RAKYAT MARHAEN |
- Abdul Khalid, Nik Aziz kekal ikon 2 negeri PR
- Saifuddin: Jangan salahkan Cina
- MB harap Kabinet baru beri impak kepada Kelantan
- Ustaz Ridzuan Rahmat: Selepas PRU13 & Persediaan PRU14
- Ustaz Ridzuan Rahmat: Jemaah Islam...Politik & Dakwah
- Dr Abd Basit Rahman - Bahaya Dan Tidak Selamat Bersama Pemimpin Yang Fasik
- Pasca PRU13: Arah Politik Malaysia
- Lensa : Blackout 505 - Ulu Tiram Johor - Part 4
- Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008
- Pasca PRU13: Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.
- Pasca PRU13: Setiakawan Pakatan Rakyat teruji
- ‘Zahid is proof BN’s demise has begun’
- Ideas : SPR perlu reformasi jamin PRU14 bersih
- Pasca PRU13: 'BN kalah di kawasan utamakan demokrasi'
- Guan Eng: 'Ini Kabinet yang Taksub'
- 'New politics good for Malaysia, not so much for BN'
- May'13 Haris Ibrahim Speech
- Siti Aishah: Kalau Pimpinan UMNO BN Hebat, Batalkan Undi Pos & Undi Awal
- Dr Dzul : GPMS Sepatutnya Ketengahkan Masalah PRU 13
- Kabinet paling tidak menarik sepanjang 56 tahun
- Kabinet Najib: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar
- Pua: Low mesti jadi 'polis jahat' dalam k'jaan Najib
- Bahasa Bayangan Mahathirisme dalam Kabinet baru akan halang reformasi, kata pemimpin Pakatan
- Pasca PRU13: Pemikiran kontemporari politik Islam dalam krisis?
- Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah?
Abdul Khalid, Nik Aziz kekal ikon 2 negeri PR Posted: 16 May 2013 04:58 PM PDT Demikian dapatan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dikongsi pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, hari ini. "Walaupun orang itu kata beliau layak, ini kata layak tetapi hakikatnya Abdul Khalid yang menyumbang kepada kemenangan PR di Selangor," katanya dalam Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia. Dalam bancian yang dilakukan Umcedel, Khalid menerima undian lebih 60 peratus selepas September 2012 yang merumuskan personaliti beliau menyebabkan rakyat Selangor terus memilih PR untuk mentadbir Selangor. |
Saifuddin: Jangan salahkan Cina Posted: 16 May 2013 04:57 PM PDT Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, BN terhutang budi kepada pengundi Cina atas sokongan itu yang menyebabkan kemenangan BN pada PRU10. "Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju berlakunya 'tsunami Cina' pada PRU13 kerana perkara itu tidak benar sekali dalam sudut apa pun," katanya pada forum Pasca PRU13: Ke arah mana politik Malaysia, Universiti Malaya, semalam. Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN. "Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa, menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya. Saifuddin yang tewas di kerusi Parlimen Termerloh berkata, pada pilihan raya umum tahun 2008, BN juga kehilangan undi dari kaum India, namun berjaya meraih kembali sokongan kaum ini pada PRU13. |
MB harap Kabinet baru beri impak kepada Kelantan Posted: 16 May 2013 04:54 PM PDT Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan. Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan. "Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja. |
Ustaz Ridzuan Rahmat: Selepas PRU13 & Persediaan PRU14 Posted: 16 May 2013 04:52 PM PDT |
Ustaz Ridzuan Rahmat: Jemaah Islam...Politik & Dakwah Posted: 16 May 2013 04:51 PM PDT |
Dr Abd Basit Rahman - Bahaya Dan Tidak Selamat Bersama Pemimpin Yang Fasik Posted: 16 May 2013 04:49 PM PDT |
Pasca PRU13: Arah Politik Malaysia Posted: 16 May 2013 09:22 AM PDT |
Lensa : Blackout 505 - Ulu Tiram Johor - Part 4 Posted: 16 May 2013 09:21 AM PDT |
Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008 Posted: 16 May 2013 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: "Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?" tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. "Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?" tanya beliau lagi. Berikut ialah pandangan beliau. Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi. Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai. Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat. |
Pasca PRU13: Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam. Posted: 16 May 2013 08:42 AM PDT Oleh Prof Mohammad Agus Yusoff Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan. Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: "Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25." Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan. Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: "...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara." Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan? Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam. |
Pasca PRU13: Setiakawan Pakatan Rakyat teruji Posted: 16 May 2013 08:41 AM PDT Oleh Lim Hong Siang Tiada makna bergembira jika rakan seperjuangan kalah KEPUTUSAN pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman menjadi tumpuan sebermulanya dalam laporan media. Undi Kit Siang ketinggalan pada peringkat awal, memintas dan kemudian melebarkan jurang perbezaannya dengan undi bekas Menteri Besar Johor ini, sehingga berakhir dengan majoriti 14,764 undi. Namun, keghairahan saya pula semakin terhakis, apabila mengesan "sesuatu yang tidak mengena" dari PAS dan KeADILan. Tidak kurang kawan Cina saya yang bertanya, apa yang terjadi kepada calon PAS dan KeADILan, memandangkan keputusan agak lambat, malah dikhabarkan beberapa orang tokoh PAS kecundang, termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain. Akhirnya kita terpaksa berdepan dengan keputusan di mana kerusi yang diperolehi PAS dan KeADILan, masing-masing tidak setanding dengan jumlah kerusi yang diperolehi DAP. Untuk saya, kegembiraan daripada kemenangan DAP sahaja tidak cukup untuk mengubati kepiluan lantaran kekalahan KeADILan dan PAS. Kesedihan itu bukan kerana Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan dari segi realiti politik, tetapi lebih kepada kesetiakawanan -- tiada makna untuk kita bergembira seandainya rakan seperjuangan kita kalah. Malah sepanjang perjalanan saya pulang untuk mengundi di kampung, adegan-adegan perjuangan kita sepanjang lima tahun ini bermain dalam otak. Kita turun ke jalan raya bersama, berkongsi garam dan air untuk meredakan kepedihan setelah dibedil gas pemedih mata; kita berganding bahu membina benteng untuk berdepan dengan FRU, malah melarikan diri bersama ketika ditembak meriam air. Untuk saya, proses ini lebih manis dikenang berbanding kesudahannya. Apapun kesudahannya, kalah atau menang, ia bersifat sementara. Saya tidak perlekehkan maknanya, kerana seandainya kita berjaya mengubah kesudahannya pada saat-saat penentuan, semestinya masa depan kita berbeza. Read More / Baca Lagi >> |
‘Zahid is proof BN’s demise has begun’ Posted: 16 May 2013 08:40 AM PDT Zahid Hamidi is ignoring the voice of almost half a million people to his own detriment, warns PKR strategy director Rafizi Ramli. PETALING JAYA: Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's call for Malaysians unhappy with the political system to leave the country has kick-started Barisan Nasional's demise in the country, PKR's Rafizi Ramli warned today."Instead of looking in the mirror and asking themselves why they lost the popular vote, these senior ministers are arrogantly telling Malaysians to leave the country. "Because of this, I have no confidence that BN is capable of reform. Their attitude will get worse and worse, and that's why I feel the demise of BN has already begun because of their arrogance. And that arrogance will help cement support for Pakatan," he added. The PKR strategy director was responding to Ahmad Zahid's opinion piece in Utusan Malaysia today titled "Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya" (Illegal gatherings due to refusal to accept failure in taking over Putrajaya). Ahmad Zahid, who was appointed Home Minister just yesterday, wrote: "Leaders of the opposition, particularly PKR and DAP, have confused Chinese youths and politically blind followers to dress in black as a sign of protest towards the general election 2013 results which they say favour them based on popular votes. "If these groups wish to use the list system of single transferable vote system used by republican countries, they should emigrate to those countries to practice their political beliefs." BN had won 5,237,699 votes on election day, as opposed to Pakatan Rakyat's 5,623,984 votes. But BN managed to retain its hold over Putrajaya due to the fact that it won 133 federal seats, compared to Pakatan's 89 seats. 'Stop being in denial' |
Ideas : SPR perlu reformasi jamin PRU14 bersih Posted: 16 May 2013 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR - Hanya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang benar-benar adil saksama, anggotanya terdiri daripada wakil dua parti utama negara, barulah pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan dengan bersih. Menurut wakil Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Keeran Sivarajah, lantikan pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mestilah dibuka kepada semua dan bukannya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu. "Ideas memang mencadangkan sebuah agensi bebas yang duduk di bawah Parlimen. "Sekarang ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di sini, hari ini. Jelasnya, apa yang paling penting ialah, sebuah suruhanjaya itu mestilah memenuhi keyakinan rakyat. "Jika Parlimen pada hari ini mendapati SPR tidak telus, maka SPR mesti direformasikan," tegas beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca PRU13: 'BN kalah di kawasan utamakan demokrasi' Posted: 16 May 2013 08:35 AM PDT Pilihan raya pada 5 Mei lalu merupakan "pilihan raya umum peralihan", dengan fenomena pertambahan pengundi berharap untuk demokrasi yang lebih baik, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah. Aspirasi pengundi ini, yang mewakili separuh daripada daftar pemilih, termasuk untuk menyelesaikan isu berkaitan ketelusan, rasuah, keadilan dan pilihan raya yang bersih. Manakala sebelah lagi pihak, menurut Saifuddin (kanan), mengutamakan pembangunan, seperti pembinaan sekolah dan jalan raya baru. Justeru katanya, jika BN kalah bermakna pengundi secara umumnya memberikan keutamaan kepada pembangunan berbanding isu-isu demokrasi dan sebaliknya. Saifuddin berkata demikian dalam forum anjuran gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH di Petaling Jaya malam tadi yang membariskan muka-muka yang kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Saifuddin ssebagai penyandang anggota Parlimen Temerloh sebelum ini kalah di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. |
Guan Eng: 'Ini Kabinet yang Taksub' Posted: 16 May 2013 08:16 AM PDT |
'New politics good for Malaysia, not so much for BN' Posted: 16 May 2013 08:14 AM PDT |
Posted: 16 May 2013 08:13 AM PDT |
Siti Aishah: Kalau Pimpinan UMNO BN Hebat, Batalkan Undi Pos & Undi Awal Posted: 16 May 2013 08:10 AM PDT |
Dr Dzul : GPMS Sepatutnya Ketengahkan Masalah PRU 13 Posted: 16 May 2013 08:09 AM PDT Gesaan lucut kewarganegaraan terhadap rakyat Malaysia yang membantah keputusan pilihanraya ke-13 adalah tindakan reaktif berasaskan emosi. Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian pada hari itu. Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, selaku gabungan terpelajar yang besar, sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk diselesaikan. Akhbar Kosmo melaporkan GPMS melalui Setiausaha Agung Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura Rabu lalu dilucutkan. Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara. "GPMS macam tidak memahami perkara latar seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan." Beliau menambah rakyat yang membantah keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan sistem demokrasi Malaysia. "Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi. "Bantahan seperti ini adalah masih lagi sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin meluas," kata Dzulkefly. |
Kabinet paling tidak menarik sepanjang 56 tahun Posted: 16 May 2013 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara. Read More / Baca Lagi >>Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini. Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan. Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik "hitam" di dalam negara. Ini, tambahnya seperti yang disaksikan pada 60,000 orang di perhimpunan "Black 505" di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan "Black 505" di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara. |
Kabinet Najib: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar Posted: 16 May 2013 08:07 AM PDT KUALA LUMPUR: "Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar." Read More / Baca Lagi >>Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam. Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat. "Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno. "Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran," kata sumber Umno itu lagi. Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib. "Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya," kata beliau. Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim? "Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu. |
Pua: Low mesti jadi 'polis jahat' dalam k'jaan Najib Posted: 16 May 2013 08:06 AM PDT Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu menteri baru di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berperanan sebagai "polis jahat" dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pua berkata, Pakatan Rakyat akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Low dalam melaksanakan segala langkah yang perlu untuk memastikan kerajaan yang bersih, telus dan berdaya saing. "Malah, Low mampu untuk menjadi 'polis jahat' dalam pentadbiran "Najib kerana beliau tidak akan berhutang kesetiaan politik kepada mana-mana orang atau pihak," kata Pua (kiri) dalam satu kenyataan. MP DAP itu juga mahu Low yang juga pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) turut memastikan semua kontrak penswastaan dan perolehan kerajaan diberi melalui tender terbuka dan kompetitif dan supaya rakan Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat. Menyifatkan pelantikannya Low oleh Najib sebagai "berani", Pua juga mengingatkan bahawa langkah itu juga akan menjadi pengukur kepada Najib sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, sama ada beliau akan melaksanakan pembaharuan untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih, telus dan kompetitif. Baru-baru ini, Pua berkata, kerajaan telah memeteraikan kontrak perolehan dalam industri pertahanan. Read More / Baca Lagi >> |
Bahasa Bayangan Mahathirisme dalam Kabinet baru akan halang reformasi, kata pemimpin Pakatan Posted: 16 May 2013 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei — Pelantikan orang lama Umno termasuk bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini. Mereka mengatakan, sisa-sisa Mahathirisme juga akan menggagalkan usaha-usaha reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Anda tidak dapat melihat percubaan untuk berpisah dari masa lalu," kata ahli strategi DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider hari ini. "Pelantikan Shahidan menguatkan lagi agenda Umno… tiada niat untuk melakukan reformasi," tambah ahli Parlimen Kluang itu. Shahidan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, sementara Tengku Adnan diberikan ganjaran sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Umno mendapat 17 jawatan menteri dalam Kabinet 32 orang, kebanyakannya merupakan orang lama yang ditukarkan portfolio atau dikekalkan kecuali muka baru seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Parti berasaskan Cina BN seperti MCA dan Gerakan tidak dilantik jawatan Kabinet akan tetapi sumber memberitahu The Malaysian Insider, Najib menyimpan dua kerusi untuk pemimpin MCA dalam pentadbirannya sebaik sahaja parti tersebut menjalani pemilihan dalaman dan mengubah pendirian untuk tidak bersama kerajaan disebabkan prestasi buruk dalam pilihan raya. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengatakan hari ini kekurangan wakil komuniti Cina dalam kerajaan akan menghalang reformasi yang bukan Melayu fikirkan penting seperti rasuah, polisi berdasarkan kaum dan pendidikan. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca PRU13: Pemikiran kontemporari politik Islam dalam krisis? Posted: 16 May 2013 08:01 AM PDT Marwan Bukhari A. HamidBeberapa isu, peristiwa dan reaksi umat Islam terhadap beberapa wacana politik tanah air sedang memberi isyarat bahawa pemikiran politik Islam kontemporari di tanah air kita ditimpa krisis. Saya berpandangan amat wajar untuk kita merenung dan berfikir akan krisis tersebut, lebih-lebih lagi pada saat suasana politik negara kita tidak mendidik untuk berfikir, melainkan kita sendiri memaksa untuk meninjau apa yang berlaku dan benarkah yang dianggap krisis merupakan krisis?Tentang hubungan antara agama dan politik Mengulas tentang dunia Muslim dan pemikiran mereka tidak dapat lari daripada mengulas sumber-sumber yang menjadi rujukan mereka dalam kehidupan, selain tentang "bagaimana" mereka berinteraksi dengan dunia moden yang serba mencabar ini sambil berpegang dengan sumber-sumber (al-Quran, al-Hadis dan teks-teks tradisi) yang menjadi rujukan. Soal hubungan agama dengan politik sentiasa menjadi topik yang berlarutan, namun malangnya seringkali ia berlangsung dengan penuh mengecewakan sejak berdekad-dekad lamanya. Ia bermula dengan kekacauan cara berfikir yang ditimbulkan oleh sebahagian yang mengaku sebagai "salafi" apabila perbincangan politik dibahaskan secara terlalu literal. Tokoh ilmuan Muslim antarabangsa, al-Qaradhawi mengulas dan mengkritik fenomena "literal dalam nas-nas berkaitan al-muamalat" tersebut dalam banyak karya beliau seperti as-Siyasah as-Shariyyah fi Dhau' Nusus as-Shariah wa Maqasidiha dan Dirasah fi Fiqh Maqasid al-Shariah atas nama az-Zhohiriah al-Judud yang membahaskan persoalan-persoalan agama secara terasing daripada objektif-objektif Shariah. Di tangan mereka, agama seperti hanyalah halalisation dan haramisation; lantas ditolak wacana-wacana semasa dalam pemikiran politik atas alasan bidaah. Al-Qaradhawi semasa mengulas fenomena tersebut menyatakan: "Mereka menolak petikan daripada selain kita (Muslim), menganggapnya sebagai perkara baru dalam agama dan segala perkara baru adalah bidaah, setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan balasannya neraka. Lantas mereka menganggap demokrasi seluruhnya (kemungkaran) yang wajib ditentang, sementara penerimaan pandangan majority (bidaah Barat) yang diimport." Demokrasi haram, penubuhan parti haram, pengehadan tempoh pemerintahan haram dan segala idea-idea baru akan dibalas haram oleh mereka dan golongan yang menuruti mereka. Kita perasan di tanah air kita fenomena halalisation dan haramisation ini berlangsung hangat terutama menjelang musim pilihanraya. Contohnya kita tidak lupa apabila ada sebahagian golongan agama yang mengharamkan pengundian calon-calon bukan Muslim khasnya yang datang dari DAP. Penulisan ini bukan ruang untuk membincangkan secara ilmiah dan mendalam persoalan tersebut, tapi sesuatu yang sungguh wajar kita banteras ialah fenomena mereka yang "menghidupkan" (mematikan!) wacana pemikiran politik Islam kontemporari dengan berkata "haram" semata-mata. ia adalah suatu krisis yang memandulkan khazanah pemikiran kita. Awalnya ia mungkin sebuah tindak-tanduk yang mengharamkan falsafah politik, akhirnya tanpa sedar ia bertukar menjadi sebuah falsafah yang mengharamkan segala pandangan yang berbeda dengan mereka, "min tahrim al-falsafah ila falsafah at-tahrim" (daripada mengharamkan falsafah kepada falsafah yang mengharamkan) sebagaimana diulas seorang penulis bernama Turki al-Hamad dalam bukunya as-Siyasah bayn al-Halal wa al-Haram. Read More / Baca Lagi >> |
Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah? Posted: 16 May 2013 07:58 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Ada beberapa fakta menarik dalam pilihan raya lalu yang boleh dijadikan bahan renungan. Salah satu ialah mengenai kekalahan orang-orang Najib Razak, maksudnya para pegawai atau setiausaha politiknya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beberapa orang setiausaha politik Najib tewas dalam pilihan raya lalu. Sebaliknya kontras pula beberapa orang bekas pegawai atau setiausaha bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ramai yang menang. Ini merupakan satu ironi yang menarik. Pegawai atau setiausaha Najib yang kalah ialah yang bertanding di kawasan pengundian anak-anak saya di Wangsa Maju, Shafei Abdullah. Shafei merupakan setiausaha politik Najib kalah kepada calon PKR Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan undi sebanyak 5,511. Shafei mengutik sebanyak 26,130 manakala Kee Kwong sebanyak 31,641 undi. Seorang lagi setiausaha politik Najib yang kalah, Mohd Fatmi Che Salleh yang bertanding di parlimen Kota Bharu. Beliau kalah kepada Takiyuddin Hassan dari PAS dengan kekurangan undi sebanyak 15,970. Fatmi mengutik 24,650 manakala Takiyuddin yang juga Naib Setiausaha Agung PAS mengutik 40,260. Kekalahan Fatmi ini merupakan paling parah dan menyebabkan jiwa terseksa. Sementara seorang lagi setiausaha Najib juga tertumus makan pasir ialah, Sahlan Ismail tewas kepada Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Pokok Senan Kedah. Sahlah yang juga abang kepada Saifuddin Nasution Ismail kalah 3,935 undi. Beliau mengutik 32,263 manakala Mahfuz 36,198. Seperti dikatakan tadi keadaan jadi terbalik kod, bila mana ketiga-tiga bekas setiausaha politik bekas PM Pak Lah kesmeuanya menang, walaupun kemenangan tipis. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan