Muslimeen United |
- Terkini...Himpunan "Blackout" Medan Istana Ipoh..
- UMNO Jadi Kera Sumbang, MCA & Gerakan Tak Sertai Kabinet
- Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan
- Tengok neh !! terdesak sangat nak berkuasa sanggup...
- "Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan
Terkini...Himpunan "Blackout" Medan Istana Ipoh.. Posted: 12 May 2013 06:34 AM PDT Orang ramai semakin berpusu-pusu membanjiri Medan Istana,Pastinya meletup malam nii.. |
UMNO Jadi Kera Sumbang, MCA & Gerakan Tak Sertai Kabinet Posted: 12 May 2013 06:32 AM PDT Tsu Koon lepas jawatan 16 Mei, Soi Lek sebelum akhir tahun SHAH ALAM - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini - perkembangan diumumkan hari ini, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow juga akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini. Perkara itu diumumkan oleh Tsu Koon di ibu negara selepas mesyuarat pusat parti tersebut pagi tadi. Timbalan Tsu Koon, Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai jawatan sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun. Pemilihan parti akan bermula akhir bulan depan. Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini. "Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini. Pemilihan pusat MCA akan diadakan paling awal bulan depan dan tidak lewat daripada Disember ini. Kedua-dua Tsu Koon dan Soi Lek tidak bertanding pada PRU13 yang diadakan Ahad lalu. Sementara itu. Tsu Koon berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada PRU13. "Saya telah memaklumkannya (peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baru pada masa akan datang. "Walaupun telah meletakkan jawatan, saya tetap akan memberi khidmat saya sekiranya perlu dan akan terus bersama-sama dengan parti bagi meneruskan Berkenaan dengan penyertaan wakil parti itu dalam kerajaan pusat, Tsu Koon berkata pihaknya tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet. Bagaimanapun, pemimpin Gerakan masih boleh memegang jawatan di peringkat negeri, katanya. Ditanya mengenai dakwaan DAP yang menyifatkan keputusan MCA dan Gerakan tidak menyertai Kabinet sebagai tidak matang, Tsu Koon berkata: "Kami hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dun sahaja, tidak mungkin bagi kami untuk menerima sebarang jawatan dalam Kabinet kerana anggota yang mewakili kami terlalu sedikit." Gerakan menang kerusi Parlimen Simpang Renggam (Johor) serta Dun Sidam (Kedah), Pemanis (Johor) dan Tanjong Papat di Sabah. Gerakan bertanding 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU13. Pada PRU 2008, parti itu menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun.
|
Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan Posted: 12 May 2013 06:31 AM PDT BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505. Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium. Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran. Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'. Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta. Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh. Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi. Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi. Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng. -Hrkh |
Tengok neh !! terdesak sangat nak berkuasa sanggup... Posted: 12 May 2013 06:30 AM PDT Jadi tolong lah SPR " ko buatla pengundi luar sebagai pengundi pos supaya menjimat kos belanja serta mengurangkan ketegangan . " Ha ..ha.. ha... nampak terdesaknya Umno Kelate... Setelah berusaha selama 23 tahun serta 3 pedana menteri bertukar ganti namum Umno masih hampa untuk menawan Kelate... Maka mereka mencadangkan taktik yang paling bangang untuk memenangkan UMNo di kelantan iaitu undi pos untuk pengundi luar. BO LA WEH UmnooOOO...~~ |
"Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan Posted: 12 May 2013 06:24 AM PDT Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang' KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak 'ditendang' dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu? Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno 'tendang' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12. "Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah 'ditendang', kenapa Najib tidak ditendang?" Husam mempersoalkan. Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi. Dalam perkembangan berkaitan, Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. "Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin. "Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya. Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13. Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12. Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus. Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kuRang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi. Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini. Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Justeru, dakwa Husam, Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12. Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak. Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan 'tsunami Cina' telah berlaku pda PRU-13. Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang. Husam mendakwa itu yang 'hilang' dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya. "Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia," ujarnya. -HD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan