Kelab Greenboc |
- Stadium Kelana Jaya Bersih Tanpa Sampah Sarap
- Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi!
- [VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!
- [LIVE] Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13
- Kemenangan Calon Melayu DAP Pecahkan Tembok Perkauman
Stadium Kelana Jaya Bersih Tanpa Sampah Sarap Posted: 09 May 2013 01:09 AM PDT Peserta perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang berhimpun malam tadi telah menunjukkan tahap disiplin yang amat tinggi apabila padang yang ditinggalkan bersih tanpa sampah-sarap. Disiplin yang tinggi dan akhlak yang mulia yang dipamerkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dapat dikesan sejak awal mereka berada di jalanraya untuk sampai di tempat perhimpunan. Bilangan kenderaan yang begitu banyak yang membawa lebih 100,000 orang peserta, sekalipun tiada bantuan polis trafik, namun dengan sikap toleransi dan bekerjasama diantara para pemandunya, dan apabila tiada provokasi mana-mana pihak, tiada sebarang insiden buruk berlaku. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan UMNO yang amat dikenali dengan politik samseng para ahlinya dan suka membuat kacau di program-program PR. Jelas membuktikan negara Malaysia BERSIH & AMAN SEJAHTERA di bawah pemerintahan PAKATAN RAKYAT! Mengutip sampah - pemandangan yang lazim ditemui di mana-mana perhimpunan yang disertai oleh PR |
Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi! Posted: 08 May 2013 09:31 PM PDT Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit. Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai. Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir. Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa. Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi. Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN. Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan. Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN. Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara. Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan? Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan. Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama. Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 83 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah sebanyak enam kerusi. Pecahan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi. Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi sementara dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot. Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Daripada lapan kerusi dalam tahun 2008 kepada 15 kerusi. Begitu juga di Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga empat kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat. Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat. Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah, kalah menang' perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku. Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang. Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketahui oleh semua dunia. -msomelayu Kerusi parlimen di bandar-bandar besar dikuasi oleh Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat menguasai kerusi parlimen di Semenanjung. |
[VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13! Posted: 08 May 2013 07:08 PM PDT Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini. Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman. Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan. Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah". Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil. Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?". Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang. Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin. "Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat. "Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya. Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat. DILUAR NEGARA MELBOURNE SINGAPURA TAIPEI |
[LIVE] Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13 Posted: 08 May 2013 09:50 AM PDT Ribuan rakyat kini sedang berada di Stadium Kelana Jaya untuk mendengar Pidato "Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13. Meskipun hujan membasahi bumi, rakyat tidak lansung berganjak malah semakin ramai yang membanjiri dan memenuhi stadium ketika ini. GB anggarkan tak urang 50,000 yang hadir. Selamat menonton lintas lansung dari Stadium Kelana Jaya: Jika tidak muncul video di atas, kena bersabar sebab hari hujan. Atau anda boleh cuba di bawah Jika dua-dua muncul, tutup (pause) salah satu... Jika dua-dua tak muncul, tutup komputer... :-) |
Kemenangan Calon Melayu DAP Pecahkan Tembok Perkauman Posted: 08 May 2013 04:14 AM PDT Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi. Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi. Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu. Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi. Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman Umno BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara. PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan