Selasa, 21 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pasca PRU13: PR tawan hampir semua ibu negeri

Posted: 21 May 2013 09:08 PM PDT


Tawan hampir semua ibu negeri
Suasana ketika PRU13 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya pada 5 Mei lalu. Orang ramai, termasuk warga emas, telah berkumpul sejak awal pagi lagi untuk membuang undi.
 
KEPUTUSAN PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan PR. Sementara BN menguasai 133 kerusi Parlimen, lebih 44 daripada pembangkang, analisisyang dibuat Sinar Harian mengenai pecahan undi menunjukkan dari segi undi popular bagi kerusi Parlimen pula, PR mendapat lebih 300,000 undi.

Bersandarkan kepada analisis itu, PR didapati mendominasi semua kawasan ibu negeri, kecuali di Kangar dan Johor Bahru, yang dikuasai BN.

Antara kawasan ibu negeri yang dimenangi PR adalah Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Tanjong, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

PR juga berjaya mengekalkan dominasi di Wilayah Persekutuan dengan memenangi sembilan daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. BN menang di kawasan Parlimen Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.

Bagi kerusi Parlimen Selangor pula, PR berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan pinggir bandar, iaitu di Petaling Jaya, Serdang, Ampang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai

Posted: 21 May 2013 09:07 PM PDT


Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia  "to create a more level playing field amongst trading nations." IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk "menyorokkan" dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya -  hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.

IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.

Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan.

Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

DAP sedia isytihar aset walaupun SPRM kurang kredibiliti

Posted: 21 May 2013 09:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Wakil rakyat daripada DAP bersedia untuk mengisytiharkan aset mereka sepertimana yang dicadangkan anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun badan pencegahan rasuah berkenaan menurut Tony Pua "kurang kredibiliti".
Tony Pua: SPRM tidak adil. — Gambar failMeskipun Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bersetuju dengan cadangan panel SPRM tersebut,  kerana menurutnya ia adalah langkah positif untuk "memastikan integriti, dan meningkatkan kepercayaan dan bagi mengekang gejala rasuah", beliau bagaimanapun menolak pengisytiharan tersebut dibuat hanya kepada SPRM sahaja.
Jelas Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, sejak lima tahun kebelakangan ini, SPRM juga tidak menyiasat dengan kompeten gejala rasuah "ikan jerung" dalam parti pemerintah.
"Lebih malang lagi, SPRM begitu tidak adil apabila mensasarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat. SPRM memburu di Selangor, merampas fail dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan menggledah pejabat kerajaan negeri tanpa bukti kukuh dengan harapan akan memperolehi bukti pelakuan rasuah atau salah guna kuasa," dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Panel dengan lapan anggota itu dalam kenyataannya semalam telah mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat pengisytiharan harta setiap tiga tahun kepada SPRM.
Langkah itu jelas mereka bagi memastikan komitmen mereka dalam perang menentang rasuah.
"Dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini maka keraguan terhadap pertambahan aset sepanjang mereka memegang jawatan dapat dihindari," kata panel berkenaan.
Pua bagaimanapun menegaskan kesemua wakil rakyat yang terpilih DAP telah menandatangani Akujanji Integriti pada 11 Mei 2013 ketika Persidangan Kebangsaan Wakil Rakyat yang Terpilih, yang katanya turut memasukkan kluasa "pengisytiharan aset kepada umum sebaik sahaja dilantik ke jawatan eksekutif kerajaan" sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

Posted: 21 May 2013 09:02 PM PDT



 
Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: We Will Never Surrender

Posted: 21 May 2013 08:59 PM PDT

LENSA: HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT "BLACK 505" PERINGKAT NEGERI KEDAH

Posted: 21 May 2013 08:24 PM PDT


FULL: BLACKOUT 505 DI KEDAH

Posted: 21 May 2013 08:03 PM PDT

DARUL RUNTUH : KOLEKSI RUNTUHAN DI TERENGGANU SEMASA PEMERINTAHAN UMNO/BN!

Posted: 21 May 2013 07:59 PM PDT

Bermula dengan runtuhan Dewan Saidina Abu Bakar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang  pada 12hb April 2008 dan diikuti runtuhan paling tersohor iaitu pada 2hb Jun 2009, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Kuala Terengganu dan yang terbaru sekali 20hb Mei 2013, bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang.1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta


2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : "Semua buat silap" – Ahmad Said


3. Kolam Renang Batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta


4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta


5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009


6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta


7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta


8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa


9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina


11. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012


12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012


13.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012


14. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012


15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013


16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta

PAS: A big NO to Umno!

Posted: 21 May 2013 07:58 PM PDT

Some grassroots PAS members are in favour of PAS joining up with Umno but PAS leaders have firmly rejected this move.

Of all the three parties in Pakatan Rakyat, PAS has the least impressive performance in the 13th general election although they worked the hardest.
Their less than stellar performance could be attributed to the fact that they had to deal with the most challenging group of voters – the rural Malays who are lacking in truthful information and access to the internet and are solely dependent on the mainstream media.
Taking into account all these obstacles plus a few tactical blunders, it is to their credit that they still managed to win 21 parliamentary seats, two down from the 23 they obtained in 2008.
From the outsiders' point of view, the worst thing that could have happened to PAS was the defeat of its moderate faction leaders in the parliament seats.
Those who lost were PAS deputy president, Mohamd Sabu who lost in Pendang, Kedah, vice-president Husam Musa who lost in Putrajaya, another vice-president Salahuddin Ayub who lost in Pulai, Johor and Dzulkefly Ahmad who did not manage to defend his Kuala Selangor seat.
Dzulkefly is widely regarded as chief of the moderate faction and his lost is a great blow to this group. However, he holds the post of PAS Research Director and this means that he still has got some clout.
It is a known fact that PAS spiritual advisor, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat values Dzulkefly's opinion. He and Salahuddin will be in charge of conducting a post-mortem to analyse PAS' performance in the hustings.
With Dzulkefly's loss, it now looks like Khalid Samad, who successfully defended his Shah Alam seat, will have to lead the moderates.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN sengaja cetus api perkauman

Posted: 21 May 2013 07:57 PM PDT

Umno-BN cuba mengheret Pakatan Rakyat dengan sentimen perkauman. Api itu ditiup untuk menutup kelemahan BN, setelah prestasinya merudum teruk. Ikuti pandangan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr Mujahid Yusof berkenaan hal ini, Dr Mujahid Yusof ketika diwawancara wartawan kanan AZIZ MUDA pada 16 Mei lalu.

WARTAWAN: Sebagai parti Islam, PAS menolak dasar perkauman. Boleh Dato' jelaskan sedikit tentang dasar ini?
DATO' DR MUJAHID YUSOF: Sebagai parti Islam, memang menjadi dasar PAS meletakkan Islam asas perjuangan dan menolak segala bentuk dasar perkauman sempit. Saya terpaksa sebut perkauman sempit kerana itulah asabiyah yang sebenarnya dan itulah yang disebut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dengan asabiyah.
Islam melarang umatnya berjuang atas dasar asabiyah.
Asobiyah seperti yang disebut dalam Islam maknanya bukan perkauman biasa, tetapi perkauman yang sempit. Kalau dalam maksud perkauman biasa, itu tidak dilarang dalam Islam kerana ia bermakna – kalau saya orang Melayu, saya akan cinta dan kasih kepada bangsa saya sedikit, begitulah juga dengan orang Cina dan India akan cinta dan kasih kepada bangsanya sedikit. Itu perkara biasa.
Sebaliknya yang dilarang dalam Islam seperti yang disebut oleh Nabi (Rasulullah s.a.w.) dengan asabiyah itu adalah perkauman sempit, iaitu melihat orang lain dengan mata atau pandangan yang prejudis, melihat orang lain dengan permusuhan, saling tidak mempercayai dengan bangsa-bangsa atau kaum-kaum lain. Inilah yang bahayanya perkauman sempit kerana bangsa lain akan dilihat tiada hak, sehingga menyebabkan tiada keadilan dan tiada kemanusiaan.
Kedudukan sebenar asabiyah dalam Islam?
Asobiyah itu adalah satu istilah yang dipakai oleh Nabi. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak di kalangan aku mereka yang berjuang atas asabiyah dan tidak di kalangan aku mereka yang mati atas perjuangan asabiyah".
Kita faham daripada situ melalui apa yang Nabi tunjukkan itu yang dikatakan asabiyah itu adalah perkauman sempit atau kini dalam kajian sosial disebut racism. Asas fahaman racism ini segala sesuatu yang dibuat itu dalam konsep dasar.
Jadi kalau dalam politik, ia akan dirasionalkan atas kepentingan bangsa, kaum, puak dan menggadaikan prinsipprinsip keadilan, kemanusiaan dan mempertahankan hak.
Itulah yang kita faham daripada ungkapan Nabi yang Nabi tunjukkan tentang asabiyah itu.
Kalau Melayu bela kaum Melayu dan pembelaan itu atas hak, atas keadilan kerana kaum itu dirampas hak dia dan pembelaan itu atas manusiawi, itu bukan asobiyah. Begitulah atas fahaman yang sama, Melayu juga dituntut membela kaum lain kalau kaum itu dirampas hak dia, kalau kaum itu dizalimi dan ditindas.
Apa peranan slogan PAS for All pula dalam konteks ini?
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Bangkit: Penangan Adam Adli...

Posted: 21 May 2013 07:56 PM PDT

SHAH ALAM - Susulan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan, dunia siber malam tadi seolah-olah "dibanjiri" dokongan tidak berbelah bahagi kepada anak muda ini.

Tidak cukup kata-kata semangat di laman sosial Facebook, Twitter, blog, malah ribuan dari pelusuk tanah air, tanpa mengira kaum, berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang dan di beberapa lokasi lain bagi memberi sokongan kepada Adam Adli.

Nyalaan lilin dilakukan sebagai simbolik kepada bantahan penahanan Adam Adli.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis masyarakat juga terus mengecam di laman sosial masing-masing, mendakwa penahanan Adam Adli sebagai bersifat terpilih dan zalim.

"Najib janji mansuh Akta Hasutan tapi kini tahan pemimpin Mahasiswa Adam Adli disiasat bawah Akta itu. 1 lagi BN tipu," tulis pemimpin DAP, Nga Kor ming menerusi laman mikro Twitter miliknya malam tadi.

Sementara A. Samad Said pula menerusi laman sosial sama menulis, "semakin lama Adam diperam, semakin gema jerit melawan".

Selain itu difahamkan, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berkumpul di hadapan balai yang menempatkan Adam Adli sebagai tanda solidariti kepada pemuda itu.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil Pakatan akan gunakan kekuatan parlimen untuk sekat persempadanan semula yang tidak adil

Posted: 21 May 2013 07:53 PM PDT

Rafizi Ramli: PR akan berjuang habis-habisan bagi memastikan pengundi lebih adil. — Gambar failKUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

"Akan tetapi jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

"Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan kami ke kerusi lain."

Akan tetapi pengarah strategi PKR itu mengatakan kali ini persempadanan semula akan melibatkan penambahan dalam bilangan kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan hadiri perhimpunan Kedah, Mahfuz beri amaran kepada BN jangan cari pasal

Posted: 21 May 2013 07:52 PM PDT


ALOR STAR, 22 Mei — Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).
Mahfuz (gambar) menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.
"Saya nasihatkan Zahid untuk menerima majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat dan jangan mulakan perang dengan rakyat. Jadi rasional," kata naib presiden PAS dan ahli Parlimen Pokok Sena itu dilaporkan berkata dalam laporan media.
"Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat," tambah Mahfuz.
Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.
Mukhriz, anak bongsu perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan kebenaran untuk PAS menggunakan stadium bagi perhimpunan Black 505 malam tadi.

Pasca PRU13: Semua tahu undi popular tak ubah apa-apa

Posted: 21 May 2013 07:50 PM PDT


SEMUA tahu bahawa undi popular yang menjadi isu panas tidak akan memberi apa-apa makna selagi pihak yang dapat undi popular itu gagal memperolehi majoriti di Parlimen dan di Dun.
Sistem pilihan raya yang terpakai di negara kita, adalah mengikut model demokrasi Westmenster Abbey di Britian iaitu yang berkuasa ialah yang mendapat kerusi terbanyak di dewan permesyuaratan, bukan yang mendapat undi terbanyak pada keseluruhannya.

Lainlah seperti sistem di Amerika dan lain-lain negara Eropah, undi popular itu membantu mendapat kuasa sekalipun kerusinya sikit.

Sistem kita tidak boleh diubah selagi perlembagaan tidak dipinda dan pindaan perlembagaan pula memerlukan undi dua pertiga. Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat majoriti mudah, tetapi tidak dapat majoriti dua pertiga, sistem itu  tidak dapat diubah.

Keputusan PRU13 yang diakui oleh SPR jelas undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dicampur undi yang diberi kepada calon yang menentang BN kecuali undi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas, maka undi popular bagi pembangkang itu bertambah.

Bukan pertama kali dalam sejarah pilihanraya di negara kita pembangkang memenangi undi popular. Dalam PRU 1969 untuk Dun Terengganu, PAS memenangi undi popular tetapi Perikatan mendapat  majoriti kerusi. Yang menjadi Menteri Besar ialah Tan Sri Ibrahim Fikri dari Perikatan.

Read More / Baca Lagi >>

'Kabinet Najib sikit atas dari Ahmad Nisfu'

Posted: 21 May 2013 07:49 PM PDT

ALOR SETAR: PAS menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib Razak yang dibentuk dengan undi popular 47 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, bukan sahaja kabinet minoriti tetapi juga mirip 'kabinet Ahmad Nisfu' dalam cerita Tiga Abdul yang turut dibintangi Allahyarham P.Ramlee.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh hal yang demikian, Najib dan menteri-menteri kabinetnya perlu sedar, jangan terlalu berlagak atau angkuh dengan kuasa yang mereka ada kerana majoriti rakyat bukan lagi bersama BN.

"Alhamdulillah kita dapat 52 peratus sokongan pada PRU13 lalu. Dia (BN) dapat 47 peratus sahaja. Ahmad Nisfu dan Saleh Kamil 20 percent, kabinet Najib ini kabinet 47 percent sikit atas pada Ahmad Nisfu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Selain mereka, turut hadir adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Ajak Mukhriz debat
Read More / Baca Lagi >>

Sampah sarap perkauman selepas PRU

Posted: 21 May 2013 07:49 PM PDT

PRU ke-13 telahpun berlalu. Yang tinggal hanya timbunan sampah saraf perkauman, yang di bawahnya kelihatan bara api yang sukar dipadamkan.

Ini adalah akibat daripada kemunduran cara berfikir pemimpin politik perkauman yang membakar semangat perkauman, terutama kepada rakyat di pedalaman ketika berkempen, malah selepas PRU juga.
Perkauman adalah sampah di sesebuah negara. Ia kotoran yang membunuh kemanusiaan, rasa kasih sayang, menanamkan kebencian antara satu kaum dengan kaum yang, membina perseteruan yang tajam.
Malangnya, api perkauman bermunculan di negara yang indah ini selepas PRU yang lalu dengan keadaan yang amat mengerikan.

Kenyataan demi kenyataan daripada pemimpin rasis dan mereka yang sealiran fikiran dengannya sangat dahsyat dan boleh menjejaskan kestabilan negara. Ia ditiupkan dengan kencang, apabila mereka menganggap keputusan PRU itu sebagai 'tsunami Cina' kerana BN kebanyakannya tewas di kawasan bandar dan semi bandar. Iaitu DAP menang di kawasan bandar, pada hal, begitu ramai pengundi Melayu di bandar turut mengundi Pakatan Rakyat.

Golongan perkauman ini bercakap, 'Apa lagi yang Cina Mahu', mengesyorkan supaya sekolah jenis kebangsaan dihapuskan, boikot barangan Cina dan pelbagai lagi kata-kata tajam yang memancarkan api perkauman yang mengerikan.

Kenyataan perkauman seumpama ini tidak mudah untuk dihentikan dan tidak ada siapa yang boleh menghentikan, walaupun agama Islam menentang perkauman dan menganggapnya haram. Hadis sahih Nabi SAW sendiri menyebut, "Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman)". Ini kenyataan yang sangat tegas dari Nabi SAW.
Read More / Baca Lagi >>

Oh, pak Mukhriz boleh, kita tak boleh - Mahfuz

Posted: 21 May 2013 07:47 PM PDT


ALOR SETAR: "Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.

Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.

Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, ayah Mukhriz itu telah menjelajah seluruh negara dengan ucapan yang menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Abdullah ketika itu.

"Oh, pak hang boleh, kita tak boleh. Pak dia kata Najib lebih teruk dari Pak Lah," ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Bagaimanapun, kata beliau, 'mulut' Mahathir telah ditutup apabila Najib memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz : Apa guna popular jika tiada keadilan

Posted: 21 May 2013 07:46 PM PDT


Nik Aziz
 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejayaan Umno memperoleh undi popular hasil salah guna jentera kerajaan selain ketidakadilan media arus perdana.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga tidak popular pada awalnya walaupun cuba mengembangkan Islam di Makkah.

"Pada saya, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Kebenaran tidak semestinya popular, bahkan Rasulullah SAW di Makkah tidak popular, tetapi tiba di Madinah, baginda terus jadi popular.

"Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno serta Barisan Nasional siang dan malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno," katanya, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung laporan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuk di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak: Akhirnya NAJIB senyap terus menggigil kepala lutut tak berani nak kata apa...!!!

Posted: 21 May 2013 07:46 PM PDT

KENYATAAN BUKAN REKAAN....
KM Sarawak pernah berjanji akan letak jawatan dalam tempoh 2 tahun selepas PRK Sarawak yang lalu...Najib pula berkata...percayalah kepada saya.. saya akan pastikan ianya di laksanakan...
Tarikh 2 tahun sudah pun hampir berlalu tapi Taib mahmud masih enggan turun takhta malahan lebih dahsyat naikkan gaji sendiri sampai 3 kali ganda dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.
Najib yang cakap besar berlagak hebat berkata beliau pantang tidak menunaikan janji.. akhirnya senyap terus menggigil kepala lutut tak berani nak kata apa.

Don't start a war with the people - PR warns Zahid, Mukhriz

Posted: 21 May 2013 07:44 PM PDT

Zahid should be arrested & charged - Mat Sabu

Posted: 21 May 2013 07:32 PM PDT

We will win back Kedah - Surendran

Posted: 21 May 2013 07:31 PM PDT

Anwar Ibrahim's speech at Kedah Black 505 - May 21, 2013

Posted: 21 May 2013 06:55 PM PDT

Darul Runtuh : Insiden bumbung masjid runtuh di Hulu Terengganu

Posted: 21 May 2013 08:53 AM PDT

Tipu PRU: SPR wujud pasukan semak masalah dakwat kekal yang tidak kekal

Posted: 21 May 2013 08:52 AM PDT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Off foг a ѕcan on my fіngers, сan bаrely
tуpe with this . Has аnyone ever trіed ρreѕsing the kеуs proρeгlу
ωіth а fractured fіngеr!

?.

My wеbsite :: fast pay day loans