PENYAPU SIAL |
- turun harga kereta ....JANJI TIPU di tepati....!!!!
- legasi najib perdana menteri haram PRU 13
- UMNO menganggap ianya tuhan orang melayu yang bebal serta kunun kununnya pemberi rezeki kepada keseluruhan orang melayu dan bangsa bangsa lain....banggang punya mentaliti....!!!!
- operasi pondan nak selamatkan imej najib haramjadah tapi rakyat makin menyampah....!!!!
turun harga kereta ....JANJI TIPU di tepati....!!!! Posted: 28 May 2013 10:54 AM PDT
Kerajaan BN nampaknya semakin berhadapan dengan kemarahan rakyat jika janji untuk turunkan harga kereta tidak ditunaikan selepas mereka menang Pilihanraya Umum yang lalu. Selaras dengan motto kelentong 300 %"Janji Di Tepati" yang dilaung-laungkan menjelang PRU-13 itu, Kerajaan telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus. Namun, melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh JF Apex Securities bahawa kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton. Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. Malah, JF Apex juga berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan tertipu lagi kali ini....!!!! |
legasi najib perdana menteri haram PRU 13 Posted: 28 May 2013 10:47 AM PDT Sekurang-kurangnya lapan sebab mengapa sebilangan besar rakyat Malaysia terutama generasi muda mempertikaikan legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Ini menyebabkan bantahan sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda daripada pelbagai kaum terhadap keputusan PRU-13 menerusi ceramah “Black 505” di seluruh negara. Rakyat tunjuk rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap PRU-13 paling kotor sepanjang 13 kali pilihan raya umum negara kerana berlakunya politik wang yang tidak beretika melalui strategi UMNO/BN “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”. Selain itu, amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO/BN, yang mana satu undi di Putrajaya (16,000 pengundi) sama nilainya dengan satu undi di Kapar (140,000+ pengundi) hingga menjadi satu penghinaan terhadap prinsip “seorang, satu undi, satu nilai”. Sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, undi popular yang dimenangi Anwar dan Pakatan Rakyat pasti melebihi 60 peratus malah mencapai dua pertiga jumlah keseluruhan, memberikan majoriti kerusi Parlimen kepada PR (mencecah 125 kerusi Parlimen terdiri daripada 45 untuk PKR dan masing-masing 40 untuk DAP dan PAS) bukannya 89 kerusi untuk PR dan 133 kerusi untuk BN seperti sekarang. Pemerintahan Najib tiada legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, kerana meningkatnya polarisasi kaum. Najib bertanggungjawab memulanya dengan kenyataannya bahawa keputusan PRU-13 adalah “tsunami Cina” sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia, bandar, separa bandar dan anak muda. Ini diikuti satu siri reaksi provokasi, mengapi-api dan perkauman serta kempen seperti tajuk akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia: “Apa Lagi Cina Mahu”; ucapan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah, merupakan ucapan paling rasis dan menghasut pernah dibuat di Malaysia dalam tempoh 44 tahun. Kabinet Najib tidak mewakili semua rakyat Malaysia, satu kesedaran terlewat yang membawa kepada cadangan BN menamatkan parti berasaskan kaum, dengan menggabungkan semua parti komponen dalam satu perikatan menjadi parti berbilang kaum. Rejim pemerintahan Najib juga semakin menekan dan tidak demokratik, berikutan kerjasama Menteri Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara yang paling “bersifat politik” dengan menafikan hak asasi manusia dan tidak demokratik terhadap pemimpin Pakatan Rakyat serta aktivis sosial lain apabila menahan, mendakwa dan tindakan keras terhadap kebebasan berhimpun dan bersuara. Contoh terkini adalah ancaman Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, untuk memburu pengguna media sosial pro-Pakatan Rakyat sama ada di Facebook, Twitter, YouTube atau blog, berikutan dakwaan tidak masuk akal bahawa DAP membelanjakan RM108 juta tentera siber “Red Bean Army” untuk memburuk-burukkan UMNO/BN di alam siber. Najib juga mempengerusikan Kabinet dengan dua Menteri tidak sah (Paul Low dan Abdul Wahid Omar dan tiga Timbalan Menteri tidak sah (P. Waythamoorthy, J Loga Bala Mohan dan Ahmad Bashan Md Hanipah) kerana semua mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum mengangkat sumpah sebagai sebagai menteri Kelima-lima mereka berada di awang-awangan Perlembagaan sejak 11 hari lalu, kerana belum mengangkat sumpah sebagai Senator dan mereka sendiri tidak berani mengakui mereka adalah Menteri dan Timbalan Menteri yang sah. Sandiwara perlembagaan yang berpanjangan itu memalukan Yang di-Pertuan Agong dan juga imej negara di peringkat antarabangsa, hanya menggariskan persoalan serius mengenai legitimasi Kabinet dan jawatan Perdana Menteri Najib.
penyapu sial
Apa lagi benda @ perkara HARAM yang dilakukan dek BN ni terutama UMNO????? Mungkin belum makan daging BABI lagi kot? Entah dah ada yang menjamahnya tapi tak berani mengaku aje. RASUAH = MAKAN DAGING BABI. Sama tak? Kalau sama, dah tentu ramai Melayu yang sudah "makan daging babi". |
Posted: 28 May 2013 10:30 AM PDT ini dia tuhan orang melayu yang bebal sokmo....!!!
UMNO bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu. Seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati. Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam. UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Kenyataan itu adalah rentetan polemik “Apa lagi Cina mahu” yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO. “Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)? Najib adalah hipokrit terulung daripada UMNO. Apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Suatu impian sebuah negara yang inklusif iaitu semua bangsa sebagai stakeholders yang sama taraf dalam sebuah negara hancur berkecai. BN mendapat 133 kerusi Parlimen tetapi kalah dalam undi popular. Ia disalahkan pula kepada “Tsunami Cina”. Adakah ini langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu daripada Melayu lain? |
operasi pondan nak selamatkan imej najib haramjadah tapi rakyat makin menyampah....!!!! Posted: 28 May 2013 10:22 AM PDT Dengan Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, kemudian menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis, semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan kote Najib yang semakin lembik dan pondan. Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu. Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengikut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat. Langkah2 kepondanan Najib adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang bacul Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang mempunyai kote yang lembik dan pondan. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang bacul Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram. Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main. Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO. Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang. PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.
UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO. Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu. Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang. Najib rasuah 7 juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu. Itu dari sudut BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO. DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu. Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu. Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal.
penyapu sial
Nampak bersemangat sungguh DS Najib. Tapi adakah beliau membantu menigkatkan ekonomi Melayu. Rasis beliau hanya lakunan. Projek juta2 dan billion sapu dek kroni beliau bangsa lain juga. Orang Melayu tetap melopong. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan