Roslan SMS Corner     |   
|    Perjuangan belum berkahir.....(6/5/13) Posted: 06 May 2013 05:33 AM PDT   Tsunami Cina atau Tsunami rakyat namakanlah ia apa sahaja,  hakikatnya rakyat telah bersuara. Suaranya bingit dan gemuruh namun ia belum  cukup kuat menenggelamkan BN. Apa pun ia sesuatu yang telah menggementarkan BN  dan ia jelas tercermin pada wajah Najib Tun Razak ketika menerima keputusan PRU  ke 13 dan disaksikan sendiri oleh seluruh rakyat Malaysia.   Banyaklah kajian dan penelitian serta "post mortem" yang  akan dilakukan oleh berbagai pihak untuk membaca natijah dari PRU ke 13 ini.  Bagi saya sebagaimana posting saya sebelum ini, Tsunami kali  ini seakan boleh dibaca, itupun bagi mereka yang mahu membaca sedemikian.   Saya ada membuat posting umpamanya DAP akan menang 15-0 di  Selangor, ternyata ia benar. DAP sapu bersih semua kerusi yang ia tandinginya  di Selangor menamatkan terus saki baki penguasaan MCA di Selangor!  Saya menjangkakan lonjakkan besar masyarakat Cina kali ini  kerana ini telah dapat dilihat dari hari-hari sebelum tempoh berkempen membawa  sehingga hari-hari terkahir berkempen. Tindakkan berani Lim Kit Siang berhijrah  ke Johor, sebuah negeri yang tidaklah subur buat DAP sebagaimana Pulau Pinang,  Perak dan Selangor, melihatkan bacaan mendalam Kit Siang, seorang yang masak  dalam sepak terajang pilihanraya.   Saya juga menjangkakan masyarakat Melayu walaubagaimanapun  akan lebih "sejuk" berbanding rakan-rakan masyarakat Cina. Masyarakat Melayu  lebih terpisah-pisah menurut segmen daerah dan kelas dalam masyarakat. Mereka  yang di Kelantan dan Terengganu lain pandangan dan persepsinya berbanding di  Perlis dan Kedah. Masyarakat Melayu bandar dan berkelas menengah atas dijangka  searus dengan masyarakat Cina.  Di Selangor contohnya Tsunami ini seakan Tsunami pelbagai  kaum kerana PAS contohnya menang besar di sini, iaitu 15 dari 20 kerusi,  pencapaiannya yang terbaik dalam sejarahnya. Melayu di Sabak iaitu luar bandar,  Melayu di Gombak, Melayu di Dusun Tua, Melayu di Shah Alam semua bangkit  meninggalkan BN kecuali beberapa kerat. Tinggallah BN Selangor dengan harta  pusaka 12 kerusi dari 20 kerusi sebelumnya.   Rata-rata kalau dilihat jika lonjakkan orang Melayu terhadap  PR sekuat masyarakat Cina sebagimana Melayu di Kelantan dan Terengganu  berkemungkinan keputusan PRU ini berbeza tetapi begitulah kehendak rakyat.  Saya tertarik dengan kenyataan awal Ketua Pemuda DAP Anthony  Loke yang positif menyarankan agar usaha berterusan dibuat mulai hari ini untuk  meyakin dan memenangi masyarakat luar bandar.   Saya juga ada menaikkan posting berkenaan kemenangan awal 2  kerusi buat PAS iaitu di Shah Alam dan Pasir Mas. Ini kerana masyarakat  Malaysia menolak politik ekstrim perkauman dan melampau. Ternyata Zul Nordin  dan Ibrahim Ali tergolek dan tidak akan bangun-bangun lagi.  Juga saya naikkan satu posting yang mungkin tidak popular  iaitu berkenaan pimpinan PAS yang bertanding di dua kerusi. Saya puji tindakkan  Nizar Jamaluddin kerana fokus pada satu kerusi (ternyata beliau berjaya dan  dipuji kerana tindakannya itu). Dengan cara ini kita memberi keyakinan pada  rakyat bahawa parti kita bertenaga, punya ramai calon berkaliber, suatu  cadangan yang dibuat oleh Karpal Singh dan diikuti parti berkenaan dengan  pengecualian buat Setiausaha Agungnya. Saya menegaskan apabila kita bertanding  di dua kerusi dewasa ini musuh mudah mengeksploitasi, dan ternyata kesudahannya  tidak banyak menguntungkan kita.   Kesimpulannya PRU kali ini biarlah menjadi pengajaran besar  buat kita. Sahabat-sahabat di Terengganu hampir mengembalikan kuasa, di Kedah  pula tewas dan di Perlis gagal. Di Selangor kita teruslah beri tumpuan kepada  masyarakat luar bandar.  Dari 21 ahli Parlimen PAS kita lihat gandingan lebih mantap  antara ulamak dengan bukan ulamak diketuai Tuan Guru Presiden. Semoga kita  terus memain peranan memperjuangkan Islam.   Tahniah buat semua petugas parti, calon-calon yang berjaya  dan belum berjaya. Perjuangan belum berkahir……  |   
| You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan