Khamis, 9 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Wang banyak tidak mampu beli hati rakyat

Posted: 09 May 2013 05:38 PM PDT



Siti Zailah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

KOTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menguasai hati rakyat khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei baru-baru ini.

Ini kerana menerusi PRU13 itu Umno BN gagal memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan Najib tidak mampu menguasai hati rakyat dan pengundi walau pun beliau menabur banyak wang menjelang PRU13 termasuk BR1M.

Katanya, wang yang banyak tidak mampu membeli undi dan hati rakyat.

"Kita tengok pada mood perubahan rakyat dan kita tengok pada 'undi popular' diperolehi Pakatan Rakyat (PR), kita melihat pada PRU13 itu berlaku gelombang perubahan besar di kalangan rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Merdeka Center: Keputusan PRU13 bukan ‘tsunami Cina’

Posted: 09 May 2013 05:34 PM PDT


Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, secara umum tsunami seperti yang didakwa tidak tepat ekoran pengundi Melayu di bandar turut berubah memilih pembangkang daripada BN sebagai pemimpin kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil kajian mendapati ada kemunculan perbezaan mengikut kelas sosial masyarakat dan lokasi sesuatu kawasan yang dipertandingkan.

"...oleh kerana kami masih belum perolehi data secara terperinci, dakwaan 'tsunami pengundi Cina' kurang tepat.

"Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Sebelum ini, keputusan PRU13 diumumkan dan BN masih mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan.

BN telah menang sebanyak 133 kerusi Parlimen dan PR menawan 89 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Terima kasih Tok Guru

Posted: 09 May 2013 05:31 PM PDT


Nik Abdul Aziz Nik
Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.

Read More / Baca Lagi >>

'Suara Rakyat, Suara Keramat' rally at Kelana Jaya

Posted: 09 May 2013 05:27 PM PDT


‘Tsunami Cina’ untuk tutup kegagalan besar Najib

Posted: 09 May 2013 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sumber Umno muncul kembali memberitahu Harakahdaily bahawa rakyat dan ahli Umno terlupa mengenai kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terbesar pada Pilihan raya Umum ke-13.
"Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Negeri yang mencapai pencapaian terburuk untuk Umno dan BN ialah Selangor. Ramai terlupa hakikat ini setelah Najib main isu 'Tsunami Cina'. Ini perkara sebenar yang ingin ditutup daripada ahli-ahli Umno dan rakyat," kata sumber Umno itu.

Di PRU13, Pakatan Rakyat berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi Dun di Selangor, meningkat 10 kerusi berbanding 2008.

Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kali mewar-warkan bahawa beliau akan berjaya memimpin BN menawan Selangor.

"Dulu saya dah bagitahu syarat untuk Najib kekal sebagai Presiden Umno. Satu BN dapat kembali 2/3 majoriti di parlimen. Kedua, BN gagal dapat 2/3 kerusi tapi Najib selaku pengerusi BN Selangor berjaya merampas kembali Selangor. Sekarang kedua-dua syarat ini gagal dicapai. Najib gagal syarat yang ditentukan Tun Mahathir," kata sumber Umno itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pas dan DAP Terus Sokong Abdul Khalid Sebagai Calon Menteri Besar

Posted: 09 May 2013 05:25 PM PDT


khalid penerangan pembangunan semula BTR 03
SHAH ALAM 10 MEI : Pimpinan DAP dan Pas terus bersepakat memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, sebagai calon Menteri Besar bagi penggal ke dua.
Bercakap di hadapan kira-kira 30,000 penonton dalam Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Pakatan Rakyat Selangor, Pengerusi DAP Selangor
Teresa Kok berkata pimpinan DAP Pusat sudah menghantar surat sokongan kepada DYMM Sultan Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Beliau yang juga bekas Exco Selangor berkata surat tersebut dihantar kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
"Saya harap tiada masalah dengan jawatan Menteri Besar. Harap juga rakyat memberi sokongan kepada kerajaan baru untuk pastikan pencapaian lebih cemerlang," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menyatakan Pas berpendirian yang sama.
Beliau berkata menerima surat daripada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dua hari lalu yang memberikan sokongan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar.
"Kalau ada orang Pas yang tidak percaya, saya boleh tunjukkan surat itu, kalau perlu saya tampalkan di dahi saya," katanya sambil berseloroh.
Katanya, keputusan sepakat untuk memilih Abdul Khalid sebagai Menteri Besar itu menunjukkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

THE BARE-FACED attempt to steal Nurul's victory

Posted: 09 May 2013 05:24 PM PDT

THE BARE-FACED attempt to steal Nurul's victoryTHIS WAS WHAT HAPPENED AT KC AND PENNY'S POLLING STATION. THE SEQUENCE WAS LIKE THIS:
(I) KTM ASKED Counting Agent TO LEAVE
(II) Counting Agent refused to leave. wakil calon argued with KTM until KTM relented
(iii) FRU arrive
(iv) Car arrive and stopped by crowds of people. People from Bangsar also rushed over.
Attempt to steal Nurul's victory
Perhaps the most brazen attempted rigging at this election was the onslaught on Nurul Izzah's Lembah Pantai seat. Not only was the bribery rampant, but as the count was being finalised in her favour this evening the Election Commission officials came up with an extraordinary request.
They needed everyone to clear the count, so that they could take a 'rest'!The 15 PKR observers refused to accept the proposal and stayed on. Shortly after a car drew up outside the count stuffed with ballot boxes inside! The Election Commission officials attempted to force this late entry of extra mystery votes into the count!
The car full of ballot boxes is stopped by the crowd.
A human barricade prevented the ballot boxes from being illegally introduced at this late stage, which Federal Reserve Unit officers attempted to disperse. The people refused to leave and the ballot boxes are still the in car and were not were not allowed into the count.

Ballot boxes marked 120 found in EC car boot trying to enter 121 Lembah Pantai polling station. Blocked by public.
Nurul has been officially declared the winner thanks to the actions of the people who refused to allow their rights to be violated.

Ustaz Azhar Idrus - Blackout!

Posted: 09 May 2013 05:20 PM PDT

Majlis Kesyukuran Pakatan Rakyat PRU13: YB Khalid Samad

Posted: 09 May 2013 05:19 PM PDT

Majlis Kesyukuran Pakatan Rakyat PRU13: YB Ng Suee Lim

Posted: 09 May 2013 05:18 PM PDT

Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor

Posted: 09 May 2013 08:22 AM PDT


hadi awang
MARANG - Pas mahu anggota Dewan Undangan Negeri (Dun)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.
Read More / Baca Lagi >>

‘CPO broke the law with his threat’

Posted: 09 May 2013 08:20 AM PDT

The PKR leader accuses Najib of using the police to divert attention from alleged election fraud.
PETALING JAYA: The police threat to use the Sedition Act against speakers at last night's opposition rally is illegal, according to PKR vice president N Surendran.
"This is an unlawful, undemocratic and politically motivated threat," he said in a media statement released today in reaction to a statement by Selangor police chief (CPO) Tun Hisan Tun Hamzah.
Surendran, who is a human rights lawyer, said Prime Minister Najib Tun Razak was "clearly" using Tun Hisan and Inspector-General of Police (IGP) Ismail Omar to "divert attention from the massive electoral fraud and irregularities" allegedly carried out in the campaign and polling for the 13th general election.
He demanded that the authorities drop all sedition probes against Pakatan leaders who spoke at last night's rally, which drew about 100,000 people to the Kelana Jaya stadium despite the bad weather and caused traffic gridlocks in surrounding areas.
Read More / Baca Lagi >>

Abim kecam provokasi, kenyataan perkauman

Posted: 09 May 2013 08:08 AM PDT


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sebarang bentuk provokasi serta kenyataan-kenyataan berbau perkauman yang diketengahkan pasca PRU13 yang baru sahaja berakhir.


"Abim menilai kenyataan-kenyataan tersebut seakan-akan menafikan suara dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang telah mengemukakan undi mereka pada pilihanraya lalu," kata presidennya, Amidi Abdul Manan.

Katanya, PRU13 menyerlahkan hakikat bahawa trend ataupun pola pengundiaan kali ini tidak semata-mata dipengaruhi sentimen perkauman sempit, sebaliknya keputusan PRU13 ini menzahirkan sentimen seluruh rakyat Malaysia melangkaui ras perkauman semata-mata.

Hakikat ini, ujar beliau merujuk kepada fakta dan statistik oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri serta kesimpulan institusi dan para penganalisis politik yang berwibawa kerana pilihanraya adalah hari kebesaran suara rakyat.

"Ketika inilah rakyat berpeluang menyambung hak serta kebebasan mereka menyatakan pandangan serta menentukan masa depan mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Berhenti 'tunduk' pada Umno, kata Dong Zong pada parti Cina

Posted: 09 May 2013 08:07 AM PDT

 
Parti-parti Cina dalam BN boleh mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam masyarakat Cina apabila mereka berhenti "tunduk" kepada Umno, kata kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong.

mca and djz and chinese crowdKumpulan itu berkata ini kerana "kegagalan" parti-parti tersebut -
termasuk MCA, Gerakan dan SUPP - untuk mengawal dominasi Umno telah mengakibatkan BN kehilangan undi.

Selain gagal mewakili masyarakat Cina secara bermakna, NGO itu berkata, MCA kini menjadi "tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif" dengan mengatakan bahawa masyarakat tersebut akan diketepikan akibat pengundian mereka.

"Adalah penting bagi MCA melakukan muhasabah diri sebagai respons kepada kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum.

"Kami merasakan ia bukan lagi menjadi isu sama ada akan ada wakil dari MCA, Gerakan atau SUPP dalam kerajaan, tetapi mereka perlu mengubah sikap tunduk mereka atau menjadi sama sekali tidak relevan dalam masyarakat kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Pakatan adalah rakyat, ‘Kami tidak akan menyerah’

Posted: 09 May 2013 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.
Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi "penipuan untuk mengekalkan kuasa."
"Misi kami jelas. Kami akan terus mengadakan bantahan terhadap penipuan ini yang menafikan kejayaan rakyat.
"Saya memberi jaminan Pakatan Rakyat bersama anda. Kami akan terus bersama. Kami tidak akan pernah mengalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian mendapati PKR, PAS, dan DAP memperolehi undi popular sebanya 51 peratus, berbanding BN yang memperolehi 46.5 peratus, menurut SPR, menjadikan kerajaan pemerintah sebagai minoriti kali kedua sejak Kemerdekaan pada 1957.
Read More / Baca Lagi >>

505: “Warga Pakistan, Myanmar Cuba Buang Undi Pakai MyKad”

Posted: 09 May 2013 07:08 AM PDT

petugas tangkap pengundi warga asing  03

PETALING JAYA 8 MEI : Petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang ditemui di himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" semalam menceritakan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada PRU 13.
Seorang daripada petugas tersebut Tan Ooi Ngak mendakwa beliau dan petugas lain di pusat mengundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah berjaya mengesan warga Pakistan yang cuba membuang undi.
Tan, yang merupakan seorang petugas jentera tempat mengundi, berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengahari ketika dia menghampiri pusat mengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Mesej pengundi kepada BN — perkauman membawa pulangan merosot

Posted: 09 May 2013 02:58 AM PDT


Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional BN Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat PR Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman Jika ada pun penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman bukannya trend Melayu menentang Cina Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi dan untuk semua rakyat Malaysia kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m engundi menentang kerajaan Melayu seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan Daripada perkataan Tsunami Cina sehingga berita muka hadapan Apa agi Cina Mahu Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.

Message from voters to BN — race card brings dwindling returns

Posted: 09 May 2013 01:48 AM PDT

MAY 9 — As if offended by all the post-election Chinese-bashing, a truly Malaysian crowd turned out last night at a stadium in Petaling Jaya to send a chilling message to the Barisan Nasional (BN) government.
The message was many ordinary Malaysians wanted an end to the race debate surrounding Sunday's vote in Election 2013.
Instead of election fatigue many voters were galvanised by what they saw as unfair and dishonest polls as well as an attempt by BN to blame the Chinese.
Those who attended last night's rally did not care about the police calling the gathering illegal.
And not all were loyal supporters of Datuk Seri Anwar Ibrahim, or card-carrying members of the three Pakatan Rakyat (PR) parties.
Chances are of course that they voted for PR parties.
But there were many young Malaysians and it was multiracial in nature.
This should serve as a warning to politicians that playing the race card is a strategy of diminishing returns.
An analysis of the votes has clearly shown that the votes for both BN and PR cut across racial lines.
If anything, analysts have said that an urban-rural divide had emerged, rather than any Malay-vs-Chinese trend.
Read More / Baca Lagi >>

Kekang rasis, tambah baik sistem pilihan raya untuk ‘pemulihan negara’, kata penganalisis

Posted: 09 May 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Najib Razak perlu mengekang elemen perkauman dalam Umno dan menambah baik sistem pilihan raya sekiranya perdana menteri itu serius mengenai "pemulihan negara" selepas polarisasi dalam Pilihan Raya 2013, kata penganalisis.
Mengakui pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi pencetus terhadap kontroversi dengan menyalahkan "Tsunami Cina" sebagai punca keputusan pilihan raya, perikatan itu turut menunjukkan Najib menjanjikan untuk "memulihkan negara", pada masa sama, ia masih belum terlambat menurut mereka untuk mengubah perkara itu.
"Saya merasakan beliau perlu menenangkan keadaan di negara ini dan memberikan amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan sentimen perkauman," kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center for Opinion Research, kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut menolak kenyataan BN, dan berkata walaupun berlaku peningkatan terhadap sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), trend politik turut menunjukkan "sejunlah besar Melayu" turut bersama mereka, yang kebanyakannya merupakan kumpulan pengundi berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.
"Beliau perlu mengekang elemen perkauman daripada terus dipermainkan, terutamanya akhbar," katanya merujuk kepada media rasmi yang didakwa mencetuskan isu perkauman apabila menyalahkan pengundi Cina dengan prestasi merundum BN dalam pilihan raya.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, menerima kecaman selepas menyiarkan artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" pada Selasa, perkataan yang kemudiannya tersebar luas di laman sosial.
Penganalisis bagaimanapun berkata ia hanya bersifat sementara waktu, dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan "pemulihraan negara" akan menjadi realiti untuk jangka masa panjang.
"Bagi pembaharuan negara beliau untuk berjaya, beliau perlu memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) dan menggantikan kakitangan senior Utusan Malaysia termasuk mempersarakan Dr Mahathir sepenuhnya," kata Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tidak akan mempertimbangkan ‘cadangan untuk menyertai BN’, kata Kit Siang

Posted: 09 May 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Lim Kit Siang hari ini menegaskan "tiada pertimbangan" untuk parti politik DAP menyertai musuh ketat mereka Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan mempertimbangkan perkara itu tetapi kita menantikan cadangan seperti itu diutarkan," kata Lim kepada pemberita hari ini, dan menambah banyak cadangan diterimanya.
Lim (gambar) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan bekas Menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya, Zamkata.
"Sukar buat DAP untuk melangkah (cadangan menerima BN) dan seperti juga BN untuk menerimanya, namun perkara ini perlu dilihat dari konteks Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa untuk pembaharuan negara ekoran "tsunami Cina" dalam Pilihan Raya 2013 yang merupakan insiden pahit buat negara," katanya dipetik laporan Bernama.

Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan sertai BN

Posted: 09 May 2013 01:43 AM PDT




 
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.
Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.

Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.

PRU13: Najibnomic Terus Berkuasa

Posted: 09 May 2013 01:41 AM PDT


"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah al-A'raf : ayat 96)

BN memenangi kerusi, PR memenangi undi

Pada tarikh 5 Mei 2013, sejumlah 11.2 juta (84.84%) daripada 13.2 juta pemilih berdaftar telah menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam PRU13, yang berakhir dengan Barisan Nasional (BN) diisytiharkan berjaya mempertahankan kuasa di peringkat Persekutuan dengan majoriti yang berkurangan berbanding pada PRU12 yang lalu.

Keputusan PRU13, pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air, menyaksikan BN memenangi 133 (60%) daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, jatuh daripada 140 (63%) kerusi yang dimenangi dalam PRU12. Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memenangi 89 (40%) kerusi parlimen; DAP-38, PKR-30 dan PAS-21; rekod tertinggi yang dicapai oleh pembangkang dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Peratusan keluar mengundi pada PRU13 di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri turut mencatatkan rekod baru apabila melepasi paras 84% berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 78.9% (PRU 1964), di samping turut menyaksikan pertambahan pengundi baru yang tertinggi (2.4 juta) berbanding pertambahan tidak melebihi 1 juta pada PRU sebelum ini.

Walaupun BN (133) mengatasi PR (89) pada kedudukan kerusi parlimen, iaitu penguasaan 60% daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen, PR buat pertama kali berjaya menafikan penguasaan undi popular yang dimenangi BN apabila memperolehi 51.3% daripada keseluruhan undi yang diterima berbanding BN yang hanya menerima 48.7% undi, sebagaimana dibuktikan daripada majoriti kemenangan yang tipis bagi pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi parlimen dan negeri.

Ketidakseimbangan penguasaan kerusi dan undi ini bakal mencorak halatuju dasar dan polisi negara dalam tempoh 5 tahun mendatang, khususnya dalam usaha mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat dan memperkukuhkan daya saing ekonomi negara.

Kesinambungan dasar Umno-nomic
Read More / Baca Lagi >>

Rusila: Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

Posted: 09 May 2013 01:40 AM PDT



(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid dijangka dilantik MB, dengan barisan exco baru

Posted: 09 May 2013 01:39 AM PDT

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

NONETidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah,
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.
Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 50,000 kata Umno Ancaman Terhadap Demokrasi - BULETIN 13

Posted: 09 May 2013 01:37 AM PDT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's actually very difficult in this full of activity life to listen news on TV, so I just use internet for that purpose, and take the most up-to-date information.

Feel free to visit my web-site: dry scalp treatments