Rabu, 12 Jun 2013

Addin

Addin

Addin


2 Kerusi BN Johor Kini Goyah

Posted: 12 Jun 2013 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 JUN: Dua calon KEADILAN hari ini memfailkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kedua-dua kerusi itu sebagai tidak sah.

Ahmad FaidhiDr Ahmad Faidhi Saidi dan Choong Shiau Yoon dilapor memfailkan petisyen mereka melalui peguam Tan Poh Lai dan diserahkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pada PRU berkenaan, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad mengalahkan Ahmad Faidhi dengan majoriti 935 undi manakala calon BN Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang menewaskan Choong dengan majoriti 1,767 undi.

Dilaporkan, Ahmad Faidhi dan Shiau Yoon menamakan Normala dan Khoo, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  

Panas!! Pegawai Penyiasat Kes Teoh Beng Hock Di Naikkan Pangkat?

Posted: 12 Jun 2013 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 JUN: Apakah benar satu-satunya pegawai penyiasat di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menemubual Teoh Beng Hock sebelum kematiannya?

Inilah isu yang sangat panas sekarang kerana perhatian ditumpukan kepada EAIC yang telah menubuhkan pasukan petugas (task force) untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan yang mengakibatkan kadar kematian dalam tahanan semakin meningkat.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan bahawa EAIC akan membuka siasatan ke atas kes N Dharmendran yang, mengikut laporan bedah siasat, telah dipukul sehingga mati semasa dalam tahanan polis.

Sehingga kini, sudah berlaku sembilan kes kematian dalam tahanan pada tahun ini, dengan empat kes dalam tempoh dua minggu yang lepas termasuk kematian N Dharmendran.

Pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian-kematian dalam tahanan, merangkumi enam orang pegawai EAIC, iaitu Pengerusi Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.

Kematian Beng Hock

"Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pegawai penyiasat tersebut, Mohd Nadzri Ibrahim, merupakan bekas pegawai SPRM Selangor yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock," kata Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataan.

Mengikut laporan-laporan berita, Mohd Nadzri adalah pegawai yang telah merakamkan keterangan Beng Hock pada malam kematiannya. Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjutan diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat, termasuk Mohd Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, persubahatan serta mengusik bukti (tampering with evidence) dalam kes tersebut.

Mengikut laman web EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim tersenarai sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC http://www.eaic.gov.my/index.php/tutorials-mainmenu-48/bs).

Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC telah diwarisi daripada SPRM.

Pada masa yang sama, pencarian dalam direktori SPRM menunjukkan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim sudah tidak lagi tersenarai, kata kenyataan mereka berdua.

Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim merupakan pegawai SPRM sama yang telah menyoal siasat Beng Hock sebelum kematiannya.

"Jika ini adalah benar, ini bermaksud bahawa seorang pegawai yang pernah terlibat dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain. Oleh itu, integriti EAIC sekali lagi menjadi persoalan besar.

"Memandangkan EAIC berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri, kami menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengesahkan dan menjelaskan sama ada Mohd Nadzri Ibrahim daripada EAIC ini merupakan pegawai sama yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan Beng Hock dahulu.

"Dan jika ya, Mohd Nadzri Ibrahim harus dilucutkan serta merta daripada pasukan petugas EAIC serta daripada semua siasatan kes-kes kematian dalam tahanan," kata mereka, lapor Harakah Daily. 



Iklan C (ii)
  

Ini Calon Berkaliber Speaker Dewan Rakyat Pakatan Rakyat

Posted: 12 Jun 2013 05:09 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas.

Penamaan Datuk Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013.

Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.

Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yang selayaknya sebagai Yang di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

Beliau bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006. Kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kematian Teoh Beng Hock, anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  


(Video) Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan

Posted: 12 Jun 2013 03:46 AM PDT


Semalam berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi. Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.

Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan Imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.

Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam. ~mynewshub

Lihat video di SINI.



Iklan C (ii)
  

Najib Mahu Singkir '5 Jahanam' Untuk Survivol Politiknya

Posted: 12 Jun 2013 02:11 AM PDT



Atas dari kiri: Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah.
Bawah dari kiri: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang
Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.

Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi "bilik perang" Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.

Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi "bilik perang" Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.

Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
 masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.

Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.

Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
  

Punca BN Menang Besar Di PRU14 Tanpa Majoriti Dua Pertiga Sudah Tersebar..

Posted: 12 Jun 2013 12:55 AM PDT

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14

Masih teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya

Saya bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah!

Memang seram bila memikirkan perihal yang disebut oleh Abg Mat, tetapi lebih seram bila ada pihak yang minta supaya rakyat jangan gopoh dan terus bersabar. Mujurlah pihak yang redho menerima kekalahan PRU-13 seadanya sangat minima. Selebihnya majoriti besar rakyat mahukan sesuatu dilakukan dengan berani. Rakyat berani turun jalanraya pada 22 Jun nanti manakala Ahli Parlimen yang berani pula bersatu memulaukan majlis angkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan bersama dengan rakyat di luar pintu parlimen pada hari tersebut.

Keberanian dari pihak rakyat dan pihak pemimpin khususnya ahli parlimen harus ditonjolkan secara maksima. Semua pihak wajib bangkit dan lawan penipuan yang sudah berlaku pada PRU-13 dan terus berlaku bagi mengekalkan kerajaan legasi penjajah. SPR harus segera letak jawatan dan jangan sesekali mimpikan aksi persempadanan semula.

Hari ini terbaca dari dinding muka buku seorang sahabat yang melahirkan kekhuatiran akan berlaku satu gabungan baru kerajaan perpaduang di antara Umno dan PAS, dengan helah supaya BN mempunyai majoriti dua per tiga. Namun saya menyanggah dengan beberapa fakta di atas pengetahuan serba sedikit yang diiktiraf di meja kafe strawberry. Saya bukan menyanggah hasrat PAS yang nak bergabung dengan Umno kerana bagi saya ia tidak logik selagi TG Nik Aziz hidup, tetapi saya menyanggah perkara lain.

Persempadanan semula boleh berlaku walaupun tanpa majoriti dua per tiga parlimen, yang juga bermakna ia boleh berlaku tanpa gabungan Umno dan PAS. Hanya persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi parlimen sahaja yang memerlukan persetujuan 148 ahli parlimen yang mana BN hanya ada 133 sahaja, tidak cukup. Tetapi untuk Barisan Nasional menang bergaya pada PRU-14 dengan memperolehi semula majoriti dua per tiga tidak memerlukan sokongan dua per tiga parlimen hari ini. 

Persempadanan semula tanpa pertambahan kerusi parlimen yang mana diperuntukkan boleh berlaku selepas cukup 11 tahun dari persempadanan semula yang lalu, iaitu tahun 2003. Ini bermakna persempadanan semula yang seterusnya ialah pada tahun 2014. Sekarang bab paling penting - Bagaimana Barisan Nasional menang PRU-14 dengan persempadanan semua yang dibenarkan ini?

Mudah! Hanya gunakan SPR. Sempadan boleh dialihkan mengikut telunjuk bagi memastikan BN menang. Contohnya di Shah Alam, Khalid Samad menang besar di kawasan sempadan Klang maka dialihkan sempadan supaya majoriti Charles Santiago menjadi 35 ribu pada PRU14 berbanding 24 ribu pada PRU13. Kesannya, Khalid Samad akan tumbang pada PRU-14 dengan 5 ribu undi majoriti. Ini natijah persempadanan semula.

Contoh kedua ialah Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah punyai majoriti hampir 2 ribu, menang banyak di kawasan Sentosa dan Brickfield. Persempadanan semula tahun 2014 menyaksikan Sentosa dan Brickfield masuk ke Parlimen Seputeh. Maka akhirnya kita ucap tahniah kepada Teresa Kok kerana mempunyai majoriti terbesar iaitu 65 ribu majoriti manakala Nurul Izzah di Lembah Pantai akan tewas dengan majoriti hampir 10 ribu.

Situasi seperti ini boleh berlaku di lebih 30 kerusi Parlimen. Akhirnya Barisan Nasional akan perolehi semula majoriti dua pertiga di atas usaha keras transformer si Najib Razak, iaitu SPR. Persempadanan semula ini juga bakal menyaksikan BN hanya perlu 30% undi popular untuk terus memerintah negara ini.

Maka selamat tinggal Reformasi 1999 dan selamat tinggal juga Tsunami 2008 sekiranya kita hari ini di tahun 2013 yang mengalami #Black505 tidak bangkit memastikan SPR dihumban dan demokrasi kembali ditegakkan. Kalau terus sabar ketika ibu pertiwi dirogol, maka teruslah menjadi bangsa yang dayus.

Akhir sekali saya simpulkan, inilah antara faktor mengapa SAMM dan penggerak massa yang lain bertekad untuk lawan penipuan PRU13 habis-habisan, bukan soal PRU14 tetapi PRU13. Kami juga menuntut Ahli Parlimen yang dipilih oleh 51% rakyat supaya menjalankan peranan pelindung rakyat dengan berani dengan tidak mengangkat sumpah pada tarikh 24 Jun 2013, hari lain angkatlah.

Ohh lupa nak maklumkan pasal minuman B10 tadi, ia satu minuman yang cukup eksotik - Minuman shake buah markisa. Boleh pesan di kafe strawberry dengan menulis nombor B10 di ruangan minuman. Terima kasih kepada Abang Mat kerana belanja kami minum dan makan satay, terima kasih juga di atas ilham yang dikongsi.

Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.


EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Iklan C (ii)
  

Ali Rustam Ada Bukti Bergambar..

Posted: 11 Jun 2013 10:14 PM PDT

AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

"Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya," katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.

Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. ~sinar harian

Addin :

Ezam ada kotak, kini Ali ada gambar pulak..





Iklan C (ii)
  

Hanya Kerana Poster Ini, BN Failkan Pestisyen

Posted: 11 Jun 2013 08:00 PM PDT

KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai. Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.


"Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.

Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.

Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.

Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya'kub. ~sinar harian





Iklan C (ii)
  

Kantoi!! Sebenarnya Harga Kereta Tak Turun.. Ini Buktinya

Posted: 11 Jun 2013 06:21 PM PDT



Kantoi lagi !!! adeiii asyik kene tipu je. mana boleh jadi ni. ingat kami rakyat ni senang2 jer diperbodohkannya. sebab tu lah kerajaan BN takut sgt dgn informasi dari internet & IT. kat mediamassa mana ada semua ni. semua maklumat boleh kita selongkar..




Untuk model Honda pula, apa kata Macai..? Harga RM89,900 telah ditawarkan pada DISEMBER 2012 lagi...

Share gambar ni. Jangan TAK SHARE! Kantoikan mereka!!!!...

- Arabic -


http://www.honda.com.my/model/overview/jazz_hybrid/


Kerajaan dah turunkan rege Perodua Bibaaaaaaa wooiiiii....Bukti Janji Ditetapi Barisan Nesyenel.......-Jahar

"Manifesto AkuJanji BN, Sebuah Janji Dicapati"


PEUGEOT 308


Pembohongan Manifesto BN : Dasar Automotif Nasional

Sebelum Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasional menawarkan penurunan harga kereta selepas secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus.Perdana Menteri 46%,Najib Tun Razak telah berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Namun,Selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum dengan 'keajaiban', Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penurunan itu berikutan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi liberalisasi industri automotif yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya tiga tahun lagi.

Katanya, kerajaan telah menyediakan pelan penurunan harga kereta dalam negara secara berperingkat sejak suku keempat tahun lalu sehingga 2016.

Akhirnya,kerajaan terpaksa mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13.

Menerusi laporan berita, 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan harga di pasaran.

Perkara ini berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi "aku janji" dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Namun, penurunan ini telah menjadi bahan jenaka apabila Kerajaan dengan megah berkata Langkah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Hakikatnya rakyat hidup-hidup DITIPU oleh kerajaan.

Mari kita lihat kenapa kita perlu ketawakan mereka.




Penjelasan pihak Volkswagen Malaysia yang jelas menunjukkan PEMBOHONGAN Kerajaan

 

Harga Honda Jazz Hybrid yang memang ditawarkan RM89,900 dari mula memasuki pasaran

Adakah ini kononnya hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong?

Jika kerajaan masih mempertahankan dan mengakui ini memang hasil pelaksanaan pelan penurunan harga kereta berdasarkan AkuJanji Manifesto, tiada apa yang perlu dikata lagi....Redha dan Bersyukurlah....






Iklan C (ii)
  

Kenali 10 Sahabat Iblis

Posted: 11 Jun 2013 05:52 PM PDT

Riwayat Imam Bukhari pernah menceritakan, ketika Rasullullah sedang duduk, baginda didatangi seseorang. Rasullullah bertanya kepadanya: "Siapa anda?" Lalu dia pun menjawab: "Saya iblis." Rasullullah bertanya lagi, apa maksud kedatangannya.

Iblis menceritakan kedatangannya kerana izin Allah untuk menjawab semua pertanyaan dari Rasulullah SAW.

Lalu Rasullullah menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa perkara. Salah satunya adalah mengenai teman-teman iblis dari umat Muhammad SAW yang akan menjadi peneman iblis di neraka. Iblis menjawab, temannya di neraka terdapat 10 golongan.

Yang pertama, kata iblis, haakimun zaa`ir – hakim yang curang. Seseeorang hakim yang berlaku tidak adil dalam menetapkan hukum. Bukan hanya hakim mahkamah tetapi hakim-hakim umum seperti ketua kampung, ketua keluarga dalam menghakimi sesuatu.

Kedua, ghaniyyun mutakabbir – orang kaya yang sombong. Mereka begitu bangga dengan kekayaan dan enggan menafkahkan ke jalan Allah dan menganggap semua yang diperolehnya merupakan usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Ketiga, taajirun kha'in – peniaga yang khianat. Mereka melakukan penipuan sama ada tentang kualiti barang atau mengurangkan timbangan. Juga berkaitan segala penipuan dalam urusan perniagaan.

Keempat, syaaribu al-khamr – orang yang meminum arak. Minuman apa-apa sahaja minuman yang memabukkan. Riwayat lain ada menyebutkan peminum khamar dikatakan tidak beriman, jika semasa dia mati masih terdapat arak dalam tubuhnya.

Kelima, al-fattaan – tukang fitnah. Ini kerana fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan. Ini termasuklah mengungkap aib seseorang yang kebenarannya tidak boleh dipertanggungjawabkan, gosip, ghibah dan lainnya.

Keenam, shaahibu ar-riya` – orang yang suka menunjuk. Mereka selalu ingin menunjukkan kehebatan dirinya, menunjukkan amalnya, kekayaannya dan lainnya kerana ingin mendapatkan pujian.

Ketujuh, aakilu maal al-yatiim – orang yang memakan harta anak yatim. Mereka memanfaatkan harta anak yatim atau sumbangan untuk anak yatim demi kepentingan peribadi atau kelompoknya sendiri.

Kelapan, al-mutahaawinu bi al-shalah – orang yang meringankan solat. Mereka memahami tentang kewajipan solat, namun dengan berbagai alasan mereka melalaikan dan meninggalkan solat.

Kesembilan, maani'u az-zakaah – orang yang enggan membayar zakat. Mereka merasa berat untuk mengeluarkan zakat walaupun tujuan zakat untuk membersihkan diri dan hartanya.

Kesepuluh, man yuthiilu al-amal – banyak angan-angan. Mereka enggan berusaha namun selalu menginginkan sesuatu.

Wallahu a'lam.

~republika.co.id



Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: