang sangat gemar berselindung disebalik kalimah 'Daulat Tuanku' bila kehabisan hujah.

Walaupun mereka tidak menganggap ulama' macam nabi, tapi mereka seolah-olah cuba mengangkat status ulama itu dah macam dewa ~ langsung tidak boleh dikritik.


Idris Ahmad, MP Bukit Gantang, selaku Pengarah Jabatan Tarbiyah dan perkaderan PAS sendiri menyindir ahli jemaah sendiri dengan menulis :

Jika kita tidak mahu membina jamaah jgn pula kita meruntuhkan jamaah. Jika kita malas utk buat kerja jamaah jangan kita halang org hdk bekerja dgn jamaah. Kalau kita tdk menyumbangkan apa2 pd jamaah, jgn pula kita buat kerja utk menumbangkan jamaah. Kalau kita tdk mahu buat kebaikan pd jamaah, jgn kita menyusahkan jamaah. Kalau kita tdk tahu fakta dlm jamaah, jgn Kita buat dusta pd jamaah. Rujuk di sini



Izinkan aku nak pinjam kata-kata al-Bakistani : Hak kebebasan bersuara dan mengkritik pemimpin secara terbuka merupakan hak yang telah diberikan dalam sistem demokrasi. Malahan, ia selaras dengan Islam itu sendiri. Kerana, Nabi SAW ada menyatakan;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا
 Maksudnya;
            "Sesungguhnya bagi orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruangan bersuara" (al-Bukhari, 2141)

Tak payahlah aku yang jahil ni mengajar itik berenang, berpanjang lebar tentang 'ad-dinul nasihah' ini. Cuma aku tolong mengingatkan sahaja, kerana tidak dinamakan manusia kerana sifat pelupanya.

Lantaran itu firman Allah : "Fazakkir inna fa'atiz-zikra"(87:10) dan juga "Wa zakkir fainnaz-zikra tanfa'ul mu'minin(51:55) perlu menjadi 'amalan dan kebiasaan dalam kehidupan kita.

Tiada ulasan: