Rabu, 22 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


yang rompak dan samun harta rakyat tak di gari dan di dakwa...malah makin glamer lagi...haramjadah punya kerajaan haram UMNO-BN..!!!!

Posted: 22 May 2013 11:21 AM PDT

adam adli di gari anjing anjing peliharaan UMNO....puhhh...memang sial punya anjing anjing UMNO-BN...dedah penyelewengan dan penipuan dalam PRU di anggap penjenayah....bergari pulak tu...ko orang pikir ini negara emak bapak UMNO punya ke...buat sesuka hati....akta hasutan kunun....beritau rakyat  tentang  isu isu berkenaan di kira  menghasut....ini akal letak kat mana..???...sebar gambar macam ini pun di larang....ko orang ingat aku takut dengan ancaman anjing anjing peliharaan UMNO...!!!....boleh jalan daaaa....!!!!

puhhh...penjenayah VIP ...glamer sakan dapat bermanja manja  dengan pelindung penjenayah VIP...ini undang undang apa yang bapak anjing ini pakai...1 undang uundang untuk kroni...1 undang undang untuk menindas rakyat...untung sharizat  curik  juta juta  duit lembu...lansung tak bergari....dapat layanan vip pulak tu oleh najib....itu lah UMNO...pelindung penjenayah no 1 di dunia....!!!!!

kerajaan minoriti gasak sampai tergolek ( GST ) ...satu penipuan dan penganiayaan BN kepada rakyat

Posted: 22 May 2013 08:13 AM PDT

BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebqanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.

Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.

Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.

Dengan kata lain,sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.

Itulah,  sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.

Sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Justeru  itu ,  Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.

Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).

Pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.

Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP..

Lagipun,  keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.

Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?.

Sehubungan itu, PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.

malaysia semakin bangkrap...gaji penyangak rakyat sarawak lebih tinggi dari gaji perompak scorpene ...dewan penyangak dah luluskan ...dewan perompak bila lagi...!!!

Posted: 22 May 2013 07:16 AM PDT

dah kaya bertambah kaya...tak cukup menyangak hasil mahsul rakyat sarawak...kali ini  duit rakyat  sarawak  pun tergamak di tibai...gerombolan persatuan penyangak dah luluskan!!!

 

gaji PM nampak seciput tapi ...side income dari bini pundek  betina sial gemuk gedempol lebih beberapa kali lipat dari gaji taib mahmud...penyangak...gerombolan perompak bila lagi  nak luluskan duit rakyat di bahagi bahagikan..????

sumber pendapatan side income dari pendapatan haram betina sundal dalam bisnes  beg beg tangan , kasut kasut  mahal dan cincin  cincin berlian serta  juga meniaga karpet raya ....masyukkk mengalah income PM bacul 1 malaysia

 

 

Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

KUCHING: Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

 

 

 

penyapu sial

 

 

walau gaji perompak lebih rendah dari gaji penyangak....jangan lupa hasil side income lubang lubang burid untuk merompak rakyat dapat mengalahkan pendapatan haram taib mahmud ini.

mereka bergasak nak tengok siapa yang lebih banyak gajinya...rakyat juga yang mampos dahulu di mangsakan akibat kenaikan harga minyak ,barang keperluan dan pelbagai cukai yang karut marut yang menjerut leher rakyat .

minoriti perintah majoriti ....rakyat wajar persoalkan kredibiliti kerajaan haram UMNO-BN...!!!

Posted: 21 May 2013 05:34 PM PDT

Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, Sambil  itu kita  menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum mereka yang berani  melawan arus.

Kita  juga turut mengecam Menteri Samseng Dalam Negeri yang baru  Ahmad Zahid Hamidi kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara agar berhijrah.

Kita mencabar naib presiden Umno itu untuk berdebat sehari penuh di parlimen, samaada   Lim Guan Eng  sebagai  Ketua Menteri Pulau Pinang  atau  Penasihat DAP Lim Kit Siang ataupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid   di anggap sebagai “bongkak” dan hanya berani di depan media dan kemera TV BN untuk menyelar  ahli ahli pakatan rakyat

Ahmad Zahid menimbulkan kontroversi minggu lalu apabila menulis di dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia yang tidak berpuas dengan kemenangan BN kerana sistem “first past the post” boleh berpindah ke negara lain.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” tulis Ahmad Zahid.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” tambah beliau lagi.


Pilihan raya 5 Mei menyaksikan perpecahan golongan bandar-luar bandar Malaysia.

Walaupun pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, BN masih lagi memerintah negara dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang hanya mendapat 89 kerusi.

Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majority..

Dalam satu forum pada 13 Mei lalu, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

Disebabkan itu, beliau kini direman di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

Walau bagaimanapun, PR telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan minggu lalu PR akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 minggu lalu ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpun di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

persempadanan semula ...pakatan rakyat perlu sekat tindakan SPR memanipulasi kawasan pilihanraya untuk bantu UMNO-BN menang menipu PRU

Posted: 21 May 2013 05:17 PM PDT

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) perlu  menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.

Tindakan  itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

Jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga..

Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan PR  ke kerusi lain

Sejajar dengan desakan kempen “satu undi, satu nilai” DAP, ahli parlimen PR perlu  berjuang habis-habisan untuk menggunakan kuasa Parlimen bagi memastikan pengundi lebih adil tersebar tidak seperti keadaan sekarang.

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh Ahli Parlimen  PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.

“Putrajaya mempunyai 15,791 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 144,159 pengundi. Ini tidak masuk akal.

“Dan kita mempunyai kerusi DUN Sri Serdang dengan 72,769 pengundi jauh lebih tinggi dari kerusi Parlimen Putrajaya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa.

Dalam Wall Street Journal semalam, wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular

keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan  sebagai  manipulasi kawasan pilihan raya.

Terima kasih kepada amalan berat sebelah anti-bandar melampau dan pemansuhan peraturan yang mengawal saiz relatif kawasan pilihan raya, kawasan pilihan raya terbesar mempunyai sembilan kali lebih ramai pengundi daripada paling kecil..

Atas dasar itu, dan mengambil kira bilangan kerusi dilawan sengit, pembangkang mungkin akan perlu menang sekurang-kurangnya 58 peratus undi popular untuk mendapatkan majoriti kerusi.”

Dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.

Tiada ulasan: