Isnin, 3 Jun 2013

Addin

Addin


Sirul Azhar Muncul Lagi..

Posted: 03 Jun 2013 09:28 AM PDT

PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan. 

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan. 

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai, 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama. 

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Ryuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan. ~bernama



Iklan C (ii)
  


Larangan Terhadap Nurul Izzah Ke Sabah Di Tarik Balik

Posted: 03 Jun 2013 07:50 AM PDT

Maklumat tidak rasmi menyebut larangan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarikh balik hari. Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib seperti mana dilapor oleh sebuah setesen tv.

Penarikan balik itu sesuatu yang dialu-alukan dan tindakan positif. Saya percaya ia adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid. Sehubungan itu juga menurut laporan itu sesiapa juga boleh memasuki negeri di Borneo itu asalkan tidak menimbulkan masalah kepada Sabah.

Minggu lepas Nurul Izzah telah dihalang dari memasuki Sabah atas perintah Ketua Menteri Musa Aman. Izzah sudah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu diarah pulang semula ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Nurul Izzah bercadang untuk mengambil tindakan ke atas larangan itu kerana ia mencabuli perlembagaan negara ini.

Atas kelonggaran yang diberikan itu serta pembentulan demokrasi negara ini, tahniah diucapkan kepada Ahmad Zahid Hamidi. 

Penarik-balikkan larangan ke atas Nurul Izzah dan juga mana-mana tokoh politik pembangkang itu menggambarkan menteri dalam negeri mahu berdiri atas prinsip undang-undang dan perlembagaan sebenarnya. ~mso



Iklan C (ii)
  



Fakta Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!

Posted: 03 Jun 2013 07:25 AM PDT

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi 'hilang' melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

"Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini," katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.



Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

"Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan," kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.


"Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.


"Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya," katanya lagi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Anuar Musa Sokong Kenyataan KJ

Posted: 03 Jun 2013 01:35 AM PDT


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata bidang sukan negara memerlukan menteri berkaitan yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan Khairy Jamaluddin.

Katanya tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.

"Saya yakin pandangan yang dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya di Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.



Iklan C (ii)
  

Akhirnya.. Najib Mengakui Kelemahan BN

Posted: 03 Jun 2013 01:00 AM PDT

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek menangani 'perang persepsi'.

"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi," ujarnya dalam ucapan sempena himpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Menurut Najib, perkara melibatkan persepsi ini, yang semakin menular mutakhir ini - boleh dibentuk dengan pelbagai cara.

"...  bukan saja dengan cara bersemuka (face to face) tapi kini sudah ada Facebook (untuk membentuk persepsi).

"Ini perlu kita beri perhatian, mungkin kita kurang tajam dalam perkara ini, tapi kita boleh rancang dan dengan menggunakan pengalaman kita, supaya di masa akan datang kita akan lebih lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya - bukan persepsi tapi realiti," katanya.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu adalah cerminan kepada ketelusan kerajaan untuk menjalankan pilihan raya sebaik mungkin.

Malah kerajaan begitu komited untuk melaksanakan penambahbaikan termasuk mengambil kira cadangan pihak pembangkang.

"Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya...," ujarnya lagi.

Najib berkata, ada sesetengah tuduhan yang dilemparkan terhadap PRU13, yang didapati langsung tidak masuk akal, seperti tuduhan kononnya BN membawa sehingga 40,000 'pengundi hantu' warga Bangladesh untuk memastikan kemenangan.

Ujarnya, tuduhan-tuduhan seumpama itu sudah dibangkitkan berbulan lamanya sehingga menimbulkan rasa 'paranoid' dalam kalangan yang mempercayainya.

"Ini tidak adil bagi mereka yang berkulit hitam manis yang dituduh sebagai bukan warga tempatan," ujar Najib lagi. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Rahsia SPR Akhirnya Terbongkar..

Posted: 02 Jun 2013 10:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-13.

"SPR memang terlibat untuk kalahkan calon-calon kita. SPR bertanggungjawab untuk beri kita jawapan apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu. "Ini rompakan (oleh SPR). Mereka ambil dan rampas. PRU-13 masih belum selesai. Kita mesti ambil hak kita balik," katanya pada majlis miunm petang KEADILAN Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana, semalam.

Wan Azizah menegaskan, persempadanan semula yang dibuat SPR akan sentiasa memenangkan calon Barisan Nasional.

Beliau turut memberi contoh keputusan parlimen Pekan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak pada PRU ke-10 pada 1999 dan PRU ke-13 tahun ini.

Pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999, Najib menang dengan hanya majoriti 241 undi, namun meningkat jauh kepada 35,613 undi majoriti pada PRU ke-13.

"Persempadanan semula menjadi masalah. Dia (SPR) pusing-pusing nak kalahkan kita. Ini takkan berubah.

"Teresa Kok (MP Seputeh) menang majoriti lebih 50,000 undi. Kawasan (dimenangi) BN menang hanya ratusan undi. Keduanya masih satu kawasan parlimen. Macam mana nilai undi kita?, soalnya.

"Kita mesti buat sesuatu. Orang Malaysia (jangan) mudah lupa. Lima tahun akan datang baru nak sibuk balik?

"Tak boleh! Kita tak boleh terima penipuan, tegas Dr Wan Azizah. ~keadilandaily


Iklan C (ii)
  

Siapa Blogger, Cybertroppers Najib?.. Ikuti Pendedahan Blogger Umno

Posted: 02 Jun 2013 06:12 PM PDT


Umum mengetahui keputusan PRU12 telah menunjukan betapa Media Sosial sebagai satu cabang medan tempur yang amat berkesan dalam mencetus "Tsunami Persepsi" yang akhirnya membawa kemenangan luar jangkaan kepada Parti Pembangkang dan mengakibatkan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen.

Bukan setakat gagal memperolehi majoriti 2/3,bahkan BN turut kehilangan kerajaan negeri di Selangor,Perak,P.Pinang dan Kedah disamping negeri tradisi yang memang dikuasai pembangkang Kelantan dan W.Persekutuan.

Bertitik tolak atas kesedaran peri pentingnya pengelibatan penyokong Barisan Nasional dalam Media Sosial ini maka satu persatu individu muncul sebagai blogger dan facebooker Pro-Kerajaan yang secara sukarela tanpa disuruh tampil dialam siber menjadi Wira Wira yang tidak didendang.Bermula dengan secara berseorangan dan kemudiannya membentuk kumpulan kumpulan bloggers yang kita amat kenali hari ini.

Pada peringkat awal pengelibatan blogger/cybertrooper ini semuanya atas inisiatif dan perbelanjaan mereka sendiri dan langsung tiada pembiayaan secara langsung atau tidak langsung oleh pemimpin mahupun parti Umno sendiri.Hanya setelah @NajibRazak menyatakan "secara terbuka" akan kepentingan Pejuang Siber Pro BN,barulah dilihat individu atau kumpulan blogger/cybertrooper ini dilamar pemimpin mahupun Umno sendiri untuk dimantap dan diselaraskan gerak-kerja mereka.

Menjelang penghujung 2011 kita menyaksikan betapa Pejuang Pejuang Siber Pro BN ini mula mengimbangi kekuatan disebelah pembangkang dan tidak keterlaluan dan boleh kita katakan MENGATASI pejuang siber pembangkang.Disamping Unit Media Baru PPUM yang semua tahu bernaung terus dibawah Umno melalui sayap Pemudanya,wujud juga Kumpulan Kumpulan Blogger/Cybertrooper yang sama hebatnya dengan UMB yang dibiayai sepenuhnya oleh Umno,pemimpinnya ataupun dikhabarkan oleh agensi agensi tertentu.

Dialam maya mereka mereka ini dikenali dengan nama blog masing masing.Ada yang berwajah dan kebanyakannya tidak berwajah dan masing masing mempunyai gaya penulisan dan pembaca(pengikut) mereka tersendiri.Walaupun begitu dikalangan keluarga besar blogger/cybertrooper ini mereka saling mengenali satu sama lain.

Bersama pengiktirafan dari Umno mahupun pemimpinnya terhadap kehebatan individu mahupun kumpulan blogger ini turut mengiringi adalah DANA PEMBIAYAAN,dan ini telah mencetuskan beberapa pergeseran yang melibatkan individu mahupun kumpulan tertentu.Masing masing cuba menunjukan mereka atau kumpulan mereka lebih hebat demi merebut DANA yang dikatakan berjumlah ratusan ribu dan dikatakan juga mungkin mencecah jutaan RM.

Perbualan kedai kopi atau bila bloggers berpeluang berkumpul dalam program program yang dianjurkan hanya berkisar tentang "Sipolan tu blogger pemimpin sipolan","Sipolan tu dibayar sebanyak ini oleh sipolan itu" dan macam macam tanggapan lain yang semuanya berkisar akhirnya tentang soal WANG.Sebab itu sehingga hari hari terakhir berkempen sebelum PRU13 pun kita melihat TIADA PENYELARASAN dalam soal mempertahankan isu atau melakukan serangan terhadap pihak lawan.Masing masing dengan cara tersendiri mengikut kumpulan masing masing dan jika blogger itu tidak berada dalam mana mana kumpulan maka penulisan mereka akan condong kearah individu blogger atau kumpulan yang mereka MESRA.

Dalam banyak banyak kumpulan bloggers yang dikatakan wujud saperti diatas,wujud juga Kumpulan Blogger Elit yang rata rata menulis dalam Bahasa Inggeris yang dilihat kerap dalam program program yang melibatkan Perdana Menteri didalam mahupun diluar negara.Mereka mereka inilah yang senantiasa dijemput mengikuti lawatan PM keluar negara mahupun dihantar untuk program program diluar negara dari masa kesemasa.

Tapi yang lebih elit dari yang elit bila dikatakan wujudnya...

BLOGGER @NAJIBRAZAK dan BLOGGER ROSMAH MANSUR...

Siapa?Ntah sehingga hari ini aku sendiri pun tak pasti siapa...

Turut dikatakan wujud adalah...Blogger Hishamuddin..Blogger Zahid Hamidi...Blogger KJ...Blogger Ahmad Maslan...Blogger Tun M...Blogger Muhyiddin...Blogger JASA...Blogger BTN...Blogger ATM dan ntah apa apa lagi kumpulan...

Tidak dilupakan....KUMPULAN BLOGGER DUIT.

Itu semua aku tak mahu ambil peduli kerana tujuan artikel ini aku tulis hanyalah untuk memperkatakan tentang SIAPA SEBENAR BLOGGER DAN CYBERTROOPER PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK selama ini?Itu saja....

....dan persoalan diatas akan aku kupas tengahari nanti.

Terlalu banyak persoalan yang timbul tentang "keberadaan" Blogger @NajibRazak ini bila hari ini wujud satu gelombang menyerang PENASIHAT PM Allies Nor walaupun "target utama" serangan ini sebenarnya BUKAN Alies Nor tetapi @NajibRazak sendiri...



Iklan C (ii)
  

Cerita Konspirasi Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 02 Jun 2013 05:06 PM PDT

Setelah Datuk Ahmad Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, dan Datuk Husam Musa tidak terlantik ke dalam saf Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru itu; di Kuala Lumpur masih terdengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan – kononnya ada konspirasi meminggirkan Tok Guru Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar yang telah disandangnya selama 23 tahun itu.

Sewaktu saya berkunjung ke pejabat Harakah pun cerita konspirasi itu masih kedengaran di situ. Di kalangan kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat pun ada yang mempersoalkan cadangan Paksi bekerjasama (menganjurkan satu program) dengan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob, dengan alasan tidak mahu bersyubhat dengan konspirasi.

Hingga saya pun menjadi hairan sendiri, mengapa pula saya yang dilihat (di kalangan kawan-kawan) lebih 'hampir' dengan TG Nik Aziz ini tidak pula berfikir atau terasa demikian? Padahal saya mengikuti (dari jauh) setiap perkembangan dan pergerakan TG Nik Aziz khasnya di hari bersejarah 5 Mei itu.

(Zali kawan saya merakam video pergerakan TG Nik Aziz sepanjang hari 5 Mei itu, dari pagi hingga ke malam, yang sepatutnya TG Nik Aziz mengumumkan keputusan di pejabat PAS Negeri di Bangunan Zulkifli Muhamad, Kota Bharu, malam itu tetapi beliau tidak hadir. Saya menonton keseluruhan rakaman video tiga jam itu.)

Keterkejutan orang menerima berita pengunduran TG Nik Aziz itu memang kita faham, walaupun saya tidaklah terkejut sangat, kerana berdasarkan apa yang saya selalu ikuti perkembangan hidup dan tugas Tok Guru (telah masuk tahun ke-23 menjadi Menteri Besar) yang telah mencapai usia 83 tahun, dan persoalan siapakah bakal penggantinya pun telah beberapa kali dibincangkan, maka soal kemungkinan Tok Guru akan berundur pada bila-bila masa sahaja itu memang sudah ada dalam fikiran saya. Jadi berita bahawa bukan TG Nik Aziz yang angkat sumpah pada petang Isnin 6 Mei itu tidaklah memeranjatkan sangat.

Dan mengapa harus fikirkan ada konspirasi? Kerana yang mengambil tempat Menteri Besar itu rupa-rupanya seorang tokoh yang kurang dikenali ramai di luar Kelantan. Itulah sebabnya barangkali. Apa sebab lain lagi?

Saya sering ke Kelantan dan acapkali berbincang dengan kawan-kawan di sana mengenai siapa bakal mengambil tempat MB apabila dikosongkan TG Nik Aziz (kerana faktor tertentu). Maka saya pun tak berasa pelik apa-apa dengan berita petang Isnin itu. Memang Ahmad Yaakoblah, siapa lagi?

Memang dia tidak sehebat atau setokoh TG Nik Aziz. Tetapi dialah yang paling layak di antara yang ada, dan dia pun sudah 10 tahun membantu TG Nik Aziz, sebagai Timbalan Menteri Besar, sejak 2004.

Lalu bagaimana timbulnya cerita konspirasi itu? Inilah peliknya. Mengenali TG Nik Aziz secara dekat, dan orang-orang di sekelilingnya, saya tak dapat melihat di mana wujudnya jalur yang boleh mencetuskan kita berfikir adanya konspirasi itu. Tak mungkin. Dan hal ini berbeza sangat dengan cerita yang cuba mensabitkan TG Nik Aziz dengan perbuatan rasuah dulu itu (yang kemudiannya disahkan karut oleh pihak SPRM sendiri). Itu digerakkan oleh pihak yang memang bermusuh dengan PAS.

Di kalangan pimpinan PAS Kelantan sendiri wujud tokoh yang boleh menggerakkan konspirasi bagi menyingkirkan TG Nik Aziz, dan TG Nik Aziz pun berjaya disingkirkan secara konspirasi itu? (Eh, biar betul!..) Ada kemungkinkah begitu? Saya tak percaya ada kemungkinan itu.

Namun disebabkan agak meluas cerita itu tersebar di Kuala Lumpur, termasuk di kalangan kawan-kawan sendiri, saya pun terasa perlu mengesahkan keyakinan, lalu menghubungi beberapa sumber yang layak dipercayai di Kota Bharu, termasuk di kalangan keluarga di Pulau Melaka sendiri.

Memang, sumber-sumber yang mengetahui secara langsung dalam cerita ini pun mengakui – memang wujud cerita-cerita tak betul di sekitar peralihan Menteri Besar daripada TG Nik Aziz kepada Ahmad Yaakob itu. Sebab apa terjadi begitu – biarlah. Yang pentingnya tulisan ini ingin menjelaskan hal yang sebenar.

TG Nik Aziz sudahpun menyatakan hasratnya untuk berundur itu, kepada orang terdekat dengannya, sebelum hari mengundi lagi. Dan di hari mengundi itu selepas membuang undi dan melawat beberapa tempat mengundi, tengah harinya selepas solat Zuhur di masjid Cabang Empat (sempat tazkirah sekejap), Tok Guru pulang ke rumah dan tidak keluar lagi, kerana tidak sihat. Doktor datang ke rumahnya petang itu.

Malam itu semua orang menunggu kehadirannya di Pejabat PAS Negeri untuk membuat pengumuman keputusan, seperti kebiasaan setiap kali PRU. Tok Guru tidak hadir. Bukan dia sengaja tidak hadir sebab dia hendak berundur. "Bukan," kata anak menantu di Pulau Melaka. "Esoknya saya sendiri tanya Tok Guru mengapa tak datang. Dia kata sebab tak sihat, badan jadi tak larat sangat."

Namun malam itu TG Nik Aziz memanggil mesyuarat Dewan Harian ke rumahnya pagi-pagi esoknya, pukul 7 pagi. Setiausaha Kerja Dewan Harian yang buat panggilan, melalui SMS, seperti biasa.

Dalam mesyuarat itulah Tok Guru mencadangkan Datuk Ahmad Yaakob untuk mengisi jawatan Menteri Besar, dan mendapat persetujuan semua yang hadir. Selepas mesyuarat itu Tok Guru masuk hospital. Dia bercadang hendak hadir majlis angkat sumpah di istana petang itu, sebab itu dia memesan supaya pakaian khas untuk itu turut dibawa ke hospital. Tetapi keadaan kesihatannya petang itu tidak mengizinkan dia hadir.

Saya meninjau juga pandangan beberapa pihak di Kelantan terhadap tindakan TG Nik Aziz membuat cadangan pelantikan Datuk Ahmad Yaakob itu. Rata-rata mereka bersetuju, "untuk mengelak daripada berlaku perselisihan yang serius dan keadaan yang lebih rumit," akui seorang YB. ~dinsman




Iklan C (ii)
  




Tiada ulasan: