Selasa, 18 Jun 2013

Addin

Addin


Punca Tragedi Menara Umno Tersebar

Posted: 18 Jun 2013 09:01 AM PDT


HQ Umno dibina sebelum pelan diterima, dakwa MP

Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.

"Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?" 

Ng melontarkan pertanyaan itu dalam sidang media di Jalan Macalister, di mana penebat kilat daripada bangunan itu jatuh, sekali gus menyebabkan dua terbunuh ketika ribut melanda Pulau Pinang pada Khamis.

Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan kebenaran memulakan kerja khas kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.

Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.


BERITA BERKAITAN :

KELEMAHAN PENGURUSAN MENARA UMNO PULAU PINANG PUNCA INSIDEN ?

Menara UMNO Pulau Pinang semasa awal pembinaannya pernah memperoleh RAIA Awards, latar belakang menara ini dipaparkan dalam majalah Architecture Australia , Nov 1998 , Vol 87 No.6 . Dari Majalah berkenaan, dipaparkan juga senarai kontraktor2 yang terlibat dalam pembinaannya .

"Architects and Interior Designers TR Hamzah & Yeang Sdn Bhd—project architect Ken Yeang. Developer South East Asia Development Corporation. Structural and Civil Engineers Tahir Wong. Electrical, Mechanical and Hydraulic Engineers Ranhill Bersekutu. Lighting Consultants NDY Lighting. Natural Ventilation Consultants Richard Aynsley, Phil Jones. Quantity Surveyor Juru Ukur Bahan Malaysia. Builder JDC Corporation." - sumber

Selain itu senarai konsultan dan kontraktor yang terlibat boleh juga dirujuk di laman web ini - sumber


Jika dilihat dalam senarai kontaktor , bukanlah calang-calang yang dipilih sehinggakan bangunan ini diiktiraf dalam majalah luar negara (Architecture Australia ). Malah rekabentuk Menara UMNO ini juga dibukukan oleh pengarang luar Leon Vain Schaik (The Umno Tower: Umno Tower, Penang (Architecture, Design & Technology)


Entah dimana silapnya samada keculasan pengurusan Menara UMNO yang tidak peka tentang soal keselamatan sesebuah bangunan sehingga menyebabkan menara penebat kilat runtuh semasa kejadian ribut baru-baru ini dan mengorbankan nyawa.

Laporan akhbar The Star menyebut bahawa pemilik Menara UMNO gagal mematuhi undang-undang apabila tidak menyerahkan audit laporan keselamatan yang berakhir pada 2011 dengan memetik kata-kata ADUN DAP Tanjung Ng Weik Aik . 

Insiden yang berlaku ini memberi bola tanggung kepada DAP untuk menyalahkan UMNO kerana gagal dalam soal penyelenggaraan bangunan . Pengurusan Menara UMNO Pulau Pinang berada di bawah tanggungjawab JKP Sdn Bhd. 

Dari laman web JKP Sdn Bhd , "JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). "

Oleh yang demikian, penulis berpendapat mereka yang memegang bertanggungjawab dalam soal pengurusan bangunan di dalam JKP Sdn Bhd perlu lebih peka . Memang kejadian berpunca dari bencana alam yang tak dapat di elakkan tetapi peranan yang diberikan untuk pengurusan sesebuah bangunan tak boleh dipandang enteng .

Bila kita diberikan tanggungjawab kita perlu ada plan menjalankan tanggunjawab berkenaan dan bukan hanya menerima buta-buta jawatan yang diberikan. Satu lagi , apa tindakan yang telah dibuat oleh pihak2 berkenaan untuk mengisi lot-lot kosong dalam Menara UMNO ? 

Jangalah hanya kerana tidak banyak unit di bangunan itu disewa aspek keselamatan di abaikan. Penulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak , tetapi apa yang pasti disebabkan kegagalan pihak yang menguruskan bangunan menyediakan laporan audit keselamatan , insiden ini dijadikan modal oleh pihak Pakatan untuk memalukan UMNO. 

Lepas ni elok lah orang-orang dalam UMNO ni tumpukan sepenuh perhatian pada tugasan yang di amanahkan bukannya sibuk nak fikir jatuhkan orang itu dan orang ini dalam pemilihan UMNO nanti. ~sumber



Iklan C (ii)
 
  

Mahathir Menyesal Tak Sekat Internet

Posted: 18 Jun 2013 07:16 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan.

Dr Mahathir berkata beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996.

"Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

"Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini.

Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.

"Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.

"Sekarang kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain," katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.

Najib menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Media sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 
  


Calon KEADILAN Terima Anugerah Antarabangsa

Posted: 18 Jun 2013 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Bekas calon KEADILAN parlimen Seri Aman, Sarawak, Nicholas Mujah menerima anugerah Pembela Hak Asasi Global (Global Human Rights Defenders Award) dari International Foundation for the Protection of Human Rights Defenders (FrontLine), Geneva, lapor Sarawak Report di laman facebook mereka hari ini.

Nicholas Mujah merupakan bekas calon KEADILAN bagi kawasan parlimen P202 Seri Aman dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Menurut Sarawak Report, Nicholas yang memenangi anugerah itu pada 2010, pernah dilarang keluar negara sehingga memenangi anugerah tersebut.

Nicholas yang berketurunan Iban telah memperjuangkan hak orang Asal di Sarawak berhubung tanah adat semenjak 1980.Pada Oktober 2010, beliau ditahan bersama enam penduduk kampung di Sebuyau, Sarawak kerana menghalang syarikat balak, Quality Concrete Holdings dengan mendirikan halangan.

Nicholas yang juga ketua rumah panjang di Sebuyau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan ahli Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Beliau masih meneruskan kerja bersama komuniti Iban yang juga kawasan kampungnya sendiri memperjuangkan hak tanah adat dari diambil syarikat balak, Quality Concrete Holdings. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 
  






Anwar Dedah Punca SBY Mahu Bertemu Di Bali

Posted: 18 Jun 2013 05:37 AM PDT

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.

"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam Ahad.

"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. 

Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. 

Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."UMNO mula "terkenal"Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.

Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.

Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada masyarakat Cina.

Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998 untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan. 

Insiden ini telah menyebabkan kelolosanmodal ke negara jiran Singapura.Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia dan justeru telah menjemput Anwar ke Indonesia untuk memberikannya gambaran yang lebih jelas.

"Presiden SBY ingin mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan telah menghantar jemputan kerana liputan media yang luas di Indonesia mengenai perkembangan PRU13 di Malaysia.

Sentimen disana memberi gambaran bahawa jikalau penyelewengan pilihanraya berlaku secara meluas di Indonesia seperti yang telah berlaku di Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia telah bangkit dan membantah secara keras, mungkin sehingga tahap revolusi!" jelaskan Anwar kepada hadirin himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ~malaysia chronicle




Iklan C (ii)
 
  






Berita Baik Buat PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Jun 2013 03:16 AM PDT

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PAS Negeri Sembilan meletakkan calonnya bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.

PAS juga bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Lui, Klawang, Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Labu, Paroi, Chembong, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh. Di kesemua kerusi ini, pengundi Melayu merupakan dua pertiga daripada jumlah pengundi.

Calon PAS bertanding satu lawan satu di kesemua kerusi ini. PAS Negeri Sembilan masuk bertanding dalam PRU-13 iaitu di 'medan perang Melayu' (Malay battlefield), iaitu 'medan perang' yang paling sukar ditembusi berbanding dengan lain-lain 'medan perang' di Negeri Sembilan.

Kejayaan PAS menawan ''medan perang Melayu' ini bermakna berakhirnya dominan Umno di Negeri Sembilan. Maka Umno mempertahankan 'medan perang Melayu' habis-habisan.

Kerusi-kerusi di mana PAS bertanding merupakan benteng tradisi Umno dan penentu hidup matinya Umno Negeri Sembilan.

Sebab itu Umno Negeri Sembilan mengambil sikap bahawa kubu tradisi Umno ini mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun (by hook and by crook).

Dalam PRU-12, PAS berjaya membuat tembusan dengan menawan DUN Paroi dengan majoriti yang selesa. Sejak dari itu, Umno Negeri Sembilan tidak pernah membuang masa dan tenaga untuk menawan semula DUN Paroi.

Asakan balas Umno membawa padah kepada PAS Negeri Sembilan apabila kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenanginya dalam PRU-12 yang lalu.

Walaupun PAS kalah dalam PRU-13 ini, namun secara keseluruhannya, prestasi PAS terus meningkat berbanding dengan PRU yang pernah ditempohi PAS selama ini.

Pertama, undi popular yang diraih PAS di ketiga-tiga kerusi parlimen yang ditandingi calon PAS telah meningkat dengan ketara dari 31 peratus dalam PRU-12 kepada 39 peratus dalam PRU-13 iaitu kenaikan lapan peratus.

Parlimen Jelebu

Di kesemua kerusi parlimen ini undi popular PAS meningkat dengan parlimen Jelebu merakamkan peningkatan tertinggi dari 28 peratus kepada 39 peratus (kenaikan 11 peratus).

Undi popular di Jempol pula naik dari 33 peratus (PRU-12) kepada 41 peratus (kenaikan lapan peratus). Sementara di Tampin dari 30 peratus kepada 37 peratus (kenaikan tujuh peratus).

Kenaikan undi popular PAS di parlimen Jelebu adalah yang kelima tertinggi di dalam senarai kerusi parlimen yang ditandingi PAS di seluruh Malaysia.

Kedua, pada keseluruhannya, undi popular yang diraih PAS di ke semua kerusi DUN yang ditandingi merosot hanya satu peratus daripada 37 peratus dalam PRU-12 kepada 36 peratus dalam PRU-13.

Ini berlaku dalam suasana di mana kadar keluar mengundi meningkat secara mendadak dari sekitar 72-78 peratus dalam PRU-12 kepada 84-88 peratus dalam PRU-13, iaitu kenaikan sebanyak antara 10-12 peratus. Inilah kadar keluar mengundi yang paling tinggi pernah dirakam di dalam sejarah pilihanraya di Negeri Sembilan.

PAS berjaya meraih undi popular melebihi 40 peratus di empat kerusi DUN iaitu DUN Klawang (47%), DUN Paroi (45%), DUN Labu (43%) dan DUN Johol (41%). Ia juga berlaku dalam suasana di mana jumlah pengundi di 12 DUN ini telah meningkat dengan ketara sebanyak 22 peratus dalam PRU-13 berbanding PRU-12.

Ketiga, calon PAS yang bertanding di kerusi DUN Klawang kalah tipis kepada calon Umno sebanyak 282 undi dalam PRU-13. Ini bermakna majoriti kemenangan calon Umno telah berkurangan dengan ketara daripada 841 undi dalam PRU-12 (2008), iaitu pengurangan sebanyak 559 undi atau 66 peratus.

DUN Klawang juga mencatatkan penambahan undi yang diperolehi calon PAS melebihi penambahan jumlah pemilih pada PRU-13 berbanding PRU-12. ~free malaysia today





Iklan C (ii)
 
  



Jawatan Khairy Jamaluddin Bakal di Cabar

Posted: 18 Jun 2013 01:33 AM PDT


PETALING JAYA: Kedudukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia boleh dicabar pada pemilihan parti tahun ini.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, sayap parti itu terbuka jika ada mana-mana pihak yang ingin menawarkan diri bertanding merebut jawatan berkenaan.

Menurut Megat Firdouz, usul agar jawatan ketua tidak dicabar hanyalah keputusan barisan exco Pemuda Umno Malaysia.

"Dalam mesyuarat exco Pemuda yang lepas, kami barisan exco sebulat suara mencadangkan dan menasihatkan kepada semua kepimpinan agar jawatan ketua pemuda Umno Malaysia tidak dicabar.

"Cadangan ini bagi membolehkan Khairy kekal sebagai ketua Pemuda dan meneruskan usaha memantapkan sokongan golongan muda kepada BN (Barisan Nasional) dan Umno," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan pendirian sebenar exco Pemuda Umno mengenai kedudukan jawatan ketuanya pada pemilihan parti itu nanti.

Penjelasan itu dibuat berikutan kenyataan berbeza Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan seperti yang dilaporkan media hari ini bahawa exco Pemuda Umno membuat ketetapan supaya kedudukan Khairy tidak boleh dicabar.

Sohaimi dilaporkan berkata bahawa ketetapan itu diputuskan baru-baru ini dalam mesyuarat exco Pemuda yang bertujuan untuk memperkasakan pergerakan itu.

"Datuk Sohaimi tidak hadir mesyuarat yang lepas, jadi beliau tidak tahu apa yang sebenarnya kami putuskan," kata Megat Firdouz. ~mStar





Iklan C (ii)
 
  



BN Bakal Lingkupkan Proton?

Posted: 18 Jun 2013 12:44 AM PDT

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

"Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.

Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.

Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.

Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.

Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 
  

Ini Penjelasan Erra Fazira Berkenaan Isu Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Jun 2013 10:14 PM PDT

Dalam rancangan Primadona di Astro baru-baru ini Erra Fazira telah mengumumkan satu iklan mencari bakat baru penceramah "Pencetus Ummah" tetapi beliau hanya menyebut nama Ustaz Kazim tetapi tidak menyebut nama Ustaz Azhar Idrus.

Sedangkan dalam iklannya jelas terpampang nama Ustaz Azhar Idrus.. "INGIN MENJADI PENCERAMAH YANG HEBAT SEPERTI USTAZ AZHAR IDRUS ATAU KAZIM ELIAS?"

Oleh itu tindakan Erra itu dipertikaikan oleh ramai peminat Ustaz Azhar Idrus malah ada yang mendakwa tindakan Erra ini menunjukkan bagaimana ta'asud seseorang sehingga menjadi tergaman untuk menyebut nama atas dasar persepsi yang ada dalam mindanya.

Dan ada yang mengatakan Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda..

Bagi menenangkan keadaan,Erra tampil memberikan penjelasan melalui akaun twitter beliau...


Dia kata bukan salah dia.. tapi tanyalah kepada penulis skrip sebab dia baca saja...





Iklan C (ii)
 
  

Rupanya Kerajaan BN Sorok Rahsia Besar Dengan Rakyat

Posted: 17 Jun 2013 07:40 PM PDT

Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 
  

TV3 Kantoi Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 17 Jun 2013 06:02 PM PDT


Saluran televisyen swasta Malaysia, TV3 telah mengeluarkan satu terjemahan salah dan palsu oleh pemberita mereka mengenai ucapan Presiden Mesir, Mohamad Morsi yang memutuskan perhubungan diplomatik dengan Syria. Jom kita baca luahan Irfan B. Masiri di FB beliau.

Mereka betul kan sedikit, nampak menyokong, tapi terjemahan yang salah.

HIMPUNAN RIBUAN RAKYAT MESIR BERSAMA RAKYAT SYRIA DI KAHERAH, MESIR (GAMBAR) | KEDUTAAN SYRIA DI MESIR DITUTUP DAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN REJIM BASYAR


Mungkin ada sesetengah orang tak kisah kalau terjemahan tak sama asalkan maksudnya sampai, tapi bagi saya memang tak boleh.

Maaf tak dapat rakam yg keluar di tv, ni saya rakam di tonton.com. Ingat, pastikan tengok terjemahan ketika Dr. Morsi berucap.

Ini terjemahan tv3.
"Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali berkuasa, dan tidak menolak untuk menguatkuasakan zon larangan udara di Syria menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria menjadi pelarian luar jangkaan."
Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri.
"Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria. Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di Damsyik."

Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, tv3 sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, tv3 tak sebut.


Lihat video di SINI.


~azizul hakim



Iklan C (ii)
 
  

Tiada ulasan: