Khamis, 27 Jun 2013

Addin

Addin


Prof. Agus Belasah Pak Menteri

Posted: 27 Jun 2013 10:00 AM PDT


Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

Hari ini saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? 

Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. 

Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. 

Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. 

Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. 

Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.


Profesor Mohammad Agus Yusuf



Iklan C (ii)
 


Anwar Dedah Pekung Umno BN Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 27 Jun 2013 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar," kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.

Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.

"Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.

"Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar

Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.

"Kelulusan kepada syarikat kroni ini diberi sejurus selepas pilihan raya umum ke-13," kata Anwar merujuk laporan Sarawak Report.


Menurut Sarawak Report, syarikat milik Ananda Krishnan, iaitu Pexco, syarikat bahagian minyak dan gas telah memulakan penjelajahan mukabumi laut (seismic survey) mulai 4 Mei lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 80 hari.

Eksplorasi lapangan minyak tersebut melibatkan kawasan seluas 25,000 kilometer persegi, menjadikan ia pemilikan terbesar lapangan miyak oleh sesebuah syarikat di Malaysia. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
 


Memalukan!! KM Melaka Akhirnya Jilat Ludah Sendiri..

Posted: 27 Jun 2013 06:24 AM PDT


KM: 300 peniaga Jonker Walk boleh berniaga seperti biasa

Kira-kira 300 peniaga boleh meneruskan perniagaan mereka seperti biasa di kawasan pasar malam Jonker Walk pada setiap hujung minggu, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, arahan penutupan gerai yang kebanyakkannya menjual cenderamata di Jonker Walk itu hanya salah faham, sebaliknya penutupan itu hanya melibatkan laluan kenderaan di kawasan berkenaan.

Jelas beliau, jalan sekitar Jonker Walk yang menjadi tumpuan pelancong itu dibuka semula untuk kenderaan yang ketika ini ditutup bermula 6 petang hingga 12 malam pada setiap Jumaat hingga Ahad bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. "Arahan pembukaan jalan ini, berikutan aduan orang ramai dan pelancong mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut terutama pada hujung minggu," katanya kepada Bernama di Melaka hari ini.

Idris berkata isu menghalang peniaga berniaga di Jonker Walk pada hujung minggu, sengaja dimanipulasikan pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

Di tanya sama ada pembukaan jalan tersebut menyukarkan pengunjung dan peniaga, Idris berkata: "saya tidak fikir begitu". Sebagai contoh, katanya di Oxford City, England peniaga menjalankan perniagaan di kaki lima jalan raya dan kenderaan dibenar melalui kawasan disitu.

Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat. ~bernama




Iklan C (ii)
 




Beranikah SPR Dedah Syarikat Dakwat Kekal?

Posted: 27 Jun 2013 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR – PR terus mendesak SPR mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu kerana mendakwa syarikat tersebut gagal menyediakan dakwat yang berkualiti.

Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) berkata, SPR dan kerajaan juga sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal tersebut dan menuntut ganti rugi kerana bahan tidak mematuhi spesifikasi.

Menurutnya, alasan demi alasan yang diberikan SPR seolah-olah menggambarkan badan tersebut cuba melindungi syarikat tersebut dan ia tidak langsung menimbulkan pelbagai persepsi negatif. "Alasan SPR tidak mendedahkan nama syarikat itu atas sebab keselamatan tidak boleh diterima, kita sudah pun selesai mengadakan PRU13.

Bagaimanakah maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?" katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. Selain itu, Anthony turut mempertikaikan kos dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 adalah sebanyak RM7.1 juta sedangkan pada PRU12 lalu, kos pembelian adalah RM2.4 juta namun dimusnah selepas tidak digunakan pada PRU tersebut.

Katanya, peningkatan kos ini adalah tidak logik kerana pada PRU12, jumlah pengundi adalah 10,922,139 manakala pada PRU13 adalah seramai 13,268,002 orang, pertambahan kira-kira 20 peratus. "Mengapakah pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus boleh menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal dari RM2.4 juta kepada RM7.1 juta, peningkatan tiga kali ganda?

"Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara? Bagaimana kerajaan boleh membeli dakwat kekal yang tidak kekal untuk pilihan raya, ia menjadi bahan ketawa seluruh dunia," katanya. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu.

Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan. Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.   Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas.

itu, Shahidan berkata kos keseluruhan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 ialah RM7.1 juta yang meliputi pelbagai proses.      Beliau berkata RM6.9 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja reka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 




Ini Terjadi Sekiranya DUN Terengganu Di Dapati Seri..

Posted: 27 Jun 2013 02:10 AM PDT

SHAH ALAM - Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail.Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR.

Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.

"Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.

Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan," katanya.Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 




Gambar Menarik Yang Tidak Di Siarkan TV3, Utusan Dan Berita..

Posted: 26 Jun 2013 09:42 PM PDT



Ulama Antarabangsa Cium Tangan Tok Guru.... Penyokong Umno Plak Edit Gambar Tok Guru Macam-macam Keburukan..TGNA senantiasa di Hormati oleh Ulama Luar Negara..




Iklan C (ii)
 




Tiada ulasan: