Roslan SMS Corner |
Roslan SMS mengundi Ahad ini (3/5/13) Posted: 03 May 2013 01:40 AM PDT Saya seperti anda semua insyallah akan memikul tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia keluar membuang undi pada hari Ahad 5 Mei ini. Semoga seluruh rakyat Malaysia begitu juga akan keluar melaksanakan tanggungjawab penting ini pada hari berkenaan. Saya berdaftar sebagai pengundi di Parlimen P98 Gombak dan DUN N.17 Gombak Setia, Selangor. Semakan saya menurusi laman web SPR menyatakan bahawa saya dikehendaki mengundi di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Juga tertera dalam carian itu adalah nombor siri 1226. Saya tidak pasti apakah maksud nombor siri ini, tetapi apa pun saya tidak akan terganggu dalam melaksanakan tugas saya pada hari Ahad ini.Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan 3 penjuru, iaitu antara calon-calon PKR Mohamed Azmin Ali, BN Raman Ismail dan calon Bebas Said Nazar. Manakala DUN Gombak Setia akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Hasbullah Mohd Ridzwan dan calon BN Said Anuar Said Ahmad. Oleh kerana saya berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sejak tahun 2008, dan saya bertekad jika boleh mahu lihat pula kebaikan pentadbiran ini turut berlangsung sehinggalah diperingkat Putrajaya maka saya dengan penuh yakin insyallah akan mengundi seperti berikut : Semoga anda juga khasnya para pengunjung blog ini akan berbuat demikian juga di kawasan masing-masing! Selamat mengundi untuk perubahan. |
Buktikan keyakinan Najib itu meleset (3/5/13) Posted: 03 May 2013 12:55 AM PDT Berita terkini The Staronline melaporkan bahawa Pengerusi BN dan Presiden Umno Najib Tun Razak menyatakan keyakinan beliau bahawa BN akan kekal memerintah Putrajaya. Kenyataan ini dibuat dalam kunjungannya ke Dengkil, Selangor, pagi tadi. Ini menurut Najib kerana sepanjang lawatannya ke seluruh Negara dalam tempuh berkempen ini kehadiran rakyat meyakinkan beliau bahawa rakyat terus yakin dan menerima BN. Najib berhak untuk membuat apa sahaja bacaan dan tafsiran. Dalam pada itu pimpinan PR juga turut melahirkan keyakinan bahawa PR contohnya bukan sekadar dapat mempertahankan Selangor, malah akan nanti berjaya menjejakkan kaki sehinggalah ke Putrajaya dalam PRU ke 13 ini. Kalau kehadiran rakyat menjadi ukuran, sudah pastilah kehadiran rakyat dalam ceramah-ceramah besar PR jauh menenggelami kehadiran dalam ceramah BN. Kerana itu biarlah mereka yang minat hadir dalam ceramah-ceramah PR sepanjang baki 32 jam ini terus hadir. Tapi kita yang memegang panji-panji jangan sekadar tepaku dan kagum dengan jumlah kehadiran. Yang penting adalah interaksi antara satu dan satu dengan setiap pengundi berdaftar. Menangi hati mereka, tambatkan keyakinan mereka, biar 5 haribulan ini nanti mereka dengan yakin melangkah kaki ke pusat-pusat mengundi dan dengan senang hati memangkah calon-calon PR, itu yang penting. Disaat-saat akhir bermacam taktik tak kiralah kotor atau bersih akan digunakan untuk menjatuhkan lawan dan menaikkan nama dan imej masing-masing. Terbaru sehingga "Baitullah" pun menjadi bahan pancing undi, sehingga meletakkan Islam begitu rendah martabatnya dalam kekalutan lobi-melobi dan memancing undi ini. Mungkin akan berbagai lagi bahan dihamburkan dalam tempuh akhir ini. Kuatkan jati diri kita, terus bekerja, terus merayu undi. Yang ramai hadir ceramah kita terus kita raikan tapi yang penting adalah "pangkah" mereka pada hari Ahad nanti. Ayuih buktikan yang keyakinan Najib itu meleset. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan