Rabu, 15 Mei 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Yang Mengecewakan Dan Yang Menggembirakan Dalam Kabinet Najib

Posted: 15 May 2013 08:03 AM PDT



Sepertimana yang diduga, tidak ada lantikan yang begitu memeranjatkan dalam susunan kabinet baru yang diumumkan Najib hari ini. Selain masih mengekalkan orang-orang lama dalam kabinetnya, perlantikan baru yang dibuatnya seperti Shahidan Kassim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan Wahid Omar juga tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak.

Namun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan dan menggembirakan dalam perlantikan yant diumumkan Najib kali ini.

Sebelum ini ramai yang mengharapkan, lebih-lagi dengan keputusan piliharaya yang tidak begitu memberangsangkan, Najib hanya menumpukan kepada jawatan Perdana Menteri saja dan tidak memegang jawatan menteri dalam masa yang sama. Dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib diharapkan memberi tumpuan memantau keberkesanan menteri-menterinya saja. Daim Zainuddin juga turut pernah memberi pandangan yang sama, atas alasan tugas sebagai Perdana Menteri sudah cukup berat buat Najib.

Malangnya Najib nampaknya tidak menghiraukan semua pandangan tersebut dengan terus mengekalkan dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Sebelum ini juga, ramai yang kecewa dengan prestasi Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap tidak menunjukkan pretasi membanggakan dalam mengendalikan kementerian masing-masing, terutama apabila berdepan dengan aspek keselamatan dan pertahanan negara. Ramai yang mengharapkan kedua-dua menteri itu ditukarkan ke kementerian lain yang sesuai dengan watak keduanya yang suka tersenyum dan kuat ketawa itu.

Malangnya, Najib hanya menukarkan kerusi antara kedua menteri itu. Zahid bertukar ke Kementerian Dalam Negeri manakala Hishammuddin ke Kementerian Pertahanan. Ini benar-benar mengecewakan ramai orang.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mana keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi teras penting, kabinet Najib kali ini agak mengecewakan kerana tidak terdapatnya wakil MCA dan Gerakan, sesuai dengan permintaan kedua-dua parti itu yang malu untuk menerima jawatan kabinet sedangkan tidak disokong oleh kaum Cina. Keputusan ini seakan menghukum masyarakat Cina berikutan sokongan hampir 90 peratus pengundinya kepada calon-calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu.

Sampai bila keadaan ini akan berlarutan, tentunya menarik untuk terus diperhatian dan apakah ketiadaan wakil Cina dalam kabinet ini akan menjadikan MCA dan Gerakan mendapat sokongan semula daripada pengundi Cina atau sebaliknya akan menjadikan MCA dan Gerakan terus lumpuh dalam PRU 14 nanti?

Rakyat dan UMNO Selangor juga tentunya kecewa kerana tiada wakil mereka dalam kabinet kali ini. Satu-satunya menterinya, Noh Omar turut digugurkan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani. Terlihat di sini bahawa Najib begitu kecewa dengan prestasi UMNO Selangor, bukan saja gagal menawan semula negeri itu bahkan juga menambah kerusi Parlimennya, lalu Najib seakan menghukum UMNO Selangor dan Noh Omar kali ini.

Yang agak menggembirakan, Najib nampaknya memberi pengiktirafan kepada golongan muda. Selain KJ dijadikan Menteri Belia dan Sukan dan Naibnya, Razali Ibrahim dikekalkan sebagai timbalan menteri, Ketua Puteri, Rosnah Abdul Sirin juga turut dikekalkan sebagai timbalan menteri.

Perlantikan paling disambut baik oleh semua golongan, bukan saja atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO tetapi juga kerana wibawa, ketokohan dan keberaniannya sebagai pemimpin. Ramai orang bercakap mengenai perlantikannya dan begitu juga yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Dalam masa yang sama, seorang lagi tokoh muda, Abdul Rahman Dahlan turut dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut dilihat sebagai usaha untuk menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan orang-orang muda, terutamanya generasi muda di bandar.

Orang Sabah dan Sarawak juga tentunya gembira dengan kabinet kali ini kerana banyak wakil daripada kedua negeri itu berbanding sebelumnya. Ini bukan saja sesuai dengan Sabah dan Sarawak yang menyumbang 47 kerusi daripada 133 kerusi yang dimenangi BN tetapi penambahan ini tentunya bermaksud untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya episod 16 September dan kejadian lompat parti.

Dengan ramai menteri dan timbalan menteri dari Borneo ini, harapan untuk melihat kemungkinan wakilnya yang kecewa lalu melompat parti bagi menyokong Pakatan Rakyat menggulingkan BN, hampir pasti tidak akan berlaku.

Bagi Kedah,pagi tadi ramai yang kecewa apabila mendapati nama Ahmad Bashah tidak tersenarai sebagai EXCO negeri itu dan merasakan seolah-olah perjuangannya menawan kembali negeri itu tidak dihargai tetapi dengan perlantikannya sebagai timbalan menteri mewakili Kedah bersama Mahathir Khalid, sekurang-kurangnya ia merupakan berita yang menggembirakan juga. Kekecewaan tidak dapat jadi Menteri Besar Kedah juga sudah terubat rasanya.

Apa pun, di sebalik semua perlantikan ini, baik sebagai menteri atau timbalan menteri, harapan rakyat berikutan keputusan PRU 13, tetap tinggi agar semua mereka ini lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding keutamaan-keutamaan lain. (SH 15/05/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/05/yang-mengecewakan-dan-yang.html

Perutusan Khas Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Guru Tahun 2013

Posted: 15 May 2013 07:54 AM PDT



Rakaman Perutusan Khas oleh YAB Dato' Hj Ahmad Hj Yakob, Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Guru Tahun 2013.

5 Rejab 1434H/ 15 Mei 2013M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Apa Khabar Johan Che Pa? Calon Umno Pasir Mas?

Posted: 15 May 2013 04:41 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/943195_10151618384242259_1902453288_n.jpg

Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa digantung daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau pilihan raya kecil selama 15 tahun.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata hukuman selama tiga penggal terhadap Johan yang menarik diri daripada bertanding pada PRU-13, 5 Mei, berkuat kuasa serta-merta.
"Johan didapati bersalah kerana tidak mematuhi arahan kepemimpinan parti apabila menarik diri.


"Beliau juga tidak boleh bertanding mewakili BN atau UMNO pada mana-mana PRU atau pilihan raya kecil sepanjang tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Tak serah borang calon

Johan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, menarik diri pada hari penamaan calon apabila tidak menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon menyebabkan namanya sebagai calon di Parlimen itu digugurkan.

Penarikan diri Johan, sekali gus memberi laluan kepada penyandang Parlimen itu, Datuk Ibrahim Ali yang juga 'gurunya' menentang anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dalam pertandingan satu lawan satu.
Megat Najmuddin berkata, keputusan itu dibuat ketika bersidang dua minggu lalu selepas mendapat aduan mengenai tindakan Johan yang menarik diri, sekali gus menyebabkan BN dan UMNO tidak bertanding kerusi Parlimen itu.


Masih ahli parti

Bagaimanapun, beliau berkata, Johan masih dibenarkan untuk menghadiri majlis dan mesyuarat parti kerana beliau masih ahli parti.

"Sebarang rayuan terhadap keputusan menggantung beliau boleh dikemukakan dalam masa terdekat," katanya.

Selain itu, katanya, lebih 100 ahli UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas dan pembangkang, selain menjadi pencadang atau penyokong calon pembangkang secara automatik dipecat.

Megat Najmuddin berkata, pihaknya juga masih meneliti kes membabitkan kira-kira 10 ahli UMNO yang disyaki bertindak mensabotaj parti sepanjang kempen PRU, baru-baru ini.

"Kes berkenaan masih dalam perbicaraan parti, bagaimanapun siasatan lengkap perlu dilakukan kerana tidak mahu mereka dianiaya pihak tertentu," katanya.

Katanya, pihaknya akan sentiasa bersikap adil dalam mengendalikan setiap kes dikemukakan termasuk memastikan ada saksi, selain menggunakan budi bicara sebelum membuat keputusan hukuman yang akan dikenakan.

saya dah kata, umno kelantan kena bodoh atas darat kat ibrahim ali!

Senarai barisan kabinet Persekutuan 2013

Posted: 15 May 2013 04:34 AM PDT

PUTRAJAYA - Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


- Bernama

Pemuda PAS Kelantan Dan Muslimah PAS Pusat Mengunjungi MB Kelantan

Posted: 14 May 2013 11:30 PM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/179981_571937546180593_449551796_n.jpg

Salmah Husain

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan antara yang memenuhi kunjungan hormat ke atas mb kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaacob di pejabatnya. Mb Kelantan yang baru juga berjaya menyenangi hati perasaan masyarakat. Sikapnya yang biasa menyebabkan ruang sering dihiasi dengan kemesraan. ALLAHUAKHBAR.

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268868_571933526180995_190874121_n.jpg

Salmah Husain

Menteri besar ustaz datuk ahmad yaacob menerima lagi tetamu hari ini. Rombongan Dewan Muslimat PAS pusat yang diketuai Dr Mariah.

Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Atas Rumah TG Haji Hadi Rusila

Posted: 14 May 2013 09:35 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/944374_10152826121430434_1523262620_n.jpg

Kalimah Allah kelihatan diatas Dewan Tok Guru Masjid Rusila.. gambar diambil oleh Ust Jamal Mohd Naim pada 14.5.13 jam 11am.

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013

Posted: 14 May 2013 07:16 PM PDT


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani

TUNGGU PENGESAHAN SELANJUTNYA

Tiada ulasan: