PENYAPU SIAL |
- Himpunan rakyat vs puak rasis no otak kaki perasuah ,penipu ,perompak dan perosak rakyat....!!!
- Mat bangla ,nepal ,myanmar dan kemboja tolong najib huni tangga ke 9 top 20 pencapaian terbaik PRU...!!!!
- setelah kena tendang oleh rakyat zul kolom cuba bodek najib untuk jawatan menteri...tergamak mangkuk hayun ini bangkitkan isu perkauman untuk menagih simpati...
- gabungan pengampu melayu semenanjung (GPMS) sokong penipuan dalam PRU 13 dengan menghasut kerajaan haram UMNO-BN supaya melucutkan kerakyatan siapa siapa yang memprotesnya....idea banggang dari pengampu yang banggang....!!!!
Himpunan rakyat vs puak rasis no otak kaki perasuah ,penipu ,perompak dan perosak rakyat....!!! Posted: 13 May 2013 04:47 AM PDT Isyarat yang sangat jelas apabila menyaksikan himpunan rakyat menentang penipuan dalam PRU yang lalu di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, ialah majoriti yang hadir adalah pengundi muda pelbagai kaum dan pengundi bandar yang juga pelbagai kaum. Himpunan yang dinamakan Himpunan Black 505 – seterusnya akan diadakan dari negeri ke negeri, seluruh negara mencerminkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU baru-baru ini. Namun kebangkitan rakyat ini kelihatan berdepan dengan golongan rasis yang mengapi-apikan semangat perkauman dari pelbagai pihak yang dapat disimpulkan bahawa mereka dari golongan yang sangat kecewa dengan prestasi lemah Umno/BN. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyah yang diharamkan syarak. Tindakan ini , boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini. Kerana, sikap ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.Lantas akan menimbulkan ketegangan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam, adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi dan keadilan Islam itu merentasi perbezaan pemikiran dan agama. Sebenarnya pandangan para ilmua agama sudah lama didengar bagaimana Islam menentang fahaman perkauman, namun fahaman jahiliyah ini masih juga berkembang. Maka menjelang PRU yang lalu dan sesudahnya, suara perkauman terus kedengaran dan dihembus dengan kerasnya lagi oleh media yang mendukung fahaman itu. Oleh itu, kebangkitan rakyat – terutama rakyat bandar dan generasi muda – yang berlaku sekarang akan terus berdepan dengan golongan rasis ini, namun golongan perkauman ini, akan dapat dikalahkan. Kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya kemenangan besar DAP bukan semata-mata undi Cina, bahkan undi Melayu juga. Umpanya kemenangan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan calon DAP di tempat lain bukan semata-mata kerana undi Cina, tetapi juga undi pelbagai kaum. Begitu juga kekalahan calon BN, Ali Rustam di Bukit Katil di tangan calon PKR, bukan semata-mata kerana penolakan undi Cina di situ, tetapi juga penolakan pengundi Melayu yang ramai di kawasan itu. Ada puluhan contoh lagi di mana ramai pengundi Melayu bandar dan semi bandar menolak calon BN, di samping pengundi Cina yang secara besar-besara menolak calon BN sama ada calon BN itu Melayu, Cina atau India. Pengundi bandar dan semi bandar serta pengundi generasi pemuda sudah jelas menolak calon BN bukan kerana bangsa atau keturunan, tetapi kerana BN dipenuhi rasuah, nepotisme, penyelewengan dan lain-lain. Jelaslah keputusan PRU ke-13 itu tidak memihak kepada Barisan Nasioal, walaupun ia menang tipis, bukan kerana perkauman, tetapi hal-hal yang sudah diketahui umum. Oleh itu sentimen perkauman itu cuba disemarakkan oleh golongan berkepentingan justeru mereka ini tidak mampu menerima hakikat sebenar. Sebenarnya, api perkauman ini tidak mudah padam kerana ia akan terus dinyalakan oleh pihak berkepentingan, walaupun sikap mereka ini ditentang oleh Islam. Oleh itu golongan pengundi muda dan pengundi Melayu bandar yang kini sedang bangkit ini akan terus berdepan dengan golongan rasis ini. Hari-hari mendatang, semakin hangat sambutan terhadap kebangkitan rakyat, semakin besar ‘kemurkaan’ golongan ini. Namun kita yakin golongan tersebut akan hanyut bersama sampah saraf sejarah. Kita percaya bahawa negara ini yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, yang selama ini hidup dengan harmoni, tidak akan menjadi sebuah negara rasis dan diktator seperti negara German di zaman Adolf Hitler. Tidak akan wujud di negara ini kumpulan samseng dan rasis seperti Klu Klux Klan yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat sendiri selepas perang saudara di negara itu dulu, semata-mata untuk mempertahankan supremacy kulit putih yang anti pendatang dengan melakukan tindaka keganasan. Sementara kita menyaksikan terus kebangkitan rakyat, terutama pengundi muda dan pengundi bandar, kita mendengar berita bahawa Pakatan Rakyat sedang menyiasat 27 kes keputusan pilihanraya peringkat parlimen yang dimenangi oleh BN di mana ada laporan mendakwa ada berlaku penipuan. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa penyiasat itu berkata, pihaknya telah menerima 237 aduan dari pelbagai pihak mengenai apa yang terjadi dalam PRU yang lalu itu. Menurut beliau, 27 kerusi parlime yang akan disasat ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Bharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan and Saratok. Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kes-kes ini akan menang ketika di bawa ke mahkamah nanti. Ini adalah perjuangan yang panjang. |
Posted: 13 May 2013 04:28 AM PDT Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU 13 yang lalu.Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan. Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana,si bacul dan penakut debat tu hanya mampu berada di kedudukan ke 9 je Jika dulu-dulu carta untuk TOP 10 atau TOP 20 bagu PRU sentiasa dibolot oleh BN tanpa ada ruang untuk calon-calon selain BN, kini keadaan sudah terbalik. kalau kita masih ingat di dalam tahun-tahun 80an dan 90an dimana kedudukan majoriti calon-calon khususnya UMNO memang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa. Untuk PAS masuk di dalam carta tersebut, semacam satu mimpi yang tidak mungkin tercapai. Kini tiba-tiba hampir keseluruhan mereka yang berada di senarai TOP 20 itu adalah dari Pakatan Rakyat. Yang paling memeranjatkan PAS berada di dalam senarai itu iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud, ahli parlimen Kota Raja di kedudukan ke 14 dengan majoriti 29,395!
penyapu sial
yang duduk di tangga ke 9 (BN) itu confirm tidak bersih daripada PENGUNDI HANTU...kalau nak tau sila lah ke PEKAN..tempat mangkuk hayun bergelandangan dengan bini hapraknya.Kita boleh tengok berapa kem kem pengundi hantu itu bertebaran di sana siap dengan adanya pengawal lagi..bukan calang calang orang boleh boleh masuk melainkan gengster gengster cap dacing...itu pun pendokong keris telanjang yang jadi pemerhatinya. kalau di lihat pada carta majoriti kawasan tu ialah "urban area"....memang org bandar dah celik mata dan cerdik....dah nampak tembelang be end kerana ramai yg akses internet....tapi kita sedih lihat keputusan pru di luar2 bandar....apa agaknya modus operandi PAKATAN RAKYAT utk masyarakat luarbandar ye...? Faktor2 utama be end byk menang ialah kerana rasuah duit dan propaganda media....sedangkan dua2 inilah yg kebanyakan org2 kg "look up to".... |
Posted: 13 May 2013 12:41 AM PDT zul kolom bodek najib untuk jawatan menteri...tergamak bangkitkan isu perkauman untuk menagih simpati... Lim Kit Siang menafikan hari ini beliau dan DAP mahu kematian orang Melayu dengan menggunakan terma “Malai-seh”, seperti yang di laungkan datuk zul kolom yang dengan ini melakukan jenayah hasutan dan fitnah yang boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti tahun 1969 Zul kolom sering menuduhnya tanpa bukti di belakang rusuhan kaum terburuk dalam sejarah yang mana kenyataan mangkuk hayun tersebut merupakan satu penipuan oleh seorang yang ditolak rakyat dalam Pilihan Raya 2013. Selepas ditolak di Shah Alam oleh orang Melayu, zul kolom terus menyebarkan penipuan yang tidak bertanggungjawab.. Sekarang dia bercakap tentang 13 Mei, menuduh Lim Kit siang bertanggungjawab terhadap rusuhan dan slogan ‘Malai-seh’. Semuanya tidak benar, Sebenarnya lim Kit Siang tiada di Kuala Lumpur pada ketika itu. Pertuduhan itu hanyalah “khayalan” dalam minda Zulkifli untuk menagih simpati najib untuk jawatan menteri ( walaupun kalah PRU 13 di shah alam ) dan malah perkataan “Malai-seh” tidak pernah dikaitkan dengan diri Lim Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP dalam Kertas Putih mengenai insiden 13 Mei 1969. |
Posted: 12 May 2013 03:22 PM PDT kibar bendera terbalik untuk protes penipuan PRU 13...apa kena mengena dengan melucutkan kerakyatan...banggang punya pengampu...nak mengampu bior ler berpada pada...!!! bantahan beramai ramai membantah penipuan kerajaan haram umno-bn dalam pru 13...!!! KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu. Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kerajaan di negara ini kepada pihak luar. “Tindakan mereka boleh memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia. “Kami minta kerakyatan mereka (peserta perhimpunan haram di Singapura) dilucutkan,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Zambri kemudiannya menggesa pihak polis Malaysia supaya mengambil tindakan sama seperti polis Singapura dengan menangkap mana-mana pihak yang mengadakan perhimpunan haram di negara ini. Beliau mengulas mengenai insiden pihak berkuasa Singapura yang menahan 21 rakyat Malaysia kerana mengadakan demonstrasi haram di Merlion Park, Singapura dalam kejadian pada Rabu lalu. Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam negara itu kerana mengadakan bantahan secara haram walaupun polis Singapura berulang kali memberi amaran agar mereka tidak berbuat demikian. Penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057). Sementara itu, tokoh sejarah negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim membidas tindakan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi haram membantah keputusan PRU-13 di Singapura. Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) berkata, rakyat Malaysia terbabit menunjukkan sikap yang tidak wajar apabila melanggar undang-undang di negara itu hanya kerana sentimen politik mereka. “Setiap negara ada undang-undang dan kita perlu menghormati undang-undang mereka apabila berada di negara terbabit. “Kita tiada kuasa dan tidak boleh berbuat sesuka hati kita di negara lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Selain kes di Singapura itu, pihak polis juga sedang menyiasat mengenai tindakan 100 pelajar Malaysia di Taiwan pada 6 Mei lalu yang memegang bendera Malaysia secara terbalik bagi memprotes keputusan PRU-13.
penyapu sial
hai..protes penipuan PRU 13 pun nak kena tarik kerakyatan ke...dah habis modal ke..habis tu yang jadi penghianat negara dengan memberi ic biru kepada warga asing secara haram supaya boleh mengundi secara haram x pula sibuk di suruh lucut kerakyatan.. sementara kerajaan singapura pula telah mengikut telunjuk kerajaan haram UMNO-BN demi kepentingan strategik mereka dengan negara ini...ini kita tidak hairan...dapat batu putih dan ktm tanjung pagar jadi barua UMNO-BN.. di taiwan dan di negara negara lain yang tidak mempunyai sebarang kepentingan strategik...bantahan yang di lancar terhadap kerajaan haram malaysia tiada apa apa halangan... nampaknya negara kita akan di penuhi para penjenayah politik yang sentiasa memanipulasi rakyat melalui penipuan pru...dan ini kita tidak boleh benarkan sama sekali...rakyat kena bangkit menentang kezaliman... ayuh ..kita berhimpun beramai ramai menunjukan bantahan kita terhadap penipuan pru yang di lakukan oleh kerajaan haram UMNO-BN !!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan