RAKYAT MARHAEN |
- Pasca PRU13: Terus berhimpun, PR pertahan undi popular
- Saifuddin Nasution Dijadikan “Political Liaison” Selangor
- Mulakan kerja PRU 14 dari sekarang
- Gandingan Khalid-Zahid merosakkan demokrasi dan hak asasi, kata Lim Kit Siang
- Rakyat ke Dataran Merdeka jika pengerusi SPR & timbalan tak letak jawatan
- Pakatan Rakyat lawan persempadanan semula kawasan pilihan raya
- Anwar: Tribunal Rakyat hakimi penipuan PRU-13
- Tidak ada sebab untuk saya letak jawatan - TIimbalan SPR
- Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi - Zahid Hamidi
- Ridhuan Tee: Tutup dada pramugari, bukan serang Utusan
- Public will not buy IGP Khalid’s impartiality claim, says Kit Siang
- Pas jangka fail 20 petisyen PRU13
- Anwar : Najib, Umno-BN Yang Langgar Perjanjian Damai
- WSJ: Perjanjian sulit Anwar, Najib gagal.......
- Anwar Gesa Pengundi Buat Puluhan Ribu Laporan Polis Isu Penipuan Pilihan Raya
- Rafizi Ramli: Kita Akan Berjumpa Di Dataran Merdeka Selepas Ini
- Tipu PRU: PKR Punyai Bukti Laporan Polis Berkenaan Pegawai SPR Dikurung
- Rakyat suluh demokrasi Malaysia yang gelita di himpunan Black 505
- Sosma – Pengamal undang-undang berbeza pandangan
- KPN pertahan tangkapan walaupun tidak disenangi Pakatan..!!
- #Kongres Keadilan-9 : Zunar - Kartunis, Activis
- Nurul: SPR Tidak Akan Terlepas Dari Tindakan Undang-undang!
- Nurul Izzah: Tough Times Never Last But Tough People Do
- Tian Chua & Haris Ibrahim: Rakyat Adalah Hero Kerana Rakyat Tidak Lagi Takut
- Tipu Dakwat Kekal : Format Laporan Polis Oleh Pengundi Terhadap SPR
Pasca PRU13: Terus berhimpun, PR pertahan undi popular Posted: 26 May 2013 09:19 AM PDT SHAH ALAM – Penganalisis mendakwa tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang terus-menerus menganjurkan perhimpunan seperti di padang timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya semalam adalah untuk mengekalkan momentum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu. Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, momentum itu perlu dikekalkan bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa parti pembangkang mendapat undi popular itu perlu dipertahankan meskipun mereka tidak memperolehi jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Malah jelasnya penganjuran perhimpunan jalanan itu juga dipercayai bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan pengundi khususnya yang masih mentah dan tidak memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sekaligus cuba mensabotaj kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13. "Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada mereka seolah-olah kemenangan BN itu tidak tulen. "Mereka menolak kesalahan itu kerana berdasarkan undi popular yang mereka dapat. Itu fakta, saya tak nafikan, undi popular mereka dapat tetapi faktanya ialah bahawa kita memilih kerajaan berdasarkan jumlah kerusi, bukan berdasarkan jumlah undi popular," katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau menjelaskan, Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya perwakilan bernisbah atau "Proportional Representation" yang mengambil kira undi popular sebaliknya negara ini menggunakan sistem majoriti mudah atau "First-Past-The-Post voting." "Sebab itu undi popular PR tinggi kerana mereka menang di kawasan penduduk ramai tapi kerusi sikit. "BN pula menang di kawasan di mana kerusi banyak tapi pengundi sikit. Itulah faktanya, kalau ia diterima, maka tak sepatutnya sesiapa mempertikaikan keputusan pilihan raya kita. "Sebenarnya sejak dulu lagi pembangkang dapat lebih, tapi jumlah kerusi tak sama dengan undi popular, sejak 1959 lagi kalau kita tengok tak pernah undi popular sama dengan jumlah kerusi baik BN mahupun pembangkang. "Kenapa sekarang nak dipertaikaikan, dulu lagi pun macam itu juga, sudah 12 pilihan raya, undi popular tak pernah sama dengan jumlah kerusi, kenapa tak pernah pertikaikan dulu," tegasnya yang mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang acap kali mempertikaikan keputusan PRU13. Oleh kerana itu tegasnya pemimpin pembangkang perlulah menerima kekalahan mereka dengan menunjukkan sikap "gentleman" dan mengucapkan tahniah kepada BN sebagai mengakui kemenangan parti perikatan itu tanpa perlu mempertikaikan pilihan rakyat sebagai pemerintah yang sah. "Itu cara "gentleman" tapi di Malaysia, pihak yang kalah itu tak mahu ucap tahniah sebaliknya mendakwa mereka yang menang. "Rakyat suatu hari akan matang dan sekarang pun ramai yang semakin matang," katalnya. |
Saifuddin Nasution Dijadikan “Political Liaison” Selangor Posted: 26 May 2013 09:17 AM PDT PETALING JAYA 26 MEI : Satu jawatan baru akan ditubuhkan dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang akan menjadi 'political liaison' atau pegawai perhubungan politik. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan ke 9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam. Katanya, jawatan itu akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan "political liaison" yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat ini. "Lantikan ini adalah bagi memperkasa pentadbiran Selangor bagi penggal kedua. Penubuhan political liaison ini dibuat bagi menterjemahkan asas perjuangan parti dalam bentuk pelaksanaan politik yang tidak terlalu rigid (ketat)," katanya. Jelasnya, jawatan itu juga bagi melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan program yang melibatkan parti Pakatan, dan proses pelantikan Saifuddin itu akan diserahkan kepada Khalid untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Sementara itu, Abdul Khalid menyambut baik perlantikan Saifuddin itu kerana jawatan itu akan menguruskan hal ehwal politik dalam negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Mulakan kerja PRU 14 dari sekarang Posted: 26 May 2013 09:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan pemuda PAS di semua peringkat agar menyusun jentera daripada sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Pengarahnya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, gerak kerja PAS bukan hanya di musim pilihanraya sahaja sebaliknya sentiasa berjalan tidak kira masa dan keadaan. Jelas beliau, jentera perlu membuat 'post moterm' keputusan pilihanraya lalu dan mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam gerak kerja seterusnya mencari formula untuk penambahbaikan. "Jentera harus mengkaji kekurangan yang ada, misalnya sokongan melayu masih tidak begitu memuaskan dan kita harus nilai kenapa perkara itu berlaku. "Kita harus cari formula untuk memperbaiki kelemahan itu dan perlu digerakkan daripada sekarang, jangan tunggu di saat hampir pilihanraya nanti," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Bendahari Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, jentera harus fokus kepada pendaftaran pengundi baru yang akan mengundi buat kali pertama dalam PRU14 nanti. Katanya, ianya sangat penting bagi memastikan golongan muda akan bersama serta mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. "BN mengakui kurang mendapat sokongan kepada orang muda yang celik maklumat dalam PRU13 lalu, ianya sudah semestinya semakin parah apabila lebih ramai golongan itu akan mengundi dalam PRU14 nanti. "Justeru jentera harus lebih dominan mendaftarkan pengundi baru sejak daripada awal lagi bagi mengelak berlakunya kelewatan pendaftaran seperti yang terjadi dalam PRU13 lalu menyebabkan pengundi muda yang menyokong kita (Pakatan Rakyat) gagal undi mengundi," ujarnya. |
Gandingan Khalid-Zahid merosakkan demokrasi dan hak asasi, kata Lim Kit Siang Posted: 26 May 2013 09:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mei — Keangkuhan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini. Lim menyifatkan tindakan kuku besi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara (KPN), Khalid baru-baru ini selepas penahanan aktivis mahasisiwa Adam Adli Abdul Halim dan tiga lagi individu selepas itu sebagai cubaan membawa era pemerintahan autokratik alam "Mahathir". "Terima kasih kepada Ahmad Zahid dan Khalid kerana mereka telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang zaman buruk dibawah Mahathir dimana semua institusi dan badan dalam negara digunakan untuk satu objektif - melanggar semua hak demokratik dan asasi manusia rakyat Malaysia semata-mata untuk melindungi regim politik," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan semasa ucapannya pada satu program di Nusajaya hari ini. "Gandingan KPN paling kuat 'berpolitik' dan Menteri Dalam Negeri paling kuat 'berpolitik' akan mengembangkan racun kepada demokrasi dan hak asasi manusia," tambah penasihat DAP itu lagi. Menurut Lim lagi, kedua-dua individu paling berkuasa tersebut hanya sibuk "berpolitik" tetapi sehingga kini masih belum memberi komitmen dan kaedah untuk menangani masalah jenayah yang berleluasa. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat ke Dataran Merdeka jika pengerusi SPR & timbalan tak letak jawatan Posted: 26 May 2013 09:12 AM PDT PETALING JAYA, 26 MEI: Rakyat akan turun ke Dataran Merdeka sekiranya pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih tidak meletakkan jawatan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Tegas Rafizi, rakyat Malaysia berhak menolak kepimpinan SPR yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya mengedalikan pilihan raya yang bersih dan bebas. "Saya nak ingatkan SPR. Kamu dibayar untuk berkhidmat kepada rakyat. Kamu angkat sumpah akan pastikan kewibawaan SPR supaya rakyat yakin proses pilihan raya. "Tapi bila SPR tipu dan gagal, maka pegawai tertinggi SPR telah melanggar sumpah mereka, mengkhinati Perlembagaan. Bila khianat kepada amanah, maka halall untuk kita lawan dan jatuhkan mereka. "Tunggu isyarat seterusnya. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh Najib dan SPR. Boleh atau tidak saudara saudari?, kata Rafizi disambut teriakan 'Boleh' oleh puluhan ribu hadirin di himpunan Suara Rakyat Black 505, semalam. Kata Rafizi, dalam tempoh dua minggu ribuan laporan polis akan dibuat diseluruh negara, manakala bukti penyelewengan dan salah laku akan diserahkan kepada SPR untuk dijawab. "Dalam masa dua minggu, kita akan bawa laporan polis dan letak di depan muka Wan Ahmad. "Bermula minggu depan kita akan fail petiseyn di 29 kerusi (parlimen dan dedahkan penyelewengan," kata Rafizi disambut tiupan vuvuzela dan wisel. Letak jawatan di SPR dan masuk politik Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan Rakyat lawan persempadanan semula kawasan pilihan raya Posted: 26 May 2013 09:11 AM PDT PETALING JAYA, 26 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bertegas, Pakatan Rakyat akan menentang sebarang percubaan Umno-BN untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya. "Sebaik mereka ada masa, mereka akan panggil sidang parlimen. Mereka akan lakukan proses persempadanan semula. Mereka boleh pecahkan parlimen Sungai Besar kepada dua kawasan. Atau cantunkan (parlimen) Ampang dan Pandan. "Mereka nak kurangkan majoriti dan memastikan BN terus menang," kata Nurul Izzah di himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, semalam. Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia dan penyokong Pakatan Rakyat memberi tekanan menghalang percubaan Umno-BN menggunakan Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula dibuat. Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dalam kajiannya mendedahkan, secara purata mendapat undi popular sehingga 60 peratus setiap kali selepas persempadanan semula dilakukan. "Kita nak kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kita nak pastikan rakyat turut serta beri tekanan habis-habsan. Kita takkan benarkan mereka ubah sempadan bagi memenangkan BN. Kalau mereka hendak tipu, kita akan lawan mereka," tegas Nurul Izzah. Berikan lesen akhbar Utusan Rakyat Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Tribunal Rakyat hakimi penipuan PRU-13 Posted: 26 May 2013 09:10 AM PDT PETALING JAYA, 26 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menyokong langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menubuhkan Tribunal Rakyat bagi menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13. "Bersih akan adakan Tribunal Rakyat. Ini medan yang sah. Ratusan ribu rakyat akan beratur bagi keterangan (penipuan pilihan raya)," kata Anwar di hadapan lebih 50,000 hadirin yang membanjiri himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, malam tadi. Kata Anwar, walaupun Pakatan Rakyat sudah masak dengan sikap mahkamah di Malaysia, namun tetap menggunakan saluran undang-undang bagi membongkar penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "Kita ada banyak pengalaman dengan mahkamah. Tetapi, kita tetap patuh kepada peraturan, undang-undang dan perlembagaan. "Kita takkan menyerah. Barisan peguam akan kumpul maklumat. Apakah mahkamah nak selesaikan masalah kita? Kita lebih yakin dengan mahkamah rakyat," katanya disambut sorakan hadirin. Tegas Anwar, dengan segala tipu helah termasuk membawa masuk pengundi asing, monopoli media dan penipuan dakwat kekal, Umno-BN hanya mampu meraih sokongan 47 peratus pengundi. Beliau menyeru agar pengundi yang yang tertanggal dakwat kekal membuat laporan polis membuat laporan polis dan menyerahkan salinan kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah kelak. Read More / Baca Lagi >> |
Tidak ada sebab untuk saya letak jawatan - TIimbalan SPR Posted: 26 May 2013 03:07 AM PDT |
Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi - Zahid Hamidi Posted: 26 May 2013 02:59 AM PDT BAGAN DATOH- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. "Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. |
Ridhuan Tee: Tutup dada pramugari, bukan serang Utusan Posted: 26 May 2013 02:56 AM PDT Seorang penulis pojok akhbar Mingguan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah menyarankan agar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia lebih menumpukan kepada usaha untuk menyediakan pakaian sopan kepada pramugari wanitanya dan bukan menyerang akhbar milik Umno itu. Read More / Baca Lagi >>Tee dalam tulisannya hari ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani yang menyata ras meluatnya ke atas pendirian pengarang Utusan. Tee menasihatkan Azran agar "jangan menjadi terlalul liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu". "Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. "Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu," katanya dalam tulisan tersebut. Tee juga berkata beliau "muak" dengan layanan AirAsia ke atas pengerusi kumpulan Virgin Richard Branson dalam satu majlis. |
Public will not buy IGP Khalid’s impartiality claim, says Kit Siang Posted: 26 May 2013 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR, May 26 – Lim Kit Siang pre-empted disbelief among Malaysians today to Tan Sri Khalid Abu Bakar's claim that the police would be impartial when punishing law-breakers, accusing the newly-minted Inspector-General of Police (IGP) of having "denial syndrome". In a statement slamming the widespread crackdown on opposition supporters, the DAP adviser (picture) said that even in his first week of the job as IGP, Khalid has already earned himself a "dubious reputation" for being overly political. Lumping Khalid in the same category as newly-minted Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim said combined, the duo would concoct a "toxic brew" for democracy that would eventually lead to the end of the current Barisan Nasional (BN) regime. "Does Khalid really think his claim that the police will act without fear or favour against all law-breakers, whether they are Umno/BN VVIPs or bigshots to be believed by the general Malaysian public? "If so, then the police leadership is suffering from a double malady – a grave public credibility gap as well as an equally serious denial syndrome," he said. Read More / Baca Lagi >> |
Pas jangka fail 20 petisyen PRU13 Posted: 26 May 2013 02:27 AM PDT Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Perak, Terengganu dan negeri lain. "Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Dilaporkan sekutu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen. Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu. Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38). - Bernama |
Anwar : Najib, Umno-BN Yang Langgar Perjanjian Damai Posted: 26 May 2013 02:19 AM PDT PETALING JAYA 26 MEI : Perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) didakwa dilanggar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dari awal lagi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan semasa berkempen, tiada kebebasan media dan proses pilihanraya yang tidak adil. Sebelum ini, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa satu perjanjian dibuat antara Anwar dan Najib dimana mereka memberi komitmen untuk tidak menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen. Perjanjian yang diatur oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla itu meminta agar Najib dan Anwar menerima sebarang keputusan pilihan raya. "Tidak perlu hendak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut. "Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
WSJ: Perjanjian sulit Anwar, Najib gagal....... Posted: 26 May 2013 02:16 AM PDT Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan. "Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata 'tidak, tidak, tidak, tidak," kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ. Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu. Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu. Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri. Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu terbatal melalui cara parti itu berkempen. "Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini," kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan. Laporan WSJ itu juga menyebut Anwar mendakwa Jusuf yang memulakan cadangan untuk mengadakan perjanjian itu, dan bukannya beliau sendiri. Penasihat Najib dilaporkan mengakui perjanjian itu dibuat dan menolak pandangan Anwar bahawa ianya terbatal semasa kempen, di mana kedua pihak menggunakan pelbagai serangan ke atas satu sama lain. "Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan perjanjian antara BN dan Pakatan Rakyat supaya kedua-dua pihak menerima keputusan PRU13, walaupun jika salah satu pihak menang dengan majoriti mudah. "Perdana Menteri mengulangi secara peribadi kepada Jusuf dan kepada rakyat sebelum PRU13 bahawa BN akan menghormati pilihan rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun jika pembangkang menang," menurut penasihat Najib seperti dilaporkan WSJ. Laporan itu juga menyebut Najib dan Anwar menolak bahagian dalam perjanjian sulit itu bagi memberikan pihak yang tewas peranan dalam apa yang disebut sebagai 'kerajaan perdamaian'. Menurut Jusuf, Anwar bertemu dengannya mengenai perjanjian itu, dua bulan lalu di rumahnya di Jakarta, Indonesia dan meminta Jusuf mendapatkan komitmen Najib untuk menerima keputusan pilihan raya dengan aman. Jusuf menjadi orang tengah untuk perjanjian damai bagi banyak konflik di Indonesia semasa menjadi naib presiden negara itu dari 2004 hingga 2009, selain memainkan peranan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka. Jusuf juga berkata, beliau bimbang semakin lama pertelingkahan antara dua pemimpin politik itu, semakin berpecah-belah penduduk Malaysia yang akhirnya mungkin menyebabkan keganasan. |
Anwar Gesa Pengundi Buat Puluhan Ribu Laporan Polis Isu Penipuan Pilihan Raya Posted: 26 May 2013 02:13 AM PDT PETALING JAYA, 26 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu membuat laporan polis berhubung penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya tersebut. Salinan laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat-pejabat PKR, PAS atau DAP yang berdekatan bagi membuktikan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu. Laporan yang dikumpulkan itu seterusnya akan digunakan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya. "Kita mahu puluhan ribu laporan polis, paling kurang tentang dakwat kekal. "Saudara, saya nak minta tiap orang yang mengundi yang hari pertama mengundi dakwat kekal dah pun hilang buat laporan polis. "Selain itu, pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang lain sudah mengundi menggunakan namanya juga kena buat laporan polis," ujar Anwar dalam ceramahnya di Kemuncak Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur AMcorp Mall di sini malam tadi. Anwar berkata lagi, sekurang-kurangnya terdapat 30 kerusi parlimen yang dipercayai dimenangi BN dengan cara penipuan dan penyelewengan pilihan raya. Selain itu, Anwar turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai bukti dan melihat sebarang penipuan pilihan raya turut berbuat demikian. Read More / Baca Lagi >> |
Rafizi Ramli: Kita Akan Berjumpa Di Dataran Merdeka Selepas Ini Posted: 26 May 2013 01:54 AM PDT |
Tipu PRU: PKR Punyai Bukti Laporan Polis Berkenaan Pegawai SPR Dikurung Posted: 26 May 2013 01:03 AM PDT PETALING JAYA 27 MEI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa mempunyai bukti laporan polis dibuat tentang dakwaan bahawa 24 orang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dikurung bagi memangkah kertas undi di kawasan Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke-13. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa terdapat satu laporan Polis yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkenaan kejadian itu. "Kejadian itu berlaku di Parlimen Besut dan laporan Polis itu sampai ke Pejabat PKR kerana kita membuka ruang untuk semua aduan untuk disampaikan. "Dan aduan laporan Polis itu menyebut secara terperinci nama petugas dan apa serta bila ia berlaku serta siapa yang melakukannya," kata Saifuddin Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa Kongres Nasional Keadilan Ke-9 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini semalam. Ujar Saifuddin, laporan itu jelas menyebut nama calon dari Barisan Nasional yang terlibat dalam kejadian itu. "Kami tidak mendedahkan nama calon BN itu, tetapi apa yang kami dedahkan kami memiliki salinan laporan Polis yang dibuat oleh pihak SPR mengenai kejadian yang membabitkan calon BN di Besut. Dakwa Saifuddin, petugas itu adalah salah seorang petugas SPR yang telah membuat laporan Polis mengenai perkara itu. Sebelum ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Idris Jusoh berhasrat menyaman PKR termasuk pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa 24 orang petugas SPR dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut. Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memperoleh 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor yang memperoleh 26,890 undi. Idris menang dengan majoriti 8,342 undi. |
Rakyat suluh demokrasi Malaysia yang gelita di himpunan Black 505 Posted: 26 May 2013 01:01 AM PDT PETALING JAYA, 26 MEI: Kerlipan ribuan lampu telefon bimbit dan nyalaan pemetik api, simbolik menyuluh demokrasi Malaysia yang gelita mengakhiri pesta Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, semalam. Meskipun kebanyakan hadirin terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dan hujan turun pada sebelah petangnya, namun tidak menghalang kehadiran lebih 50,000 rakyat di upacara kemuncak pesta Black 505 bagi membantah penipuan pilihan raya. Walaupun dihambat dengan tangkapan, ugutan dan provokasi dalam siri jelajah himpunan Black 505 sebelum ini, namun rakyat tidak gentar, malahan 'berpesta' meraikan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur yang hadir dari seluruh negara. Muqadimah acara dari sebelah petang dipanaskan dengan pembukaan ucapan oleh pimpinan mahasiswa, NGO dan artis. Masing-masing mengkritik sikap kerajaan dan SPR yang bersekongkol melakukan penyelewengan pilihan raya. Antara yang menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang, aktvis mahasiswa KS Bawani, selain artis Leman Raja Lawak dan pelakon Abby Abadi. Di atas padang, ribuan hadirin memakai pakaian hitam, tanda kematian demokrasi di Malaysia mengibar bendera parti Pakatan Rakyat dan negeri dari seluruh Malaysia Manakala, anak-anak muda turut menjadikan Himpunan Rakyat 505 sebagai kempen anti-perkauman bagi membalas propaganda jahat yang disebarkan media pro-BN dengan plakad, kain rentang dan slogan di baju-T mereka. Seperti mana kebiasaannya di program anjuran Pakatan Rakyat, penjaja kecil mengelilingi tapak program dengan dagangan mereka antaranya warung makanan, VCD ceramah, baju-T yang dibeli sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. Pentas semakin gamat sebaik nama penyanyi 'blues' ulung tanahair, Ito diundang naik ke pentas untuk menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' bersama-sama ribuan hadirin. Pengacara majlis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berterusan mengulangi tuntutan utama Himpunan Black 505. Read More / Baca Lagi >> |
Sosma – Pengamal undang-undang berbeza pandangan Posted: 26 May 2013 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mei — Hampir setahun selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dimansuhkan, soal sama ada undang-undang baharu itu menyediakan keseimbangan antara melindungi keselamatan negara dan hak asasi tertuduh terus diperbahaskan. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012. SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-lankah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berpendapat SOSMA tidak melanggar hak asasi tahanan di sisi undang-undang. Beliau berkata akta itu menyediakan ketetapan untuk polis segera memaklumkan kepada waris kadim iaitu anggota keluarga terdekat tahanan berhubung penahanannya dan membenarkan tahanan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya. Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan. Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan. Pegawai polis hendaklah dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu dan membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya. Mohd Hafarizam berkata: "ISA lebih tegas daripada segi tempoh (penahanan) yang lebih lama dan tahanan boleh ditahan tanpa perbicaraan". Read More / Baca Lagi >> |
KPN pertahan tangkapan walaupun tidak disenangi Pakatan..!! Posted: 26 May 2013 12:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mei — Pasukan polis sentiasa bertindak ke atas mereka melanggar undang-undang tanpa memihak, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika tangkapan besar-besaran baru-baru ini tidak disenangi oleh pemimpin dan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Khalid menolak kenyataan bahawa polis adalah agensi pro-kerajaan, ekoran tuduhan yang dilemparkan sebaik tangkapan pemimpin PR dibawah Akta Hasutan 1948, antaranya naib presiden PKR Chua Tian Chang dan pemimpin PAS, Tamrin Ghafar. "PDRM tidak pernah memihak dan pro sesiapa pun. Polis adalah sebuah badan yang cuma menguatkuasakan undang-undang yang dikeluarkan serta mengambil tindakan kepada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan. "Jika kita tidak bertindak, negara kita mungkin akan berhadapan dengan krisis ketenteraman awam sekali gus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk diduduki. Tidak kira siapa dan individu di pihak mana yang melanggar peraturan, kami akan tangkap," kata Khalid yang dipetik dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Semasa menangkis tuduhan pihak polis mengabaikan pencegahan jenayah kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan PR, Khalid menegaskan anggota polis yang ditempatkan dalam satu perhimpunan besar penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar. "Jangan ingat apabila kita menganjur perhimpunan tidak perlu anggota polis untuk mengawalnya. Oh...tidak perlu ini (polis) sebab ia akan aman dan polis boleh buat kerja lain, boleh pergi cegah jenayah. "Apa kata jika ada satu kumpulan lain pula yang bertentangan pandangan dan pendapat mengadakan perhimpunan sama dan berlakulah pertembungan. Jika berlaku pertembungan dan tidak ada pengadilnya (polis) apa akan jadi?" tegas Khalid lagi. Read More / Baca Lagi >> |
#Kongres Keadilan-9 : Zunar - Kartunis, Activis Posted: 26 May 2013 12:38 AM PDT |
Nurul: SPR Tidak Akan Terlepas Dari Tindakan Undang-undang! Posted: 25 May 2013 11:08 PM PDT |
Nurul Izzah: Tough Times Never Last But Tough People Do Posted: 25 May 2013 11:01 PM PDT |
Tian Chua & Haris Ibrahim: Rakyat Adalah Hero Kerana Rakyat Tidak Lagi Takut Posted: 25 May 2013 10:57 PM PDT |
Tipu Dakwat Kekal : Format Laporan Polis Oleh Pengundi Terhadap SPR Posted: 25 May 2013 10:52 PM PDT Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor _____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat. pengundian semasa saya keluar mengundi. Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________. Setelah pegawai SPR menyemak. dah mengesahkan identiti saya, mereka telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan. Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari. Walaubagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses undian. Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya. Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan