Selasa, 14 Mei 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kerajaan PR tidak berdendam, silakan... (LM)

Posted: 14 May 2013 09:25 AM PDT

Terdapat negeri-negeri di mana Umno/BN memerintah dengan kuasa minoriti 47%, bertindak mendendami Rakyat yang tidak memilih mereka. Pelbagai kesulitan dan masalah dikenakan ke atas golongan majoriti yang telah menolak pemerintahan mereka dalam PRU-13 yang baru lalu.

Pelbagai cara dilakukan golongan Umno/BN untuk berkuasa. Ini termasuk menghasut golongan ibu tunggal di Selangor supaya menyaman kerajaan negeri Selangor. Namun usaha dan niat busuk mereka, akhirnya menemui kegagalan.

Ini maciam, Cina boleh tutup kedai maa... (LM)

Posted: 14 May 2013 04:29 AM PDT

Agak-agaklah kalau nak membodek. Entiti perniagaan Cina atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kah yang sedang berusaha memecah-belahkan perpaduan antara Rakyat?

PPIM tak perlulah menjadi juara NGOK menggantikan Perkasa berjuang di sebalik 'melayu cap umngok' yang semakin ditolak oleh majoriti Rakyat Malaysia yang berfikiran matang dan bersatu-padu tanpa mengira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, Sikh dan lain-lain. 

Tiada ulasan: