Sabtu, 1 Jun 2013

Addin

Addin


Punca Azmin Ali, Dr.Rani Tak Di Lantik Exco Terjawab

Posted: 01 Jun 2013 09:01 AM PDT

Faktor masa dan tumpuan yang perlu diberikan kepada parti menjadi sebab dua pemimpin utama PAS dan PKR Selangor tidak dilantik menjadi exco negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pemilihan (exco) adalah berdasarkan kapasiti dan masa."Seorang exco akan menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan program negeri," kata Khalid petang tadi.

Beliau menjawab soalan mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tidak dilantik menjadi exco kerajaan negeri.Jelasnya lagi, nama mereka dicalonkan parti masing-masing, namun tidak meletakkan nama mereka sebagai calon-calon utama untuk dipertimbangkan.

"Mereka dicalonkan tetapi diletakkan pada keutamaan yang rendah dari segi kesediaan untuk menghabiskan masa yang banyak sebagai exco."Kebanyakan masa mereka mungkin akan ditumpukan kepada aktiviti politik untuk mempromosikan parti berbanding menghabiskan masa untuk program berkaitan exco untuk negeri," katanya sambil menambah keputusan itu tiada kaitan dengan faktor kebolehan Azmin dan Rani.

Exco Selangor yang mengangkat sumpah Khamis lalu diwakili empat orang daripada PKR, dan tiga orang masing-masing daripada PAS dan DAP.Menurut Khalid, isu DAP perlu diberikan pengiktirafan dalam bentuk lain kerana menyumbangkan 15 kerusi dalam pilihan raya lalu tetapi diberikan hanya tiga kerusi exco, tidak timbul sama sekali.

"Dilantik menjadi exco adalah satu bentuk pengiktirafan (kerana) kita semua bekerja sebagai satu pasukan."Itu yang kita amalkan pada penggal lalu dan semua berpeluang untuk memberikan sumbangan sebagai satu pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid menjelaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai perantara politik Selangor kerana beliau mempunyai masa dan keupayaan bagi melaksanakan tugas itu.

Tambahnya, beliau bersedia mempertimbang cadangan Dr Rani sebelum ini yang mahukan seorang wakil dari PAS dan DAP dilantik ke jawatan yang sama."Kalau ada mereka dari DAP atau PAS yang mempunyai keupayaan seperti beliau, itu juga kita akan ambil timbangkan," katanya.




Iklan C (ii)
  


Lim Guan Eng Menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad?

Posted: 01 Jun 2013 06:45 AM PDT


Father Joseph Lim Guan Eng itulah gelaran yang diberi oleh pencacai terhadap Lim Guan Eng ketika menuduhnya menjadi dalang dalam agenda memurtadkan orang-orang melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum di Pulau Pinang hari ini telah melakukan perkara besar yang membelakangkan perlembagaan negara.

Lim Guan Eng telah menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad bagi membendung aktiviti keluar Islam sesuka hati walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas berhak memilih dan menentukan agama masing-masing.





Iklan C (ii)
  


Zahid Hamidi Jilat Ludah Sendiri

Posted: 01 Jun 2013 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti. "Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

"Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar "duduk di dalam hutan".

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

"Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

"Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu," ujarnya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  


BN Pun Tuduh SPR Penipu.. Ini Buktinya?

Posted: 01 Jun 2013 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat 'meludah ke langit' kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

"Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya," ujar Saifuddin.

Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR.

"Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,".

"Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan," katanya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  


Ustaz Azizan Terima Gelaran Tan Sri Dari Agong

Posted: 01 Jun 2013 03:14 AM PDT


Istana Negara hari ini menyaksikan berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.

Majlis dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Sebanyak 21 das tembakan meriam kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah kuning itu.

Perkarangan Istana Negara mula dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.

Balairong Seri Istana Negara yang terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum masing-masing, mencerminkan semangat muhibah.

Antara tetamu yang menarik perhatian selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Bernama juga melaporkan.. Istiadat pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ''Tan Sri''.

Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)yang turut membawa gelaran ''Tan Sri'' hari ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.

Langsung tak disebutnya nama YB Dato' Seri DiRaja Azizan bin Abdul Razak, Bekas Menteri Besar Kedah yang turut tersenarai dalam 45 individu yang menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota itu..

Semakan dilaman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa menunjukkan nama Ustaz Azizan turut tersenarai sebagai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang menjadikannya kini bergelar Tan Sri Azizan bin Abdul Razak...


TAHNIAH Ustaz!!!!


~anak sungai derhaka


Iklan C (ii)
  


Najib!! Hang Tengok Ni Dan Jawab..

Posted: 01 Jun 2013 01:29 AM PDT


PETALING JAYA - PKR mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan berhubung kematian Dhamendran yang dipercayai mati dibunuh akibat dipukul ketika dalam tahanan polis.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mendakwa laporan bedah siasat dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendedahkan tubuh mangsa mempunyai banyak kesan lebam di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Kami mahu Perdana Menteri menjelaskan bagaimana Dhamedran boleh mati dalam tahanan polis walhal mangsa hanyalah suspek.

"Laporan bedah siasat dari hospital kerajaan adalah bukti kukuh dan jangan kata mangsa mati disebabkan masalah kesihatan kerana perkara itu disahkan doktor patologi yang membuat bedah siasat itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. ~sinar harian



Iklan C (ii)
  


KJ Bidas Sultan Pahang?

Posted: 01 Jun 2013 12:19 AM PDT

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. ~bernama



Iklan C (ii)
  


Najib Di Tipu Penasihatnya?

Posted: 31 May 2013 09:26 PM PDT

Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

"Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah. 

"Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya. 

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

"Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pewujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya. ~bernama

Addin :

Terkuat di kawasan kampung,luar bandar, felda, kawasan org asli, pendalaman yg juga kawasan org tak berpelajaran dan miskin, bagi cerdik pandai dan penduduk bandar menyokong PR! Dima UMNO kuat disitu Melayu merempat..




Iklan C (ii)
  

Najib Di Singkirkan Pada Pemilihan Umno Kali Ini?

Posted: 31 May 2013 07:57 PM PDT

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak - ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: "Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerusi Parlimen yang diperolehi BN merosot kepada 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi (140) daripada pilihan raya umum tahun 2008.

Manakala Pakatan Rakyat memperolehi 89 kerusi Parlimen berbanding dengan 82 pada 2008.

Berikutan itu, sepertimana 2008, BN juga gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini telah meminda perlembagaan itu dengan menghapuskan sistem kuota untuk sebarang jawatan parti itu termasuk jawatan presiden, mulai pemilihan parti itu yang dijangka hujung tahun ini.

Sebelum itu, jumlah kuota pencalonan diperlukan untuk layak bertanding bagi jawatan tinggi parti, iaitu:

1. Jawatan presiden: 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian);

2.Timbalan presiden (20 peratus/38 bahagian);

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian);

4. Ahli Majlis Tertinggi (5 peratus/10 bahagian);

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian); dan

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).

Cabaran bagi jawatan tertinggi parti itu bukanlah perkara baru dalam Umno. Sejarah parti telah menyaksikan dua kali presiden parti dicabar pada tahun 1978 dan 1987.

Pada 1978, Tun Hussein Onn telah dicabar oleh Datuk Sulaiman Palestin yang merupakan seorang tokoh Umno yang lantang dan pernah memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dan ketua Penerangan Umno.

Hussein mengekalkan jawatan dengan memperolehi 898 undi manakala Sulaiman mendapat 250 undi.

Manakala tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

Mahathir berjaya menewaskan Tengku Razaleigh dengan 40 undi, tetapi pertandingan itu telah memecahkan Umno dan parti itu diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 April, 1987.

Sementara itu, bercakap lanjut, Najib mengumumkan sekretariat lembaga disiplin Umno menerima 99 aduan sabotaj pada PRU13 dan aduan itu akan disiasat dan diputuskan jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno.

Mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal dan bukan sebuah gabungan parti, Najib menegaskan perkara itu perlu turut mengambil kira pandangan dan penerimaan ahli-ahli Umno.

"Kita perlu adakan perbincangan peringkat makmal (BN) dan perlu juga dibuat tinjauan di kalangan ahli Umno.

"Apa-apa perubahan mestilah berdasarkan penerimaan ahli-ahli Umno sendiri," kata Najib. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  


Penjelasan 'Tauke' Pil Kuda Dan Ulasan Din Ayam

Posted: 31 May 2013 06:49 PM PDT

Di bawah adalah kenyataan rasmi calon PKR Seberang Takir yang telah dituduh menjual pil kuda sehingga telah diletak calon PAS untuk bertanding 3 penjuru di DUN Seberang Takir.

Bukan setakat itu, tuduhan palsu itu telah diulang di dalam sebuah ceramah yang kemudiannya ceramah tersebut disiarkan ke seluruh Malaysia oleh media UMNO berulang-ulang kali.

Selamat membaca.

TULANG BESI

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman
TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA
Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.
Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya "KLINIK NABILA" yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.
Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.
Sekian pernafian saya
Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Di bawah pula adalah kenyataan dari Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Ustaz Din Ayam merangkap menantu kepada Presiden PAS

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI
Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.
Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13?
Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?
Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun.
Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.
Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM.
Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR.
Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi.
Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.
Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes.
Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. 
Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.
Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding.
Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.
Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO.
Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat 'lari tidak bertempat'.
Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat 'screening' lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang 'suspek penjual pil kuda' juga diambil sebagai calon.
Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.
Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan 'kuasa'. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding.
Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon.
Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.
Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.
Zaharudin Muhammad.




Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: