Khamis, 9 Mei 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Gambar Kubur Kedua Belah Kaki Ustaz Azizan Dikebumikan. Ya Allah Sedihnya!

Posted: 09 May 2013 08:52 AM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/282282_455635391188551_1864177598_n.jpg

Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di tanah perkuburan di KIDU. Bersebelahan dengan kubur Allahyarham ustaz Fadhil Nur. Sama2 kita doakan semoga ustaz Azizan serta keluarganya tabah.

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..aminnn...

# yang ditanam adalah HANYA kedua kaki Uztaz Azizan yang terpaksa dipotong atas nasihat doktor akibat jangkitan kuman
SHARE & KONGSI kepada semua...

sumber : Shahrul Azalan Mohamed Zamri
LINK FB: http://www.facebook.com/shahrulazalan.mohamedzamri

Terkini! Respon Husam Musa Dalam Ceramh Di Pasir Tumbuh!

Posted: 09 May 2013 08:45 AM PDT



Ucapan DHM Pasir tumboh 9 Mei

Kekal Atau Ubah Mantan MB Selangor Ni?

Posted: 09 May 2013 05:39 AM PDT

Warkah Syahdu Untuk Ustaz Azizan

Posted: 09 May 2013 04:33 AM PDT

Apabila engkau tegas, engkau disalah tafsirkan.
Apabila engkau marah pada sesuatu perkara, engkau selalu disalah tafsirkan.
Apabila engkau menegur sesuatu kesilapan, engkau selalu disalah tafsirkan.

Saat ini sudah berubah...,

Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula merinduimu.
Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyayangimu. Sangat menyayangimu.
Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyantunimu.

Engkau ibarat ayah. Tegas dalam sesuatu perkara. Berlemah-lembut juga dalam sesuatu perkara.

Selamat berjuang wahai ayah (untuk seluruh anak-anak Kedah).
Kami merindui kepimpinanmu.
Kami merindui ketegasanmu, dalam menjalankan tugas-tugas & amanah kepada rakyat.
Jika ada salah dan silap kami terhadapmu, maafkan kami semua.

Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz.
Jutaan doa kami kirimkan buat ustaz.
Jutaan beribu batu kilometer kami doakan. (khas anak perantauan)
Moga doa daripada kami, tiada hijab diantara kita.
Moga Allah ampuni dosa-dosa ustaz & dosa-dosa kita semua.
Amin...

Selamat bekerja semula untuk rakyat.
Suaramu amat diperlukan, untuk menegur segelintir anak muda yang terlalu bersemangat.
Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz & kembali pulih seperti sediakala.

.............................................
Doa kami dari anak perantauan,
Khusus anak-anak kedah di bumi Jordan.

# KAMI MERINDUIMU USTAZ AZIZAN BIN ABD RAZAK.
— at Bayt Malizi. Mu'tah, Jordan.

Kedua-Dua Kaki Ustaz Azizan Akan Dipotong. Semoga Allah Selamatkan Ustaz!

Posted: 09 May 2013 04:30 AM PDT

Azizan akan jalani pembedahan kaki esok

GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya esok untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - Bernama

Video TG Haji Hadi Sebak Semasa Berucap Di Hadapan Ribuan Rakyat Marang

Posted: 08 May 2013 10:13 PM PDT



Senarai Exco Kerajaan Negeri Kelantan Serta Tugasan Rasmi

Posted: 08 May 2013 10:00 PM PDT

Datuk Ahmad Yakob

Alhamdulillah, selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia selaku Pesuruhjaya. Saya telah membentangkan portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh YB Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh YB Dr Ramli bin Mamat

Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah.

Terkini! Nik Aziz lepas jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan

Posted: 08 May 2013 08:28 PM PDT



Kota Bharu: Datuk Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi maklumkan akan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Musyidul Am PAS.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, pagi ini.

Anwar Ibrahim: Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat Di Kelana Jaya

Posted: 08 May 2013 08:05 PM PDT


Tiada ulasan: