Sabtu, 18 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Impian Najib Tawan Selangor Berkecai, Kisah Musang Yang Gagal Makan Anggur

Posted: 18 May 2013 07:39 AM PDT


Akhirnya BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Lebih pahit lagi, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat, demikian lapor harakahdaily.

Pemerhati berpendapat, Najib telah benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh Omar yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Tahan Adam Adli : Polis beri amaran jangan timbul kekecohan

Posted: 18 May 2013 07:37 AM PDT



Adam Adli Abdul Halim SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

DAP berjaya harungi kempen fitnah PRU-13

Posted: 18 May 2013 07:35 AM PDT

Oleh Mahdzir Ibrahim
KALI ini DAP bukan sahaja mendapat kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah, tetapi kejayaan ini diperoleh dalam suatu fenomena yang luar biasa iaitu ketika ia mendapat liputan terburuk dan paling meluas dalam media massa. Ini juga satu sejarah. 

Sejak tsunami politik 2008 (PRU12), musuh politik DAP iaitu Barisan Nasional (BN) gandingan UMNO, MCA dan Perkasa serta sekutu BN dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, telah memberi perhatian 'istimewa' kepada parti ini. Apabila Pulau Pinang berjaya diperintah Pakatan Rakyat yang diterajui DAP pada 2008, semakin tinggi minat BN untuk memulakan kempen buruknya ke atas DAP. Ia berlarutan sehingga pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.
Sepanjang lima tahun pentadbiran PR di Pulau Pinang, tiada langsung laporan yang baik yang disiar Utusan Malaysia, TV3, RTM dan semua media kawalan BN. Semuanya buruk, semuanya tidak kena. Seolah-olah, rakyat Pulau Pinang dan Selangor telah memilih kerajaan 'Komunis' lagaknya.
Hampir setiap minggu selama lima tahun kempen memburuk-burukan kerajaan PR, DAP dan Lim Guan Eng berjalan. Jika kita 'google' nama DAP di internet, pasti akan keluar segala macam tajuk berita yang sangat buruk. Itu kempen 'massa', belum masuk lagi kempen saraf menerusi rakaman video amatur, surat layang dan pelbagai lagi kempen bawah tanahnya. Inilah yang dikatakan sebagai kempen dahsyat yang dilakukan secara intensif oleh BN terhadap DAP.
Namun, dalam segala kempen hina, fitnah dan buruk ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP berjaya mengharunginya dengan tabah, sabar dan sukses sekali. Ini juga menjadi manifestasi kegagalan BN, ini juga menjadi indikasi bahawa rakyat sudah bijak dan tahu memilih dan menyaring maklumat.
Buktinya, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi DAP meningkat berbanding sebelumnya PRU-11 hanya 12 kerusi Parlimen, PRU-12, 27kerusi Parlimen dan PRU-13/38 kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

5 Mei 2013 adalah revolusi aman

Posted: 18 May 2013 07:35 AM PDT

Oleh ABU FIRDAUS
IA bukan reformasi, ia bukan transformasi, apa yang berlaku pada 5 Mei lalu adalah revolusi. Revolusi politik aman yang sedang mengubah bukan saja Malaysia malah boleh mempengaruhi suasana politik negara jiran juga.

Sememangnya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) masih melaungkan Reformasi, dan ia cuba dipintas dengan program Transformasi oleh Barisan Nasional tetapi yang berlaku ialah suatu revolusi aman melalui peti undi. Fenomena revolusi ini berlaku kerana DAP mengutarakan 'Middle Malaysia' menggantikan 'Malaysian Malaysia' dan PAS menetapkan Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam.
Gabungan mantap PAS dan DAP dengan berdiri di atas asas Reformasi KeADILan telah melahirkan revolusi aman politik Pakatan Rakyat.
Sememangnya sepanjang kempen PRU13, DAP sedikit pun tidak menyebut 'Middle Malaysia', malah banyak orang melihat parti itu tidak ada mengalami sebarang perubahan. 'Middle Malaysia' juga dilihat serupa saja dengan 'Malaysian Malaysia'.
Sebaliknya, apa yang dilancarkan oleh DAP ialah kempen Ubah yang sebelum ini digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kepada Ini Kalilah. Walaupun para pengkritiknya tentu mengatakan bahawa kedua-dua kempen itu telah gagal kerana DAP tidak berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak dan juga kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu berjaya memaut majoriti pengundi.
Perubahan telah berlaku. Kali inilah masanya. Inilah dia revolusi aman. Apabila dimaksudkan Ubah dan Ini Kalilah ia bukan saja ditujukan pada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi perubahan pada pemikiran rakyat, dan lebih penting lagi kepada DAP sendiri.
Jadi, DAP sudah berubah. Kali in DAP telah menerima persepakatan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti dalam pilihan raya umum 2008 apabila ia keluar daripada Barisan Alternatif.
Maka walaupun DAP tidak melaungkan 'Middle Malaysia', dari segi perbuatan, ia telah melaksanakannya. Ini adalah suatu revolusi. Begitu juga dengan PAS.
PAS tidak banyak menyebut Negara Berkebajikan semasa kempen tetapi parti itu di mana-mana menyatakan azam untuk menyertai kerajaan yang iltizamnya adalah urus tadbir baik.
Maka revolusi aman ini dapat berlaku apabila PAS dan DAP dapat bertemu di tengah-tengah, 'Middle Malaysia' dan Negara Berkebajikan diperkukuhkan dengan politik baru berasaskan Reformasi tajaan KeADILan.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO TETAP UMNO!!! Baru 2 minggu, Mukhriz dah mula tunjuk belang kuasa

Posted: 18 May 2013 07:34 AM PDT

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
  
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
  
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
    

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
  

Read More / Baca Lagi >>

Mengaku sajalah awak memang tak pandai

Posted: 18 May 2013 07:33 AM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

AGAK menghairankan di sebalik prestasi buruk BN di bawah kepimpinannya, Najib Tun Razak masih mahu berlagak seperti seorang profesor politik serba tahu. Terbaru beliau mengatakan pemimpin pembangkang adalah hipokrat kerana enggan menerima keputusan PRU13.


     Dalam konteks ini, tidak ada lebih tepat bagi mengulas kenyataan cetek Perdana Menteri yang pertama kali menjamah mandat pilihan raya umum (dibaca: tak semestinya mandat rakyat) setelah empat tahun memegang jawatan berkenaan melainkan maksud peribahasa Inggeris: "Apabila jari telunjuk dihalakan ke sesuatu pihak, empat jari lagi sebenarnya dihalakan pada diri sendiri."

     Sepatutnya dengan keintelektualan politik cukup terbatas, Najib tidak perlu membuat kenyataan kebudak-budakan. Budak-budak apabila cuba mempertahankan kemenangan mereka dengan cara mengelat biasanya akan memberikan gelaran dan ejekan kepada pihak yang kalah. Sekiranya keintelektualan politik Najib lebih sedikit daripada tahap purata, banyak cara dan kenyataan yang lebih mencerminkan seorang  berbudaya, berhemah dan paling penting seorang yang berjawatan Perdana Menteri.
    
Kalau dulu rakyat merasakan Abdullah Ahmad Badawi  (Pak Lah) adalah Perdana Menteri paling rendah daya keintektualannya kerana membuat kenyataan yang dangkal dan adakalanya kebudak-budakkan, rupa-rupanya Najib jauh lebih buruk. Mungkin pendidikan dan suasana dibesarkan dalam lingkaran agama yang kuat menghindarkan beliau daripada membuat kenyataan terbuka menghina pihak lain yang menjadi musuh politik beliau.

   Selain daripada membuat kenyataan 'cakap tak serupa bikin' Najib nampaknya lebih gemar memberi label kepada musuh politik mereka sehingga umum merasakan beliau lebih mencerminkan pembangkang berbanding pembangkang sendiri.  Bertolak kepada slogan 'Kepimpinan Malalui Teladan' yang dipopular oleh Dr Mahathir Mohamad (orang yang instrumental meletak Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dan bertepatan dengan tradisi Umno akhirnya menjadi Perdana Menteri), maka ramai lagi pemimpin Umno dan juga pemimpin parti komponen BN lain gemar menggunakan bahasa dan perkataan kesat apabila berhadapan dengan pembangkang, sama ada di Parlimen atau di mana-mana sahaja.  

  Apapun, untuk seketika, kita lupakan perihal kontradiksi nyata bagaimana sebuah parti Melayu yang kononnya berjuang untuk memelihara tata-susila Melayu boleh tersasar jauh sehingga bercakap dalam nada barbarik atau gasar walaupun secara halus. Andai kata kita teruskan juga perbincangan ini, kita nanti, tidak boleh tidak akan teringat pula ungakapan popular kini: "A wise monkey never monkeys with another monkeys' monkeys" (terjemahan literal: 'Seekor monyet bijak tidak akan bermonyetan dengan  monyet milik monyek lain.')

   Maksud ungkapan ini ialah 'hanya orang yang bodoh sahaja akan menuduh orang lain sedangkan dia tahu dia sudah sebenarnya tewas'.
Read More / Baca Lagi >>

End of the road for BN and Najib: It has got to be JUSTICE FOR ALL MALAYSIANS

Posted: 18 May 2013 07:31 AM PDT

It is very telling that the onslaught of racists slurs and demands for 'Malays' rights is all geared to distract the rakyat from the core issue that needs to be addressed affirmatively. Thank God too that the honorable citizens – Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Ibans and others have not fallen for the UMNO bait or the BN poison.
End of the road for BN and Najib: It has got to be JUSTICE FOR ALL MALAYSIANSUMNO and its BN coalition are shrouding the electoral results that are being questioned by the rakyat. Their tactics so far is not fooling the rakyat who are determined to return the honor and glory to the nation and restore its dignity and pride in the eyes of the global community of citizens who are watching Malaysia very closely.
But it won't work
Using the UMNO-newspaper and the national television to pump all kinds of ammunition-propaganda is not working. Utusan can without mercy paint the pages of its newspaper red for all the rakyat cares. It is not going to distract or derail the people from their seeking answers to the many issues, allegations, and concerns surrounding the 13the GE.
If the citizens can relate well with the cry "Death of democracy", no artillery or armor can withstand the momentum. And history teaches us this lesson.
Already some but few wise men within UMNO and BN have spoken up with courage. But it appears certain that even those prods are not going to take the heat away from the BN power house.
Even threatening to take away the citizenship of the opposition leader is not going to stop or muzzle the rakyat. In fact, that may just be the last straw to break the camel's back for UMNO and BN.
Citizens can no longer stand BN
Well BN may get away with the Altantuya murder – even to the unprecedented extent of establishing motive as relevant but essential. But murdering democracy will not be tolerated by the global community that is already well on its way riding the waves of liberty and human rights. We do not have to go far – even neighboring Indonesia, Cambodia and Thailand are good enough examples for UMNO-BN to chew on.
The fact is the citizens are so resolved that even all the security barricades and onslaught of chemical laced water cannons and batons may not hold back the nationwide of unhappiness over the GE-13 outcome.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal : Dewan Negara tidak diperlukan

Posted: 18 May 2013 04:14 AM PDT


Pengerusi DAP Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.

"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk
ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.

"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.

"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya. - Bernama

Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Posted: 18 May 2013 04:08 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib.

Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumbangan enam kerusi Parlimen yang disumbangkan daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Berbanding MIC misalnya yang menang empat kerusi Parlimen tetapi diberikan dua jawatan menteri dan tiga timbalan menteri, pimpinan PRS merasakan pembahagian yang dilakukan oleh Najib sebagai tidak adil dan mereka berhak mendapat lebih daripada satu menteri dan satu timbalan menteri sepertimana yang diberikan oleh Najib.

Hanya bermula dengan tindakan Joseph Salang Gandum yang tidak puas hati kerana hanya diberikan jawatan timbalan sedangkan beliau mengharapkan diberi jawatan menteri, tindakan PRS ini bakal menimbulkan gelora yang lebih besar kepada Najib dan BN.

Walaupun bakal mengemukakan permintaan kepada Najib supaya diberikan keadilan, James Masing masih enggan memberitahu tindakan yang bakal diambil oleh PRS jika permintaan mereka gagal dipenuhi oleh Najib. Hakikatnya PRS sudah mula mengemukakan ugutan kepada Najib dan pilihan yang boleh diambilnya selepas itu tidaklah sukar difahami.

Dengan enam kerusi Parlimen yang dimilikinya, kuasa tawar-menawar yang dimiliki PRS bolehlah dikira bernilai tinggi.

Read More / Baca Lagi >>

Loceng amaran dan Melayu dikhianati?

Posted: 18 May 2013 04:07 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya di Kota Bharu ketika menulis catatan pendek ini. Bersama wartawan kanan, Wan Nordin Wan Yaakob, saya cuba menghayati dan menikmati kemenangan berganda Pakatan Rakyat di Kelantan meskipun hebat diasak Umno-BN. Tidak mudah juga PAS mempertahankan Serambi Makkah selepas 23 tahun berkuasa semula, selepas dikalahkan pada 1978.



Meskipun BN dapat merebut tiga kerusi Parlimen yang ditandingi KeADILan di Machang, Tanah Merah dan Ketereh -- selain mempertahankan Jeli dan Gua Musang, keputusan mempertahankan 33 kerusi Dun dalam PRU13 itu boleh dianggap satu pencapaian membanggakan.
Serangan bertali-arus BN, terutama menggunakan senjata ampuh politik wang, juga dilihat mempunyai kesan negatif kepada sokongan terhadap Pakatan, terutama di kawasan membabitkan tokoh-tokoh utama Umno. Namun, saya sempat dibisikkan bahawa keputusan di Kelantan tidak boleh dipandang selesa, sebaliknya satu bentuk "loceng amaran" awal.
"Persaingan adalah merebut sokongan pengundi atas pagar dan jumlah besar anak-anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi di kampung halaman, iaitu hampir 200,000 pemilih," kata seorang rakan, yang terserempak di KLIA semasa menunggu pesawat ke Kota Bharu. Beliau kelihatan agak bimbang dengan kecenderungan mengundi anak tempatan.
Kebetulan sewaktu tiba di hotel penginapan, Raudah, ada jamuan meraikan petugas pilihan raya PAS Kelantan. Ditemani ketua wartawan Harakah negeri, Mazlan Jusoh, kami menikmati makan malam yang enak, ditempatkan bersebelahan meja utama Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Wan Nik Wan Yusof.
Ustaz Mad, dalam ucapannya, menyuntik semangat untuk aktivis parti menyusun pendekatan terbaik dan membuat persiapan rapi menghadapi PRU14, "bermula dari sekarang, sebaik keputusan PRU13 diumumkan". Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada NGO Royalti dan pihak yang menguruskan pengundi luar, yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan di Kelantan.
Seusai majlis, Wan Nik menunjukkan analisis awal keputusan PRU13 Kelantan. Agak menarik bila dibentangkan fakta tentang "undi belah-bahagi"; ada pengundi memilih PAS di peringkat Dun tetapi memangkah BN di peringkat Parlimen, misalnya di Machang, Tanah Merah dan tidak terkecuali Kota Bharu. Namun begitu, ramai juga pengundi yang menyokong BN di kerusi Dun tetapi memilih PAS di kerusi Parlimen, seperti Tumpat dan Pasir Puteh.
Read More / Baca Lagi >>

What Tsunami? It was a political awakening

Posted: 18 May 2013 04:06 AM PDT

Umno is up its tricks to ensure that future generations remain firmly in its grasp by keeping them intellectually challenged and incapable of thinking

by P Dev Anand Pillai
I had always participated in the workings of general elections since the time I was a staff in the Suruhanjaya PilihanRaya Selangor in the early 90s. Being a Polling and Counting Agent (PACA) in 1999 and 2004 general elections gave me the insight as to how it all worked at the end of the day. But this time, it was different, what I witnessed was a coming together of the whole country with a motive to change the federal government for the first time in history, friends from overseas whom had almost given up on their country of birth had made time to return to try to make the change happen. It would have, had it not been for massive fraud by the custodians of the elections themselves, the Election Commission, who were in cahoots with the  police.
We had prepared ourselves after being alerted that there could be a high number of foreign voters trying their luck at our voting centres and true enough they came in buses, vans, jeeps and even police vans with police protection to vote in our elections. Most of these workers had dubious looking NRICs, some with very pale looking old versions of our identity card and they seemed so confident of knowing what to do. Some even had their "saluran" numbers ready at hand with them as they alighted from their vehicles. The police and the Election Commission officials welcomed them as though they were old friends knowing very well that this regime can only be saved by foreigners who will one day rule this country through the loophole in the constitution which will allow them to be Malays constitutionally. It is indeed a sad state of events for us the citizens of this beloved land of ours.

DAP's victorious outing

The Democratic Action Party had sowed the fruits of labour which they had been diligently working on for the past five years since 2008. The Ubah and Ini Kalilah theme caught on with the people of both East and West Malaysia and made the people ready to see for the first time in 56 years a change of government at the Federal level and a change which many in their heart of hearts thought will bring about a more just and fairer Malaysia. Winning 38 parliamentary seats was indeed a record for the DAP which brings about the question of why was this called a "Chinese Tsunami" and why did the regime allow the Utusan Melayu headlines to read" Apa lagi Cina Mahu?"
It was more of a Urban political awakening by the masses who were exposed to the other side of the coin and whom had given up on the one sided state propaganda that the pay TV stations portray of the ruling BN regime. The DAP would not have won in many of its 38 seats had it not been for the support that it had from the Indians and the Malays as well. Many of the educated and the open minded Malays from the working class voted for the DAP but did not shout about it to their kampung kin. The figures would not have crossed the winning mark had it not been for the large number of Malaysians who returned home just to vote. Some of them were coming back to their old housing estates after nearly 20 years to just vote. There were a vast number of Malays who attended ceramahs by the DAP and were well aware of the facts when it came to the state of the national debt, the level of money siphoning from federal projects by cronies, the state of corruption and simply a show of arrogance and lavishness by the ruling elite. These were not lies and fairy tales it was there for all to see in the social media.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Saifuddin sahkan BN tidak demokratik

Posted: 18 May 2013 04:04 AM PDT


KUALA LUMPU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan pengundi yang mengutamakan demokrasi mengesahkan bahawa parti tersebut tidak demokratik.

Dalam forum yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Rabu lalu, Saifuddin berkata, BN kalah di kawasan-kawasan di mana para pengundinya lebih mengutamakan demokrasi termasuk penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan, rasuah serta pilihan raya yang bersih dan adil.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin kerana kenyataannya yang mengesahkan kepada semua rakyat bahawa BN tidak demokratik," kata Khalid.

Malah, katanya, sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lagi BN tidak bersifat demokratik dengan berdalihkan alasan "demokrasi ala-Malaysia".

Sependapat dengan Saifuddin, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemenangan Pakatan Rakyat lebih didorong oleh isu di mana rakyat yang mengundi Pakatan bertekad mahu memulihkan demokrasi.

"Mereka juga mahu kerajaan yang komited untuk mewujudkan negara berkebajikan, bersifat telus, mengamalkan tadbir urus yang baik (good governance) dan lain-lain amalan yang pro-rakyat," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Haram: Mesyuarat kabinet Najib langgar perlembangaan?

Posted: 18 May 2013 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak sah malah melanggar protokol dan juga undang-undang.

Menurut beliau, ini kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan menteri tidak sah dalam kabinet Najib itu kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

Dua menteri itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar manakala timbalan menteri pula adalah Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis pelajar ditangkap atas dakwaan menghasut

Posted: 18 May 2013 04:02 AM PDT


 
Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Dalam ucapan ringkasnya, Adam berkata sepintas lalu bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut berkaitan komennya pada malam tersebut.

Pelajar UPSI berusia 23 tahun itu sebelum ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur tahun lepas.

Hadiah untuk rakyat: BN menang, GST pun dilaksanakan!

Posted: 18 May 2013 04:01 AM PDT

Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD60,500.

GST: Rakyat menangkan BN merasai sekarang

Posted: 18 May 2013 04:00 AM PDT



BUKIT MERTAJAM: Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet baru Kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum Ke-13, BN terpaksa menggunakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan kekurangan dana kerajaan untuk mentadbir negara lima tahun akan datang.

Justeru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kononnya, mekanisma pencukaian bahan itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion apabila matang.

Menurut Anwar, selepas ini rakyat terpaksa menanggung GST yang telah diperkenalkan tetapi tidak 'didendangkan' berikutan musim pilihan raya umum tetapi selepas menikmati kemenangan, BN terus melaksanakanya tanpa mempedulikan penentangan rakyat.

"Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet mereka (BN) sudah bercakap mengenai GST. Bagi mereka GST perlu untuk mengimbangkan dana yang sudah kurang ekoran keluar terlalu banyak masa pilihanraya umum lalu.

"Rakyat yang memenangkan mereka akan merasainya sekarang," terangnya ketika bercakap di majlis Jamuan Kemenangan Rakyat di Kubang Semang, Bukit Mertajam tengah hari tadi.

(Gambar: Anwar menyenduk nasi untuk tetamu.)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat marhaen yang mengundi BN pasti 'berkerut muka' selepas ini kerana tertipu dengan janji manis ketika pilihanraya umum lalu.

Kemungkinan bagi mereka, katanya, kenaikan barangan tidak menjejaskan kehidupan kerana kenaikan itu tidak mahal malahan mampu dibayar jika dikenakan.

Read More / Baca Lagi >>

Student activist arrested under Sedition Act

Posted: 18 May 2013 03:59 AM PDT


KUALA LUMPUR, May 18 – Student activist Adam Adli Abdul Halim was arrested this afternoon under the Sedition Act that his lawyer believes is due to his remarks at a forum on May 13.
Adam Adli, 24 (picture), had apparently told a forum at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall this week that Malaysians "cannot wait for five years to overthrow Umno and Barisan Nasional (BN)".
"It looks like it's a crackdown," Adam Adli's lawyer Latheefa Koya told The Malaysian Insider today.
She said that Adam Adli was being brought to IPD Jinjang, which is a remand centre, adding that she feared the police would detain him until tomorrow.
Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi was reported by Umno-owned daily Utusan Malaysia today as saying that the government would take stern action against those who intended to foment chaos on the streets.
Adam Adli's friend Mandeep Singh told The Malaysian Insider today that the former was arrested outside his home in Bangsar here. "As soon as he came out from the building, he was arrested immediately," said Mandeep, 27.
At the May 13 forum, Adam Adli reportedly called for street demonstrations, saying: "Elections won't overthrow the government; the people's power will".
Anything But Umno (ABU) movement leader Haris Ibrahim said at the same forum that the BN government would be toppled through a street rally.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 50,000 hadiri 'blackout 505' Seremban

Posted: 17 May 2013 10:52 PM PDT

SEREMBAN: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat peringkat Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 50,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Himpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam tadi itu berlangsung di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini.

Seperti siri himpunan di beberapa negeri sebelum ini, lautan hitam mewarnai himpunan sebagai tanda matinya demokrasi di negara ini pada hari pengundian 5 Mei lalu atau lebih dikenali sebagai 'blackout 505'.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam tadi termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub serta pimpinan DAP termasuk Anthony Loke.

Anwar dalam ucapannya malam tadi turut menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya keluar dari negara ini.

Kenyataan itu dinyatakan Zahid dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Menurut Anwar kenyataan Zahid itu angkuh dan pada masa sama cuba menghina rakyat di negara ini.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: 'Mahu halau kami, tapi jemput orang Bangladesh'

Posted: 17 May 2013 10:51 PM PDT

Rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya dan perasaan kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri terhadap mereka yang mempertikai keputusan itu mendorong kehadiran sebilangan peserta himpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan semalam.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Dupa, 45 tahun, berkata beliau turut menyertai dua lagi himpunan sama di Johor Bahru dan Selangor walaupun menetap di Bahau, Negeri Sembilan.

"Kalau nak ikut, memang tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tambahan pula ada banyak dakwaan penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan (undi) anggota pasukan keselamatan," katanya.

harry ngHenry Ng, 28, (kiri), pula berpendapat kebanjiran orang ramai ke siri himpunan itu membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam pilihan raya yang lalu walaupun masih belum berjaya membentuk kerajaan pusat.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke luar negara, Henry secara berjenaka berkata beliau berharap mereka yang berketurunan Tionghua sepertinya tidak disuruh pulang ke tanah besar China.

"Saya harap jangan suruh saya balik China," katanya sambil ketawa kecil tetapi kelihatan bersemangat selepas berjaya mendapatkan tandatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada baju-T yang dipakainya.

Rakan Henry, Ariel Ng, 26, pula berpendapat mereka yang meragui keputusan pilihan raya lalu tiada pilihan lain buat masa ini melainkan hadir ke himpunan demikian bagi menyatakan protes mereka.

karen ngoo"Keputusan pilihan raya tidak adil, kami tiada pilihan dan kami tidak tahu apa lagi yang kami boleh buat untuk masa ini," katanya.

Karen Ngoo, 46, (kiri) pula merasakan kenyataan Zahid Hamidi itu tidak wajar di kala terdapat dakwaan dan kontroversi mengenai pengundi hantu terutamanya yang melibatkan warga asing dari Bangladesh.

"Anda mahu halau kami orang Malaysia, tetapi orang Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara.

"Anda mesti hormat kami, itu pengundi hantu Bangladesh-lah yang perlu dihalau," katanya.

Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'

Posted: 17 May 2013 10:50 PM PDT

black 505 rally seremban crowdKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar bidas Zahid Hamidi kerana menghina rakyat Malaysia

Posted: 17 May 2013 10:49 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Perbuatan menyuruh rakyat Malaysia berhijrah oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah penghinaan kepada rakyat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah semalam.
Anwar (gambar) membidas Ahmad Zahid supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya untuk melakukan sesuka hati, di samping menegaskan rakyat Malaysia berhak untuk membantah sebarang penipuan yang berlaku dalam proses pilihan raya memandangkan perkara tersebut adalah hak demokratik yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar yang dipetik berkata dari laman Malaysiakini dalam satu ceramah di Negeri Sembilan semalam.
Ahli Parlimen Bagan Datoh Barisan Nasional (BN) tersebut yang baru dilantik dalam Kabinet baru-baru ini menunjukkan kelantangannya apabila menggesa pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berpindah ke negara republik.
"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.
"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei.
Tindakan pemimpin tersebut mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya DAP yang menyifatkan Ahmad Zahid sebagai gagal memahami tentang permasalahan yang timbul dalam proses pilihan raya di Malaysia, malahan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menyifatkan pendirian tersebut adalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili gabungan parti pemerintah itu.
"Pertama, sistem first-past-the-post yang diamalkan kita sekarang memberi kedudukan yang tidak seimbang berbanding jumlah undi popular malah sempadan pilihan raya negara ini telah lama terjejas, dimanipulasi sejak berdekad-dekad.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada kompromi dengan pembangkang dalam bantahan di jalan raya, kata Zahid

Posted: 17 May 2013 10:48 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak akan berkompromi tetapi akan mengambil tindakan tegas ke atas Pakatan Rakyat (PR) jika mencetuskan kekecohan di jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akhbar harian pro-Umno, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad Zahid (gambar) berkata hari ini pencegahan lebih baik daripada merawat, ia susulan berpuluh ribu orang ramai membanjiri enam siri jelajah PR seluruh negara ke atas dakwaan penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," kata Ahmad Zahid yang dipetik berkata di muda depan akhbar berbahasa Melayu tersebut.
Artikel muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini bertajuk "KDN: Tiada kompromi" dan menteri kabinet baru tersebut dipetik berkata "Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah".
Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.
Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penangkapan kedua terbesar dalam sejarah negara sejak berlaku insiden pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.
Walaubagaimanapun, ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan telah dimansuhkan pada 2012 dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dimana kerajaan tidak boleh menahan tanpa perbicaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Haram: Mesyuarat Kabinet Najib semalam dihadiri menteri, timbalan menteri tidak sah

Posted: 17 May 2013 10:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diragui bukan saja kerana Barisan Nasional (BN) mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.
Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang Dipertuan Agong, semalam.
"Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan lalai sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri.
"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.
"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

BLACKOUT 505: BUKTI JELAS BETAPA PAKATAN RAKYAT MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT!!

Posted: 17 May 2013 10:34 PM PDT


Dimana jua Pakatan Rakyat menganjurkan black 505 Suara Rakyat Suara Keramat yang bermula di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada 8hb Mei 2013 dan terbaru semalam 17hb Mei di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan...puluhan ribu malahan sampai ke angka ratusan ribu rakyat datang berhimpun secara aman menunjukan bantahan cara perjalanan PRU 13 yang lalu.

Rakyat boleh menerima kekalahan jika PRU 13 yang lalu dijalankan secara adil, telus dan bersih.

Himpunan ini bukannya himpunan  revolusi tapi himpunan aman bantahan rasa tidak puas hati.

Perlunya pihak berwajib ambil berat agar sistem Pilihanraya kita bukan saja adil,telus dan bersih tapi perlu jua dilihat adil, telus dan bersih.

Kebanjiran orang ramai membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam PRU13 walaupun belum berjaya membentuk kerajaan.

Mat Sabu: Apa Kita Mahu? Kita Tidak Mahu Barisan Nasional

Posted: 17 May 2013 10:19 PM PDT

Tiada ulasan: