Tukar Tiub |
Posted: 26 May 2013 07:00 PM PDT Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN. KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223). Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku: UNDI MELEBIHI KERTAS UNDI DIKELUARKAN Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya. Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan. Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan. Lebih teruk lagi, keputusan rasmi seperti yang tertera di Borang 14 bagi Parlimen Balik Pulau telah diisytiharkan sebagai keputusan bagi DUN Telok Bahang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Balik Pulau. Helaian mata (scoresheet) bagi N40 Telok Bahang seperti Borang SPR760 mukasurat 2/2 menunjukkan bahawa keputusan saluran 2 (jumlah kertas undi 562, undi PKR 369) adalah bersamaan dengan keputusan Borang 14 bagi keputusan Parlimen. Ketiga-tiga borang rasmi yang mengandungi keputusan yang salah dan mencurigakan, terutamanya undi di dalam peti yang lebih telah menyelewengkan keputusan bagi parlimen dan DUN diantara 138 hingga 318 undi. Dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 ini sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan di peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang. Ketiga-tiga borang ini tetap dikeluarkan oleh Ketua Tempat Mengundi, Muhamad Shukri bin Din walaupun dibantah oleh ejen calon yang hadir ditempat pengundian. Oleh kerana Ketua Tempat Mengundi berkeras tidak akan memberikan salinan borang-borang jika tidak ditandatangani (yang membolehkan lebih banyak manipulasi berlaku), ejen calon akhirnya menandatangani untuk mendapatkan salinan. Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat-tempat lain, walaupun semua laporan tidak mungkin boleh dikumpul oleh #siasatpru13. Ia juga mempersoalkan ketelusan dan kecekapan SPR mengendalikan pilihanraya apabila masalah kecil seperti kesilapan tertukar keputusan di antara calon parlimen dan DUN masih boleh berlaku. KESALAHAN MEMBELI UNDI YANG BERLELUASA Seperti yang telah dilaporkan seperti ini, kesalahan membeli undi berlaku dengan berleluasa terutamanya di Pulau Pinang sepanjang PRU13. Parlimen Balik Pulau juga tidak terkecuali dan beberapa rakaman telah dibuat menunjukkan orang ramai beratur untuk menukar baucer yang diberikan dengan wang tunai di sebuah kedai di DUN Pulau Betong (rujuk 2 video yang disertakan). Perkara yang sama juga telah berlaku di DUN Bayan Lepas, satu lagi DUN di bawah Parlimen Balik Pulau bertempat di premis bernombor Lot 25, Lorong Helang 3, Sungai Dua. Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato' Abdul Halim Hussain mengenai perkara ini pada 10 Mei 2013, iaitu hari kejadiaan (laporan polis disertakan bersama). Kedua-dua contoh yang disertakan menunjukkan bahawa penyelewengan dan penipuan yang melanggar akta-akta bersabit pilihanraya telah berlaku dan mengukuhkan lagi pandangan umum bahawa penipuan berleluasa telah berlaku dalam PRU13 yang lepas. Sementara bukti-bukti ini akan dipertimbangkan di dalam petisyen pilihanraya, KEADILAN akan terus mendedahkannya kepada pihak media dan awam untuk membuktikan bahawa penipuan memang berlaku dalam PRU13. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN ---------- |
Posted: 26 May 2013 06:00 PM PDT BERSEDIA! KEMPEN LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA MENGENAI DAKWAT TIDAK KEKAL Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali. Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH. Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut: "Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya." 2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN) 3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN muka mat lanchow --------- |
Posted: 26 May 2013 06:44 AM PDT serindit mati terchichir getah terchichir di dalam padi kalau sadikit kata sapatah tidak di mulut dalam hati buang batu timbul kelapa udang banyak dipasir mayang buang aku tiada mengapa orang banyak kaseh sayang jangan berpauh pauh padi ada bidok serempu pula jangan berjauh hati asal hidup bertemu juga |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan