Khamis, 2 Mei 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Masyarakat Melayu Johor kekal bersama BN? (2/5/13)

Posted: 01 May 2013 09:57 PM PDT


Dalam akhbar The Star hari ini terdapat satu laporan berkenaan "dingin"nya sambutan masyarakat Melayu Johor terhadap PR. Menurut laporan berkenaan tidak dapat dinafikan bahawa sambutan terhadap PR di kawasan-kawasan majoriti Cina di Johor begitu luarbiasa, terbaru adalah ceramah PR di padang letak kereta Sutera Mall di Skudai yang padat dipenuhi para pendengar.
Walaubagaimanapun menurut laporan berkenaan ceramah yang diadakan di kawasan-kawasan Melayu agak dingin dan tidak berjaya mencatatkan kehadiran besar sebagaimana di kawasan-kawasan majority Cina.

Lantas laporan berkenaan membuat kesimpulan:
"….the Chinese are responding to the opposition purported ubah (change) while the majority of the Malays remain steadfast with Barisan."

(…masyarakat Cina kelihatan memberi reapon terhadap ubah, sedangkan majority masyarakat Melayu kekal bersama Barisan)
Sejauh mana berasas dan tepatnya laporan serta pemerhatian di atas, tidaklah diketahui. Adakah ia sebahagian dari perang saraf BN, juga tidak dapat dipastikan.

Walaubagaimanapun adalah wajar, samada benar atau tidak, jentera PR di Johor memberi perhatian, begitu juga jentera PR di negeri-negeri lain khasnya di Selangor. Kita sudah menghampiri garisan akhir, tetapi jika pengundi Melayu belum berjaya kita pengaruhi sekurang-kurangnya sebahagian, maka impian PR untuk ke Putrajaya mungkin tidak kesampaian.
Kerana itu undi Melayu ini suka tak suka adalah kritikal.

Tiga hari mulai hari ini hingga tengah malam Sabtu nanti, tumpuan sewajarnya diberikan ke arah mempengaruhi dan memenangi hati masyarakat Melayu. BN mungkin sedar kesukaran PR dalam hal ini, kerana itu banyak "senjata" mereka di talakan ke arah PAS khasnya kerana PAS mengharapkan sokongan pengundi Melayu.
Kita jangan leka dengan sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap PR, sewajarnya kita bersyukur tetapi jangan leka. Kerana hakikatnya tiada kemenangan tanpa dokongan masyarakat Melayu, begitulah di Johor dan begitulah di negeri-negeri lain termasuk Selangor.

Gunakanlah 59 jam terkahir ini bagi menjamin tercapainya impian kita semua.

 

Tiada ulasan: