labun KulupSakah... |
goncang 30 saat untuk tahan lama Posted: 02 May 2013 05:14 AM PDT SPR: Goncang dakwat 30 saat untuk tahan lama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari. Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 saat sebelum digunakan. Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua. "...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di Putrajaya hari ini. Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti. Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari. Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci. Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR. Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi. - Bernama Paparon - Goncang 30 saat mana pulak tahan lama? |
Posted: 02 May 2013 04:49 AM PDT Kamilia: Hanya calon Bebas benar-benar telus 3:33PM Mei 2 2013 Hanya pemimpin Bebas boleh bertindak sebagai "agen rakyat" rakyat yang betul-betul telus kerana tidak terikat dengan dasar-dasar parti yang dianggotainya, kata bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim. Beliau yang meletakkan jawatan daripada Umno untuk bertanding calon bebas di Kuala Kangsar berkata, pemimpin Bebas jika terpilih berhak memilih mana-mana dasar yang dirasakan lebih bermanfaat untuk disokong di Parlimen. "Ini akan membolehkan parlimen membuat dasar yang menguntungkan kesemua rakyat Malaysia tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pimpinan parti," katanya. Kamilia pada 20 April - hari penamaan calon - membuat keputusan mengejutkan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsa menentang calon partinya dari BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru. Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu sebagai tanda protes terhadap pemilihan calon oleh BN yang tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita sebagai calon. Menulis di Facebook beliau, Kamilia menjelaskan, kehadiran calon-calon Bebas hendaklah dilihat sebagai sinar baru dalam senario politik Malaysia yang mampu bertindak sebagai kuasa pengimbang di Parlimen. "Kebanyakan negara-negara maju di dunia telah pun mengarah ke senario ini termasuklah Malaysia yang menyaksikan kehadiran 270 calon Bebas dalam PRU13, tertinggi dalam sejarah," katanya lagi. Beliau juga mengkritik, senario politik Malaysia yang menyaksikan sikap taksub kepada perjuangan parti, ditambah dengan sentimen bangsa atau perkauman "Situasi ini menyebabkan rakyat hanya diberi 2 pilihan iaitu Parti A atau Parti B, yang menjuruskan kepada senario memilih 'lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenali'," sindirnya. Dalam masa yang sama Kamilia juga mengkritik peranan pari yang cenderung mengikut kehendak pucuk pimpinan semata-mata manakala anggotanya pula menjadi mangsa pembasuhan minda. Paparon - duduk luar umno baru cerdik sikit. Dah tua-tua kalau bangang, buruk. |
Posted: 02 May 2013 04:17 AM PDT Ada ura-ura jika PR tawan Putrajaya, Husam Musa akan jadi TPM. Paparon rasa ini gandingan kacak abad ini. Paparon- wow! |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan