Tukar Tiub |
- BERCAKAP SAHAJA TAK ADA GUNA
- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
- TUKAR TIUB MENGANALISA TEPAT
- TUKANG HASUT MENGHASUT LAGI
- HARI HARI AKHIR UNTUK SAEKOR NAJIB
- LAWAK TENGAH HARI INI
- BERHATI HATI - JANGAN TERHASUT
- KOMENTAR TUKANG HASUT
Posted: 30 May 2013 06:00 PM PDT MENELAN ANGIN PANAS Perkasa gesa AirAsia terus diboikot KUALA LUMPUR 30 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua orang Melayu termasuk agensi kerajaan terus memboikot penerbangan AirAsia selagi tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berhubung kenyataan biadab beliau melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis. Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang menyokong kenyataan biadab tersebut juga perlu memohon maaf kepada orang Melayu di negara ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... PERKASA INI PEJUANG MELAYU.... kah kah kah... kah kah kah...KENAPA TAK TUBUH SYARIKAT KAPAL TERBANG MELAYU...kah kah kah.. kah kah kah...TUAN PUNYA SAHAM HANYA MELAYU....kah kah kah.. kah kah kah... PEMANDU ...PEKERJA...PENGURUS... SEMUA MELAYU...kah kah kah.. kah kah kjah... YANG BOLEH NAIK PUN HANYA MELAYU....kah kah kah... kah kah kah... DALAM KAPAL TERBANG HANYA ADA UTUSAN MELAYU...kjah kah kah.. woit..... BARU TERBUKTI SEBAGAI PEJUANG MELAYU.... kah kah kah... kah kah kah....TOK NO YUS... kah kah kah TAK SABAR MENUNGGU ------- | ||
Posted: 30 May 2013 07:30 AM PDT SETIA KAWAN Sebagai tanda sokongan penuh kepada Safwan Anang yang kini dipenjarakan, ingin dimaklumkan bahawa pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan membentuk satu himpunan di hadapan bangunan KDN. Berikut adalah maklumat spesifik; HIMPUNAN BERSIH KDN Masa : 2pm - Berkumpul di Masjid Putra dan bergerak ke bangunan KDN selepas solat Jumaat Tuntutan: Zahid Hamidi letak jawatan & pulihkan imej institusi PDRM. Tema: HITAM@BLACKOUT Justeru, pihak kami menjemput semua warga media untuk hadir membuat liputan dan juga memberi bantuan hebahan mengenai aksi terbaru ini. Orang ramai juga dijemput hadir bersama sebagai tanda solidariti kepada Safwan Anang. Sekian Ekhsan Bukhari Sekretariat SMM ------ | ||
Posted: 30 May 2013 01:30 AM PDT INI BUKAN DAIM INI BUKAN KADIR JASIN INI BUKAN ZAINUDDIN MAIDIN KOMENTAR TUKAR TIUBbelum pun sampai 5 jam komentar tukar tiub tentang hari hari akhir saekor najib terbukti analisa tepat dan saheh nyawa najib sedang terumbang ambing nyawa najib edang tenggelam timbul sabar dan tunggu pekara ini akan berlaku: 1 - ada syarikat akan dapat projek besar 2 - nilai berbilion-bilion 3 - bilik diselidiki akan dibuktikan syarikat ini kroni daim MAKNANYA mat najib akan memberi projek pada mat daim untuk minta nyawa tunggu dan nanti Dr M, Daim penentu debat masa depan Najib, kata wartawan veteran KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sebarang perdebatan mengenai masa depan Najib Razak akan ditentukan oleh bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Mahathir Mohamad (gambar) dan Daim Zainuddin, kata wartawan veteran A Kadir Jasin. Menurut Kadir lagi, Mahathir dan Daim telah bertemu di Putrajaya beberapa hari selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen. "Dr Mahathir, Daim dan beberapa blogger bebas akan menjadi penentu sama ada masa depan Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri akan diperdebatkan secara terbuka," kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Dr Mahathir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Kesan Positif Sekatan dan Imbangan Selepas PRU13" hari ini. SATU JUTA DI KUALA LUMPUR | ||
Posted: 29 May 2013 10:00 PM PDT Adalah satu harapan - harapan anak semua bangsa untuk melihat negara kita ini membuka satu sejarah baru. Harapan ini amat besar sekali. Lebih besar dari niat Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang. Lebih besar dari niat Layla ingin bertemu Kais. Lebih besar dari niat Uda datang meminang Dara. Besar sekali harapan ini sehingga tidak ada perkataan yang dapat menerangkan betapa besarnya harapan ini. Saat dan masanya telah tiba untuk kita semua - anak semua bangsa - untuk membuka satu sejarah baru untuk Malaysia.Saat dan masanya ialah sekarang. Saatnya ialah hari ini. Saatnya ialah sesudah para pembaca selesai membaca tulisan ini. Saya akui , kelahiran Malaysia Baru ini bukan satu yang senang. Membuka sebuah naratif baru dan menutup naratif lama bukanlah semudah turun ke kedai membeli kueh. Bukan semudah menuang kopi ke dalam cawan. Satu naratif baru untuk satu tamadun adalah satu perjuangan. Perjuangan ini adalah satu naratif yang berliku-liku. Disini saya ingin menerangkan apakah maknanya naratif. Naratif ialah penceritaan. Naratif ialah cerita dan kesah-kesah yang kita dengar. Semua kesah, semua cerita ada memiliki tanda dan makna. Kesah-kesah yang kita dengar tidak bebas dari tanda dan makna. Ada yang jelas tersurat. Ada yang jelas tersirat. Keupayaan kita ialah untuk memahami apa dibelakang naratif ini. Naratif juga wajib dikongsi bersama. Cerita tidak akan menjadi cerita jika kita tidak berkongsi cerita itu. Naratif tidak menjadi naratif jika tidak diketahui ramai. Kita wajib memiliki naratif yang boleh dikongsi. Dengan perkongsian naratif ini akan menjadi ingatan bersama - atau collective memories. Ingatan bersama ini ama-amat penting untuk membuktikan wujudiah kita sebagai kita. Perkongsian naratif yang menjadi ingatan bersama ini akan mengikat kita untuk melahirkan kita sebagai kita. Dua kekasih akan terus mengingati dimana kali pertama mereka bertemu. Apa ucapan pertama yang dilafazkan. Dipipi sebelah mana ciuman pertama diberikan. Apa janji-janji yang dibuat ketika bercengkerama. Anak lelaki yang pertama siapa namanya. Anak perempuan yang pertama sekolahnya dimana. Semua ini naratif orang berkasih. Semua ini akan menjadi ingatan. Kolektif memori ini akan mengikat setiakaseh pasangan ini untuk menuju ke dunia berumah tangga - satu dunia yang baru. Negara bangsa juga memerlukan naratif. Ini untuk mengikat dan memunculkan negara bangsa. Kita menjadi kita kerana kita memiliki naratif. Tetapi pada hemat saya sebagai sebuah negara bangsa yang baru - kita masih belum kukuh - belum padu dalam satu ikatan naratif yang kukuh. Kelahiran tamadun negara bangsa memerlukan satu naratif yang kukuh. Negara bangsa yang kita panggil Malaysia ini sebenarnya hanya satu wilayah yang kita imajinasikan. Kita khayalkan bahawa kita ini Anak Bangsa Malaysia.Kita berkhayal bahawa kita sedang berada dalam sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Tetapi ikatan ke Malaysian kita tidak kukuh. Kita TIDAK memiliki satu naratif nasional yang mengikat kesemua kita untuk kelahiran satu negara bangsa yang sopan, bertamadun dan berilmu. Mari kita lihat negara jiran kita Indonesia. Mereka memiliki satu naratif nasional walau pun Indonesia dari Sabang sampai Marukee ada ribuan pulau-pulau yang terpisah-pisah. Tetapi sebagai satu negara bangsa Indonesia terikat dalam satu ikatan yang amat kukuh. Mereka memiliki naratif dan ingatan bersama yang jitu untuk memboleh kan terdirinya negara bangsa yang dipanggil Indonesia. Naratif nasional Indonesia ialah apabila orang Jawa, orang Aceh, orang Sumatra, orang Banjar dan dan... bangun dengan bamboo runcing menentang penjajah Belanda. Pertempuran menentang Belanda menjadi nararif nasional. Mereka bermandi darah menentang penjajah.Inilah kolektif memori yang mengikat setia kawan semua suku bangsa untuk menjadi Banga Indonesia. Perjuangan bersama menentang penjajah menjadikan mereka terkumpul dalam satu ikatan kukuh. Orang Asing - The Other - dalam konteks sejarah Indonesia ialah Penjajah Belanda. Orang Asing ini dilihat sebagai penindas, perampok dan penjarah tanah air mereka. Justeru kesepakatan menentang kezaliman ini melahirkan naratif yang dikongsi bersama. Dari naratif berjuang melawan Belanda inilah lahirnya negara bangsa yang dipanggil Indonesia. Tanpa naratif 'bamboo runcing' tidak mungkin kesatuan negara bangsa ini dapat didirikan. Apatah lagi ada ribuan pulau, ratusan bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Terikatnya Indonesia itu adalah kerana setiakawan semua suku bangsa bangun menentang Belanda. Kedatangan penjajah dari Barat ke wilayah kita adalah hasil dari perkembangan ekonomi kapitalis. British datang ke Tanah Melayu untuk mengambil emas, besi, bijeh timah, getah dan kayu kayan. Ini hukum dunia kapitalis yang mendirikan tanah tanah jajahan dan mencarai pasaran. The Other - British - sebelumnya Portugis, Belanda - semuanya mendapat tentangan dan serangan dari anak tempatan. Penentangan kaum feudal Melayu terhadap penjajah British adalah petanda awal bahawa kedatangan penjajah di bumi Melayu ini tidak akan diterima dengan hati terbuka. Keris dan tombak telah menunggu Portugis dan Belanda. British yang datang ke Tanah Melayau sesudah Portugis dan Belanda - sedang menjajah India. British telah melihat kebangkitan warga India. Justeru British telah mengumpulkan pengalaman tentang cara terbaik untuk memerintah Tanah Melayu. British sedar sebagai 'the other' mereka memerlukan tali barut untuk mematahkan serangan dari anak tempatan. Maka peranan tali barut ini telah diambil oleh United Malays National Organisation. Parti ini telah didukung, dipilihara dan dipupuk oleh British. Peranan parti ini ialah memandulkan dan menumpaskan gerakan bersenjata menentang British. Peranan talibarut Britisah yang dimainkan oleh United Malays National Organisation ini jelas dapat dilihat pada tarikh 31 Ogos. Saya nobatkan tarikh ini sebagai Hari Malapetaka kepada Tanah Melayu. Kita melihat bagaimana naratif nasional kita telah menjadi tunggang terbalik. Hari Kemerdekaan seharusnya tanda hari perjuangan anak tempatan bangun menentang penjajah.Tetapi di Tanah Melayu agak lain. Pada 31Ogos - Hari Malapertaka - ialah hari dimana United Malays National Organisation merayakan kemenangan bukan menentang penjajah tetapi menentang Orang Yang Menentang Penjajah. Talibarut 'the other' kini menjadi penentangan terhadapa mereka yaang menentang 'the other'. Justeru tidak saperti Indonesia. Tanah Melayu gagal melahirkan naratif nasional. Kegagalan mewujudkan naratif nasional inilah yang kini melahirkan tajuk berita akhbar - Apa Lagi Cina Mau. Pada saat ini, amat jelas United Malays National Organisation ini masih belum menerima hakikat bahawa satu ombak baru sedang mengampoh. Parti politik yang masih berselimutkan Ketuanan Melayu ini gagal melihat bahawa selama 5 tahun ini anak-anak muda kian rancak melakar kelahiran satu naratif baru. Penipuan yang berlaku dalam PRU13 wajib dilihat dari segi sebagai positif. Memang betul anak semua bangsa merasa kecewa kerana ditipu. Memang tepat ada yang bersedih kerana ditipu. Tetapi dalam kekecewaan ini, dalam kesedihan ini kita semua wajib menunda buka satu naratif baru. Dalam naratif baru ini - anak semua bangsa - wajib bersama-sama dalam satu kancah. Jika ayah dan datuk kita dahulu terikat dalam barisan bersatu AMCAJA- PUTERA - kali ini kita wajib bersatu dalam Angkatan Rakyat untuk mewujudkan satu naratif baru. Kita telah melihat Perhimpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya, di Pulau Pinang, di Kedah, di Johor, di Negeri Sembilan - ratusan ribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya. Kehadiran mereka berhimpuan adalah tanda bahawa satu naratif baru sedang dilakar. Inilah tanda satu naratif nasional sedang muncul. Naratif ini akan memangkin kelahiran Malaysia Baru. Di Kelana Jaya - saya memerhati dengan mata terbuka - saya ternampak anak anak muda turun berbondong-bondong. Saya bertanya kepada diri saya sendiri apakah mereka ini PENGUNDI? Dari amatan saya mereka kelihatan amat muda. Anak-anak muda ini adalah Facebook Revolutionaries, Pejuang Siber dan Pendekar IT. Ratusan ribu mereka turun , dikumpulkan oleh FaceBook. Persoalan telah mengundi, telah mendaftar atau belum bukan persoalan. Yang wajib mereka lakukan ialah mendobrak United Malays National Organisation. Untuk saya, pada hemat saya Malam Kelana Jaya bukan hanya permulaan terbukanya satu naratif nasional. Malam Kelana Jaya lebih dari itu. Sejarah akan melihat Malam Kelana Jaya menjadi mitos. Malam Kelana Jaya akan menjadi mitos nasional saperti mitos Mat Kilau, atau Datuk Bahaman, atau Tok Janggut yang bangun melawan Sepoi British. Sama saperti lajenda Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch. Inilah yang saya takrifan sebagai satu naratif baru. Jika Mat Kilau dan Tok Janggut bangun melawan British. Jika Tentera Rakyat Malaya Melawan Jepun, jika Tentera Rakyat Malaya Melawan British - kali ini anak anak muda sedang mengampoh bangun menentang United Malays National Organisation. Menentang parti Ketuanan Melayu ini adalah naratif baru. Turun ke jalan raya memberikan makna bahawa anak semua bangsa kini berada dalam satu kancah. Dalam satu kubu. Dalam satu barisan yang maha besar untuk menyambung dan menyelesaikan perjuangan Ayah dan Datuk kita yang telah digagalkan pada tahun 1957. Melahirkan naratif nasional ini ialah langkah pertama untuk mendirikan satu negara bangsa. Naratif berkongsi dan bersetiakawan. Naratif yang akan mengikat kesetiaan kepada bumi yang kita pijak. Inilah adalah tugas sejarah untuk anak-anak muda. Tugas sejarah yang wajib diselesaikan oleh para revolusiner facebook, pejuang tweeter, panglima siber dan pemilik talipon bijak. Ianya menjadi tugas anak muda kerana akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN akhbar mingguan yang bangun melawan PILIHAN JALAN RAYA ------------ | ||
HARI HARI AKHIR UNTUK SAEKOR NAJIB Posted: 29 May 2013 09:46 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB apa makna berita berita ini awalnya daim zainuddin telah menibai penasehat najib kutukan daim ini terbit dalam akhbar china temubual ini telah diterjemahkan oleh kadir jasin dari akhbar china sebelum temu bual daim pada 7 mei lalu kadir jasin sendiri telah menibai najib kadir menolak parti ketuanan melayu kalah sebab 'tsunami china' kadir menolak kekalahan undi untuk barisan nasional kerana orang china tanpa berselindung kadir mengutuk pimpinan najib yang menyebabkan ketuanan melayu kalah kadir jassin adalah sosok pertama bersuara menibai najib hanya 3 hari sesudah pru13 selesai tibaian terkini datang dari zainuddin maidin kutukan zainuddin lagi keras zainuddin lagi pasang benci pada najib zainuddin tanpa berselindung berkata : najib boleh berambus apa makna semua ini? kenapa penasehat najib di tibai? berita berita ini memberi tanda bahawa telah ada kesepakatan untuk menerajang najib telah ada perancangan telah ada planning telah ada komplot untuk terajang najib tim terajang najib ini dipimpin oleh anak lelaki iskandar kutty zainuddin maidin orang anak lelaki kutty kadir jasin orang anak lelaki kutty daim zainuddin orang anak lelaki kutty semua adalah tanda tanda hari hari akhir untuk saekor najib menibai penasehat najib agak cara berlapik penasehat biasanya lebih cekap dari yang mendapat nasehat penasehat di taja oleh yang minta nasehat penasehat dibayar gaji oleh yang dpat nasehat kalau penasehat dikatakann bodoh oleh zainuddin maidian maknanya yang mengambil penasehat ini lebih bodoh justeru umur najib tidak lama najib akan diterajang keluar najib akan cuba buat deal dengan pas justeru tengku adnan telah dihantar bertemu dengan nik abduh jangan terperanjat najib untuk selamatkan diri akan juga cuba pasang jalan kepada pkr apa yang wajib anak anak muda lakukan ialah teruskan politik jalan raya politikus akan buat deal politikus akan sorong tarik tapi anak muda jangan berganjak ketika musuh lemah ketika itu kita menyerang najib sedang lemah kalau satu juta rakyat berhimpun di kuala lumpur menuntut agong menghapuskan spr menuntut agong arahkan pemilihan baru ditempat berlaku penipuan apa najib nak buat? SATU JUTA DI KUALA LUMPUR Penasihat Najib Harus Di Pecat - Daim Zainuddin KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu. Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Abdul Kadir Jasin.Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.
BILA MUSUH MENYERANG KITA MENGUNDUR BILA MUSUH MENGUNDUR KITA MENYERANG | ||
Posted: 29 May 2013 08:45 PM PDT LIHAT DAN SENYUM LAAAA ---- | ||
BERHATI HATI - JANGAN TERHASUT Posted: 29 May 2013 07:40 PM PDT MAKLUMAT KES TUDUHAN MENGHASUT kelmarin tukar tiub telah didakwa dakwaan menghasut dalam mahkamah telah dibacakan isi ucapan tukar tiub yang akan dijadikan asas tuduhan ialah dari minit ke 6:18 hingga akhir NOTA sila berhati hati melihat klip ini agar jangan terhasut kah kah kah TUKANG HASUT SEDANG MENGAHASUT ---------- | ||
Posted: 29 May 2013 07:23 PM PDT apa yang anak lelaki kutty suka itu salah apa yang najib suka itu salah apa yang anak lelaki kutty tak suka itu jalan politik tepat apa yang najib tidak suka itu cara politik tepat bila musuh menyerang itu tanda yang baik ertinya jelas ada perlawanan antara kamu dengan musuh bila musuh tidak menyerang itu tanda tak baik ertinya ada persefahaman antara kamu dengan musuh KWMM saran Malaysiakini diwajib mendaftar Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mencadangkan supaya portal berita Malaysiakini.com diwajibkan mendaftar dan dikenakan syarat ketat ke atas operasinya kerana menurut presiden KWMM, Dzulkarnian Taib, bagi menggelakkan portal berita itu menjejaskan perpaduan di negara ini. Dzulkarnian berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera ke atas portal berita itu kerana mendakwa telah membuat pemberitaan yang dianggap berat sebelah dan menjejaskan suasana politik tanah air. Beliau berkata bagi membendung gejala kewartawanan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika oleh portal berita itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) perlu mengambil tindakan termasuk mengharamkan dan menutup operasi portal berita tersebut. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... BERAPA KALI NAK CAKAP....kah kah kah... kah kah kah...MALAYSIA KINI BUKAN PRO PEMBANGKANG.... kah kah kah... kah kah kah...PORTAL INI ANTI KERAJAAN.... kah kah kah... kah kah kah...ANTI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION.... kah kah kah KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.,... MEMANG PUN BERITA DAN LAPORN BERAT SEBELAH.... kah kah kah... kah kah kah...KALAU NAK LAWAN BUAT LAH LAMAN SENDIRI..... kah kah kah.. INI 52% PENENTANG KETUANAN MELAYU ------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan