labun KulupSakah... |
- Dari sebuah kem di sempadan Selangor-Negeri Sembilan
- ABU yang mana?
- Sembahyang kat mana pun mahu tanya ka?
- (dikemaskini) Mari duduk fikir sebentar
- bn sampai tua
Dari sebuah kem di sempadan Selangor-Negeri Sembilan Posted: 03 May 2013 09:51 PM PDT "Sudah sedia semua?" tanya seorang lelaki berpakaian kemas dan seperti ketua di dalam kumpulan tersebut. "Sedia!" jawab mereka beramai-ramai. "Hafal nombor kad pengenalan kamu, hafal Negaraku, Rukunegara. Sudah?" tanya ketua itu lagi. "Sudah, bah. Senang ba itu!" jawab mereka lagi. "Bagus! Esok jangan nampak gelabah. Tenang dan yakin!" pesan sang ketua yang dari dekat jelas nampak tanduk di dahi. Mereka sudah bersedia. Di kem ini. Untuk membuat sesuatu esok. Sang ketua, si pengkhianat tersenyum dengan habuan yang diterima. |
Posted: 03 May 2013 12:43 PM PDT "Geram betul aku dengan si anu itu. Entah kenapa dia sakit hati sangat dengan aku sampai kenaikan pangkat aku pun gagal disebabkan sabotaj daripada dia. Perangai mengalahkan Abu Jahal!" Rongos rakan Paparon sewaktu kami duduk minum-minum di sebuah restoran. Paparon hanya diam. Yang Paparon fikirkan bukan masalah yang dirungutnya itu tetapi entah mengapa tiba-tiba fikiran Paparon terkesan dengan nama Abu Jahal yang disebutnya. ABU ini slogannya memang menjadi fenomena dalam iklim politik tanahair hari ini. Asalkan Bukan Umno atau 'Anything But Umno'. Dan slogan ABU ini entah mengapa bertingkah dengan nama Abu Jahal yang rakan Paparon rungutkan sebentar tadi. Bertingkah menari dan menjadi satu. Tidak semena-mena watak kenalan yang diceritakan oleh kawan Paparon tadi tenggelam kerana Paparon lebih tertarik dengan watak Abu Jahal itu dan entah mengapa fikiran Paparon mula menyelak watak-watak 'Abu' di sekeliling Rasulullah S.A.W dahulu. Oh! Bukan juga slogan ABU yang Paparon nyatakan tadi. Dalam sejarah Nabi Muhammad berjuang, watak 'Abu- Abu' ini begitu hebat dan menyumbang banyak dalam siri usaha baginda menegakkan Islam tidak kira watak itu jahat atau pun baik. Dan watak-watak itu Paparon rasakan tidak mati malah terus wujud sehingga hari ini. Paparon teringatkan Abu Lahab, paman Rasulullah sendiri yang cukup-cukup menentang dakwah Rasulullah. Digambarkan perwatakannya cukup ganas malah gelaran Abu Lahab itu sendiri membawa maksud api kemarahan yang cukup marak. Kebenciannya terhadap gerakan Rasulullah sangat kuat dan sentiasa cuba menzalimi Baginda S.A.W dengan seribu satu perancangan kotor. Watak Abu Lahab ini diabadikan oleh Allah di dalam Al Quran sebagai salah satu surah dan di dalam surah itu Allah mencerca Abu Lahab. Seorang lagi paman Rasulullah, Abu Talib berbeza pula wataknya. Abu Talib pemimpin dan pelindung Bani Hasyim, sangat dihormati sehingga kaumnya segan untuk mengganggu Rasulullah dek kerana keperibadian Abu Talib itu sendiri. Abu Talib begitu menyayangi Rasulullah, melindunginya dan mengakui kebenaran apa yang disampaikan Muhammad S.A.W tetapi sehingga ke akhir hayat, Abu Talib tetap kekal dengan pegangannya dan tidak memeluk Islam. Puas Rasulullah memujuknya di perbaringan saat nyawa di hujung hidung tetapi sia-sia. Ingatan Paparon beralih kepada pemimpin utama Bani Quraisy dari suku Bani Abdu Syams iaitu Abu Sufyan bin Harb. Awalnya beliau sangat menentang Rasulullah dan sentiasa berusaha untuk menggagalkan usaha Rasulullah akan tetapi apabila hidayah tiba, Abu Sufyan memeluk Islam dan benar-benar menjadi pejuang membela Islam. Keberanian dan sungguh-sungguh Abu Sufyan membela Islam begitu terbukti sehinggakan beliau kehilangan matanya di dalam Pertempuran Yarmuk dan beliau akhirnya dikenang sebagai salah seorang panglima Islam di dalam sejarah zaman berzaman. Abu Jandal bin Suhail, di dalam kedudukannya yang masih baharu memeluk Islam terpaksa kembali semula ke Mekah, ke pangkuan kafir kerana kehendak perjanjian Hudaibiyyah yang dimeterai antara Baginda S.A.W dengan Suhail bapa kepada Abu Jandal sendiri. Abu Jandal telah disiksa dengan hebat, diuji keimanannya dan ketika berjaya melepaskan diri dari siksaan kaum bapanya, Rasulullah dan sahabat dengan sayu dan hiba meminta Abu Jandal kembali ke Mekah seperti dijanjikan walaupun Abu Jandal merayu untuk bersama Islam. Pengorbanan Abu Jandal agak berbeza kerana terpaksa murtad. Adakah watak Abu Jandal pada hari ini? Terpaksa murtad demi keharmonian sebuah perhubungan kekeluargaan? Ahh! Apa yang hendak dikhabarkan lagi terhadap Abu Bakr As Siddiq, sahabat karib Rasulullah yang telah bersama ke mana sahaja tidak kira ketika zaman susah apatah lagi pada waktu senang, sama-sama bersembunyi diburu musuh bahkan bukti keakraban beliau terhadap Rasulullah dikuatkan dengan menyerahkan puterinya Aisyah untuk diperisterikan Rasulullah. Apa sahaja yang dikatakan Rasulullah adalah benar belaka tanpa ragu-ragu walaupun ketika terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj yang sangat mencabar akal waras manusiawi. Selembar demi selembar nama-nama sahabat yang lain seperti Abu Dzar, Abu Hurairah dan lain-lain mengetuk jemala. Paparon cuba mencari hubung kait watak-watak ini dengan diri Paparon dan watak-watak persekitaran Paparon yang hidup pada hari ini. Bahkan ketika kawan Paparon merungut di awal cerita Paparon ini tadi Paparon tidak pasti di manakah kedudukan diri Paparon . 'Abu' yang manakah Paparon pada hari ini di dalam kehidupan yang serba mencabar dan menuntut pendirian yang tegap? Abu Sufyankah atau Abu Talib? Atau terawang-awang tidak menjadi apa pun, hanya seperti abu terbakar (bukan Abu Bakr) yang ringan ditiup taufan puting beliung? Kalian juga bagaimana? Abu (bukan slogan ABU) yang mana? Paparon - tulisan asalnya adalah untuk dimuatkan di dalam kolum yang diberikan kepada Paparon di dalam majalah Milenia pada Januari 2013 lalu tapi majalah tu tutup kedai..... |
Sembahyang kat mana pun mahu tanya ka? Posted: 03 May 2013 11:36 AM PDT Membaca balasan surat terbuka oleh Dr Nasir presiden Parti Sosialis Malaysia yang dikirimkan kepadanya oleh orang-orang yang berasa lebih alim dan menganut sebuah parti politik yang dirasakan sudah hebat berada di jalan lurus sangat mengesankan. Dr Nasir menjelaskan sebaiknya tentang pertanyaan mereka di masjid mana dia sembahyang, teringat juga Paparon akan seorang calon PKR yang menyebar cerita pesaingnya Syed Hamid Ali tidak ke surau dan membela anjing di rumah. Dijawab secara sinis Syeh Hamid "Bukan setakat anjing, babi pun ada bela!". Inilah penyakit angkuh dan berasa alim yang hinggap di dada-dada mereka yang berasa lebih Islam daripada orang lain. Sibuk dengan amal ibadah orang lain, menilai melalui paras dan luaran, sentiasa skeptik pada orang yang tak berpakaian 'alim'. Malulah pada Syeikh Bahaudin Naqsyahbandi, ulama besar tapi buat kerja part time cuci tandas dan bayangkan tandas zaman dulu jenis tandas angkut. Ini pernah ditulis seseorang yang menyaksikan sendiri Nik Aziz membuat kerja ini. Kerja ini untuk membuang ego di dalam diri. Malah zaman tariqat berkembang suatu masa dulu, syarat pertama melangkah ke tariqat ialah mesti pergi menyamar jadi pengemis setahun. Rasakan diri dimaki dihina, uji keangkuhan dalam dada. Kalau tak tahan, lari sebelum belajar alif lagi. Hari ini belajar agama main dengar-dengar ceramah aje atau baca buku. Ustaz facebook pun banyak, ikut saja fatwa-fatwa facebook dan sudah rasa hebat. Pernahkah merasai dan mengalami pengalaman kerohanian? Faham apa Paparon maksudkan? Begini, sebelum tanya orang lain solat di mana, tanya dulu diri sendiri di mana qasad taarud dan taayin dalam solat kita? Di mana tujuh ayat Al Fatihah itu kau letakkan pada diri? Apa hubungan 13 rukun solat dengan tujuh anggota, lima indera dan satu jiwa? Campurkannya jadi tak 13? Tanya diri kita dulu.... Jangan sebok solat orang... Selamat mengundi! |
(dikemaskini) Mari duduk fikir sebentar Posted: 03 May 2013 10:15 AM PDT Teringat ungkapan Syed Hamid Ali yang wawancaranya bakal dimuatkan di dalam majalah Posto! isu kedua nanti. Kata beliau " Harapkan yang terbaik tetapi buat persiapan untuk yang terburuk." Mari kita duduk sebentar dan berfikir. Pejam mata dan jujurkan hati. Mari melihat bumi yang nyata dan jangan campur adukkan dengan harapan. Kita memang menaruh harapan. Berharap sahaja yang masih belum dikenakan bayaran waktu ini. Kita sudah tentu mahukan terbaik tetapi soalnya bagaimana menangani jika berlaku sebaliknya? Di atas kertas memang nampak mudah. Pakatan Rakyat menang. Rata-rata tempat yang kita pergi memang sangat jelas ketara sokongannya. Slogan 'Ini Kalilah!' menggusarkan Najib dan suku sakatnya. Ini soal maut dan kiamat karier. Ini soal menghantar Barisan Nasional ke dacing timbangan sebelum dihumban ke neraka jahanam sehingga tiada lagi kedengaran suara-suara mereka. Yakinkah anda peralihan ini lancar? Maksudnya mereka akur menyerah kuasa dan mengambil kerusi pembangkang. Atau bermaksud fail-fail jenayah mereka akan dibuka. Jangan campurkan harapan dalam membuat analisis. Mari berfikir, catatkan analisis anda apa bakal berlaku dua hari lagi? Apakah harapan anda bersubahat dalam analisis? Apakah kita jujur? Paling penting apa persiapan kita? Cuba catatkan dan bandingkannya dengan realiti yang menanti beberapa jam lagi. |
Posted: 03 May 2013 05:57 AM PDT |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan