Sabtu, 22 Jun 2013

Addin

Addin


Gambar Husam Musa Jadi Imam Solat Kepada Anggota Polis Tersebar

Posted: 22 Jun 2013 09:27 AM PDT


YB Datuk Husam Musa menjadi imam kepada anggota polis yang bertugas menghantar Datuk Husam Musa ke Balai Polis IPD Pengkalan Chepa.

InsyaAllah bagi mereka yang berada di Kota Bharu dan kawasan sekitar boleh memberi sokongan kepada Datuk Husam pada pukul 11 malam ini. ~instagram jeminghassan 




Iklan C (ii)
 

  

Ini Punca Sebenar Husam Musa Di Tahan Polis

Posted: 22 Jun 2013 07:46 AM PDT

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kini ditahan di Balai Polis Ampang dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Perkara itu disahkan beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya.Beliau sebelum itu menerusi SMS kepada wakil media termasuk Sinar Harian Online memaklumkan beliau kini ditahan di balai  polis berkenaan.

Penahanan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya yang disiarkan lidah rasmi Pas meminta orang ramai menyertai himpunan Black505 di Padang Merbok hari ini.

Antara yang diungkap Husam dalam laporan itu ialah : "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, Insya- ALLAH ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini".

Polis mengesahkan penahanan Husam mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataan mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.Perkara itu disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) hari ini.Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.

Husam di dalam laman Twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang."Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan mengesahkan penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 

  

Panas!! Borang Penamaan Calon Speaker BN Perak Tidak Sah?

Posted: 22 Jun 2013 05:45 AM PDT

Sidang Dewan Negeri Perak akan mula berlangsung pada 28hb Jun 2013. Dengan itu, Borang Penamaan Calon untuk Speaker dan Timbalan Speaker harus diserahkan kepada Setiausaha Dewan Negeri pada atau sebelum pukul 5.00 petang, 21hb Jun 2013; sepertimana yang telah disyaratkan di dalam surat yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negeri.Dengan, mematuhi syarat sedemikian, mewakili Pakatan Rakyat Perak, Sdr Wong Kah Wong (Adun Canning), telah menyerahkan Borang Penamaan Calon kepada Setiausaha Dewan Negeri, Encik Rumaizi, lebih kurang jam 11.30 pagi pada 21hb Jun 2013.

Lebih kurang jam 4.35 petang, pada hari yang sama, semasa V. Sivakumar menghubungi En. Rumaizi, SU Dewan ini telah mengesahkan bahawa beliau masih belum lagi menerima Borang Penamaan Calon dari pihak BN Perak.

Sebaik sahaja mendapatkan maklumat ini, serta-merta V. Sivakumar dan Wong Kah Woh telah mengarahkan beberapa staf pejabat DAP Perak untuk berada di Pejabat Bahagian Dewan Negeri bagi memastikan pihak BN menyerahkan Borang Penamaan Calon dalam masa yang sepertimana yang ditetapkan di dalam surat SU Dewan.

Staf-staf pejabat telah pun berada di dalam Pejabat Bahagian Dewan Negeri. Dalam masa yang terdekat, V. Sivakumar bersama Wong Kah Wong juga telah sampai di pejabat berkenaan dan meminta ingin berjumpa dengan En. Rumaizi. Staf pejabat Bahagian Dewan memberitahu bahawa En. Rumaizi bersembahyang dan akan berjumpa dengan V. Sivakumar dan Wong Kah Woh selepas itu.

Sehingga jam 5.20 petang, En. Rumaizi tidak datang berjumpa dengan mereka. Selepas bertanyakan kali kedua, staf pejabat menyatakan bahawa En. Rumaizi telah meninggalkan pejabat atas urusan kecemasan. Walaupun En. Rumaizi sedar bahawa MP Batu Gajah dan ADUN Canning yang juga merupakan Ahli Majlis Pakatan Rakyat Perak, sedang menunggu ingin berjumpa dengannya, beliau tidak hiraukan hal ini, lantas meninggalkan pejabat tanpa berjumpa dengan mereka.

Mengetahui hal ini, Wong Kah Woh bertanyakan kepada pegawai En. Rumaizi bahawa adakah SU Dewan telah memberikan Borang Penamaan Calon dari BN, katanya, "tidak".

Sehingga saat itu juga, tiada sesiapa dari pihak BN Perak datang ke pejabat itu untuk menyerahkan Borang Penamaan Calon. Dengan rasa musykil, V. Sivakumar menelefon En. Rumaizi. SU Dewan itu pula memberitahu bahawa Borang Penamaan Calon BN sudah diterima dan pegawai di pejabatnya yang memegang dokumen tersebut dan borang itu adalah rahsia.

Setelah bercakap dengan SU Dewan, sekali lagi, V. Sivakumar bertanyakan kepada pegawai En. Rumaizi untuk menunjukkan penerimaan borang itu bagi pihak PR mengesahkan BN Perak telah menghantarkan borang itu seperti yang telah ditetapkan.

Pegawai itu sekali lagi memberitahu bahawa En. Rumaizi tidak memberikan apa-apa dokumen kepada beliau dan kesemua hal diuruskan hanya oleh En. Rumaizi.Untuk merumuskan kejadian di atas, Pakatan Rakyat Perak telah menyerahkan Borang Penamaan Calon bagi Speaker dan Timbalan Speaker seperti yang telah disyaratkan.

Beberapa keraguan telah timbul di mana kemungkinan BN Perak TIDAK MENYERAHKAN borang Penamaan Calon itu seperti yang telah disyaratkan dan kemungkinan SU Dewan bersubahat di dalam hal ini.

Beberapa keraguan telah diperhatikan apabila : -

i) SU Dewan melarikan diri ikut jalan belakang tanpa bertemu dengan V. Sivakumar dan Wong Kah Woh - apabila bertanyakan mengenai Borang itu, SU Dewan memberitahu bahawa ia ada pada pegawainya dan borang itu adalah rahsia - pegawai SU Dewan mengakui boranag itu tiada padanya dan hanya SU Dewan menguruskan hal ini

ii) seseorang dari pihak BN yang datang ke pejabat Bahagian Dewan dari pukul 4.40pm sehingga akhirnya waktu pejabatAdakah SU Dewan melindungi kesalahan BN Perak?

Ini boleh dikatakan sebagai subahat kepada tidak mengikut perintah-perintah tetap dan mencermakan kesucian Dewan Negeri.Jika ia adalah benar SU Dewan telah menerima Borang Penamaan Calon dari BN pada masa V. Sivakumar dan Wong Kah Woh berada di perkarangan pejabat SUK, SU harus buktikan!

Penamaan Calon Pakatan Rakyat Perak bagi :Speaker               : YB V. SIVAKUMAR (Ahli Parlimen Batu Gajah)Timbalan Speaker : YB Abdul Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau)*PENAMAAN CALON BAGI PRU PUN TIADA RAHSIA...APA PULA RAHSIA SANGAT UNTUK PENAMAAN CALON SPEAKER & TIMBALAN SPEAKER???



Iklan C (ii)
 

  

(Kemaskini) LIVE!! Black505, Peserta Himpunan Kerumun Pegawai DBKL

Posted: 22 Jun 2013 02:52 AM PDT


Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

umpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walaupun polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun sedikit berjerebu.

LAPORAN LANGSUNG


4.50pm: Padang Merbok - Aktivis Hishamuddin Rais dalam ucapannya berkata beliau sering berpendapat bahawa usaha untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya adalah jalan yang mustahil."Saya sering katakan, mustahil."(Caranya) Jalan raya, jalan raya," katanya berulang kali.Beliau memberi amaran bahawa golongan anak muda akan terus berkhemah di Padang Merbok sekiranya pemimpin SPR tidak meletak jawatan pada hari Isnin.

4:00pm: Ampang - Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan kenyataannya beberapa hari lalu berhubung kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.
3.23pm: Padang Merbok - Timbalan Speaker Selangor Nik kNazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu membuktikan semua

3.37pm: Padang Merbok - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga mula berucap dengan menegaskan bahawa gabungan itu menyokong Black 505 untuk mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan.3.25pm: Padang Merbok - Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul umumkan jumlah peserta di Padang Merbok cecah 30,000.Beberapa pemimpin utama Pakatan akan berucap tidak lama lagi. Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard sedang mempengerusikan majlis.

3pm: Padang Merbok - Bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar berkata, pembangkang mendapat 118,000 undi lebih banyak daripada BN di negeri itu.Oleh itu, katanya, Pakatan sebenarnya "tidak kalah" di Perak.Beliau juga berkata akan mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi speaker dewan sekali lagi.Beliau juga mengingatkan, BN juga boleh menjadi mangsa pertukaran kerajaan menggunakan kaedah sama yang berlaku secara kontroversi pada 2009.Beliau bercakap kepada kira-kira 20,000 peserta di Padang Merbok.Sementara itu, di tempat sama, pengarah Perhimpunan Black 505 Rafizi Ramli ketika ditemui sejurus tiba di Padang Merbok berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 4 petang untuk memberikan ucapan.Beliau juga turut memberi jaminan bahawa perhimpunan pada hari ini juga akan berakhir pada kira-kira jam 7 petang."Kita jangka menjelang Maghrib perhimpunan ini dah bersurai," katanya.

2:45pm: Jalan Parlimen - Peserta dari Jalan Sultan kini tiba di Padang Merbok. Di sepanjangJalan Parlimen kira-kira 500 orang sedang menunggu di tepi jalan untuk menyertai perarakan itu.Peserta kini sedang memenuhkan Padang Merbok.Di sekitar Padang Merbok kelihatan anggota polis di beberapa penjuru padang bagi memerhati perhimpunan.2.45pm: Jalan Parlimen -Kumpulan peserta yang berarak dari ibu pejabat PAS, Sogo dan Brickfields kini bergabung di Jalan Parlimen dan seterusnya bergerak ke Padang Merbok.Sementara itu diPadang Merbok, sejumlah kira-kira 3,000 orang sudahpun berkumpul dan mendengar ucapan dari MP Sungai Petani Johari Abdul.Beliau menasihati para peserta agar tidak memusnahkan harta awam, menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

2.42pm: Jalan Parlimen - Lebih 5,000 peserta yang bergerak dari Sogo di Jalan TAR memasuki Jalan Parlimen dan menuju ke Padang Merbok.Sebahagian dari peserta berkenaan yang terdiri daripada golongan muda menyanyi 'anak muda tolak BN" sambil bertepuk tangan.2.30pm: Jalan TAR - Kumpulan peserta dari ibu pejabat PAS bergabung dengan peserta di hadapan kompleks membeii-belah Sogo dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.Kumpulan berkenaan turut melaungkan takbir serta slogan "Tumbang SPR", "SPR penipu" dan "Reformasi".2.20pm: Jalan Parlimen - Tren komuter KTMB yang sepatutnya bergerak melalui jambatan, yang merentasi Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, terpaksa berhenti seketika kerana terdapat peserta himpunan yang berdiri di atas landasan.Peserta berkenaan memenuhi kawasan landasan itu untuk merakam video dan gambar perarakan peserta lain yang menuju ke Padang Merbok.

2.12 pm: Jalan Raja Laut - Sekumpulan 2,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.

2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.Dalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan."Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo. Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock,  Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok. Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.

1:55: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.1.20 pm: Dataran Merdeka - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1:30pm: Jalan Raja Laut - Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini."Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran. "Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.1

1:10pm: Jalan Sultan – Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin. Badrul Hisham dalam ucapannya dari atas sebuah lori di kawasan berkenaan memimpin peserta untuk melaungkan slogan "SPR Penipu", "Jahanam SPR" dan "Bangkit rakyat". Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'. Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu."Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.1pm: Universiti Malaya - Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12:30pm: Brickfields - Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut - Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13."Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang."Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman."Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

12:05pm: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.12:00pm: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu.

12pm: Brickfields - Ratusan sudah berkumpul di Tun Sambathan. Suasana juga mula bingit dengan sorakan dan bunyi vuvuzela.Mereka juga memaparkan kain rentang memuatkan tiga tuntutan, antaranya supaya pengerusi SPR dan timbalannya berundur dengan segera.Secara kreatif, seorang peserta hadir dengan pakaian dan solekan ala-hantu, sebagai langkah sinis terhadap dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya umum lalu. Penampilannya itu menarik perhatian pelbagai pihak. 'Hantu' itu juga membawa kota bertulis SPR.

11.45am: Sogo - Sebuah kedai roti dekat pintu masuk di kompleks membeli belah itu mungkin ditutup separuh hari. Pelanggannya sudah mencecah 200 orang.Pekerjanya memberitahu, mereka masih menunggu "arahan" untuk itu. Mereka juga mengambil gambar pelanggannya bagi membantu atasan mereka membuat keputusan.Bagaimanapun, perniagaan mereka nampak menguntungkan hari ini apabila ia menjadi tempat peserta perhimpunan dan wartawan bersarapan.

11.35am: Masjid Negara - Anggota PKR Tan Teck Huang, 47, antara yang berkumpul di Masjid Negara. Beliau bertolak dari Muar, Johor bersama saudaranya dan tiga lagi untuk ke perhimpunan hari ini.Katanya, ekoran cuaca di Muar teruk dicemari jerebu,menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini amat dinikmati."Pada mulanya saya jangkakan tidak ramai orang akan hadir kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Saya terkejut dengan jumlah orang ramai yang berkumpul di sini," kata pekerja separuh masa dalam sektor pendidikan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.

11.05am: Masjid Negara -Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi."Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH," katanya.

10.50am: Jalan TAR -Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut - Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.

10.30am: Jalan Sultan - Seramai kira-kira 30 orang mula berkumpul di kaki lima Jalan Sultan sambil memegang bendera PAS DAP dan PKR. Mereka turut meniupkan wisel meminta pemandu yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.Seorang peniaga, Abdul Kader Mydin, 50, yang telah berniaga selama 40 tahun di kaki lima Jalan Sultan berkata, kehadiran peserta himpunan Black 505 tidak mengganggu perniagaannya. "Tak adalah. Mana ada ganggu. Buat apa saya mahu tutup (kedai). Tak bahaya pun," katanya.Seorang pemilik hotel murah pula, Steven Yong, 70, juga berkata  perhimpunan yang diadakan pada hari ini tidak menganggu peniaga.Beliau yang membuka hotel berkenaan sejak tahun 1973 di Jalan Sultan, berkata peserta pehimpunan kini bijak dan tidak akan menyebabkan peniaga kerugian."Mereka ini ada baca punya orang (orang berpelajaran). Mereka takkan ganggu dan buat kacau. Bila polis datang kacau baru jadi lain. Baru kita tutup," katanya.

10.20am: Dataran Merdeka - Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.

10.00am: Jalan Raja Laut - Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.Mereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini."Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.


~malaysiakini




Iklan C (ii)
 

  



Gambar Terbaru Sekitar Himpunan Black 505

Posted: 21 Jun 2013 10:02 PM PDT











~parlimen kota raja



Iklan C (ii)
 

  

Terbaru.. Gambar Sekitar Black 505 Di Padang Merbok

Posted: 21 Jun 2013 08:18 PM PDT


Suasana pagi ini, peserta sudah mula sampai sekalipun acara bermula jam 2.00 petang. Menunjukkan rakyat begitu bersemangat tinggi untuk melawan penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Berikut ialah dari lensa Telok Bakong yang menyiarkan gambar-gambar sekitar COUNTDOWN BLACK 505 22 JUN di KLSCAH malam tadi:



Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi



 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

 Suasana di dalam dewan

 Skrin di pasang di luar dewan 

 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 

Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi


Berikut pula suasana pagi ini dari lensa Parlimen Kota Raja.







Iklan C (ii)
 

  

Blogger Umno Belasah Rosmah

Posted: 21 Jun 2013 06:12 PM PDT



Apakah atas dasar kemelayuan yang tinggi, DS Najib telah diserang sikit demi sedikit sehingga ke Perhimpunan Agung Umno November ini.. Secara ilmiah hujah yang dibawa olem Mummy Rokiah aku setuju....


Jika dilihat daripada ranking no 2 hingga ke 10 ia telahmempamirkan penglibatan tokoh wanita yang sebenar atau tulin kerana tidak ramai yang mengetahui siapa suami mereka. 
Suami mereka tidak pernah didedahkan, mendapat pendedahan atau mungkin tidak mahu tampil bersama isteri atau mungkin malu media @ 'media shy'. 

Dalam erti kata lain kekuasaan mereka adalah kekuasaan hakiki wanita di atas kewibawaan kaki mereka sendiri tanpa menempel di sebelah kuasa suami mereka.

Hakikatnya wanita yang sebegini mampu bertahan lama dan terus menyumbang kepada masyarakat kerana mereka tidak pernah gusar jika suami mereka tersungkur dalam politik.

Sesungguhnya kekuasaan mereka di luar jakauan kamar tidur dan mereka layak untuk disenaraikan.

Baca selanjutnya di sini. 
.



Tiada ulasan: