Jumaat, 17 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


reformasi SPR perlu di lakukan melalui mahkamah, jalanan dan Parlimen...!!!!

Posted: 17 May 2013 09:45 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR)  perlu  terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang

Satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.

Di maklumkan  PR  telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.

Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini  sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika  di failkan petisyen..

PR  perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang..

Mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.Satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.

iklan pembodek menteri blackout 505 yang di lantik perabis duit pembayar cukai

Posted: 17 May 2013 09:22 AM PDT

Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.

Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.

Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.

Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.

Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek..

Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.

Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.

Iklan tersebut  di sifatkan  sebagai “pembaziran” wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.

Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.

Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan.

Sebelum ini  di laporkan  timbul  persoalan mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.

Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.

Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12.

guiness world of record ...kabinet blackout 505 haramjadah najib kabinet lintah darat perembat duit pembayar cukai teramai di dunia.......!!!!

Posted: 17 May 2013 09:12 AM PDT

Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?

Berbanding dengan  Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?”

Apabila PM  Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka pembodeknya  menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Maka inilah juga kabinet Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang dan membayar  gajibuta sewenang wenang  dari hasil titik peluh pembayar cukai.

menteri kepala samseng ini kata mana mana rakyat yang tak bersetuju perbuatan menipu yang di lakukan oleh UMNO-BN dalam PRU 13 lalu mohon berambus dari malaysia....mudah bangla di bawa masuk mudah juga kroni kroni UMNO-BN merompak rakyat sesuka hati....wak lu...lu ingat negara ini kepala mak bapak lu punya ka....!!!!

Posted: 17 May 2013 08:56 AM PDT

Kita  mengecam  dengan sekeras kerasnya  kenyataan Menteri Dalam Negeri  aka menteri kepala samseng , Zahid Hamidi sebagai biadap, dan tidak seharusnya seorang Menteri yang dilantik bagi memberi khidmat untuk seluruh rakyat Malaysia bersikap angkuh, dan membuat kenyataan seperti seolah-olah dirinya dan parti yang diwakilinya adalah tuan besar dalam negara ini.

Zahid Hamidi harus sedar elaun sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Menteri, terhasil dari cukai yang dikutip ke atas rakyat dan wajarlah beliau tidak angkuh dan sombong..

Oleh itu kita  menyifatkan kenyataan Zahid yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat.

Kita juga  melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan.

Sepatutnya, sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid Hamidi harus segera mengambil langkah yang neutral dan memberikan kerjasama erat bagi memberi ruang kepada sebarang proses bantahan, selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan kekacauan.

Rakyat bangkit untuk protes dan bersuara secara aman, mengikut prosedur perhimpunan yang betul serta saluran media yang betul.Rakyat juga, mendukung keputusan Pakatan Rakyat untuk memfailkan petisyen ke atas sekurang-kurangnya 27 Parlimen yang disyaki terlibat dengan kesalahan pilihanraya serta keputusan yang meragukan.

Zahid Hamidi mesti berlapang dada dan membuka ruang bersuara untuk rakyat dan bukan dengan nada beremosi membuat kenyataan yang menghina dan mencabar kesabaran rakyat .

Tiada ulasan: