labun KulupSakah... |
Posted: 11 May 2013 12:14 AM PDT Masalah kita ialah kita selalunya meletakkan diri kita bawah dan rendah dari ahli politik yang konon mendakwa mereka pemimpin tanpa kita sedari mereka juga manusia biasa yang bekerja sebagai pekerja politik. Kita meletakkan standard bahawa ahli politik (yang kita sangka menjadi pemimpin kita) mestilah lebih baik dari kita. Jika kita merokok, mengorat, kaki minum, kaki clubbing, pelanggan rumah urut kita berharap pemimpin kita bukan seperti kita. Mereka yakni ahli politik ini kita anggap tidak akan ada ciri-ciri ini. Mereka tidak boleh berlawak, mereka mesti pakai kemas, standard mereka jatuh sedikit jika mereka merokok atau dilihat di kelab malam. Harus diingat mereka ini ahli politik. Itu profesion mereka. Macam kita ini ada tukang kasut, pelukis, kerani atau pegawai tinggi. Ke semua manusia ini manusia biasa. Begitu juga artis, selebriti atau agamawan. Mereka bekerja. Mereka ada keinginan berpacaran. Berkaraoke. Ketika di tempat kerja ada rakan sekerja atau kadang-kadang kita sendiri berlumba kerja untuk kenaikan pangkat, ahli politik juga tidak ketinggalan mahu menaiktaraf diri dengan kedudukan. Biasalah! Yang tak bolehnya, naik dengan menganiaya orang lain. Ya! Persepsi kita dan harapan kita terlalu tinggi sehingga kita lupa mereka juga gian berbuat apa yang kita hendak buat. Mereka juga manusia. |
Posted: 10 May 2013 05:37 AM PDT "ada orang nak lompat." "siapa? belah mana? BN lompat ke PR?" "PR. BN pun ada juga...ini senarainya." dan dia menyebut dua nama tapi tak sempat........ tuuut.....tuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttt.... |
You are subscribed to email updates from Negaraku Banglasia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan