Khamis, 30 Mei 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BONGKAR] Kertas Undi Dikira Awal & Peti Undi Tak Sampai Ke Tempat Pengiraan

Posted: 30 May 2013 01:01 AM PDT


Keadilan semalam mendedahkan salinan laporan polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.

"Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu sekitar 30 peratus," jelas Rafizi.

"Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa integriti undi awal diragui," katanya.

Salinan laporan yang pertama dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

"Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi," kata saksi, Abu Hussin Tamby dalam laporannya.

Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.

Satu lagi laporan adalah berhubung peti undi awal yang tidak sampai ke tempat pengiraan undi pada masa yang ditetapkan.Menurut saksi, Shairi Md Tajudin yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, pada 5 Mei lalu berkata, karung undi pos tidak sampai ke Dewan Bandaran Gerik pada masa yang ditetapkan sehingga menyebabkan kiraan undi ditolak.

"Saya beranggapan ia adalah salahlaku yang disengajakan SPR bagi memberi kemenangan kepada BN di Parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu," katanya dalam laporan tersebut.

"Kedua-dua kejadian membayangkan betapa longgarnya kawalan, seliaan dan integriti peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu saja," kata Rafizi mengulas bukti tersebut.

10 Exco Selangor Selesai Angkat Sumpah, LAMPIRAN: Senarai Portfolio MB & Exco

Posted: 29 May 2013 11:21 PM PDT


Klang: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor hari ini selesai angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi penggal 2013-2018.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan berlangsung penuh istiadat dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Adun Chempaka Iskandar Samad mendahului upacara angkat sumpah, diikuti Dr Halimah Ali (Selat Klang), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehen Mukhyi (Sabak), Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan).

Kemudiannya giliran Adun Kota Alam Shah V Ganabatirau, Rodziah Ismail (Batu Tiga), Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), diakhiri dengan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Sambil memegang Lembing Sembuana, 10 Adun terbabit melafazkan sumpah jawatan dan 10 ikrar aku janji dihadapan Sultan Sharafuddin.

Berikut 10 akujanji dilafazkan :

1. Memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara

2. Memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam.

3. Memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari dan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

4. Mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dari semasa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di Istana dan ketika istiadat rasmi istana dilangsungkan.

5. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

6. Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

7. Mendahulukan rakyat selagi mana ia tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri.

8. Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

9. Memelihara jawatan yang dipegang dari dicemari dengan pelakuan-pelakuan yang menyalahi undang-undang; dan

10. Memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah, tolak ansur dan kerjasama antara kaum, demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri Selangor.

Mereka kemudiannya menandatangani surat cara pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan kemudiannya mendapat perkenan Sultan.

Turut hadir menyaksikan upacara adalah kerabat diraja, pembesar istana, serta pegawai tinggi kerajaan negeri.

Senarai Exco & Portfolio Masing-masing

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu

YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad,
ADUN Cempaka - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi,
ADUN Sijangkang - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

YB Puan Dr. Halimah Binti Ali,
ADUN Selat Klang - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

YB Tuan Sallehin Bin Mukhyi,
ADUN Sabak - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

YB Tuan Ean Yong Hian Wah,
ADUN Sri Kembangan - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

YB Tuan Ganapathi Rao A/l Veraman,
ADUN Kota Alam Shah - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

YB Dato' Teng Chang Khim,
ADUN Sungai Pinang - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

YB Puan Dr. Rodziah Binti Ismail,
ADUN Batu Tiga - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi,
ADUN Sementa - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB Puan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong,
ADUN Bukit Lanjan - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dewan Negeri Selangor: YB Puan Hannah Yeoh,
ADUN Subang Jaya - Speaker Dewan Negeri Selangor

YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad,
ADUN Seri Setia - Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

#Selangor Maju Tanpa UMNO!!!!



Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000

Posted: 29 May 2013 08:05 PM PDT


Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.

Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift.

"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

"Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama

Ulasan GB

Hanya pada minggu lalu dua kes rompakan melibatkan kediaman VVIP berlaku iaitu rumah kakak TPM dan adik KPN dipecahmasuk.

Sekarang anak menteri kena ragut menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.


Turun Harga Kereta: "AKU JANJI" Dah Bertukar Jadi "AKU KAJI"

Posted: 29 May 2013 04:30 PM PDT


BN mula khianati janji turun harga kereta

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat 'mandat minoriti', kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

"Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini," kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

"Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

"Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain," jelasnya.-Roketkini


Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya

Posted: 29 May 2013 07:30 AM PDT


Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-


Safwan Anang enggan diikat jamin



Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:

* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.

* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!


Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000
-FMT

"Rakyat Tidak Bodoh, Cuma Telah Ditipu"

Posted: 29 May 2013 05:20 AM PDT


Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan.

"Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka bukannya bodoh, mereka cuma ditipu," kata aktivis blogger, Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

"Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat," ujarnya.

Menurutnya, BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Mereka dibantu 'papan' siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit. Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu," ujarnya.

Beliau mendakwa lebih 60% pengundi sebenarnya memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51 peratus.

"Di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang," jelasnya.

Menurut Edy Noor, para pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih dari sekali khususnya yang melibatkan 278,000 pengundi awal dan pos yang terdedah kepada manipulasi apabila telah hilang dakwat di jari.

"Ini diburukkan lagi dengan lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan undi yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat-saat akhir," terang beliau. -FMT

Tiada ulasan: