Jumaat, 3 Mei 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bila fitnah seks gagal, kita bawa bangla.. (LM)

Posted: 03 May 2013 06:55 PM PDT

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.  (klip video pengakuan Zul Nordin, di dalam)

Risik ATM ramal PR akan ke Putrajaya (LM)

Posted: 03 May 2013 10:30 AM PDT

Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya

Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Seterusnya:    Risik ATM ramal PR akan ke Putrajaya

505 Jom Tolak BN = Tolak Kezaliman (LM)

Posted: 03 May 2013 07:46 AM PDT

Rakyat perlu tunjuk kekuatan sebenar tanggal 505

3 MEI — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua pengundi supaya tidak melepaskan peluang untuk mengajar pemerintah yang menindas rakyat melalui pilihan raya yang menjelang.

Apa yang berlaku ke atas Blogger Milo Suam yang ditangkap dan direman atas kesalahan OSA harus dijadikan iktibar penting. 

Adnan adalah proksi TunM dan Daim (LM)

Posted: 03 May 2013 02:29 AM PDT

Tengku Nan - Proksi Mahathir dan Daim Dalam BN

Tengku Nan akan mempertahankan kerusi lamanya di Putrajaya menentang Husam Musa dengan ikrar mahu tentukan Husam hilang wang depositnya.

Dengan ikrar itu sekali gus, Tengku Nan telah menghina para pengundi kawasan Parlimen Putrajaya khususnya penjawat awam yang menetap di Putrajaya.

Seterusnya:   Adnan adalah proksi TunM dan Daim

Marhaintua: Daim Yang Diam (LM)

Posted: 02 May 2013 11:49 PM PDT

Kebelakangan ini Daim Zainuddin telah bersuara semula, Sekali gus mentohmah Anwar Ibrahim sebagai calon yang tidak tepat untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Dia lebih suka kalau Najib terus menjadi Perdana Menteri.

"Anwar bukan seorang yang pintar ekonomi" demikian katanya. (Tapi ingat Daim...  Kerajaan PR akan pastikan kamu dan kroni membayar balik berbilion Ringgit duit Rakyat yang telah kamu & kroni gelapkan selama ini! In sya Allah!

Tiada ulasan: