Jumaat, 10 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pasca PRU13: Sistem ‘pecah dan perintah’ yang hampir-hampir terkubur

Posted: 10 May 2013 05:34 PM PDT

'Tsunami Cina' dan tindak balas susulan

Kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 amatlah ketara. Di bandar-bandar besar, sokongan mereka merosot serendah 10%. Akibatnya, walaupun berjaya mengekalkan kuasa di peringkat pusat, prestasi BN kali ini lebih teruk dari prestasi terburuknya sebelum ini (2008). Jika pencapaian buruk PRU12 dijelaskan dengan 'tsunami politik', kemerosotan pencapaian BN PRU-13 dikaitkan dengan 'tsunami Cina'.

Biarpun ungkapan 'tsunami Cina' benar dari segi statistik, olahan media perdana bersifat reaktif dan emosional. Ungkapan tersebut diolah bagi menegaskan rasa kecewa terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong BN. Contohnya, tajuk-tajuk utama akhbar harian seperti , 'Apa lagi Cina mahu?', dan juga berita television yang dipenuhi dengan luahan kecewa pemimpin BN kepada masyarakat Cina.

Selaku kerajaan, tindakan menyalahkan segmen masyarakat yang tidak memberikan kemenangan yang diingini, menonjolkan ketidakmatangan kepimpinan (apatah lagi jika disusuli dengan penindasan seperti yang dilakukan kepada rakyat Kelantan selama ini). Ia juga menyerlahkan hipokrasi slogan 1Malaysia. Adakah polisi 'segalanya' 1Malaysia itu hanya untuk meraih undi? Dan, tidakkah ia hipokrit apabila undi yang diraih tidak '1Malaysia', semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan hilang entah ke mana?

Pengolahan ungkapan 'tsunami Cina' juga bersifat provokatif. Ia membakar sentimen perkauman; menakut-nakutkan masyarakat Cina dan menaikkan kemarahan masyarakat Melayu. Bukankah ini tindakan provokasi yang mengancam ketenteraman awam? Bukankah kerajaan BN dahulu yang memberi jaminan keamaan semasa dan selepas proses pilihan raya?

Pelik jika diteliti perilaku pemimpin-pemimpun BN. Sikap mereka dilihat sama-sekali tidak konsisten, sebelum dan selepas PRU. Puncanya – tidak lain, tidak bukan, hanyalah kerana sistem 'pecah dan perintah' tinggalan penjajah yang diwarisi dan diguna pakai kerajaan selama ini, hampir-hampir digagalkan pada PRU13.

Persepsi salah mengenai aktivis Cina
Read More / Baca Lagi >>

Papagomo dibebaskan selepas 3 hari reman

Posted: 10 May 2013 05:32 PM PDT


 
Penulis blog pro-Umno Papagomo telah dibebaskan oleh pihak polis hari ini, selepas ditahan reman selama tiga hari.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

"Semalam, kita membebaskan penulis blog (pro-PKR) blogger King Jason selepas tamat perintah tahanan ke atasnya selama dua hari," katanya.

Mereka telah ditahan pada hari Rabu dengan Papagomo disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, manakala King Jason disiasat di bawah seksyen yang sama Akta tersebut dan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Tiada permit dikeluarkan untuk ceramah Pakatan di Ipoh semalam

Posted: 10 May 2013 05:30 PM PDT


IPOH, 10 Mei — Polis Perak hari ini mengesahkan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Penasihat DAP Lim Kit Siang di Dewan Chin Woo di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis tidak menerima sebarang notis daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
"Tindakan ini menyalahi undang-undang. Polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Polis turut menerima maklumat mengenai perhimpunan anjuran pembangkang yang akan diadakan Ahad ini, namun setakat ini tiada permohonan permit yang diterima, katanya.
Beliau berkata penganjur seharusnya memberi notis mengadakan pehimpunan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan, selaras dengan peruntukan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.
Paramasivam berkata penganjur yang gagal mematuhi peratutan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 jika disabit kesalahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam.
Read More / Baca Lagi >>

BN Merosot: Kenapa Najib tidak 'ditendang'?

Posted: 10 May 2013 05:27 PM PDT

Kenapa Najib tidak 'ditendang'?KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak 'ditendang' dari Perdana Menteri  berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno 'tendang'  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

"Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah.  (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah 'ditendang', kenapa Najib tidak ditendang?" Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13,  di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.
Read More / Baca Lagi >>

18 Mei rakyat ke jalan raya jika Pengerusi SPR enggan turun

Posted: 10 May 2013 05:23 PM PDT

PUTRAJAYA 10 MEI: Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
siswaPerkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.
"Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.
"Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini," kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.
Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai 'pengadil'.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.
"Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat," kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Selepas bela perkauman, Najib nak harmonikan pula?

Posted: 10 May 2013 05:22 PM PDT


KUALA LUMPUR: Setelah menonjolkan dirinya sebagai 'Bapa Perkauman', dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk harmonikan isu-isu perkauman menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau seorang pembohong. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar malah menyifatkan Najib sebagai "lidah bercabang".
"Saya menyifatkan Najib sebagai "Bapa Perkauman' kerana dialah yang mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk yang nyata mengapi-apikan perkauman," katanya.
Selasa lalu, Utusan menampilkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang disepakati ramai sebagai mengapi-apikan perkauman.
Ironinya, kata Mahfuz, dengan sifat sebagai "Bapa Perkauman"  itulah Najib mendakwa dalam posting di Twitter beliau bahawa tugas beliau seterusnya ialah "mengharmonikan isu-isu perkauman".
"Bohong dan lidah bercabang.
"Adakah Najib fikir rakyat begitu bodoh untuk menerima Presiden Umno mengharmonikan hubungan antara kaum sedangkan beliau bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno, Perkasa, Utusan dan lain-lain pihak yang mengapi-apikan perkauman, malah membela pula laporan-laporan perkauman Utusan?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Read More / Baca Lagi >>

PKR tubuh dua JK kendali pasca PRU 13

Posted: 10 May 2013 05:21 PM PDT


KUALA LUMPUR: PKR menubuhkan dua penal untuk menguruskan pasca PRU 13 iaitu Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) dan pengurus gelombang #black505 di seluruh negara.

P4 diketuai oleh Rafizi Ramli (gambar kiri) manakala #black505 diketuai oleh anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar kanan).

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul," kata Rafisi dalam kenyataannya hari ini bagi mengulas perjalanan #black505 yang berjalan dengan baik.

Bagi beliau, perhimpunan #black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

Bagi Rafizi yang memenangi Parlimen Panda baru-baru ini, tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid: Memang saya kedekut untuk guna duit rakyat

Posted: 10 May 2013 05:20 PM PDT


Himpunan BLACKOUT 505 - Ucapan Penuh Kepimpinan

Posted: 10 May 2013 05:17 PM PDT

PRU13: Sampai masa Raja-Raja Melayu mencari penyelesaian

Posted: 10 May 2013 09:34 AM PDT

Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam kelmarin sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 100,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan 'massive fraud' yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.
Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan di antara kaum. Ia adalah pertentangan di antara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbilang kaum.
Jika ada pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada pihak yang sengaja melakukannya secara 'deliberate'. Persoalannya sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya di mana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU: BN akan berpaut pada persempadanan semula

Posted: 10 May 2013 09:29 AM PDT


 
NONEAhli strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming berkata, berdasarkan trend pengundian semasa, harapan yang tinggal bagi BN untuk kekal berkuasa hanya dengan memanfaatkan persempadanan semula yang harus dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun ini.

Katanya, BN sekarang mempunyai kerusi marginal yang lebih banyak untuk dipertahankan berbanding Pakatan Rakyat.

"Tidak dapat dinafikan bahawa BN dalam keadaan defensif walaupun Pakatan tidak berjaya memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan," kata Ong dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anggota parlimen Serdang itu berkata, BN kini mempunyai 46 kerusi marginal untuk dipertahankan berbanding Pakatan yang hanya 30 kerusi.

Beliau mengkategorikan kerusi jenis itu berdasarkan sokongan undi bawah 55 peratus.

Tiada sebab DAP menyertai BN

Posted: 10 May 2013 09:27 AM PDT

Cadangan sesetengah pimpinan BN meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana ia akan memecahkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya ia sekaligus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa di dalam kerajaan. DAP akan hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan yang telah sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Saya akan memberi komen sepintas lalu sahaja kerana saya tidak berfikir sebelum ini untuk melihat DAP akan bersama dengan BN untuk membentuk kerajaan. DAP mahukan kuasa yang 'legitimate' dari undian pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang lalu bersama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu mana yang ketakutan?

Posted: 10 May 2013 09:20 AM PDT

Oleh Sakmongkol AK47
Kita tak tahu apa yang Najib fikirkan sekarang- sebab takde apa yang mampu difikirkan. Antara 2 telinga Najib ada ruang kosong yang besar dan gersang. Satu hari dia kata, ini semua angkara tsunami Cina. Dia mengkakaktua apa yang Mahathir kata- UMNO dan BN gagal kerana ada orang Melayu tamak dan Cina tidak mengenang budi. 

Kedua kenyataan dari kedua orang adalah suatu yang tidak bertanggungjawab. Semua bisness yang kedua mereka jalankan, dijalankan dengan orang cina. Sahabat baik Najib dari George Kent adalah seorang Cina. Sahabat baik Mahathir majority nya Cina dan merekalah yang Mahathir bentukkan dan bangunkan. Cuma sukalah kita ingatkan- Mahathirlah yang membuat sempadan semula mencairkan majorti Melayu dalam kawasan Pilihanraya sebab dia rasa orang Cina boleh dipercayai lebih dari orang Melayu. Jadi kita kata- padan muka Mahathir. Padan muka Najib dan UMNO. Bangsa sendiri tidak percaya.
Orang Cina hanya 24% sahaja dari penduduk negara ini. Mana mungkin mereka ambil alih kerajaan. Yang ketakutan sekarang ialah Melayu UMNO. Itu pun pemimpin Melayu UMNO. Ahli biasa tidak perlu takut.
Hanya pemimpin UMNO yang ketakutan dan cemas. Bin Mahathir, bin Razak, Bin Hussin, bin Nazri dan lain2. Sebab semasa kuat dan kukuh, mereka menyamun, merompak, meraih komsiyen, menipu harga dan lakukan apa sahaja untuk menyonglap, menyamun dan merompak.
Read More / Baca Lagi >>

Jusuf Kalla: ‘Najib kawan saya, Anwar teman saya’

Posted: 10 May 2013 09:14 AM PDT

Jusuf mengaku sudah memberitahu Najib dan Anwar agar melakukan kompromi hasil keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sahabat baiknya.
"Sudah lama, dengan Anwar kami berteman sejak mahasiswa. Sedangkan  Najib kebetulan orang Bugis juga.
"PM Malaysia Najib dan tokoh pembangkang Anwar teman saya. Makanya saya ke Malaysia bertemu keduanya,'' kata Jusuf Kalla kepada Rakyat Merdeka, kemarin.
Begitupun, beliau menyokong usaha Najib untuk mengadakan penyusunan perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
Barisan Nasional mendapat 133 kerusi parlimen manakala Pakatan Rakyat 89, akibatnya Anwar menolak keputusan itu dan mendakwa ada kecurangan.
Jusuf  mengaku sudah memberitahu Najib  dan Anwar agar melakukan kompromi.

Berkempen dengan santun

"Jangan sampai perbedaan politik yang terjadi di Malaysia ini memicu  konflik," tambahnya.
Menurutnya, beliau telah berpesan, agar keduanya (Najib dan Anwar) berkempen dengan santun, tidak saling serang peribadi masing-masing kerana keduanya adalah sahabat baik.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor : Dua nama diangkat, tapi Khalid jadi pilihan

Posted: 10 May 2013 09:12 AM PDT



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar.

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih...ha..ha..ha...!!!

Posted: 10 May 2013 09:11 AM PDT



Abdul Aziz Mohd Yusof KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih 'terbersih' pernah dilakukan badan bebas itu.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
  
Justeru, dakwaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Media Indonesia: Himpunan 8 Mei di Malaysia mirip era guling Soeharto

Posted: 10 May 2013 09:10 AM PDT

indoKUALA LUMPUR 10 MEI: Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan penipuan isu dakwat kekal yang luntur, pengundi hantu, pengundian berulang kali dan warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
"Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
"Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi," kata laporan itu dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan ‘Black505′ diteruskan di P Pinang, Perak, Pahang & Johor

Posted: 10 May 2013 09:09 AM PDT

(Kenyataan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli)
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul.
945054_572863309420680_1167231291_nPerhimpunan #Black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihan raya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih 100,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh itu, gelombang #Black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara.
Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KEADILAN telah menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya akibat penipuan berleluasa.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor

Posted: 10 May 2013 09:08 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sokong Khalid jadi MB S'gor, kata SUA PKR

Posted: 10 May 2013 09:06 AM PDT

Pakatan Rakyat menyokong ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata berteraskan prinsip konsensus, parti itu telah mencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan tersebut untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan Pakatan, PAS dan DAP.

Menurutnya, PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menyuarakan kekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.

505: Meluruskan salah faham proses pengundian

Posted: 10 May 2013 09:04 AM PDT

Abdul Azim Roslan

10 MEI ― Seperti biasa, setelah tamat sahaja pilihan raya, maka pelbagai isu yang akan dibangkitkan terutamanya melibatkan dengan proses pengundian.
Sesetengah isu yang dibangkitkan itu mempunyai latar yang kukuh untuk diperdebatkan, ada sesetengah isu pula dibangkitkan sekadar untuk membentuk persepsi buruk hasil daripada salah faham dan kurang informasi yang tepat.
Antara isu ulangan yang kerap kali didendangkan adalah penyelewangan pengiraan undi, cubaan melarikan kotak undi atau pun pertambahan kotak undi secara misteri.
Isu ini dihangatkan dengan paparan gambar yang dimuat turun dilaman sosial dan kemudian pembawa gambar itu akan menjustifikasi paparan itu untuk membentuk persepsi kepada pembaca.
Perkara yang perlu diketahui oleh umum adalah, setiap pusat mengundi mempunyai beberapa saluran undi.
Untuk memudahkan pemahaman, saluran itu membawa maksud bilik undian dan di dalam bilik undian itu akan terdapat dua peti undi yang mana satu peti mewakili undi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu peti lagi undi Parlimen.
Di dalam bilik undian itu pula akan terdapat beberapa orang petugas SPR dan diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi (KTM). Ejen-ejen calon yang bertanding akan diletakkan di dalam bilik undian itu bagi memantau proses pengundian dari mula hinggalah sampai ke proses pengiraan.
Ejen calon juga akan dibekalkan dengan senarai daftar pengundi dimana setiap pengundi yang masuk ke dalam bilik undian itu akan disemak secara bersama bagi memastikan setiap pengundi yang masuk itu berdaftar dengan SPR dan mengelakkan pengundian lebih dari sekali oleh seorang pengundi. Ini diperkuatkan dengan penggunaan dakwat kekal.
Setelah proses pengundian tamat pada pukul 5.00 petang (bergantung pada pusat mengundi), proses pengiraan undi akan berlangsung.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Utusan terhadap kaum Cina lari daripada konteks, kata sejarahwan

Posted: 10 May 2013 09:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar) berkata laporan dimuka depan Utusan Malaysia hari ini yang lantang mengkritik masyarakat Cina kerana sentimen perkauman yang masih menebal telah diambil daripada luar konteks.
Khoo berkata akhbar milik Umno tersebut menggunakan kata-kata beliau dalam artikel bertajuk "Suara tokoh Cina" bertujuan kelihatan seolah-olah beliau hanya lantang terhadap masyarakat Cina, sedangkan beliau secara terbuka sentiasa berbincang tentang hubungan etnik di negara ini dan mengkritik semua kaum kerana terlalu mementingkan kumpulan mereka saja.
"Gambaran yang saya dapat daripada apa yang saya baca dalam Utusan ialah saya kelihatan lantang terhadap masyarakat Cina, tetapi saya tidak kata hanya Cina saja," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
"Saya berkata bahawa setiap kumpulan etnik masih cenderung untuk pentingkan diri sendiri dan tidak memahami antara satu sama lain. Ia bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu dan India juga," katanya.
Utusan Malaysia melaporkan Khoo berkata sifat perkauman dalam masyarakat tersebut masih menebal sejak mereka masuk ke Malaya selepas dibawa oleh penjajah British.
"Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah," kata Khoo yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Khoo memberitahu The Malaysian Insider masalah perkauman tidak berubah sejak zaman penjajah British, dan kurang persefahaman antara kaum-kaum di negara ini bukan hanya berpunca daripada pemerintahan "pecah dan perintah" seperti yang diamalkan British tetapi kerana rakyat Malaysia sendiri .
Read More / Baca Lagi >>

Demo Pro M Desak SPR Jelas Isu PRU13

Posted: 10 May 2013 08:19 AM PDT

Pro M : Perjelas Isu PRU 13 Atau Bawa Ke Istana

Posted: 10 May 2013 08:18 AM PDT

Bila cina sokong PAS, Umno tuduh Tsunami Cina

Posted: 10 May 2013 08:17 AM PDT

Tiada ulasan: