Roslan SMS Corner |
Kenapa masih bertelagah tentang kalimah "ALLAH" (16/5/13) Posted: 16 May 2013 01:49 AM PDT Sebuah portal berita terus menerus memainkan isu kalimah "Allah" seakan menyalakan api provokasi agar isu ini terus hidup dan memaksa pada pandangan saya agar umat Islam di Malaysia mengalah dan akhirnya mengizinkan kalimah ini dikongsi dengan bukan Islam. Terbaru satu kenyataan dari Persekutuan Kristian Malaysia diterbitkan yang antara lain menyebut: Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata "Allah" kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas. Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata "Allah" dan "Lord" kepada "Allah" dan "Tuhan", begitu juga bahasa-bahasa lain dalam Al-Kitab. Janganlah disuakan lagi isu ini untuk dijadikan perdebatan umum, seakan menggerakkan "gergasi" yang sedang tidur! Kenyataan Persekutuan Kritian Malaysia ini apabila diketahui umum pasti akan mengundang reaksi dan akan dibalas pula oleh kenyataan dari badan dan pertubuhan Islam. Lantas akan jadi hangat membara dan mencetuskan pelbagai kemungkinan. Umat Islam di Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, memandang isu ini sangat sensitif. Yang sangat dibimbangi adalah kecenderungan berlakunya insiden murtad. Pihak gereja tidak boleh menyapu kebimbangan ini begitu sahaja dengan menyatakan ia tidak berasas sedangkan luka menghadapi kes Lina Joy, Aishah Bukhari, Joshua Jamaluddin, masing berdarah dan terpahat dalam ingatan umat Islam Malaysia. Sebaiknya jangan dokocak air yang tenang. Pihak media khasnya media alternatif jangan sekali-kali ada agenda menyalakan kembali api yang semakin padam. |
Batu nisan buat Umno Selangor (16/5/13) Posted: 15 May 2013 07:02 PM PDT Kehancurannya datang timpa-menimpa buat Umno Selangor. Pertama apabila keputusan muktamad PRU 13 menunjukkan mereka cuma bertahan di 12 kerusi DUN sedangkan dahulunya Umno Selangor menang 18 dan MCA 2. Itupun di 2 DUN yang mereka menang, kemenangannya dikira kemenangan "default" kerana pertarungan sesame rakan Pakatan iaitu di Semenyih dan Kota Damansara. Jika tidak mungkin mereka tinggal 10 kerusi dalam tangan. Kemudian berita kecundangnya "Jeneral" mereka iaitu Zin Mohamad di kerusi parlimen Sepang. Kalau dalam peperangan, apabila "Jeneral" yang kecundang, pasti bala tentera akan porak-peranda dan keadaan menjadi kelam dan kacau bilau. Ternyata begitulah nampaknya bagi Umno Selangor, apabila dalam pengumuman pembentukan Kabinet semalam, nama seorang lagi hulubalang mereka iaitu Noh Omar pula digugurkan! Tiada lagi wakil Umno Selangor dalam kabinet buat pertama kali dalam sejarah! Ternyata Pengerusi BN dan Presiden Umno tidak boleh memaafkan kelemahan dan kedangkalan orang-orang kanannya di Selangor. Dengan merosotnya keyakinan itu bermakna terkuburlah Umno di Selangor bersekali dengan MCA dan Gerakan yang sudah pun mendiang belaka. Di Pulau Pinang Umno berbaki 3 kerusi parlimen dan 10 DUN manakala di Kelantan 5 parlimen 12 DUN (seiras Selangor). Ada yang meramalkan Umno dan BN tidak mungkin bangkit-bangkit lagi di Selangor sebagaimana nasib rakan seangkatan mereka di Pulau Pinang dan Kelantan. Kesimpulannya batu nisan boleh dipacakkan di pusara Umno di Selangor. Rakan-rakan yang tinggal bolehlah berkira-kira berhijarh samada menyertai PAS, PKR atau DAP. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan