Ahad, 5 Mei 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Seomga kebimbangan kita tidak menjadi nyata (5/5/13)

Posted: 05 May 2013 02:49 AM PDT


Tempoh membuang undi telah pun tamat kira-kira jam 5 tadi. Kini masing-masing petugas SPR dan wakil-wakil parti sedang bersedia untuk proses penjumlahan undi di masing-masing tempat mengundi.
Keputusan rasmi dijangka mulai masuk selepas jam 8 malam nanti.

Secara peribadi saya melihat dan bersetuju bahawa pengundi Cina kali ini memberikan sokongan terbesar mereka pada calon-calon Pakatan tanpa memilih. Bermakna kesemua komponan PR samada DAP, PKR mahupun PAS akan mendapat undi mereka. Ini juga bermakna DAP akan menang sekitar 40 ke 45 kerusi Parlimen.
Fenomena ini akan mencipta sejarah kerana adalah dijangkakan lonjakkan kali ini tidak mustahil mencecah sehingga ke paras 90% di kawasan-kawasan tertentu.

Cuma yang saya terus bimbangkan sehingga ke saat ini adalah kemanakah perginya undi Melayu?
Saya berani menyatakan undi Melayu di kawasan bandar khasnya yang melibatkan masyarakat Melayu kelas pertengahan ke atas dijangka cenderung kepada PR.

Maslahnya kemanakah pergi sebehagian besar pengundi Melayu yang lain? Adakah mereka akan ikut jejak rakan-rakan masyarakat Cina atau mereka kembali kepada BN?
Artikel di Malaysiakini yang ditulis oleh Prof William Case, dari City University of Hong Kong bertajuk "Pakatan not likely to win, Malay support lukewarm"  http://www.malaysiakini.com/news/229197 sangat menggusarkan. Jika ia benar, maka musnahlah impian kita.

(Beliau menjangkakan Kit Siang tewas nipis, begitu juga Salahuddin Ayob dan kita juga tewas di Parlimen Putrajaya)
Ini kerana harapan kita terletak pada gabungan mantap sokongan dari ketiga-tiga kelompok kaum terbesar dalam Negara dengan sekurang-kurangnya 30% sokongan masyarakat Melayu dan tidak kurang dari itu.

Walaubagaimanapun keputsan muktamad hanya akan diketahui dalam 2 jam lagi.
Bagi saya keputsan muktamad nanti dijangka bercampur-campur. Keputusan di Kelantan mungin berbeza dengan Kedah yang juga berbeza dengan Selangor dan Johor. Ianya akan bersandarkan segmen-segmen dan kelompok tertentu. Teruslah berdoa dan menambatkan harapan pada Allah swt.

 

 

Tok Guru pun beratur.......(5/5/13)

Posted: 05 May 2013 02:22 AM PDT

Dalam posting saya terakhir "SPR terlepas pamdang" saya menyentuh berkenaan laluan yang diberikan kepada PM "caretaker" Najib Tun Razak untuk memotong "que" dan mengundi terdahulu dari mereka yang telah berbaris.

Saya sebut ini janggal kerana teringat semasa Tun Hussien PM dahulu beliau pun beratur.

Di bawah saya berikan gambar terbaru yang saya terima dari Kelantan, renungkanlah:

SPR terlepas pandang? (5/5/13)

Posted: 04 May 2013 06:37 PM PDT


Baru sebentar tadi "live" di TV3 menunjukkan PM "caretaker" Najib Tun Razak mengundi di Pekan, Pahang bersama isteri beliau.
Saya saksikan betapa ketibaan beliau terus diiringi masuk ke bilik mengundi. Beliau dibawa potong "que", mengingatkan saya semasa Tun Hussien Onn Perdana Menteri akhir tahun 70an dahulu, betapa beliau dengan bersahaja beratur dengan rakyat kebanyakan tanpa sebarang istimewa kerana meskipun beliau PM tetapi beliau juga adalah pengundi biasa.

Najib tadi dikerumuni pihak media, ini sesuatu yang boleh diterima kerana pimpinan PR juga dijangka akan menerima suasana yang sama semasa mengundi nanti.

Cumanya sesuatu yang dirasakan tidak kena adalah apabila pihak RTM dan TV3 menemuramah beliau terus dalam kawasan mengundi iaitu dalam perkarangan sekolah dicelah-celah pengundi yang sedang beratur.
Sepatutnya pihak SPR menasihatkan agar temuramah itu dibuat di luar perkarangan sekolah iaitu 50 meter di luar, kerana kawasan berkenaan adalah kawasan larangan sepatutnya.

Semoga insiden seumpama ini tidak diulangi pada PRU ke 14 lima tahun lagi sapa pun yang menjadi PM nya nanti.

Ya Allah perkenankanlah (5/5/13)

Posted: 04 May 2013 03:52 PM PDT

Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Ya Allah perkenankanlah doa kami.

Hanya kepada Mu kami tunduk dan hanya kepada Mu kami mohon pertolongan........

Setelah berusaha dan berikhtiar kami redho dengan segala ketentuan Mu.....

Tiada ulasan: