Selasa, 7 Mei 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Jika Wujud Penipuan, Kerajaan Najib & BN Bakal Tumbang Tak Lama Lagi...

Posted: 06 May 2013 09:25 PM PDT



Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.



"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -mk



Apa Yang Berlaku Sebenarnya?


Bukan x boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-FB


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran .Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt! -GB

12 Adun Pakatan ke DUN Pahang

Posted: 06 May 2013 09:23 PM PDT

TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang buat pertama kalinya bakal menjadi pembangkang yang  kuat dan berkesan apabila berjaya menghantar 12 orang wakil ke Dewan Undangan Negeri  (Dun) Pahang, iaitu kurang dua kerusi untuk menafikan 2/3 BN.

(Dua YB baru dari Pahang, Andansura dan Nasrudin)

Daripada 12 kerusi tersebut tiga dari PAS, dua PKR dan tujuh DAP yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) 13 semalam.

PAS menambah satu kerusi (Dun) lagi iaitu Tanjong Lumpur di samping berjaya mengekalkan kerusi Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pada PRU 2008 yang lalu.

Yang Dipertua PAS Kuantan Rosli Abdul Jabar, di Dun Tanjong Lumpur mendapat 9,090 undi mengalahkan lawannya Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan majoriti 796 undi.

Di Kuala Semantan, penyandang Syed Hamid Syed Mohamad mengalahkan Mohd Anuar Mohd Yunus dengan kelebihan  2,685 undi. Syed Hamid mendapat 12,101 sementara Anuar 9,416 undi,

Aktivis anti Lynas Andansura Rabu di Beserah pula berjaya mendapat 15,346 undi mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Hazmi Yusof  dengan majoriti besar 3,987 undi.

PKR yang tidak menang kerusi Dun sebelum ini, menghantar wakilnya Lee Chean Chung dari Semambu yang mendapat 14, 753 undi dan Sim Chon Siang dari Teruntum yang memperolehi 12,385 undi. Majoriti masing-masing ialah 3,200 dan 4,437 undi.

DAP yang sebelum ini hanya menang di Triang dan Tras, kini menguasai Tanah Rata (Leong Ngah Ngah: 7,878 undi), Mentakab (Tengku Zulpuri Tengku Puji: 7,882), Bilut (Chow Yu Hui: 8,663), Ketari (Lee Chin Chen: 10,050), Sabai (D. Kamache: 4,439) dan Triang (Leong Yu Man: 10,076) dalam pengundian semalam.

Sementara itu Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang sebelum ini bertahan selama lima penggal di Triang berjaya di Tanah Rata mengalahkan calon BN dari MCA iaitu penyandang Datuk Ho Yip Kap.

Leong mendapat 7,878 manakala Ho mendapat 4,734 undi. Setiausaha DAP pula terus unggul di Tras.

DAP yang bertanding tujuh kerusi semuanya, mencipta rekod dengan memenangi semua kerusi ditandingi.

Bagi kerusi parlimen pula PR Pahang berjaya menambah  dua kerusi lagi iaitu Parlimen Temerloh dan Raub. Sebelum ini PKR hanya menguasai Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengalahkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang, dengan kelebihan 1,070.

Nasrudin mendapat 28,267 berbanding Saifuddin 27,197 undi.

Tok Guru Nik Aziz.. Ini Contoh Terbaik?

Posted: 06 May 2013 09:18 PM PDT


Gambar di atas adalah Nik Abduh dan ayahnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Yang dikanan, Tok Guru nampak (hanya nampak dari luar saja) sayu serta sedih setelah 23 tahun bekerja sebagai MB Kelantan tak banyak harta dia ada..

Yang ada hanya Allah dan Rasul.. Itulah sebenarnya, contoh terbaik, yang jarang pemimpin-pemimpin sekarang mahu ikut atau tak mampu ikut. Allahu Akbar! (IH)

Ali "Last Term" Menjadi Kenyataan, Salahkan Rakyat Tak Hargai Jasanya

Posted: 06 May 2013 09:14 PM PDT



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat. Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat. 
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. "Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.  
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi. Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga. BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12. 
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat. Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya". – Bernama

Misi, visi Tuan Guru Nik Aziz diteruskan - Ahmad

Posted: 06 May 2013 09:08 PM PDT


Sultan Muhammad V bergamabr dengan saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan selepas istiadat mengangkat sumpah, petang semalam.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengampuni perkenan perlantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Upacara majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan itu berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini petang semalam, di hadapan Sultan Muhamamd V.

Ahmad berkata beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru dilantik akan meneruskan misi dan visi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memacu pemerintahan dan pembangunan negeri.

Selain mengekalkan beberapa Exco sesis lepas, Exco baru dilantik terdiri dari Datuk Mohd Nassuruddin Daud (mantan Speaker Dewan Negeri Kelantan), manakala muka baru dilantik Hanipa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir), Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong) serta pengamal undang-undang Mumtaz Md Nawi (Adun Demit).

Turut hadir pada majlis itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammd Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Ahmad Yakob yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata dengan tanggungjawab jawatan sebagai Menteri Besar yang baru itu bermakna beliau bersama saf kepimpinan yang ada akan  meneruskan visi dan misi Tok Guru.

Kepimpinan negeri, kata Ahmad, mewujudkan dasar 'ta'aawun' dan syura dalam hal ehwal pengurusan membuat dasar negeri, berteraskan (dasar) Membangun Bersama Islam.

"Ini termasuklah melaksanakan tawaran pada PRU-13 yang lalu berasaskan kepada (konsep)  Keberkatan; Kemakmuran dan Kebajikan.

"Ya, sememang itulah. Namun dengan keupayaan yang ada pada sahabat-sahabat Exco, mungkin kita buat pembaharuan," ujarnya yang juga Adun Pasir Pekan.

Ditanya sama ada 'pengunduran' Tuan Guru daripada jawatan Menteri Besar itu mungkin mengejutkan ramai orang terutama rakyat Kelantan, Ahmad berkata  ianya bukan saja 'mengejutkan' rakyat Kelantan, bahkan beliau juga terkejut atas permintaan Tuan Guru itu, namun telah pun direstui pimpinan PAS Pusat.

"Bagaimana pun, sebagai Menteri Besar baru diamanahkan, tanggungjawab ini dilihat bukan sebagai  'tasyrif' tetapi adalah 'taklif'," kata Ahmad.

Ahmad berkata beliau dan kepimpinan negeri akan berbincang bagaimana memenuhi kehendak rakyat terutama anak-anak muda khususnya yang memahami Islam itu sebagai  suatu 'ad-din',  dicernakan kepimpinan  Tuan Guru sejak 23 tahun lalu.

Mengenai kesan kepada PAS Kelantan ekoran 'pengunduran'  Tuan Guru itu, Ahmad berkata pada hakikatnya PAS Kelantan menerima perubahan tersebut.

"Kita masih memerlukan Tuan Guru (terus menjadi Meneri Besar), namun   hakikatnya terutama sejak akhir-akhir ini Tuan Guru sentiasa uzur, selain faktor usia," ujar Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum ketiga belas 5 Mei  lalu, PAS Kelantan memenangi 33 daripada 45 kerusi dengan mengekalkan majoriti 2/3, justeru membentuk kerajaan negeri. -Hrkh

Tiada ulasan: