Addin |
- Ini Jawapan Khalid Samad Berkenaan Tulisan Menantu TGHH
- KJ Umum Masa Terdekat
- Konspirasi Jahat Umno Untuk Gagalkan Black 505 Tersebar?
- Tragedi Menara Umno, Laporan Mangsa di Percayai Tertimbus Selesai
- Patutlah Proton SV Di Jual Murah.. Ini Sebabnya?
- Agenda Lawatan Azmin Ali Ke Indonesia Tersebar..
- Punca Sebenar Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Terbongkar
- Pengendali Laman Web Popular Akhirnya Di Cekup
- Shahidan Kassim Boleh Jadi PM, Jika Tidak Rasis
- Tanggal Tudung Jika Mahu Jadi Jururawat
Ini Jawapan Khalid Samad Berkenaan Tulisan Menantu TGHH Posted: 19 Jun 2013 09:16 AM PDT Budaya Serangan Peribadi Oleh kerana saya bersuara terhadap isu Kota Damansara dari sudut strategi, akhlak, qias dan dongengan; maka bermacam tuduhan yang telah dilemparkan terhadap diri saya. Tuduhan yang kadangkala membuatkan saya tergelak seorang diri. Kita mahu bahaskan isu KD, mereka tidak bahas dan sebaliknya tuduh saya macam-macam sehingga yang terbaru ini, dibabitkan seorang pimpinan, seorang Almarhum, yang tidak lagi bersama kita. Saya lihat tindakan mereka sebagai tindakan kebudak-budakan, kurang matang kerana tidak biasa menangani perbezaan pendapat. Apabila ada pihak yang berbeza pendapat, maka dikemukakan segala bentuk andaian, buruk sangka dan sebagainya, tanpa membahas isu yang merupakan perbezaan pendapat itu sendiri. Ianya juga membuktikan bahawa hujjah mereka tidak boleh dipertahankan, maka dimulakan serangan peribadi. Saya sebenarnya tidak mahu memberikan pengiktirafan kepada tulisan kebudak-budakan itu dengan memberi respon kepadanya tetapi, sekali lagi, demi menyelamatkan golongan muda dari terjebak dengan amalan fitnah dan dosa, maka saya terpaksa respon. Sebelum itu saya perlu nyatakan sekali lagi bahawa apa yang saya tulis berhubung KD sebelum ini, itu merupakan pandangan saya. Mahu setuju boleh, mahu tolak pun boleh. Tapi setuju dengan hujjah dan tolak dengan hujjah jugalah. Tidak perlu diungkitkan isu-isu yang tidak ada kena mengena dan membuat serangan peribadi. Itu cara UMNO/BN. Saya dituduh menjatuhkan Almarhum Ustaz Hassan Shukri pada tahun 2002. Ini disebutnya dalam tulisannya yang bertajuk 'Adakah Khalid Samad Sebagai Kemunculan Bongkah Ais'. Dari tajuk pun sudah boleh dilihat sifat kebudak-budakan penulis. Seterusnya saya diberi masa tertentu untuk menafikannya. Kalau tidak jawab, maka saya dianggap bersalah! Proses pengadilan jahilliah mana yang diguna pakai pun saya tidak tahu. Dia siapa (yang menuduh saya) dan kenapa saya perlu respon? Kalau ya pun, bawalah ke jawatankuasa disiplin baru ada hak untuk membuat tuduhan rasmi dan menuntut respon. Tetapi begitulah tindakan golongan yang tidak hormat prosedur dalam jemaah. Pencalonan di KD pun tidak mengikut prosedur. Terus pintas memanfaatkan 'kabel'. Berhubung tuduhan liarnya, saya kemukakan respons saya secara ringkas: Pertama, tiada pemilihan pada tahun 2002. Pemilihan berlaku pada tahun 2001 dan 2003 iaitu setiap tahun ganjil seperti tahun ini. Tahun pun sudah tidak betul! Itu yang membuat saya malas layan sebenarnya. Macam kes Tivoli Villa pula… Kedua, yang menuduh saya sendiri pun masih di bangku sekolah pada tahun berkenaan. Yalah, ianya berlaku lebih 10 tahun yang lalu. Tetapi menuduh saya seolah-olah dia sendiri yang menyaksikannya dengan mata kepalanya sendiri. Dengar sebelah pihak, tidak tanya pun saya, terus disebarkan melalui FB dan sebagainya. Aynal akhlak? Tidak takut dosakah orang muda ini? Ketiga, ianya pemilihan parti. Sudah pasti saya menyokong satu calon dan menolak yang lain. Setiap seorang hanya satu undi. Kalau saya mengundi si polan bin si polan, adakah wajar saya dituduh menjatuhkan lawannya? Kalau saya memberi pandangan mengapa si A adalah lebih sesuai untuk sesuatu jawatan berbanding si B, adakah saya menjatuhkan si B? Terpulanglah kepada yang mendengar untuk menilai hujjah saya. Apa makna diberikan kuasa untuk memilih kalau tidak dibenarkan membuat pilihan, atas fakta dan hujjah? Kalau itu dituduh menjatuhkan, maka semua yang tidak mengundi Almarhum bersalah atas tuduhan tersebut. Keempat, Almarhum Ustadz Hassan Shukri adalah Ahli Majlis Syura sehingga beliau meninggal pada tahun 2010. Saya sendiri telah menjadi calon PAS dalam PRU tahun 2004 dan 2008. Jika benar perangai saya seburuk mana yang diceritakan oleh orang muda ini, sudah pasti Almarhum akan memenuhi amanahnya sebagai Ahli Majlis Syura dan menolak pencalonan saya. Sepertimana yang diketahui umum, setiap calon PAS perlu ditapis terlebih dahulu oleh Majlis Syura. Dan begitu juga, setiap anggota Ahli Majlis Syura akan menolak pencalonan saya sekiranya benar tuduhan tersebut. Atau orang muda ini menganggap dia lebih tahu dari semua? Sedangkan beliau terlibat pun tidak pada tahun berkenaan. Kelima, Almarhum sendiri telah menyertai retreat PAS Shah Alam yang dianjurkan pada tahun 2009. Almarhum tahu bahawa saya adalah YDP Shah Alam pada ketika itu. Sekiranya benar tuduhan orang muda ini, sudah pasti Almarhum tidak akan hadir. Sebaliknya Almarhum hadir dan menyumbang kepada kejayaan program tersebut. Almarhum siap memberikan kata-kata perangsang kepada saya dan ahli PAS Shah Alam atas kemenangan pada tahun 2008. Satu hari kelak mungkin akan saya sebutkan kata-katanya terhadap kemenangan saya pada 2008. Tetapi tidak sekarang dan tidak di sini. Sebagai kesimpulan, nasihat saya pada orang muda ini; Pemimpin berusaha membina kekuatan jemaah dengan menimbulkan perasaan kasih-sayang di kalangan ahlinya, bukan dengan menyebarkan fitnah, adu-domba dan syak wasangka. Tuduhan orang muda ini bahawa adanya konspirasi yang melibatkan diri saya dan 6 lagi pimpinan pusat, tanpa mengemukakan bukti adalah bukan sahaja tidak bertanggung-jawab, tetapi menyalahi akhlak Islami. Kalau benar, kemukakan tuduhan bersama bukti kepada jawatan kuasa disiplin dan namakan mereka. Jangan kita menzalimi mereka dan pimpinan lain dengan membuat tuduhan rambang sedemikian rupa. Ianya akan merosakkan ukhuwah jemaah dengan semua pimpinan terpalit dengan tuduhan itu. Ada yang anggap tanpa menyebut nama maka ianya tidak mengapa. Oleh itu mereka menabur fitnah tanpa menyebut nama orang yang dimaksudkan. Sebenarnya tanpa menyebut nama ianya menzalimi lebih ramai orang kerana orang ramai akan membuat andaian berhubung siapa yang dimaksudkan. Dan yang dimaksudkan pula tidak berpeluang untuk membela diri. Pemimpin berusaha membina kekuatan jemaah dengan menggalakkan teguran, saling ingat mengingati dan bukan dengan menuntut ketaatan mutlak yang diserupakan dengan wala' dan thiqah. Malahan wala' dan thiqah menuntut teguran bukan sebaliknya. Ingat pesanan Rasulullah (SAW) "Addiinu naasihah…". Ada yang kata teguran perlu dibuat secara berbisik-bisik kepada pimpinan. Ya, Fathul Bari yang kata sebegitu. Kalau pimpinan tidak sanggup ditegur dan dinasihati, walaupun dikhalayak ramai, seperti Umar (RA) maka tidak perlu jadi pemimpin. Maaf, itu pandangan saya. Asyik mahu dipuji sahaja, tidak payah. Pemimpin berusaha membina keberkesanan jemaah dengan membetulkan yang silap, bukan menutupnya dengan menggunakan alasan-alasan sayang pada jemaah dan jangan dedahkan kelemahan jemaah. Sedangkan selepas berperang, inilah masa yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan. Bukan ketika sedang berperang! Kecuali dianggap PAS sudah sempurna dan tiada sebarang kelemahan! Cukuplah saya menjawab sekadar itu. Dan saya harap orang muda tersebut mengambil iktibar dan pengajaran. Janganlah kerana kita Parti Islam maka kita anggap kita boleh buat apa kita suka. Sepatutnya kita lebih teliti kerana kita adalah sebuah Parti Islam. Biar PAS menjadi contoh dan ikutan. Sekiranya rakan kita membuat silap, jangan kita menggunakan kesilapan itu untuk melakukan perkara yang sama. Janganlah kerana kita ustadz maka kita boleh buat apa yang kita suka. Sepatutnya sebagai ustadz kita menjadi contoh dan teladan dalam membina kekuatan jemaah melalui akhlak yang mulia. Ilmu adalah amanah, sepertimana segala yang kita miliki di dunia. Maka jangan dikhianati amanah itu. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | ||
Posted: 19 Jun 2013 07:09 AM PDT PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada akan mempertahankan jawatannya itu, pada pemilihan parti kali ini. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding "Saya sedia maklum cadangan dibuat rakan dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya saya terus pegang jawatan itu. "Sama ada saya akan bertanding pada pemilihan kali ini, itu saya akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata atas dasar demokrasi yang diamalkan Umno sejak sekian lama beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua Pergerakan itu. Malah, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding. ~bernama | ||
Konspirasi Jahat Umno Untuk Gagalkan Black 505 Tersebar? Posted: 19 Jun 2013 06:20 AM PDT Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak. Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat. Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar. "Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga. "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM. Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka.~malaysiakini | ||
Tragedi Menara Umno, Laporan Mangsa di Percayai Tertimbus Selesai Posted: 19 Jun 2013 04:20 AM PDT Laporan siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini telah selesai, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng. Beliau berkata hasil penemuan siasatan itu akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pada hari ini bagi proses permohonan sijil kematian. "Polis bertindak berpandukan apa yang telah kita peroleh seperti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk melakukan kerja mengesan dan menyelamat dan kita percaya mayat mangsa berada di sekitar kawasan kejadian, tetapi tidak dapat dijumpai," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata pasukan Jabatan Kimia dan Forensik dari Hospital Pulau Pinang turut selesai melakukan ujian di sekitar kawasan kejadian semalam dan tidak menemui sebarang tisu badan dan kesan darah di tempat itu. Gan berkata kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan orang hilang dan sijil kematian dijangka dapat diserahkan kepada keluarga mangsa, Jumaat ini. Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa bahagian kereta Honda City berwarna gelap terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah. Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas. ~bernama | ||
Patutlah Proton SV Di Jual Murah.. Ini Sebabnya? Posted: 19 Jun 2013 01:21 AM PDT Sekarang berada di alam siber punca kereta Porton SV di jual murah. Dengar khabar, accessories kereta ni di kurangkan. Jikalau betul berita ni, satu alagi pembohongan Umno BN selepas pembohongan penurunan harga kereta baru-baru ini. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, sila beri pencerahan. | ||
Agenda Lawatan Azmin Ali Ke Indonesia Tersebar.. Posted: 18 Jun 2013 11:49 PM PDT KUALA LUMPUR 19 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali melakukan kunjungan hormat terhadap Ir H Joko Widodo, Gubernur DKI Jakarta di Pejabat Gubernur, Jalan Merdeka Selatan, Indonesia. Kunjungan hormat sempena lawatan Azmin ke negara republik itu semalam berlangsung kira–kira sejam. Azmin hadir bersama delegasi yang turut disertai Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Perbincangan dua hala antara Azmin dan Jokowi turut menyentuh soal pembangunan fizikal dan kemanusiaan kedua–dua negara. Jokowi menegaskan, pemerintah hari ini tidak lagi harus berfalsafah horizontal tetapi harus lebih ke bawah; vertikal. Menurutnya, kerajaan yang efektif hanya memerlukan masa kira-kira 4 hingga 5 jam sehari di pejabat dan selanjutnya kerja di lapangan. Selain itu, perbincangan turut berkisar soal cabaran memerangi gejala rasuah di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua tokoh ini yakin dan percaya bahawa sistem tatakelola yang baik serta kerajaan yang efektif akan memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan selain daripada iltizam politik yang jelas untuk perubahan. Azmin dan Jokowi juga sempat berkongsi pandangan tentang isu pengangkutan awam dan rumah mampu milik selain isu pilihan raya dan kebebasan media di Malaysia dan Indonesia. ~keadilandaily | ||
Punca Sebenar Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Terbongkar Posted: 18 Jun 2013 10:42 PM PDT Sedih aku dengan media dan perangai orang Malaysia ini, kalau berlainan pendapat dikira menentang dan di ban sesuka hati. Perangai ini dah jadi amalan dari pimpinan tertinggi sehinggalah JKKK kampung. Petang semalam heboh di Twitter mengatakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir telah digam sebuah syarikat stesen televisyen tempatan. Berita tergempar itu telah memeranjatkan banyak pihak terutamanya peminat dan penyokong setia Faizal Tahir. OHBULAN! tidak pasti apakah punca sebenar dan bagaimana ianya terjadi, namun, desas desus mengatakan hal itu berpunca apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendapat Faizal Tahir mengenai sesuatu isu. Menurut sumber, perkara ini dipercayai ada kaitannya dengan isu politik. Tapi OHBULAN! tak berani nak cakap lebih-lebih kerana belum ada kepastian dan penjelasan yang sahih dari mana-mana pihak. Lebih malang lagi, penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat itu juga dipercayai disingkirkan dari menyertai beberapa acara yang melibatkan dirinya. Meskipun diduga dengan cabaran yang tidak kurang besarnya ini, Faizal Tahir dilihat masih mampu bergurau melalui beberapa tweet berunsur sarkastik yang dikemaskini olehnya. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Faizal Tahir berdepan kontroversi seperti ini. Beberapa tahun yang lalu dia pernah digam dari televisyen swasta gara-gara membuka baju semasa membuat persembahan di hadapan penonton. Buat masa ini, kita tunggu sahaja kenyataan yang keluar dari Faizal Tahir dan pihak yang berkaitan supaya segalanya terjawab dan tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mahupun penggiat seni yang lain. ~oh! bulan | ||
Pengendali Laman Web Popular Akhirnya Di Cekup Posted: 18 Jun 2013 07:23 PM PDT PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan. Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas. "Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG. "Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Tan Ngiap Foo. Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis. Sementara itu, Ngiap Foo berkata, industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman web yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini. "Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman web JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik," katanya. Beliau juga berkata, RIM telah mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei. Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata, KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman web yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini. Beliau berkata, sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman web dikategori sebagai 'jerung siber' yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta. "Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka," katanya. Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses. "Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses," katanya. ~bernama | ||
Shahidan Kassim Boleh Jadi PM, Jika Tidak Rasis Posted: 18 Jun 2013 06:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 JUN: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina jika mereka bersedia melangkaui sempadan kaum, bercampur dengan pelbagai kaum di Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa dianggap permainan politik yang sangat licik dan nakal. Setiausaha Politik kepada Pengarah Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim berkata, kenyataan itu seolah cuba menggambarkan masyarakat Cina di Malaysia ini begitu bersifat perkauman sehingga sanggup menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai umpan untuk orang Cina jika mereka tidak rasis sebagaimana gambaran beliau itu. Katanya, Shahidan seolah-olah memberi motivasi kepada kaum Cina, kononnya sebagai balasan untuk tidak bersifat perkauman. "Ini bukan sahaja satu gambaran buruk dan salah, malah ia satu penghinaan terhadap masyarakat terbabit ini kerana bukan sahaja Cina, Melayu atau kaum lain, tidak semestinya mahukan jawatan Perdana Menteri itu diisi berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan merit yakni karisma, kebolehpercayaan dan sifat amanah. "Inilah kriteria untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri selain harus mendapat sokongan rakyat terbanyak, sebagaimana yang diperlihatkan dalam jumlah undi popular kepada Pakatan Rakyat sebanyak 51% pada PRU-13 lalu," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Mahathir, adalah salah jika hanya kaum Cina dianggap menolak BN pada PRU-13 lalu, kerana bukan satu bangsa yang menolak UMNO/BN, tetapi rakyat pelbagai kaum di Malaysia, begitu juga calon PAS dan PKR mendapat sokongan majoriti pelbagai bangsa. "Shahidan juga salah jika menganggap kaum Cina menolak BN kerana termakan hasutan DAP sedangkan semua rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India menolak UMNO/BN kerana politik kotor dan budaya rasuah dalam parti itu di samping yakin dengan PR yang menunjukkan prestasi kerajaan PR cemerlang di Selangor dan Pulau Pinang," katanya. Beliau berkata, rakyat Malaysia mahukan Perdana Menteri dan barisan menteri Kabinet yang amanah, bersih dan tidak perkauman dan percaya Shahidan juga boleh menjadi Perdana Menteri jika beliau tidak perkauman. ~roketkini | ||
Tanggal Tudung Jika Mahu Jadi Jururawat Posted: 18 Jun 2013 06:00 PM PDT
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini. "Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan. "Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas "surat pembaca" dalam sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu. ~bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan