Sabtu, 15 Jun 2013

Addin

Addin


Gambar Poster Rasmi Anwar Sempena Lawatan Ke Indonesia

Posted: 15 Jun 2013 09:50 AM PDT



Poster rasmi sempena lawatan rasmi Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Dr. Wan Azizah ke Indonesia.



Iklan C (ii)
  


Dalam Diam, Pengerusi Ulama Asia Tegur Ketua Dewan Ulama PAS

Posted: 15 Jun 2013 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan."Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya," katanya kepada Keadilandaily.

Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.

Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.

"Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah," kata Aziz.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat."Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan," tegasnya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  


15 Peserta Flash Mob Depan SOGO Di Tahan Polis

Posted: 15 Jun 2013 04:58 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

"Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.


Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman."Ada yang berucap secara ringkas.

Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pamnadu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon."Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap.

Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis," katanya.Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun). ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  


Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pertemuan Dengan Najib Di Jakarta

Posted: 15 Jun 2013 01:07 AM PDT


SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Tidak benar!," demikian jawab Anwar yang dipetik melalui media sosial Twitternya, sebentar tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Najib dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Sementara itu, pagi tadi Anwar yang kini berada di Bali mengakui bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini."Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas.

Anwar yang dipetik di Twitternya berkata, "pertemuan dengan Presiden Indonesia, termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia." ~sinar harian




Iklan C (ii)
  


Pesuruhjaya PAS Selangor Sanggah Dakwaan A. Kadir Jasin

Posted: 14 Jun 2013 10:46 PM PDT

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS Selangor mendakwa tidak mendapat maklumat mengenai usaha membentuk kerajaan kerjasama atau perpaduan dengan Umno di negeri itu, kata Dr Rani Osman.

"Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu…setakat yang saya tahu tidak ada. Saya tidak tahu kalau rundingan dibuat dengan timbalan-timbalan saya," katanya ketika dihubungi hari ini. Adun Meru menegaskan jika ada cadangan kerajasama, pihaknya akan merujuk kepada PAS Pusat untuk mendapat restu.  

Beliau menambah, jika PAS membenarkan, rundingan atau kerajasama akan dilakukan. Dr Rani berkata demikian ketika mengulas tuIisan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya terdapat rundingan perpaduan Melayu d iantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno di Terengganu, kata Kadir dalam blognya.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS Terengganu tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. ~free malaysia today




Iklan C (ii)
  


Pengakuan SPRM Membongkarkan Sandiwara Najib Dan Paul Low

Posted: 14 Jun 2013 08:51 PM PDT

Sudah 48 jam tetapi Perdana Menteri mahupun Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) masih lagi gagal untuk memberikan penjelasan yang memuaskan tentang identiti pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim, sama ada beliau merupakan pegawai SPRM sama yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock.

Jika EAIC tidak mampu mengesahkan identiti pegawai penyiasat kanannya, maka kemampuan EAIC amat diragui. Ini ditambah pula dengan kritikan mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid bahawa setelah menelan belanja RM14 juta selama dua tahun sejak 2009, EAIC hanya berjaya mengeluarkan dua amaran dan satu tindakan disiplin dalam tempoh masa tersebut.

Pengakuan SPRM membongkarkan sandiwara Najib dan Paul Low

Dalam perkembangan terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah tampil mengesahkan bahawa Mohd Nadzir Ibrahim merupakan pegawai SPRM yang telah merakam keterangan Teoh Beng Hock dan kini "dipinjam" kepada EAIC.

Mengikut laporan-laporan berita, pegawai ini juga telah dikenal pasti oleh Majlis Peguam sebagai salah seorang pegawai SPRM yang patut disiasat lanjut atas beberapa tuduhan termasuk mengusik bahan bukti.

Pengakuan daripada SPRM ini adalah dialu-alukan dan jelas membuktikan bahawa janji-janji transformasi dan integriti hanyalah sandiwara oleh Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional. Ini kerana seorang pegawai yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan yang masih tiada hujung pangkal kini dilantik sebagai pegawai penyiasat kanan dalam kes kematian dalam tahanan yang lain.

Demi melanjutkan hayat pentadibran Barisan Nasional, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan sebaliknya telah menubuhkan EAIC yang bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah malah langsung tidak mendapat keyakinan rakyat. Dengan melengahkan penubuhan IPCMC, masalah kematian dalam tahanan semakin berleluasa sehingga mencatat sembilan kes dalam enam bulan pertama tahun ini dan empat kes dalam masa dua minggu yang lepas.

Datuk Paul Low selaku "Menteri Integriti" pula telah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau dan terbukti tidak berpegang kepada prinsip Transparency International yang telah diterajui beliau sebelum diangkat menjadi menteri. Beliau juga telah gagal bukan sahaja dalam membawa pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan, malah Paul Low telah bersekongkol mempertahankan EAIC, lantas menjadi salah seorang watak dalam sandiwara Barisan Nasional ini.

Najib tidak patut berlengah lagi

Justeru, kami menggesa Dato' Sri Najib yang masih lagi diam membisu tentang hal ini supaya mengambil tindakan serta merta untuk menggugurkan pegawai tersebut daripada EAIC, sepertimana yang telah disyorkan oleh SPRM sendiri. Beliau juga harus memansuhkan harimau tidak bertaring EAIC dan menubuhkan IPCMC dengan kadar segera.


Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera




Iklan C (ii)
  

Apa?? Najib Dan Anwar Bertemu Di Jakarta..

Posted: 14 Jun 2013 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.


"Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

"Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu," kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.

Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.

Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.

Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.

Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998. 

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: