Khamis, 30 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SPR buat keputusan berat sebelah semasa persempadanan 2003, kata DAP

Posted: 30 May 2013 08:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) antara salah seorang yang bertanggungjawab semasa membuat persempadanan berat sebelah kepada Barisan Nasional (BN) pada 2003, kata pemimpin DAP Ong Kian Ming.
Pengarah strategi DAP itu mendakwa Wan Ahmad tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara adil semasa persempadanan semula pada 2003, serta tidak mempercayai dengan janji beliau akan bertindak dengan "penuh ketelusan" untuk melaksanakan persempadanan yang dijadualkan hujung tahun ini.
"Wan Ahmad salah seorang daripada sebahagian daripada SPR ketika itu yang membuat persempadanan berat sebelah pada 2003.
"Oleh sedemikian, beliau adalah orang akhir yang tidak layak mempertahankan rekod SPR dalam memastikan persempadanan semula yang adil dijangka bermula pada hujung tahun ini," kata Ong dalam satu kenyataan media hari ini.
Ong kemudiaan menjelaskan salah situasi langkah berat sebelah yang dilakukan semasa persempadanan 2003 dimana SPR tidak mematuhi prinsip pemberat kawasan luar bandar, khususnya di negeri Kedah dimana kawasan luar bandar memiliki jumlah pengundi lebih kecil berbanding kawasan luar bandar yang jumlahnya sangat besar.
"Sebagai contoh, Parlimen Alor Setar walaupun adalah sebuah kerusi paling maju dengan kawasan lebih kecil dalam semua kerusi parlimen dalam Kedah mempunyai pengundi lebih kecil (56,007) berbanding kerusi Parlimen Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942) yang merupakan kawasan luar bandar dan lebih besar komposisinya.
"Perbezaan ini masih boleh dilihat dalam pilihan raya umum ke-13, dimana Alor Setar kini mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 bagi Pokok Sena dan 95,534 bagi Kuala Kedah.
Disamping itu, Ong menegaskan sikap tergesa-gesa SPR untuk menjalankan persempadanan semula adalah kerana tekanan daripada BN memandangkan formula pada tahun 2003 untuk memenangi kerajaan pemerintah dengan majoriti besar tersebut sudah tidak boleh digunapakai lagi.
"Dalam tindak balas yang tidak bernasib baik, tindakan berat sebelah BN tersebut berakhir pada tahun 2008 kerana pengundi bukan Melayu yang dikatakan penyokong tegas BN, yang tidak mungkin mengundi PAS, berpindah kembali mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu," ujar Ong.
Read More / Baca Lagi >>

Imigresen tiada hak rampas pasport mereka yang kritik kerajaan, kata PKR

Posted: 30 May 2013 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — PKR mengecam Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad ekoran kenyataannya yang mengancam untuk merampas pasport mereka yang mengkritik dan memprotes kerajaan di luar negara baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) menyifatkan tindakan tersebut adalah cubaan Putrajaya untuk menghalang hak asasi seorang rakyat Malaysia disamping tidak mempunyai hak untuk memantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
"Kenyataan baru-baru ini oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad yang mengatakan rakyat Malaysia yang memprotes dan mengkritik kerajaan Malaysia di luar negara akan ditarik balik adalah tidak mempunyai asas moral, undang-undang atau pentadbiran sekalipun," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.
"Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas mengenai apa yang rakyat Malaysia akan lakukan di luar negara dan menggunakan kuasa kerajaan untuk menyekat hak rakyat," tambahnya lagi.
Menurut Nik Nazmi, kenyataan oleh Alias tersebut dilihat satu lagi cubaan kerajaan untuk menekan pemimpin pembangkang khususnya selepas tangkapan besar-besaran di bawah arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid kebelakangan ini dibawah Akta Hasutan.
"Kenyataan Alias ini menunjukkan corak yang mengelirukan dibawah regim Zahid yang sama sekali berbeza dengan apa yang dikatakan rekonsilasi kebangsaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Milik siapakah kerajaan hari ini?!

Posted: 30 May 2013 08:50 PM PDT


Milik siapakah kerajaan hari ini?!

ABD RAZAK MUTHALIB
PERSOALAN ini mungkin mudah untuk dijawab sekarang. Apatah lagi dalam keadaan kita baru sahaja selesai PRU13.

Parti Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka berjaya membentuk kerajaan bagi memerintah Malaysia buat penggal yang seterusnya. Namun, apakah kerajaan ini akan kekal buat selama-lamanya? Sudah pasti tidak. Tiba masanya ia akan tamat atau ditamatkan.

Tiba masanya ia akan berubah atau diubah. Sama ada kerajaan yang ada pada hari ini diubah dan diganti dengan parti lain yang menjadi kerajaan, atau pun ia akan hancur dan musnah bersama hancur dan musnahnya dunia ini.

Kerajaan ALLAH tetap teguh

Jadi, milik siapakah kerajaan pada hari ini? Persoalan ini perlu dijawab dengan jiwa yang penuh keinsafan. Mengiktiraf kekerdilan diri sebagai seorang hamba di hadapan Tuhan.

Menyedari tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi milik ALLAH. Mempercayai bahawa di sana adanya sebuah kerajaan yang jauh lebih hebat dan perkasa. Kerajaan tersebut tidak akan musnah kerana ia milik Yang Maha Gagah. Kerajaan tersebut akan terus kekal, kerana ia milik Yang Maha Kekal. Ia tetap berdiri teguh, di saat dunia telah hancur luluh.

Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Pada hari itu, tidak ada satu pun kerajaan yang kekal. Walaupun di dunia dahulu, mereka dianggap sebagai kerajaan yang kuat, stabil dan sukar digugat. Namun, apabila dunia sudah berakhir hayat, tidak akan ada yang terus berkuasa sampai ke akhirat. Ketika itu, akan ditanya "Milik siapakah kerajaan pada hari ini?". Sudah pasti, ia adalah milik ALLAH, Tuhan Yang Maha Perkasa.

Di dalam surah al-Mukmin atau dinamakan juga surah Ghafir, ayat 13-16, ALLAH SWT menjelaskan:

"Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaanNya) dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada ALLAH).

Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ibadat kepadaNya, sekali pun orang-orang kafir tidak menyukainya.

Dialah Yang Maha Tinggi darjatNya, Yang mempunyai 'arash, Yang mengutus Jibrail dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat).

Iaitu hari ketika mereka keluar (dari kubur), tiada suatu pun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi ALLAH. (Lalu ALLAH berfirman): MILIK SIAPAKAH KERAJAAN PADA HARI INI?!. Ia milik ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan".

Tidak ada manusia mampu mendabik dadaRead More / Baca Lagi >>

Safwan Anang out on bail.

Posted: 30 May 2013 08:45 PM PDT

Mengapa pemimpin BN tidak mahu isytihar harta?

Posted: 30 May 2013 08:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan saf baru kepimpinan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang telah menyempurnakan ikrar dan sumpah setia perkhidmatan di hadapan Sultan Selangor semalam.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga kepimpinan Exco Negeri Selangor yang baru dilantik bersama-sama dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku MB Selangor akan dapat meneruskan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini," ujar Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen yang telah dinyatakan MB Selangor untuk memastikan ketelusan pentadbiran beliau dengan meneruskan pengisytiharan harta termasuk penambahan harta semua Exco yang baru dilantik dan Exco sedia ada sebelum sidang Dun diadakan.

"Langkah ini adalah penerusan daripada tindakan yang pernah dilakukan semasa sesi awal pentadbiran PR memerintah Selangor selepas pilihanraya tahun 2008," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Read More / Baca Lagi >>

MP Umno: PRU13 dedah 'kelemahan ketara' BN

Posted: 30 May 2013 08:18 PM PDT

Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah mendedahkan "kelemahan ketara" dalam jentera BN, kata Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

NONEBercakap dalam satu forum pasca-PRU di Kuala Lumpur semalam, Nur Jazlan (kiri) mengakui bahawa Pakatan Rakyat menggunakan media sosial lebih baik daripada BN untuk menyampaikan mesej kempen mereka.

Pakatan menyampaikan mesej mereka lebih baik kerana adanya Internet, kata Nur Jazlan dalam forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.

Katanya, pada masa lalu, BN kalah di kawasan bandar sahaja tetapi sekarang ia juga kalah di kawasan pinggir bandar.

Oleh itu, katanya, amat perlu bagi BN untuk mengkaji semula strategi pilihan rayanya.

Beliau mengingatkan jika BN gagal untuk menukar strategi untuk menangani kelemahan tersebut, Malaysia akan terus menjadi negara berjurang.

Katanya, jurang bandar dan luar bandar akan terus membesar dan BN perlu merapatkan jurang tersebut.

Ribuan laporan polis penyelewengan PRU-13 di seluruh negara

Posted: 30 May 2013 08:14 PM PDT

Format_ReportKUALA LUMPUR, 31 MEI: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, ribuan laporan polis berhubung penyelewengan pilihan raya umum ke-13 telah dibuat di seluruh negara sebagai persediaan untuk memfailkan petisyen di mahkamah.
"Saya difahamkan laporan polis berkenaan penyelewengan pilihan raya di seluruh negara telah mencecah beberapa ribu," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata, KEADILAN turut dibantu puluhan sukarelawan yang terdiri daripada profesional antaranya peguam, auditor dan akauntan.
"Kita masih dalam proses mengumpul bahan bukti oleh saudara Wong Chen (ahli parlimen Kelana Jaya). KEADILAN juga sedang mendapatkan nasihat undang-undang," tambahnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Sivarasa memaklumkan, beliau sendiri akan mengetuai laporan polis  oleh anggota KEADILAN Cabang Subang melibatkan kawasannya di IPD Subang Jaya esok.
Terdahulu, pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengetuai pasukan 'Siasat PRU 13′ mendedahkan pelbagai penyelewengan pilihan raya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).
Antara penyelewengan yang berlaku ialah dakwat yang tidak kekal, kejadian lampu padam di Pusat Pengiraan Undi, kertas undi didalam peti melebihi undi yang dikeluarkan, pengundian berulang dan warga asing yang dibenarkan mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Harakah: Belum dijual, sudah dirampas

Posted: 30 May 2013 08:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas akhbar milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Harakah.
"DPPM menganggap tindakan KDN adalah suatu dendam politik kesumat Menteri Dalam Negeri ketika pasca PRU13 dan yang menjadi mangsa adalah akhbar milik PAS," ujar Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tinjauan DPPM mendapati dirampas kebanyakannya di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Justeru, katanya DPPM mempersoalkan syarat-syarat permit yang ketat, tidak rasional serta tidak praktikal oleh KDN dengan menghadkan jualan akhbar tersebut hanya untuk ahli parti dan dijual di premis parti sahaja.

"Sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah di dalam sistem demokrasi di negara ini, PAS berhak memiliki akhbarnya sendiri dan menjual akhbar miliknya di ruang terbuka tanpa sekatan," ujarnya.

Beliau menegaskan, Harakah bukan barang haram yang tidak boleh dijual, ia telah mendapat permit secara sah dari kerajaan dan milik parti yang sah dalam negara ini.

Selain itu, tambah beliau alasan KDN merampas akhbar ialah kononnya ia dijual di tempat terbuka.

Namun begitu, tambah beliau DPPM melihat tidak semestinya apabila ia dijual di tempat terbuka ia tidak boleh dibeli oleh ahli PAS.

Read More / Baca Lagi >>

Citing Kedah’s redelineation, DAP MP accuses EC of bias and gerrymandering

Posted: 30 May 2013 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 31 — A DAP MP today accused the Election Commission (EC) of bias towards the Barisan Nasional (BN) in the 2003 redelineation of constituencies in Kedah, claiming that the disparity in voter numbers in different seats there showed that the commission had ignored the "rural weightage" principle that it had held up in its defence.
The DAP's Ong Kian Ming singled out EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar, before further claiming that "gerrymandering" was done in Kedah where he alleged seat boundaries were redrawn to help BN's Umno win over rival PAS.
"The fact of the matter is that the Election Commission did not do their job in accordance with the law but was in fact heavily biased towards the BN during the 2003 redelineation exercise when Wan Ahmad was also the deputy chairman of the EC," the Serdang MP said in a statement, adding that this was "most obvious" in Kedah where no new seats were added in 2003.
Ong attacked the EC for allegedly violating the "rural weightage" principle where larger rural areas are allocated fewer voters while smaller urban seats have more voters.
"The Election Commission has tried to defend the disparity in the number of voters per seat by referring to the 'rural weightage' principle where rural areas, with poorer transportation networks and a larger area of coverage, should have a smaller number of voters compared to urban areas which are more compact and are more accessible.
"But in Kedah, during the 2003 redelineation exercise, this principle was clearly violated," said the DAP leader, who will head the party's parliamentary committee to study redelineation issues.
Ong (picture) said non-Malay voters were moved from BN's safe seats into PAS-held federal seats in Kedah, citing the shift of Alor Star voters to Kuala Kedah and Pokok Sena, and Merbok to Jerai. Padang Serai voters were also moved to Baling, he said.
"This blatant gerrymandering on the part of the Election Commission was obvious when we compared the number of voters and the area of coverage of these seats in 2003," Ong said, pointing to statistics on Kedah seats in 2003 and 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Mekanisme turun harga kereta....BN kata tak boleh turun sebelum PRU13...???

Posted: 30 May 2013 07:53 PM PDT


penurunan harga kereta SUSULAN manifesto BN dan PR yang menjanjikan penurunan harga kereta, pelbagai spekulasi dibuat selepas berakhirnya PRU13.

Setakat ini harga kereta diketahui tinggi. Harga terendah Honda City, umpamanya adalah RM83,219.50, Toyota Vios model 1300cc berharga RM72,417.50.

Bagi kereta buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua pula, harga yang ditawarkan adalah RM24,924.30 bagi model Perodua Viva 660cc.

Untuk Proton pula, harga terendah yang ditawarkan adalah model Saga FLX 1300cc iaitu RM35,333.65.

Harga ditawarkan ini sukar untuk dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah, terutama yang kos saraan hidup yang tinggi seperti mempunyai pendapatan kurang dari pada RM1500 sebulan.

Golongan muda juga antara yang terbeban akibat harga kenderaan yang tinggi kerana belum ada pendapatan stabil dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Sebelum PRU13, BN dan PR berjanji hendak turunkan harga kereta. Namun mekanisme yang mana antara BN dan PR yang lebih efektif?
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Penurunan harga kereta hingga 30 peratus tidak jejas...BN kata jejas sebelum PRU13...???

Posted: 30 May 2013 07:52 PM PDT


penurunan harga kereta SHAH ALAM - Penurunan harga kereta sehingga 30 peratus yang dicadangkan kerajaan tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Pakar ekonomi dari Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berpendapat, penurunan harga tersebut hanya melibatkan industri automotif.

Menurutnya, perkara itu boleh direalisasikan seawal-awalnya penghujung tahun ini atau selepas pembentangan bajet baru oleh kerajaan, yang juga dijadualkan hujung tahun ini.

"Isu turun harga amat penting untuk rakyat. Tetapi, ia perlukan penelitian dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

"Hasrat yang baik seperti ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Ia tiada kaitan dengan harga baru, hanya terlibat dengan cukai dan eksais," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, ekonomi negara akan bergerak seperti biasa kerana penurunan itu akan beri impak positif terhadap sektor lain seperti pengeluaran dan pembaikan kereta serta peluang kerja.

Read More / Baca Lagi >>

Angry at an unjust defeat, Pakatan has reasons to be hopeful - The Economist

Posted: 30 May 2013 07:33 PM PDT

In jail, Anwar Ibrahim read a lot of Shakespeare. To understand Malaysian politics, the opposition leader says, you have to know Macbeth, a tragedy of overweening political ambition. For the government, the ambition defacing the country's politics is that of Mr Anwar himself, to become Malaysia's prime minister. He had promised to retire if he lost the general election held on May 5th. "But we won," he says.
Angry at an unjust defeat, Pakatan has reasons to be hopeful - The EconomistThat is not how the government sees it. Though the opposition coalition which Mr Anwar leads, Pakatan Rakyat, got 51% of the votes, it won only 40% of the seats in parliament. Years of gerrymandering favour the Barisan Nasional coalition that has ruled Malaysia since independence in 1957. Mr Anwar also alleges outright electoral fraud. He has been leading protest rallies around the country against the "theft" of the election.
In his Sisyphean struggle to reach the peak of Malaysian politics, he has come close before. In the 1990s he was deputy prime minister and prospective leader of the government he was to turn against. For a moment in 1998 it seemed as if a people-power movement might sweep him to office. Instead, he spent six years in jail on charges of sodomy (later overturned). After the previous election, in 2008, he again seemed on the brink, claiming enough members of parliament were ready to defect from the government to give Pakatan a majority. It came to naught.
Election petitions and lawsuit against the EC
So, most likely, will his current campaign. Pakatan is to file petitions challenging the result in as many as 31 of the 222 constituencies. But this drawn-out process is not likely to overturn the result, and neither is a lawsuit against the election commission—for allegedly defrauding the nation by marking voters' fingers with "indelible" ink that soon rubbed off.
The rallies' purpose, admits a leader of Parti Islam Se-Malaysia (PAS), one of Pakatan's three components, is "to keep the torch alight". That is helped by anger at the arrest of three opposition leaders and a student activist under a sedition law the government had promised to repeal, and by raids on opposition newspapers.
No opposition leader wants the torch to light a conflagration on the streets in the hope of toppling the government in a Malaysian spring. Yet Mr Anwar argues that the rallies must continue nonetheless: "If we don't force them to change now," he says of the ruling coalition, "they will never change."
For all that, it seems likely that the protests will eventually peter out and that Pakatan will have to knuckle down to another stint in opposition. Whether the next election will be fairer is another matter. Two of the biggest injustices are unlikely to go. The media, except online, are slavishly pro-government. Constituency boundaries are to be redrawn this year. But the opposition trusts neither the election commission, which will propose changes, nor the government, which will approve them.
Umno wooing Anwar, Najib's secret deal
Read More / Baca Lagi >>

ENEMIES OF THE STATE: Who, us or yourself Taib Mahmud?

Posted: 30 May 2013 07:32 PM PDT

Sarawak Report is flattered to note that the Chief Minister regards our occasional observations on his management of the State of Sarawak as tantamount to a significant threat.
So much so, that he chose his post election speech to the State Assembly as a platform to rail against us and denounce this and our sister radio station Radio Free Sarawak effectively as enemies of the state.
ENEMIES OF THE STATE: Who, us or yourself Taib Mahmud?Radio Free Sarawak has just won a major world award from the International Press Institute as their 2013 Pioneer of Free Media, granted last week under the auspices of the King of Jordan in Amman.
So, what have we done to be vilified as enemies of the State of Sarawak?
What did we do?
Have we wantonly plundered and destroyed Sarawak's forests and grabbed her lands in order to make ourselves, our family members and our key political henchmen obscenely rich, whilst leaving the people high and dry, poorer than ever?
We have not.
Have we handed over Sarawak's oil reserves to West Malaysia under an outrageous deal that only allows 5% of the revenues to return to help develop the state?
We have not.
Have we persistently robbed the public finances by grabbing nearly all available contracts for companies owned by ourselves, our proxies and henchmen, having first ludicrously inflated the costs in order to make sure we get a huge rake off?
We have not.
Have we subverted the basic liberties of the people of the state by undermining the democratic process, in particular by resisting the enfranchisement of groups who we know to be opposed to ourselves; exercising massive bribery during elections; allowing government representatives to threaten and cajole and in many cases plain cheat during polling?
We certainly have not.
Have we hijacked the media and prevented anyone else from offering an alternative viewpoint to what is convenient to us by withholding their licence or their ability to form any kind of society without our own permission?
No, we have not done any of these things.  Neither are we planning to lay our hands on what remains of Sarawak's coal and oil reserves or to dam up the state's rivers in a massive industrialisation programme using billions in foreign loans, which are being ploughed into companies owned by ourselves.
Nor have we forcefully alienated prime areas of urban land from its rightful owners at rock bottom prices, only to have them transferred into the hands of companies we own or control (CMS/ Kuching Isthmus and Naim Cendara/ Bintulu airport are just two examples of many).
All or any of the acts above would indeed qualify any group or individual as being an enemy of the State of Sarawak. However, the people working on Sarawak Report and Radio Free Sarawak have not made a penny out of the place or performed a single illegal act.
We leave it to anyone who exercises their right to read this blog to come to their own conclusions as to whether there might be some other person or entity, who might more rightfully be regarded as an enemy of the State of Sarawak?
Read More / Baca Lagi >>

Zulkifli Nordin digesa jangan campur urusan Pas

Posted: 30 May 2013 07:23 PM PDT


Hu Pang Chaw KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan.

Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR).

"Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan.

"Biarkan ahli parti menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu.

Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan
Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pas Terengganu masih pertikai tiada Exco agama

Posted: 30 May 2013 07:20 PM PDT


KUALA TERENGGANU – Wakil rakyat Pas masih lagi mempertikaikan portfolio agama yang tidak diwujudkan secara khusus dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri baru dibentuk baru-baru ini.
Pas Terengganu masih pertikai tiada Exco agama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah turut membandingkan perkara itu dengan Pulau Pinang yang ditadbir DAP tetapi mengekalkan Exco agama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

"Di Pulau Pinang, DAP perintah tetapi ada Exco agama Islam tetapi di Terengganu yang ditadbir Umno BN, macam mana boleh tidak ada Exco tersebut," katanya ketika berceramah di Dataran Kuala Ibai, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian 14 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menolak dakwaan bahawa Kerajaan Negeri tidak mengutamakan agama Islam hanya disebabkan tiada portfolio agama yang khusus diwujudkan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri pada penggal ini sebelum ini.

Ahmad berkata, agama Islam kini adalah di bawah pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang diketuai Ketua Agama negeri, Sultan Terengganu.

Beliau juga berkata bahawa pihaknya bukan suka-suka untuk tidak mewujudkan portfolio tersebut dan bukan mengetepikan soal agama, selain meminta ia tidak dijadikan spekulasi pihak tertentu.

Sementara itu, Raja Bahrin yang turut memperjuangkan isu Pasar Besar Kedai Payang turut mempertikai keputusan Kerajaan Negeri untuk merobohkan pasar tersebut yang menjadi ikon negeri Terengganu.

Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah’s ejection from state ‘big mistake’, says Sabah BN MP

Posted: 30 May 2013 06:44 PM PDT


Bung Moktar said he could not understand why Nurul Izzah was not allowed to enter Sabah.KUALA LUMPUR, May 31 — PKR vice-president Nurul Izzah Anwar's deportation from Sabah yesterday is a "disaster" and a "big mistake", Umno's Kinabatangan MP Datuk Bung Moktar Radin said last night.
Penampang MP Darell Leiking from PKR also criticised the barring of the Lembah Pantai lawmaker's entry into Sabah, saying that it had "hurt our state's reputation as hosts".
"I believe this is a big mistake… and it needs to be corrected," Bung Moktar tweeted on his @MyKinabatangan Twitter handle, tagging Nurul Izzah and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in his tweet yesterday.
"I don't understand why Nurul was not allowed to enter Sabah. If it's true, then this is a mistake and a disaster," added the Umno supreme council member.
Nurul Izzah was denied entry into Sabah upon arriving in Kota Kinabalu yesterday evening.
Darell pointed out that Nurul Izzah had come to Sabah to celebrate Pesta Kaamatan, or the Harvest Festival, in her personal capacity.
"Why is it that Malaysians joining a festive celebration with fellow Malaysians, especially the Kadazans in Sabah, now a reason for denial of entry?" said Darell in a statement late last night.
Darell said the Sabah government had the right to bar anyone from entering the state, but stressed that the right should not be abused.
"I challenge the chief minister and the state Cabinet to explain to the people of Sabah and Malaysia as a whole why this act transpired," he said.
Another PKR vice-president, Chua Tian Chang, was similarly barred last April from entering Sabah.

Safwan Anang dibebaskan hari ini, mahasiswa serah memo ke KDN

Posted: 30 May 2013 06:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.
"Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh," kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan.
Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik.
Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.
Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.
Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.
Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.
"Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau," katanya kepada Keadilandaily.

Bung Mokhtar: Halau Nurul Izzah dari Sabah satu ‘kesilapan besar’

Posted: 30 May 2013 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai adalah "bencana" dan "kesilapan besar", kata ahli Parlimen (MP) Umno Datuk Bung Mokhtar Radin malam tadi.
MP Penampang Darell Leiking dari PKR juga mengkritik halangan masuk MP Lembah Pantai itu ke Sabah, mengatakan ia telah mencemarkan "reputasi negeri sebagai tuan rumah".
"Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan," kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut  akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.
"Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka," tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.
Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

GST hanya tidak terlaksana tempoh terdekat?

Posted: 30 May 2013 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mengundinya dengan memaksakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh terdekat menambahkan lagi rasa terdera rakyat di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat maknanya GST tetap akan dilaksanakan juga.

"Ertinya kerajaan tetap mempunyai niat untuk mendera dan menghukum rakyat dengan GST.

"Rakyat tentulah merasa semakin terdera dengan kenyataan kerajaan yang berkeras hendak melaksanakan GST itu walaupun kononnya bukan dalam waktu terdekat," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, amat malang bagi rakyat kerana GST akan dipaksakan ketika pendapatan mereka tidak meningkat.

"Isunya sekarang bukan soal berapa peratus cukai GST itu, isunya pendapatan rakyat tidak bertambah tetapi beban mereka pula yang akan bertambah," kata Mahfuz.

Beliau berkata, ketika kerajaan tidak pernah menafikan akan menaikkan harga minyak dan pelbagai tarif lain bila-bila masa sahaja selepas pilihan raya umum yang lalu, harga barangan pasti akan naik dan naik lagi apabila kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan perlu.

"Dengan kenaikan harga barang dan ditambah pula dengan bebanan GST, ia pasti akan sangat mendera dan menghukum rakyat termasuklah yang mengundi BN dalam pilihan raya yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS

Posted: 30 May 2013 06:23 PM PDT


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda

Posted: 30 May 2013 06:22 PM PDT


KUALA LUMPUR: MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya.

Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub.

Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.

"Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya.

Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.
Read More / Baca Lagi >>

The swing was against BN, not the Malays

Posted: 30 May 2013 06:18 PM PDT

Using simple mathematics, one would realise that out of the 51% popular votes garnered by Pakatan Rakyat, the majority of it were from the Malays.

By Nicole Tan Lee Koon
I had an interesting banter with my friends recently. Many of my them were above 55-years-old. Not by choice though. You see, most of my peers are not based in Seremban.
I shall not name these friends of mine but let me tell you that they are both professionals and semi-retired. These people are working just to kill time.
One of the gentlemen commented to me that there is a huge gap between the Chinese and Malays now after the GE13.
The other gentleman agreed and asked me: "Where do we go from here now?" I then asked them what made them feel this way.
One of them then said that a senior top official of Malay ethnicity told him that the Chinese are ungrateful for accepting all the BR1Ms and eating at all the BN-organised dinners, and yet voted against the BN.
I immediately said that BN does not represent the Malays. Why are they equating "not supporting BN" with "not supporting the Malays"?
They went on to say that the Malay top official also said that the Chinese who constitute 26% of Malaysia's population controls 60% of Malaysia's economy.
[This figure is inaccurate as the latest report suggests that the Chinese now constitute 23% of the population in Malaysia.]
I then asked for the source of that contention and gave them Dr Lim Teck Ghee's findings (five years ago) that the Malays now control more than 45% Malaysia's economy.
Then these gentlemen friends of mine said that if the Chinese stopped doing business, then Malaysia's whole economy would shut down.
It is just like saying if the Malays stopped doing business, then Malaysia's economy would be shut down as well. It won't be shut down totally, maybe the people would be inconvenienced.
Anyway, all this racial divide argument is in my opinion a smoke screen put up by Umno to create a racial divide in order to divide and rule.
Creating racial tension
Read More / Baca Lagi >>

S10 - Sedekah pahala Yasinan & Tahlilan kepada orang mati? - Dato Dr MAZA

Posted: 30 May 2013 04:51 PM PDT

S9. Lawan pemerintah jadi khawarij? - Dato' Dr MAZA

Posted: 30 May 2013 04:50 PM PDT

S8. Adakah perlu bermalam untuk qasar? - Dato Dr MAZA

Posted: 30 May 2013 04:48 PM PDT

Tiada ulasan: